بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday 29 December 2015

Keistimewaan Doa


Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kpd jujungan kami, Muhammad, sang pembawa  dan penyampai kabar gembira kpd org2 yg meminta ( kepada-Mu), sebagaimana firman Allah SWT :

Al-Baqarah:186 - Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. Maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.
Ghāfir:60 - Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina.

Do’a merupakan ubat yang sangat bermanfaat dan musuh bagi musibah. Doa akan mengubati, mencegah, mengurangi, ataupun menghilangkan musibah yang menimpa. Dan do’a merupakan senjata bagi kaum mukminin.

Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berwasiat, “Do’a adalah senjata kaum Mukminin dan tiang agama, serta cahaya yang menyinari langit dan bumi“. (HR. Al-Hakim).

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anhu, ia mengatakan bahwa Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah bersabda, “Sikap waspada tidak mampu menolak takdir. Do’a akan memberikan manfaat kepada hal-hal yang telah terjadi dan yang belum terjadi. Pada saat musibah turun, do’a segera menghadapinya. Keduanya lantas saling bertarung hingga datangnya hari kiamat” (HR. Hakim).

Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma, bahwasanya Nabi Shalallahu ‘alaihi wa Sallam pernah berkata, “Do’a akan memberikan manfaat terhadap apa yang telah terjadi maupun yang belum terjadi. Maka hendaklah kalian berdo’a, wahai hamba-hamba Allah“. (HR. Al-Hakim).

Saturday 26 December 2015

Tahun plg byk dugaan

Tahun yg amat menduga jiwa n kerohanian...
Tahun ni aku telah kehilangan

1. Guru, arwah ustaz Ahmad Othman
     ( 25hb 4. 2015 )

2. Kawan pondok, arwah Norazalinda Zazali
     ( 4hb 10. 2015 )

3. Bapak sedara, Pak lang Atan
     ( 18hb 10. 2015 )

4. suami kakak, arwah cikgu Ramlan Salleh
     ( 13hb 12. 2015 )

*******
Ternyata kehilangan guru amat memberi kesan mendalam hingga arini...moga kita dpt bertemu dan dihimpunkan bersama...harap pd amalan, sy x dak amalan jika nk bertemu ustaz melainkn berharap pd rahmat Allah semata..
*******
linda, maaf den x dpt ziarah jenazah kamu...ketika tu den di kelantan lg...dgr berita kamu dr pondok, den terdiam seketika...pasni den sorang2 je akan lepak2 kt pondok dgn bdk2 n nenek2...x dpt lg jpa 2 org anak kamu di abg n si adik...n x dak lg kesempatan kita bersama2 ikuti program pondok, ziarah ulama....Allahu...Alhamdulillah, tahlil utk kamu jg tlh dibuat oleh warga pondok..
*******
Pak lang....betul kata pak lang, pak lang mmg x sempat tgk alg nikah...tp pak lang dpt jg tgk adik kawen aritu...pagi2 lg alg dh jd driver p umah pak lang kt sg. siput..sakit perut aje asbabnya...pastu pak lang tiada dah...
******
cg. ramlan, walau x pnh mengajar sy tp hakikatnya cg.ramlan baik...sgt2 memuliakan  tetamu, diberi kesempatan tinggal serumah walau x lama...tu dh membuktikan bahwa cg.ramlan seorg yg bertanggungjawab..x pnh marah sy...mkn minum sy cukup, bak kata mak " cg.ramlan baik n seorg yg btgjwb saat sy tgl kt umah cg..." at least, kita pnh belajar kt surau sebelah umah tu...sy berharap dgn rahmatNya utk temukan n himpunkan kita dgn arwah ustaz Ahmad nti...sy dh mpi cg, tp spai arini sy x pnh lg mpi arwah ust ahmad..di mana silap sy ?
*******
Sabda Rasulullah saw...sesungguhnya mayat di dlm kubur  ibarat karam di dlm air, mereka menanti doa2 drpd yg masih hidup...hadiah plg afdal adalah DOA n ISTIGHFAR.
*******

sy x hbs belajar dgn ustaz, tp syukur arini ust daniel ajar sesuatu....insyaAllah sy lakukan jika Allah izin utk kalian...

