بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 22 June 2012

Kehidupan Remaja aku.....

Kehidupan den mcm biasa juga mcm budak2 lain…masa sekolah menengah, den mcm blur jer..al-maklum, jd junior…hehe….mcm x de yg menarik je masa den form 1 dan 2…tp plg best masa den form 3…den agak rapat dgn cikgu sains den…cikgu selemah….wlau den x minat sains, tp cikgu selemah tu amat le sporting…( dlm kelas pnh juga kena marah, tp masa den form 4 la..dlm kelas kimia…hehe….)..seingat den, masa sekolah dulu heboh pasal blackmental…pihak sekolah pulak adakan spotcheck besar-besaran….masa nie, den yg offer diri den kpd cikgu selemah untuk spotcheck den (sebabnya, den agak rapat,jd tak le malu sgt…hehe)…tahun nie juga moyang den meninggalkan dunia n menuju ke akhirat…bila dgr kematian moyang, den x nangis pon…balik je dr sekolah n p tengok jenazah moyang…den terus menangis tersedu-sedu…sebabnya den nie anak pertama, anak buah pertama, cucu pertama dan cicit pertma (bole kata den agak manja dgn keluarga…) perginya moyang, buat den takut mati sbb den fikir ttg penyakit tue…adeyh!.

Masa form 4, sekali lagi den disyaki penyakit lama den ada semula…alahai, lemah lutut den…tu maknanya den kena berulang ke hospital dan kena checking..checking plak kena amik darah dan urine test lagi…huhuhu….den paling x suka p hospital bila den sakit..klo jalan2 tak ape…hehe….check punye check., doctor cakap buah pinggang den dh mengembang…itu maknanya den kena makan ubat untuk masa tertentu dan plu p checking setiap minggu….huhu…bosannya alahai…yg baiknye plak, den dapat kebenaran dr cikgu selemah untuk tidak terlibat dalam sukan dan aktiviti di sekolah….besstttnyerrr hidup den….hahahaha….

Peristiwa paling perit masa usia den 16tahun….nenek den tak nak jaga adik-adik den yg usia 4 dan 5 thn…huhu..sakit juga hati masa tu smpai den merajuk n x bercakap dgn nenek buat seketika…masa tue, mak den keje…den dgn adik sekolah..jd x ada orang nk jaga adik-adik..den punye ngajuk smpai den ckp kt mak ‘ x payah nenek jaga adik lg…’buat kali pertama, den ajar adik-adik den yg kecik tue, balik rumah lepas hbs tadika n buka tv untuk tunggu adik den yg ke-3 balik sekolah jam 1…then  k.wa balik sekolah n dia bg adik2 den makan. mak minta dia jaga adik smpai den n adik lelaki den balik sekolah plak…lepas kami balik, bru le k.wa p sekolah agama plak…den plak amik alih jaga adik-adik smpai mak balik jam 6…giliran kami jaga adik berlarutan smpai diaorang dh pandai bawa diri ( that y kot kami adik beradik agak rapat…hehe + mmg kami adik beradik rapat dgn mak shj..)

Masa form 5…mcm biasa, p sekolah n balik lmbt sbb kelas tambahan…den plg berharap cpt2 hbs sekolah sbb den x nak belajar lg masa tue..den hnya pk nk cari duit je…hbs sekolah, den keje kilang..mak aii, p keje jam 6pg n balik keje 6ptg…penatnye keje..huhu…nk sgt keje, dh rasa keje pastu ngeluh sbb penat…(n_n)….den bernasib baik sbb den dpt tawaran ke form 6…den dh x nak belajar, tp mak yg paksa den p sekolah…den pon masuk form 6…

