بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 29 November 2013

Keraguan..lihat akhlaknya

Ada seorang penuntut ilmu dlm keraguan..sama ada nk masuk kelas ini atau yg itu...dia melihat 2 kumpulan pgajian ilmu yg berbeza..kelas ini kata 'kami belajar al-quran n hadis' dan yg satu lg jg sama 'al-quran n hadis'..dlm kekeliruan, dia pergi kpd seorang yg soleh bg membuat pemilihan baginya...org soleh tu berkata " aku akan bawa kamu pergi kedua-dua kelas ni'...lantas, mereka masuk ke kumpulan yg pertama n berdiri..ketika syeikh melihat mereka sedang berdiri, 

Syeikh : duduk! knp kamu berdiri ?

Pemuda : aku taknak duduk kt kelas kamu ini

Syeikh : knp kamu taknak duduk?

Pemuda : dlm hati aku ada tak puas hati dgn kamu

Syeikh : dan aku jg sgt2 tak puas hati dgn kamu, keluar syaitan, jgn kamu merosakan kelas ini!.

Org soleh : 'jom kita keluar sebelum kena pukul

kemudian, mereka ke kumpulan kedua n jg dlm keadaan berdiri...syeikh terpandang mereka n berkata

Syeikh : mengapa kamu berdua tidak duduk ?

Pemuda : aku taknak duduk dlm kelas kamu ini

Syeikh : knp ?

Pemuda : aku ada tak puas hati dgn kamu

lantas....syeikh menutup wajahnya lalu menangis n berkata

Syeikh : Sesungguhnya bg Allah shj kami kembali, aku memohon penganpunan Allah n bertaubat kepada-Nya....mungkin Allah telah membukakan kpd kamu keaiban aku yg telah disembunyikan..aku memohon
pengampunan Allah n bertaubat kepada-Nya..(syeikh terus menangis )

lelaki soleh itu memandang pemuda itu n bertanya padanya  'kelas mana yg kamu nak duduk? sini atau sana?



Nota : Jika rase perlu buat pilihan, maka perhatikan kpd akhlak mereka...di mana adanya akhlak yg mulia, tandanya kt situ adanya agama n jg ilmu..tak mungkin dgn agama itu tanpa ada akhlak yg mulia..tak mungkin dgn sifat kesolehan itu dgn tiada akhlak yg mulia, tak mungkin terjadinya ilmu itu dgn tanpa akhlak yg mulia




~ Barakallah ~

Saturday 23 November 2013

Ya Rasulullah


Ya Rasulullah ( Salamun Alaik )
Ya Habiballah ( Salamun Alaik )
Ya Nabiyallah ( Salamun Alaik )
Ya Sofiyallah ( Salamun Alaik )
Ya Nabiyallah ( Salamun Alaik)
Ya Kalimallah ( Salamun Alaik )

Selawat salam buat junjungan
Rasulullah insan pilihan
Berkat budi Tuan agama Islam
Menjadi rahmat seluruh alam

Kekal abadi namamu di hati
Budi mu Tuan kami sanjungi
Marhaban ya marhaban ya
Marhaban ya Nural Aini 



~ Credit to Diwani :) Barakallah ~

Wednesday 20 November 2013

Ihya Ulumiuddin


Aqidah para ahli-sunnah terhadap Zat Allah Ta’ala yang Maha Suci, ialah bahawa Allah Tuhan yang Esa tiada sekutu bagiNya. Dia Qadim (lama) tiada awal bagi wujudNya, dan WujudNya pula terus-menerus tiada akhir bagiNya. Dia Kekal tiada luput sama sekali, Dia tetap bersifat agung dan sifat keagunganNya akan berterusan, tiada akan musnah atau terputus dengan terluputnya berbagai-bagai abad, atau berlalunya bermacam-macam waktu.

Bahkan Dialah Allah yang Awal dan yang Akhir, yang Lahir dan yang Batin dan Dialah Maha Mengetahui akan segala sesuatu. Tuhan Allah bukanlah semacam jisim (rupa) yang dapat digambarkan. Dia tiada menyamai apa pun yang maujud (ada), begitu pula yang maujud itu tiada boleh menyerupaiNya.