Thursday 24 December 2015

Hikmah Doa

Basyar bin Ghalib tlh bermimpi akan rabiahtul adawiyah...rabiatul memberitahu kpdnya bahwa dia tlh dibawa talam2 berupa nur yg ditutupi kain sutera putih....hal tu kerana, basyar byk mendoakan utk rabiatul adawiyah....

sabda Rasulullah saw, setiap mayat di dlm kubur ibarat karam di dlm air...mereka minta dilepaskan..mereka menanti doa2 dr org yg masih hidup iaitu keluarga, sahabat taulan n sbgnya....sebaik- baik hadiah bg mayat adalah DOA & ISTIGHFAR...
.
Guru ckp 1 al fatihah org yg hidup hadiahkan bg byk mayat, Allah akan sampaikan kpd si fulan berupa nur yg diletak dlm talam ditutupi kain sutera putih...
.
maka, bykkan la kita berdoa utk mereka...jgn plak kata doa kita tak sampai kpd mereka...DOA yg x sampai tu bila kita amik upah dr family mereka utk mendoakan mereka...

Hikmah Selawat

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kpd jujungan kami, Muhammad, sang pembawa  dan penyampai kabar gembira kpd org2 yg berselawat, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda – (Hadis Riwayat Muslim.)

Telah berkata Al Faqih As samarqandy :jika engkau mahu mengetahui bahawasa nya selawat ke atas NABI s.a.w itu ialah sebaik-baik ibadat dari sekalian ibadat yg lain,maka Lihatlah dan Fikirkanlah di dalam Firman Allah s w.t di dlm Al Quraan.. (قول الله سبحانه تعالى : إن الله وملائكته يصلون على النبي يا أيها الذين ءامنوا صلوا عليه وسلموا تسليما yg bermaksud; ( Firman Allahs..w. di dalam Al Quraan :sesungguh nya Allah dan Para malaikatnya berselawat ke atas Nabi,Wahai orang² yg beriman! Berselawat lah kamu dan ucapkan lah Salam dengan penuh kehormatan kepada nya)-Surah Al Ahzab ,ayat ke 56-

Maka di dalam sekalian ibadat itu di perintah kan oleh Allah s.w.t ke atas hamba²NYA untuk meraka beribadat kpd- NYA, akan tetapi Selawat ke atas kekasih Nya Nabi Muhammad s.a.w ... sesungguhnya Dia(s.w.t )Telah berselawat ke atas nabi dgn diri NYA dahulu dan memerintah kan para malaikat Nya agar berselawat ke atas Nabi s a.w kemudian di perintah kan ke atas orang² yg beriman untuk berselawat ke atas Nabi s.a.w ...maka dgn ini termaktub lah bahawasa nya Selawat ke atas Nabiitu adalah sebaik -baik IBADAT...*اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد...* صلوا على النبي!!!‫#‏الله‬أعلم

Sunday 20 December 2015

Hikmah SABAR

Ya Allah, limpahkanlah kesejahteraan dan kedamaian kpd jujungan kami, Muhammad, sang pembawa  dan penyampai kabar gembira kpd org2 yg SABAR (dlm menghadapi musibah), sebagaimana firman Allah SWT :

Al-Baqarah:155 - Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: Al-Baqarah: 156 (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: "Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali." Al-Baqarah:157 - Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya. Al-Mu'minūn:111 - "Sesungguhnya Aku membalas mereka pada hari ini (dengan sebaik-baik balasan) disebabkan kesabaran mereka; sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang berjaya".

Thursday 17 December 2015

Bisa ka kita dihimpunkan

Arwah guru pernah ckp bahwa 
makhluk Allah akan bertambah
9x ganda pd setiap langit
dari langit pertama hingga langit ketujuh...
***
Allahu Rabbi, jika demikian..tak tergambar bagaimana keadaan di akhirat kelak...sesak dgn umat manusia...
dan bagaimana aku mahu ditemukan dan dihimpunkan bersama dgn org yg aku mahu bersama disana?
jika berharap pd amalan, sungguh kami tak dak amalan nk disembahkan...melainkan kami berharap pd rahmat Allah utk kami bertemu dan dihimpunkan bersama.
***
jiwaku rindu nk dihimpunkan bersama kalian....amat rindu pd arwah guru ku.