Bole la...yg pasti masa form 6, den sekolah n den juga keje kt masjid tanah…hahaha….ok la khdpan den lalui…plg teruk, masa form 6, den le plg byk ponteng sekolah n kelas….form 6 x ada sediakan buku teks pon..den hnya bergantung pd nota2 cikgu-cikgu kt sekolah je…yg nikmatnya, Allah berikan den keputusan yg baik dalam exam STPM…Alhamdulillah…keputusan yg baik itu juga telah menyebabkan den kehilangan kawan dan kakak angkat…adeyh!..that y le den tak percaya kpd adik beradik angkat..klo jadi kakak den, maka tetap kakak den.. tak ada beza pon pd den..tak nak jadi kakak den pon tak apa..hak memasing...hehe...masa form 6 juga den pnh x bole bangun dan berjalan 1 minggu...den pon x tau terkehil kat mana....nak p bilik air, den hanya mengesut je, mcm orang oku pon ada (^_^)....cuma bab makan, adik den yg ke-3 tolong hidangkan( thanks to my lovely sister norazuwa...hehe..)


Bersambung.......

Aku Tetap Aku...

Thursday 21 June 2012

zaman kanak-kanak aku....

setiap orang pasti akan lalui zaman kanak-kanak kan....den pon sama le jua....den rase mcm best je zaman kecik den...hahahaha....jd, den nk tulis jg kat sini.... (^_^).

nak mula citer....seusia den 8 tahun, den dah mula belajar bekerja untuk cari duit tau…betapa happynya hidup den …pagi2 den p sekolah, balik sekolah den dah cabut ke sawah ikut makcik2 den amik upah mengubah,menyemai sawah( aktiviti den part-time..hehe…) bila dpt upah sebanyak RM 3, den pk dah besar sgt jumlah tu..bayangkan le bdk 8 thn dpt duit RM 3 setiap ari…mau tak kaya( kaya ke? Haha….) tp smua hasil upah tu den bg pd mak den sbb den masih ada lg adik kecik yg masih memerlukan…tp tak kisah la sbb mak den selalu ckp ‘ sian adik nk menyusu lg, mak pon kena cari duit dgn buat tikar mengkuang, ikan kering nk besarkan along,abg ngah n adik…’ so, den masa kecik x kisah sgt dgn duit….( plg best, lepas p sawah…balik umah terus terjun ke laut…hahaha….bestnye zaman kecik den).

1993… den seusia 9 thn, moyang den masuk hospital..semua kalut, den pon x tau knp…dlm minggu itu juga, pakcik den yg OKU meninggal dunia…mak den rasa sayu sgt2 sbb mak ckp mak ada minta pd Allah agar amik nyawa pakcik den sbb mak tak tahan tgk pakcik kena dera n maki…huhuhu….minggu depannya pulak, den disyaki ada penyakit…alamak, den le orang yg plg suka sgt2 (suka le sgt, padahal den le yg ajak mak balik dr hospital…) check punye check, kompom den dpt penyakit buah pinggang, den punyer nangis ler…huhu..bukan nangis sbb sakit tp den nangis sbb x nak kena tinggal kt hospital…seingat den, sepanjang den duduk hospital, tiap2 mlm den nangis sbb nk balik umah (den duduk hospital sorang2, xde pon yg meneman..mak ckp ‘mak ada adik kecik, sapa nk jaga adik klo mak teman along kt hospital..huhuuhu…)…masa nie, den buat pertama kalinya dpt tgk bayi kembar siam(dpt tgk sbb den asyik minta balik umah sehingga memaksa nurse2 kt situ pujuk den dgn bwa tgk bayi tu dan den dirasuah dgn candy ;) )…adik2 tue melekat kt badan + diaorang ada sakit lg…huhu…yg penting diaorang comey (^_^)…[ part plg x best duduk hospital..kena mkn ubat + kena amik darah setiap hari...sakit plak tu kena injection...adeyh!...bayangkan 1 hari 6x jasad den kena cucuk dgn jarum.... (o_o)!