Dia tiada dilingkari oleh seluruh penjuru dan arah. Dia tiada pula bertempat, samada dalam lapisan-lapisan bumi atau langit, malah Dia beristiwa’ (memerintah) di atas Arasy mengikut keadaan yang Dia telah firmankan, atau dengan makna yang Dia kehendaki. Dia berada di atas Arasy dan langit, malah di atas segala sesuatu hingga ke batasan bumi. KetinggianNya tiada menjadikanNya lebih dekat kepada Arasy dan langit, sebagaimana semua itu juga tiada menambahkanNya jauh dari bumi dan tanah. Bahkan Allah tetap Maha Tinggi darjatNya dari Arasy dan langit, sebagaimana Dia juga maha Tinggi darjatNya dari bumi dan tanah.

Walau bagaimanapun, Dia tetap dekat kepada yang maujud, dan lebih dekat kepada hambaNya dari urat leher hamba itu sendiri. DekatNya kepada hambaNya tidak serupa dengan dekatnya jisim kepada manusia, begitu juga dengan ZatNya yang tiada serupa dengan zat jisim manusia. Dia tiada bertempat di sesuatu benda, demikian pula benda tiada bertempat pada ZatNya. Maha Suci Allah dari dilingkari oleh sesuatu tempat, sebagaimana Maha SuciNya Dia dari dibatasi oleh sesuatu zaman. Bahkan Dia telah Ada sebelum terciptanya masa dan tempat lagi, dan adaNya Dia sekarang adalah sama seperti keadaan sebelumnya juga.

Di dalam ZatNya, Dia telah dibuktikan kewujudanNya oleh akal fikiran, dan ZatNya dapat dilihat oleh pandangan nanti di kemudian hari di tempat tinggal yang abadi (syurga). Hal itu merupakan suatu nikmat dari Allah dan belas kasihanNya untuk orang-orang yang berbakti kepadaNya, dan sebagai penyempurnaan kenikmatan daripadaNya ialah pengurniaanNya untuk melihat wajahNya yang Maha Mulia.

Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha Hidup, Maha Berkuasa, Maha tinggi dan Maha Memaksa, tiada didatangi kecuaian atau kelemahan, tiada dihinggapi kelalaian atau ketiduran dan tiada terkena kehancuran atau kematian. Dialah satu-satunya yang menjadikan dan menciptakan, satu-satunya yang mengadakan dan membentuk Dialah Maha mengetahui akan segala sesuatu yang telah diketahui, ilmuNya meliputi segala apa saja yang berlaku di dalam dasar bumi hingga ke atas langit, tiada sesuatu pun yang terlepas dari ilmuNya sekalaipun seberat atom, samada di dalam bumi atau di pucuk langit.

Bahkan Dia Mengetahui gerak-geri seekor semut yang hitam di atas batu yang licin di malam hari yang gelap-gelita. Dia Mengetahui juga gerakan sebutir debu di tengah-tengah cakerawala ini. Dia Mengetahui yang rahasia dan yang tersembunyi. Dia dapat menyingkap akan perkara-perkara yang terlintas di dalam diri dan gerak-geri hati dan segala rahsia yang disembunyikan; iaitu dengan ilmuNya yang Qadim Azali yang sentiasa Dia masih bersifat dengannya sejak di dalam Azalil-Aazal.

Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha menghendaki ke atas semua yang dijadikanNya, dan Maha Pengatur terhadap segala yang diciptakanNya. Tiada boleh berlaku sesuatu pun dalam kerajaanNya atau kekuasaanNya, melainkan dengan ketentuanNya dan kudratNya, dengan hikmatNya dan kemahuanNya. Apa yang Dia kehendaki akan berlaku, dan apa yang Dia tiada menghendaki tidak akan berlaku. Tidak akan ada yang dapat menentang perintahNya, dan tidak akan ada sesiapa yang dapat menolak terhadap hukumNya.