- faqiratulabdillah -

Monday 14 December 2015

Seorang Lelaki yang baik

Allahu Akhbar....

Dapat msg dr cikgu ku, beritahu bahwa cg.ramlan dh meninggal....aku seakan tak pcy..sungguh aku mmg tak pcy mulanya....ntah apa bermain dlm otak aku ketika itu pon aku x pasti apa....

Tanpa lengah aku cari mak...tp mak tiada di rumah...adik bgtau yg mak p ziarah tok sedara meninggal pagi tu juga n kebumi pukul 11pagi....

Aku terus ke bilik air...time air tersentuh ke  muka, spt ada renjatan yg bisa buat aku menangis...aku tak pcy cg.ramlan dh tiada, bermakna cikgu ku akan mula perjalanan yg berat.....Allah Allah...

Susah nk dpt info bila cikgu ku x balas apa2 mesej...akhirnya, aku benar2 lambat ke rumah iparnya.....adik msg bgtau kebumi lpas asar, time tu betul2 azan...dok pk sempat ke tidak aku nti ni....

lpas asar, aku gerak terus....dgn redah hujan..aku terus berjalan gara2 parking keta jauh sgt.....msk ke rumah iparnya, dok cri tuan umah n cikgu ku  ...ntah sapa tlg jawab bgtau depa dh gerak ke kubur. .

P cri cikgu ku kt kubur...x pandang kiri kanan...sblm msk kubur, ingat ust nan ajar adab2 msk kubur...terus cri cikgu....lastly, berdiri 1 susuk berjubah hitam depan aku...aku yakin tu cikgu....aku pegang je lengan dgn harap tu dia....

Alhamdulillah benar, tu dia...sambil senyum dia hulur tgn...time tu rasa nk sentuh je pipi dia...dgn mata dia dh bengkak n kelihatan sayu...

Melihat jenazah cg.ramlan di masukkan, Allah...Allah rewind kan dosa2 aku dh buat termasuk sikap ego n degil aku...ketika tu, aku dh mula peluk cikgu n aku bimbang kot2 cikgu x kuat, jd aku hnya tau peluk je dia tanda bg semangat...n dia jg yg selalu ingatkan aku ttg ego aku...pengajaran yg aku dapati ketika tu, mati bila2 je n tak plu nak ego time berpijak di bumi....sbb 1 ari nti aku jg akan dipijak oleh bumi ni....

Terasa kehilangan cg.ramlan sbb arwah baik n sgt baik pd pandangan aku....arwah tak pnh sekalipun marah aku, bahkan ketika stay di rumahnya n time keta aku break down....dia izin guna moto dia p keje, siap isi minyak full lg....rajin masak n sediakn makanan utk kami...tak pnh marah walau terpaksa tgu  aku balik keje utk ziarah cikgu kt hospital...rajin belikan lauk kegemaran  cikgu kt bazar Ramadan ketika cikgu tak sihat thn lpas...byk kebaikan dia yg aku lihat pd dia....sbb tu aku terasa kehilangan kot....

Aku berharap sgt dgn kemurahanNya serta rahmatNya agar Allah himpunkan cg.ramlan dgn arwah  guru  aku, ustaz ahmad....nti disana kami bole bertemu n dihimpunkan bersama-sama dgn guru aku ustaz ahmad...

Al fatihah
selawat azimiah 
tahlil
untuk cg.ramlan......

aku x byk amalan cuma berharap pd rahmat Allah utk temukan n himpunkan kita dgn arwah ustaz Ahmad nti...insyaAllah tiap kali lpas baca basyairul khairat, aku akan minta tolong pd Allah utk himpunkan kita dgn ustaz  Ahmad...tgu sy kt sana dgn arwah guru sy....