Den keluar dr hospital, moyang den plak masuk hospital semula….apa nk buat, dah bahagian kami…keluar hospital, den masih menjalani aktiviti den mencari duit..den amik lg upah ke sawah..bukan tu je, den juga belajar cari tiram kt laut, belajar buat ikan kering dan menjual kt sekolah (berani betul den langgar peraturan sekolah….ahaks..apa bole buat, kehidupan perlu dilalui juga wlau byk liku-liku…tp den x kisah pon wlau den lalui keperitan hidup…mak ckp ‘hanya orang susah akan rasai keperitan orang susah yg lain”….lupa plak, tahun nie jg den ikut bdk2 lelaki termasuk adik den p menimba kt sawah..tujuannya cari ikan..masa nie x fikir pon lintah n pajat, janji kiteorang menimba, cari ikan n jual ikan sawah….(asyik2 ikan laut je jual, sekali dua tiga puluh kali apa salahnya jual ikan darat lak…kan..kan.. hehe)

1995, den dpt adik lg...adik lelaki lg...hehe...ok la, den di ajar untuk jaga adik...bole ler wlau x pandai...thn seterusnya den dpt adik lg...nak kata, den mcm x happy bila dpt adik sbb den fikir yg mak x akan sayang pd adik lelaki den tue...bru usia setahun, dh dpt adik lak....masa tue, den hnya fokus pd adik lelaki je..adik baru tu den x tgk pon...huhuhu...bila fikir semula, mcm kelakar je...sebabnya, sekarang nie adik bongsu le yg den plg sayang..bole kata 'adik kesayangan tu'...ahakss....

Aku Tetap Aku...

Thursday 14 June 2012

Syirik ( Menyembah selain Allah)

      Syirik bererti menganggap seseorang atau benda lain atau suatu konsep sebagai wujud yang setara atau lebih tinggi dari Allah. Anggapan seperti ini bisa dari segi penilaian, rasa lebih menyukai, atau keunggulan yang disertai dengan perbuatan-perbuatan yang menyokongnya. Hal seperti inilah yang disebut ‘mempersekutukan Allah dengan Tuhan yang lain’. Dengan kata lain, menanggap bahawa seseorang atau benda lain memiliki sifat-sifat Allah, sama ertinya mempersekutukan Allah.
     Dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa dosa syirik tidak akan diampuni. Allah tidak mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (QS An-Nisa, 4: 48).
   Di antara perbuatan syirik adalah memuja berhala. Menurut adat, kata ‘memuja berhala’ bererti menyembah benda atau wujud tertentu. Namun sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian tersebut. Pada setiap masa, selalu ada manusia yang mempersekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan menyembah pujaannya atau patung-patung. Memberhalakan sesuatu tidak selalu bererti bahwa pemujanya mengatakan ‘ini tuhan yang saya sembah’. Tidak juga bererti bahwa ia harus bersujud dihadapannya. Pada dasarnya, menyembah berhala diertikan rasa suka seseoranf terhadap sesuatu melebihi rasa sukanya kepada Allah. Misalnya, lebih menyukai redha seseorang dibandingkan redha Allah atau lebih takut kepada seseorang dibandingkan rasa takut kepada Allah, atau lebih mencintai seseorang dibandingkan cintanya kepada Allah.
     Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa sesuatu yang dipersekutukan dengan Allah tidak akan dapat menolong orang yang mempersekutukannya. Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah adalah berhala. Kamu berbuat dusta. Sungguh, yang kamu sembah itu, tidak mampu memberikan rezeki kepadamu. Jadi, mintalah rezeki itu dari sisi Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Kepada-Nya engkau akan dikembalikan.(QS Al-Ankabut,29: 17).


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday 10 June 2012

Murabbi

Apa tugas murabbi? Ermmm…setahu den, golongan ini tugasnya adalah untuk mendidik anak-anak didik…jadi apa yang perlu dilakukan oleh seorang pendidik bagi mendidik anak-anak didik ?

  1. Mengikhlaskan niat kerana Allah Ta`ala dalam mendidik anak-anak didik dan saudara-saudara dari kalangan penuntut ilmu serta mendidik mereka sesuai dengan apa yang diredhai oleh Rabb Jalla wa `Alaa. Kemudian sabar dan mengharapkan ganjaran atas amalan tersebut dari Allah Subhaana wa Ta`ala dan  semata-mata mengharapkan pahala dari-Nya.
Allah Swt berfirman :
وَمَا أُمِرُوا إِلا لِيَعْبُدُوا اللَّهَ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ حُنَفَاءَ وَيُقِيمُوا الصَّلاةَ وَيُؤْتُوا الزَّكَاةَ وَذَلِكَ دِينُ الْقَيِّمَةِ
“Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya mereka beribadah kepada Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) Din yang lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan yang demikian itulah Din yang lurus. (QS. Al Baiyyinah : 5)