Dan bahawasanya Allah Ta’ala itu Maha Mendengar dan Maha Melihat. Tiada satu pun yang bakal terhalang dari pendengaranNya sesuatu yang terdengar sekalipun yang amat samar, dan tiada satu pun yang bakal tertabir dari pemandanganNya sesuatu yang terlibat sekalipun yang amat halus. PendengaranNya tidak akan terhalang kerana jauh, dan pemandanganNya tidak akan tertutup kerana gelap. PendengaranNya dan pemandanganNya tiada menyerupai pendengaran dan pemandangan makhlukNya, sebagaimana ZatNya juga tiada menyerupai zat makhlukNya.

Dan bahwasanya Allah Ta’ala itu Maha Berkata-kata, Maha Memerintah, Maha Melarang, Maha Mengingatkan dan Mengancam, dan bahawasanya al-Quran, Taurat, Injil dan Zabur itu adalah kitab-kitabNya yang diturunkan ke atas para RasulNya alaihimus-salam membawa percakapanNya yang merupakan sifat bagi ZatNya dan bukanlah sifat bagi mahklukNya. Dan sesungguhnya al-Quran itu adalah Kalamullah yang bukan makhluk (diciptakan) sehingga ia boleh binasa, dan bukan pula sifat bagi makhlukNya sehingga ia boleh punah.

Dan bahwasanya Allah Ta’ala itu Maha Esa, tiada sesuatu yang ada selainNya, bersifat Hadis (baru) yang terjadi dengan perbuatanNya, yang menerima dari keadilanNya dalam rupa yang paling sempurna, paling lengkap dan paling adil.

Dan bahawasanya Allah Ta'ala itu Maha Bijaksana dalam segala perbuatanNya, Maha Adil dalam segala keputusanNya. Dan segala sesuatu selain Allah dari bangsa manusia, jin, malaikat, langit, bumi, binatang, tumbuh-tumbuhan, benda-benda padat yang dapat dilihat atau dapat dirasakan, semuanya itu adalah Hadis (baru) yang dicipta oleh Tuhan dengan kekuasaanNya daripada tidak ada menjadi ada. Dan dijadikanNya pula dalam bentuk yang paling sempurna, yang pada asalnya tidak ada, sebab yang ada di dalam azal itu hanya Zat Allah Subhanahu wa Ta’ala saja dan selainnya tidak ada bersamaNya. Maka Allah telah menjadikan makhluk sesudah itu, sebagai tanda kekuasaanNya dan untuk merealisasikan apa yang terdahulu dari kemahuanNya, dan apa yang ditentukan di dalam azal dari kalimatNya, bukan kerana Dia berhajat penciptaan itu atau memerlukannya. Bila Allah berkehendakkan untuk menjadikan atau menciptakan atau membebankan, bukanlah itu merupakan suatu kewajiban ke atasNya.

Begitu pula bila Dia memberikan nikmat dan membuat kebaikan, bukanlah juga disebabkan suatu kemestian atasNya. Hanya bagiNyalah segala keutamaan dan kebaikan, kenikmatan dan kekurniaan.

Dan bahwasanya Allah azzawajalla itu memberi pahala kepada hamba-hambanya yang beriman ke atas segala ketaatnya, ialah sebab kemurahatian dan janjiNya bukan sebab kewajiban atasNya. Kerana tidak wajib atas Allah sesuatupun terhadap manusia, dan tiada tergambar dariNya sesuatu kezaliman pun. Begitu pula tidak wajib atas Allah satu hak pun kepada manusia, melainkan hak Allah yang merupakan ketaatan menjadi wajib mutlak atas manusia.

Dan kewajiban itu ditentukan setelah peneriamaanya dari para NabiNya alaihimus-salam, dan bukan dengan secara akal-fikiran belaka. Untuk urusan ini, Allah telah mengirimkan para Rasul kepada mereka dan telah melengkapkannya dengan berbagai-bagai mukjizat yang nyata. Para Rasul itu telah pun menyampaikan perintah dan larangan Allah serta janji dan ancamanNya. Maka dengan itu wajiblah atas makhluk membenarkan apa yang mereka membawanya.