Friday 11 December 2015

Kalimah Tauhid

Dalam membaca panjang kalimat Tauhid, para Ulama mengajarkan sebagai berikut :
a. Ketika melafalkan LA dan dibaca lebih panjang sambil kepala berpaling ke sebelah kanan dan hati menghayati artinya yaitu “tidak ada”.
b. Ketika melafalkan ILAHA sambil kepala bergerak ke bagian tengah dan hati menghayati artinya yaitu “Tuhan yang wajib disembah”.
c. Ketika melafalkan ILLALLAH sambil kepala berpaling kesebalah kiri dan hati menghayati artinya yaitu “melainkan Allah”. Dmasukkan ke dalam hati yg dalam
d. Setelah nya, dihadirkan dalam hati kalimat  مُحَمَّدُ رَسُوْلُ اللهِ  sambil menghayati artinya yaitu “Muhammad adalah utusan Allah”. Hal ini untuk membedakan cara membaca kalimat Tauhid dengan umat terdahulu sebelum baginda Nabi Muhammad, karena umat dahulu membaca kalimat Tauhid tanpa diringi مُحَمَّدُ رَسُوْلُ اللهِ .

Saturday 21 November 2015

Bolak Balik Hati

Hakikatnya, kenyataan kalian utk aku fokus pada 1 syeikh saje, benar2 membuat aku stress....hal yg plg aku benci bila org memaksa aku buat sesuatu yg aku x nak buat....

apa la masalahnya jika aku kasih pd para habaib ?!...sblm ni pon aku mengambil amalan dr mereka...tiada pon mereka paksa apa2 melainkan dinasihatkan beramal untuk Allah semata....para habaib mengambil tareqat balawiah, tp tiada pon syarat apa2 utk mengamalkan wirid2 mereka ijazahkn....

itu baru kasih pd habaib...blom lg aku nyatakan aku kasih pd arwah guru ku....kenyataan kalian membuat aku terpk n menangis sendiri " ntah dpt ke tak aku nk jpa arwah guru aku nti memandangkan kami x sealiran"...bgmna aku nk buang arwah guru ku dgn fokus pd 1 syeikh je....stress plak aku dibuatnye😡😡😡...

arwah guru aku tetap guru aku selamanya....tak dak sapa bole paksa aku untuk fokus 1 syeikh dgn buang kasih pd guru2 aku n para habaib....

Thursday 15 October 2015

Ntah sejak bila

ntah sejak bila aku mula belajar santai2 dgn makcik n ustaz lepas kelas.....biasanya 1.30 bru aku balik...spt ada je benda yg nk dibualkan....ditanye n menanya.....

time kelas x dak plak otak ni nk pk n tnye mcm2...huhuhu.....sjk awai aku mula lepak2, mostly  ustaz yg tnye aku soalan2 dulu....dia tnye, dia balik yg bg jawapan...hihihi.....

persoalan yg aku pn x tau nk ckp mcmne...tp yg pasti, moga2 Allah redha keatas aku, guru ku, mak n kwn2 sekelas semuanya dan moga Allah bukakan  pintu2 makrifat bg kami serta mengampuni dosa2 kami....aamiinnn.

Saturday 29 August 2015

Tak tau tajuk apa

Aku x tau nk tulis apa...tapi aku nk menaip jg..😅 ntah knp le sejak aku mula kelas, aku suka tengok muka ustaz....janggut ustaz dh panjang n kaler putih ( ni menunjukkan  bahwa guru aku dh tua rupanya)....ustaz spt sebelum2 ni, tiap kali lepas bercakap akan tanya " faham tak?" Selagi x angguk kepala selagi itu le dia akan tanye😁😁😁...
.
Cuma last Thursday, ustaz x sihat....kami mulakan bacaan maulid dgn maulid2 yg aku mula baca saat dtg belajar dgn ustaz...sungguh terasa sesak dada ni..
.
Walau tak sihat, ustaz tetap mengajar dgn semangat...paling best bila ustaz mula bercakap ttg rahsia2 Allah....cikit je isi yg ustaz sentuh dlm kitab, pastu ustaz mula la ckp ttg " semua letak pen, ustaz haramkan kamu semua menulis..tengok muka ustaz"....mula le ustaz bercerita....and the end ustaz tnye balik "faham ke tak ni? Nak lagi x? Aku dh angguk kepala....tp x dak rezeki sbb nenek2  semua nk balik sbb dh lbh jam 12am....apa2 pon, aku suka bila ustaz sentuh bab2 yg x dibenarkan cite pd org luar.......n itu le guru aku, bila aku takut nk cite apa2 kt ustaz, maka isterinya  la tempat aku cite n jd org tengah....syukur Alhamdulillah, diberi pinjam guru seperti itu...n makcik, terima kasih sbb ajar mcm2 cara utk meminta sesuatu dr ustaz....☺☺☺