Dan Allah Ta`ala berfirman :
قُلْ إِنَّنِي هَدَانِي رَبِّي إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ دِينًا قِيَمًا مِلَّةَ إِبْرَاهِيمَ حَنِيفًا وَمَا كَانَ مِنَ الْمُشْرِكِينَ  # قُلْ إِنَّ صَلاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ 
رَبِّ الْعَالَمِينَ # لا شَرِيكَ لَهُ وَبِذَلِكَ أُمِرْتُ وَأَنَا أَوَّلُ الْمُسْلِمِينَ

“Katakanlah: “Sesungguhnya aku telah ditunjuki oleh Rabbku kepada jalan yang lurus, (iaitu) Din yang benar, Din  Ibrahim yang lurus, dan Ibrahim itu bukanlah termasuk orang-orang musyrik”. Katakanlah: “Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam”. Tiada sekutu bagi-Nya, dan demikian itulah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri (kepada Allah)”. (QS. Al An`am : 161-163).

2. Qudwah (teladan) yang baik.
Sudah diketahui bahwa seorang penuntut ilmu akan terpengaruh dengan gurunya, dia akan senang untuk taqlid pada gurunya dan berqudwah dengannya. Maka diwajibkan atas para pendidik dan pengajar jangan sampai perkataannya menyelisihi perbuatannya, Allah Ta`ala berfirman :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لا تَفْعَلُونَ # كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لا تَفْعَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan. (QS. As shof : 2-3).


3. Akhlak yang baik.
Allah Ta`ala berfirman :

وَقُلْ لِعِبَادِي يَقُولُوا الَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِنَّ الشَّيْطَانَ يَنْزَغُ بَيْنَهُمْ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلإنْسَانِ عَدُوًّا مُبِينًا

Dan katakanlah kepada hamha-hamba-Ku: “Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan perselisihan di antara mereka. Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi manusia. (QS. Al Israa` : 53)
Allah Ta`ala firman :
وَلا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ

“Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antaramu dan antara dia ada permusuhan seolah-olah telah menjadi teman yang sangat setia. (QS. Fusshilat : 34).

 Abdullah bin al Mubaarak berkata : “Akhlak yang baik ialah wajah yang berseri, menyebarkan kebajikan, menahan gangguan.

4. Hendaklah seorang guru bersemangat dalam mendidik anak didiknya dengan tarbiyatan solehah.

Dia ajarkan pada mereka tentang perkara-perkara Islam dan Iman, lalu dia tanamkan rasa kecintaan pada Allah dan pengagungan-Nya di hati-hati mereka. Demikian juga kecintaan kepada Nabi SAW. Kemudian dia jelaskan pada mereka wajibnya mengikuti Rasulullah SAW, beramal dengan Sunnah, berqudwah dengan Nabi SAW. Lalu diajarkan pada mereka adab-adab yang baik, dan akhlak yang mulia, seperti adab-adab masjid, majlis, menghormati guru dan orang yang lebih tua, juga adab dengan teman-teman dan sahabat, dan biasakan kepada mereka bertutur kata yang baik, dan peringatkan mereka dari perkataan yang buruk, dan selain dari yang demikian dari adab-adab yang indah serta sifat-sifat yang mulia.

 * besar rupanya tanggungjawab seorang pendidik....patut la golongan ini banyak dapat pahala dan manfaat di sisi Allah SWT... Allahu Akhbar.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 7 June 2012

Kunci-Kunci Syurga


Ingat rumah aje ke yg ada kunci…nk masuk syurga pun ada kunci-kuncinya..
Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan pada umatnya apa kunci surga itu. Beliau bersabda:“Barang siapa mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah dengan penuh keikhlasan, maka dia akan masuk syurga.“ (HR. Imam Ahmad ).

