Dalam hubungan-hubungan yang sifatnya duniawi orang-orang sentiasa memperhitungkan adanya kemungkinan berakhirnya persahabatan mereka. Dengan demikian, mereka pun menghindari untuk menunjukkan sifat ketulusan yang nantinya dapat membuat mereka merasa malu bila kelak keramah-tamahan ini telah berakhir.
Di lain pihak, bagi orang-orang beriman, mereka memiliki ketulusan dan tidak pernah bersikap pura-pura. Seseorang yang berniat untuk bersama-sama dengan orang lain untuk selama-lamanya adalah seorang yang telah memiliki komitmen untuk menunjukkan kesetiaan, cinta, dan persahabatan yang tiada putus-putusnya.
Karateristik istimewa mengenai cinta dan persahabatan dari orang-orang beriman ini, iaitu kesediaan untuk bersama-sama selama-lamanya, membuat mereka dapat memperoleh kebahagiaan yang besar dari kasih sayang yang mereka alami serta kegembiraan kerana punya harapan untuk berada bersama-sama dengan orang-orang yang dicintai di syurga nanti. Ini juga merupakan kesenangan kerana adanya kepastian sehingga mereka akan bersikap setia kepada orang-orang yang dicintai selama-lamanya.~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~
2 comments:
TIDAKLAH AKAN BERTEMU SESEORANG ITU DENGAN SESEORANG YANG LAIN JIKA BUKAN KERANA ALLAH LANTARAN MEREKALAH HAMBA BERTAQWA
sungguh beruntung seorang itu dpt pasangan yg sama2 beriman dan bertaqwa...
Post a Comment