Dan bahwasanya Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengutus nabi yang ummi (tidak pandai tulis-baca) dari keturunan Quraish, iaitu Muhammad s.a.w. Perutusan Muhammad itu kepada sekalian bangsa Arab dan Ajam, jin dan manusia, dan dengan perutusannya, maka berakhirlah semua perutusan para Rasul dan para Nabi. Bagindalah menjadi penyudah sekalian para Rasul, pembawa berita yang menggembirakan dan yang menakutkan dan penyeru kepada jalan Allah dengan izinNya, dan sebagai pelita yang memberikan cahayaNya. Allah menurunkan ke atas baginda kitabNya yang penuh hikmat yang memberikan penerangan tentang agamaNya yang lurus dan menunjukkan kejalan Shirathil-Mustaqim (jalan yang betul). Allah telah mewajibkan ke atas semua makhluk, agar mempercayai baginda dengan apa yang diberitakannya.

Dan bahawasanya Hari Kiamat itu pasti akan tiba juga, tiada boleh diragukan lagi, dan bahawasanya pada hari itu Allah Subhanahu wa Ta’ala akan membangunkan segala sesuatu yang telah mati, serta mereka akan kembali hidup semula seperti keadaan mereka sebelum itu.


Dan bahawasanya Allah Ta’ala telah menciptakan syurga yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang dikasihiNya, dan mereka itu nanti akan diberikan kemuliaan dengan kurnia yang terbesar, iaitu melihat wajahNya yang Maha Mulia itu. Dan Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mencipta nereka pula yang disediakan sebagai tempat tinggal yang kekal bagi orang-orang yang mengkufuriNya, dan menentang keterangan-keteranganNya, tiada mempercayai kitab-kitabNya dan para RasulNya, dan mereka itu nanti akan terhalang dari dapat melihat wajah Allah Subhanahu wa Ta’ala.


~ Credit to Tok Pake :) Barakallah ~

Dialog 10 : Cinta dan Galak



Apa kaitan cinta dgn galak ?

erkk....pelik soalan...

apanye...

Bila ada cinta, kita akan galak untuk buat sesuatu... galaknya kita mengSMS, menelefon, bertukar madah romantis dan bla bla bla ketika hati sedang berputik cinta kpd si dia.

Si dia tu bf n gf la tue....

Serba rasa galak, nak keluar dgn dia galak, nak bercakap dgn dia galak, nak berjumpa dgn dia galak, nak galak dgn dia lagilah galak. Semuanye galak.

wah...galaknye...

Maka supaya ada rasa galak nak bekerja, pun kena ada rasa cinta dulu kpd keje...dh cinta, baru galak nk siapkan keje...

ooh...tak cintakah pd keje ? mcm x galak je nk buat keje....

Hubungan kita dgn Tuhan pon mcmtulah. Nak ada rasa galak utk buat semua yg Tuhan perintah n menjauhi segala yg Dia tegah, kena ada rasa cinta kepadaNya terlebih dulu. Kena cinta Dia dulu, baru datang rasa galak nak melaksanakan suruhanNya..

Kalo x cinta ?

Terbalikkan smula, klo dalam jiwa tak ada rasa galak nk solat, tak ada rasa galak nak menutup aurat, tak ada rasa galak nak menjaga batas-batas pergaulan, tak ada rasa galak nak bla bla bla bla, pendek kata TIDAK ada rasa galak nak melakukan kebaikan dan meninggalkan keburukan, maknanya kita mungkin tak cinta Dia.

Tak cinta?

Jom tengok suhu cinta kita kepadaNya!

Suhu cinta? Nak ukur dgn apa?

Dengan menilai darjah galak di dalam diri. Galak nak buat baik ke, atau galak nak buat benda tak baik.
Mmmmm

Klo tak ada rasa galak nak buat baik, mungkin rasa cinta kpd Tuhan yg menyuruh kita berbuat baik juga tak ada.

I see

Dah masuk waktu solat, galak tak nak solat berjemaah?

Hah, galak, galak … hehe …

Kalo galak cepat-cepatlah berwuduk, kita solat sama-sama.


Interview

For the 1st time..setelah 2 thn....adeyh!....x gugup sgt tp soalannye benar2 membunuh....antara soalan yg ditanye....

1) Perkenalkn diri anda.....

2) Apa itu Integriti....dh study tp bole blur plak.....huhuhu

3) Rukun Negara....( soalan tak dijangka, dlm hati dok ckp pasai ap x tnye rukun iman...haha )

4) Apa pendapat anda ttg kebebasn bersuara di laman web internet ?