Wednesday 8 July 2015

Kerinduan melanda....

Den mula rindu kelas
Bila la nk mula kelas ni...
Rindu nak baca qasidah n maulid ramai2...
Rindu nenek2...
Hati rindu nk dengar nasihat ustaz...
Huhuhu...

Monday 15 June 2015

Selawat azimiyyah

Arwah guru den pernah pesan...amalkan selawat azimiyyah lepas solat walau 1x pon x apa....
.
Jika berniat nak hadiahkan kpd si mati, baca sebanyak 12x.....guru ckp pahala baca selawat ini sebanyak seluas antara langit dan bumi....
.
Arwah ustaz ahmad othman

Friday 12 June 2015

Majlis tutup belajar

Selesai sudah majlis haul, penutupan kelas belajar...pasni bercuti lama la.....hehehe......1st time den ikut majlis haul nie.....ingatkan nk jumpa ustaz lepas majlis tp x dpt, sbb ada nenek nk tumpang  balik....x dpt jumpa, maknanya wasap makcik je la....n nasi beriani makcik masak mmg best😚
.
1 hal yg berlaku mlm ni....lepas majlis, saat bersalaman, nenek-nenek telah cium den, hahahaha.....biasanya den yg akan cium org, bila den yg kena cium...den rase malu plak😅🙈🙈🙈....apa2 pon, terima kasih atas ciuman  yg diberi...moga Allah kasihi nenek-nenek n Allah hantar org lain untuk cium nenek-nenek plak...jumpa lepas raya nti, insyaAllah....klo ada umur n rezeki la...pasni den pasti akan rindui nenek-nenek  terutama telatah nenek-nenek saat berada di sekitar sy n buat sy senyum sendiri...☺

Monday 8 June 2015

7.6.2015 ( bulan syaban)


لا اله الا الله محمد الرسول الله فى كل لمحة ونفس عددما وسعه علم الله
Hol Sayyid Ahmad Idris bersama2 ikhwan di Masjid Raudhatul Solihin, Kg Ayer Limau, Masjid Tanah Melaka...

Saturday 25 April 2015

Hilangnya seorang guru

mendapat berita ttg kematian salah seorang guru aku 😭😭😭 Allah, kelas terakhir beliau sebut ttg kematian...dan arini beliau meniggalkan kami selamanya....last kelas, ustaz sihat je cuma lepas kelas mlm td dh mula x sihat....inilah guru tauhid dan tasawuf aku...
almarhum ustaz ahmad othman...
Al-Fatihah

Sunday 1 March 2015

Habib soleh al idrus

Hari ni...habib soleh plak ziarah ke pondok..Allah...rugi x dapat join...dgr citet habib ijazahkn amalan doa sembuh penyakit....tiada rezeki den arini bertemu ulama....agak busy dgn urusan dunia org lain...huhuhu.....
Apa2 pon, smlm dah dpt ijazah sanad selawat dan tahlil dr habib iberahim al qamari ba alwi....☺☺☺

Habib iberahim al qamari al ba alwi

28hb....den diberitahu akan ada habib dtg ke pondok...sblm 9am den dh sampai pondok...majlis ilmu yg santai tp penuh barokah n manfaat...

Habib bercerita ttg Rasulullah saw n kelebihan berselawat...n habib tekankan knp ada segelintir  pihak yg tak bg kita berselawat, sdgkn Allah dan malaikat  turut berselawat keatas Baginda...

Org yg beriman akan berselawat ke atas  Rasulullah saw...maka yg tak bg kita berselawat itu adalah sebaliknya...