بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 12 May 2013

Percaya ?

Percayalah seseorang...
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu.
Yang mampu mengerti fikiranmu disaat engkau terdiam.
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu.
Karena dialah yang akan bisa mengerti tentang dirimu.

Terkadang engkau harus berlari jauh..
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu.

Terkadang engau harus berbicara pelan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mau mendengarkanmu.

Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu.

Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukkanmu keputusan yang benar.

Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai..
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia di sisimu.

Sesungguhnya...
Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan.
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti.
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus air mata kita..



Nota: Bukan tak nak percaya, cuma kurang percaya sesama kita...itu perlu agar tidak terus ditipu...hehe


~ Credit to Andrey :) Barakallah ~

Tuesday 7 May 2013

Baca Quran..



Bila tiba-tiba kakak sebut ‘ kalau sy khatam dulu, awak jangan  jumpa dengan saya sampai akhir tahun’.. aku ? terkejut juga la…ni pasai apa le pulak..huhuhu….melayang kejap otak berfikir tentang ‘facebook’…..mane taknye, bole kata, aku banyak juga le habiskan masa dengannya….

Bila difikirkan semula, aku hanya faham yg akak nak aku lebihkan masa baca quran…tu pasai kakak mention macam tu kot…tp jauh dari itu, aku tahu “bukan sekadar khatam sahaja…”. Sesungguhnya Allah menguji kita di setiap masa, maka ulangkaji (membaca Quran) untuk menghadapinya juga harus dilakukan di setiap masa…

So, aku bertanya pada diri ‘yang mana sebenarnya matlamat hakiki kakak? Mahu aku khatam dan selesai, atau terus membaca, menghayati dan mengamalkan yang disuruh serta meninggalkan yang ditegah di dalamnya di sepanjang hidup kita selagi nyawa di kandung badan?  kita di negeri abadi nanti tidak dinilai daripada berapa kerapkah kita khatam al Quran tetapi dihitung daripada berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan yang berlandaskan al Quran, kitab suci Tuhan..

Sebenarnya, bukan kakak yang suruh baca quran, tetapi Allah yang suruh…kakak tu alat je nak sampaikan pesanan Allah…Allah suruh sebab Quran sumber segala ilmu, maklumat dan rujukan umat Islam di sepanjang hayat. Kalau kita tak membacanya macam mana kita nak tahu apa yg ditulis di dalamnya? Jika kita tak tau apa yg ditulis di dalamnya macam mana kita nak hayati isinya? Macam buku ceritalah, kalau kita tak baca macam mana kita nak tahu cerita di dalamnya, kan?? Hehehe…..

Kita kena membaca al Quran setiap hari kerana Allah menguji kita semua setiap hari. Malah, setiap saat sebenarnya Allah menguji kita. Tak ada walau sedetik pun waktu yang kita tak berada dalam keadaan diuji oleh Nya, diperhati oleh Nya….


Nota :  so, rajin-rajinlah membaca Quran ya ! jangan sampai menolak segala hukum Allah…pasai tak tau apa yang terkandung dalam Quran…al Quran adalah kitab untuk difahami dan dihayati, sebagai panduan hidup di dunia dan bekal menuju negeri mati!


~~~ to my beloved sister, den tak akan mengalah dan den akan cuba khatamkannya dalam bulan ini juga, INSYAALLAH~~~