Kalimat Tauhid  ‘Laa ilaahaa illallah ‘ yang begitu sering kita ucapkan ternyata merupakan kunci syurga. TETAPI, semudah itukah pintu syurga kita buka? Bukankah banyak orang yang siang malam mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah, tetapi mereka masih meminta-minta (berdoa dan beribadah) kepada selain Allah dan percaya kepada dukun-dukun dan melakukan perbuatan syirik lainnya? Bolehkah mereka ini juga membuka pintu surga?  TAK MUNGKIN kan…

Nama pun kunci, jd kunci pasti bergerigi. Begitu pula kunci syurga yang berupa Laa ilaaha illallah itu, ia pun memiliki gerigi. Jadi, pintu syurga itu hanya dapat dibuka oleh orang yang memiliki kunci yang bergerigi. Antara gerigi kunci itu Laa ilaaha illallah itu :-

1 ) Al ‘Ilmu (mengetahui)
Maksudnya adalah kita harus mengetahui makna Laa ilaaha illallah secara benar. Maksudnya adalah: “Tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah.”
Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa mati dalam keadaan mengetahui bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Allah, niscaya dia akan masuk syurga.” (HR. Muslim).
Seandainya kita mengucapkan kalimat tersebut, tetapi kita tidak tahu maknanya, maka ucapan tersebut tidak ada faedahnya.

2 ) Al Yaqin (Meyakini)
Maksudnya adalah kita harus menyakini secara pasti kebenaran kalimat Laa ilaaha illallah tanpa ragu dan tanpa bimbang sedikitpun.
Rasulullah SAW bersabda:“Aku bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan aku adalah utusan Allah. Tidaklah seorang hamba bertemu dengan Allah sambil membawa dua kalimat syahadat tersebut tanpa ragu kecuali pasti dia akan masuk syurga.” (HR. Muslim).

3 ) Al Qobul (Menerima)
Maksudnya kita harus menerima segala tuntunan Laa ilaaha illallah dengan senang hati, baik secara lisan maupun perbuatan, tanpa menolak sedikit pun. kita tidak boleh seperti orang-orang musyirik yang digambarkan oleh Allah dalam Al Qur’an:
إِنَّهُمْ كَانُوا إِذَا قِيلَ لَهُمْ لا إِلَهَ إِلا اللَّهُ يَسْتَكْبِرُونَ * وَيَقُولُونَ أَئِنَّا لَتَارِكُو آلِهَتِنَا لِشَاعِرٍ مَجْنُونٍ
“Orang-orang yang musyrik itu apabila di katakan kepada mereka: (ucapkanlah) Laa ilaaha illallah, mereka menyombongkan diri seraya berkata: Apakah kita harus meninggalkan sesembahan-sesembahan kita hanya karena ucapan penyair yang gila ini?” (Ash Shaffat: 35-36).

4 ) Al Inqiyad (Tunduk Patuh)
Maksudnya kita harus tunduk dan patuh melaksanakan tuntunan Laa ilaaha illallah dalam amal-amal nyata. Allah subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَأَنِيبُوا إِلَى رَبِّكُمْ وَأَسْلِمُوا لَهُ
“Kembalilah ke jalan Tuhanmu, dan tunduklah kepada-Nya.“ (Az-Zumar: 54).
Allah Ta’ala juga berfirman:
وَمَنْ يُسْلِمْ وَجْهَهُ إِلَى اللَّهِ وَهُوَ مُحْسِنٌ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى
“Dan barang siapa yang menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang dia orang yang berbuat kebaikan, maka sesungguhnya ia telah berpegang pada ikatan tali yang amat kukuh (iaitu kalimat Laa ilaaha illallah).” (Luqman: 22).