5) Apa imbal balik jika anda penjawat awam ?



- semua soalan ini x dijangka....pengalaman pertama bersama SPA...adeyyhhh!!!


Saturday 16 November 2013

Qod Tamammallahu maqosyidana



Layan....................................................................

Thursday 14 November 2013

Siapa Tahu Nilaian Allah

Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya:”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w bersabda kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”

(Muslim)

Kurang Agama Dan Kurang Akal

Dari Abdullah bin Umar r.a katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu dan perbanyakkanlah istighfar iaitu memohon ampun. Kerana aku melihat kaum wanitalah yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka.” Seorang wanita yang cukup pintar di antara mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, kenapa kami kaum wanita yang lebih ramai menjadi penghuni Neraka?” Rasulullah S.A.W bersabda: “Kamu banyak mengutuk dan mengingkari suami. Aku tidak melihat mereka yang kekurangan akal dan agama yang lebih menguasai pemilik akal, daripada golongan kamu. Wanita itu bertanya lagi: “Wahai Rasulullah! Apakah maksud kekurangan akal dan agama itu? “Rasulullah s.a.w bersabda: “Maksud kekurangan akal ialah penyaksian dua orang wanita sama dengan penyaksian seorang lelaki. Inilah yang dikatakan kekurangan akal. Begitu juga wanita tidak mendirikan sembahyang pada malam-malam yang dilaluinya kemudian berbuka pada bulan Ramadhan kerana haid. Maka inilah yang dikatakan kekurangan agama”

(Muslim)

Hadis....

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Janganlah kamu berbicara dengan ucapan yang buruk, janganlah kamu sindir menyindir, janganlah kamu memperdengarkan khabar orang lain dan janganlah sebahagian kamu menjual atas jualan sebahagian yang lain. Sementara itu, jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. [Bukhari & Muslim] 

Wednesday 13 November 2013

Sikap Yang Baik

Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Manusia yang paling dikasihi Allah ialah orang yang memberi manfaat kepada orang lain dan amalan yang paling disukai oleh Allah ialah menggembirakan hati orang-orang Islam atau menghilangkan kesusahan daripadanya atau menunaikan keperluan hidupnya di dunia atau memberi makan orang yang lapar. Perjalananku bersama saudaraku yang muslim untuk menunaikan hajatnya, adalah lebih aku sukai daripada aku beriktikaf di dalam masjid ini selama sebulan, dan sesiapa yang menahan kemarahannya sekalipun ia mampu untuk membalasnya nescaya Allah akan memenuhi keredhaannya di dalam hatinya pada hari Qiamat, dan sesiapa yang berjalan bersama-sama saudaranya yang Islam untuk menunaikan hajat saudaranya itu hinggalah selesai hajatnya nescaya Allah akan tetapkan kakinya(ketika melalui pada hari Qiamat) dan sesungguhnya akhlak yang buruk akan merosakkan amalan seperti cuka merosakkan madu.”


Riwayat Ibnu Abi Dunya

Saturday 9 November 2013

Elaika.....( best liriknya.. )

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan nikmat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

Important Date...

1) Nisfu Syaban

2) Hari Arafah

3) Aidiladha

4) Awal Muharam

5) My Besday


Semuanya aku sambut semasa stay dgn kakak untuk tahun ini....END OF THE YEAR....ALHAMDULILLAH

Thursday 7 November 2013

Petanda nilai kerohanian telah rosak...

Zunun Al-Masri berkata :


1- Malas melakukan perkara kebajikan.


2- Menurut nasihat syaitan.


3- Tidak berpendapat bahawa kematian sentiasa menunggu kita.


4- Berhenti berusaha untuk mencari keredhaan Allah SWT dengan maksud untuk mencari keredhaan makhluk.


5- Tidak menghindarkan diri daripada terjatuh kpd perangkap hawa nafsu tetapi menghindarkan diri dari keluar dari jalan orang-orang yang soleh dan tidak hidup secara nabi dan para sahabat.


6- Menyatakan kesalahan awliya dengan niat untuk menurut jalan yg sesat n tidak menyebut amal soleh para awliya.



Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya. m/s : 58.



- AM I ???