5 ) Ash Shidq (Jujur atau Benar)
Maksudnya kita harus jujur dalam melaksanakan tuntutan Laa ilaaha illallah, iaitu sesuai antara keyakinan hati dan amal nyata, tanpa disertai kebohongan sedikit pun.
Nabi SAW bersabda: “Tidaklah seseorang itu bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak di sembah kecuali Allah dan Muhammad itu adalah hamba dan utusan-Nya, dia mengucapkannya dengan jujur dari lubuk hatinya, melainkan pasti Allah mengharamkan neraka atasnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

6 ) Al Ikhlas (Ikhlas)
Maksudnya kita harus membersihkan amalan kita dari noda-noda riya’ (amalan ingin dilihat dan dipuji oleh orang lain), dan pelbagai amalan kesyirikan lainnya.
Nabi SAW bersabda:“Sesungguhnya Allah mengharamkan neraka bagi orang yang mengucapkan Laa ilaaha illallah semata-mata hanya untuk mengharapkan wajah Allah Azza wa Jalla.” (HR. Al Bukhari dan Muslim).

7 ) Al Mahabbah (Cinta)
Maksudnya kita harus mencintai kalimat tauhid dan mencintai juga kepada orang-orang yang bertauhid dengan sepenuh hati, serta membenci segala perkara yang merosak tauhid itu.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
وَمِنَ النَّاسِ مَنْ يَتَّخِذُ مِنْ دُونِ اللَّهِ أَنْدَادًا يُحِبُّونَهُمْ كَحُبِّ اللَّهِ وَالَّذِينَ آمَنُوا أَشَدُّ حُبًّا لِلَّهِ
“Dan di antara manusia ada yang menbuat tandingan-tandingan (sekutu) selain Allah yang dicintai layaknya mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman, sangat mencintai Allah di atas segala-galanya).” (Al-Baqarah: 165).


8 ) Al Kufru bimaa Siwaahu (Mengingkari Sesembahan yang Lain)
Maksudnya kita harus mengingkari segala sesembahan selain Allah, iaitu tidak mempercayainya dan tidak menyembahnya, dan kita harus yakin bahwa seluruh sesembahan selain Allah itu batil.
Allah Subhanahu wa Ta’ala menyatakan:
فَمَنْ يَكْفُرْ بِالطَّاغُوتِ وَيُؤْمِنْ بِاللَّهِ فَقَدِ اسْتَمْسَكَ بِالْعُرْوَةِ الْوُثْقَى لا انْفِصَامَ لَهَا
“Maka barang siapa mengingkari thoghut (sesembahan selain Allah) dan hanya beriman kepada Allah, maka sesungguhnya dia telah berpegang teguh pada ikatan tali yang amat kokoh (yakni kalimat Laa ilaaha illallah), yang tidak akan putus….” (Al-Baqarah: 256).

Orang yang mengucapkan kalimat Laa ilaaha illallah hanya dengan lisannya tanpa memenuhi syarat-syaratnya, bagaikan orang yang memegang kunci tak bergerigi, sehingga mustahil baginya untuk membuka pintu syurga, walaupun dia mengucapkannya lebih dari sejuta banyaknya.  Perhatikanlah!

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Wednesday 6 June 2012

Mencari Teman Yang Baik

Hendaknya engkau menjadi seorang alim atau orang yang belajar. Jangan menjadi jenis yang ketiga, maka engkau akan binasa.” (HR. Ibnu Abdilbar dalam Kitabul ‘Ilmi).

Jika memerlukan teman, maka carilah yang.....

  • Orang yang soleh atau solehah.
  •  Beragama, bertakwa, wara
  •  Cerdas
  •  Banyak kebaikannya dan sedikit keburukannya.
  • Baik dalam pergaulan, dan tidak banyak berdebat. 
  • Bila kita lupa, teman tersebut boleh mengingatkannya. 
  • Bila kita cuba mengingat, teman ini dapat menolong. 
  • Bila kita memerlukan, temannya ini dapat membantu.
  • Bila kita bosan, teman ini boleh menyabarkan diri kita.


* Janganlah kamu berteman kecuali dgn orang yg sembunyikan rahsiamu dan menutup kekuranganmu..lalu dia berada bersamamu pd segala dukacita. Dia menyiarkan kebajikanmu dan menyembunyikan keburukanmu. Jika kamu tak memperoleh orang seperti ini, maka janganlah kamu berteman melainkan dgn dirimu sendiri (Imam Al-Ghazali ).
 

 > Agak sukar nak cari sahabat mcmni tp tak MUSTAHIL bole jumpa...hehe

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~