بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 30 December 2012

Nasihat Guru…Siri 2


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam..

Kali nie aku telah diperingatkan tentang segalanya hak dan milik Allah….ia bermula pabila aku seperti lebih tertarik kepada mereka yg mempunyai ijazah sanad dalam beramal hanya kerana mahu wasil….menurut tuan jalalludin “Adapun mencapai Wasil adalah mudah menerusi Wasilah.. boleh juga berwasilah dengan amalan salih “….

Terasa macam terawang-awang kejap (leka sebenarnye…). Tapi bila guru kejutkan aku, aku tersedar dan tersentak…mane taknye, ayat dia bikin aku tertunduk….Allahu Akhbar!

Guru pesan “"Ingat ekin... segala hidayah, petunjuk, kebenaran atau pancaran nur Ilahi datangnya dari kehendak Allah...tak kira sape pun....jangan gundah jangan resah kerana syaitan mecari ruang untuk masukkan belalainya sehingga awak putus asa. Bersandar kepada Allah, berpaut kuat dengan Dia, mohon sungguh2...Dia tak bagi segera bukan tanda tak suka tapi Dia masih ingin awak terus memohon...merasakan diri tu hamba...sehingga sampai satu saat..awak akan dapat apa awak nak,InsyaAllah. Kita ni penuh karat,ekin...kita cuci dan cuci tanpa perlu berkeluh kesah, merintih sehingga mengalah. Pandang Allah...pandang kekuasaanNya... jangan pandang pada hebat orang..kita sangka orang tu dah wasil kerana dia bijak bercakap...tapi dlm pengetahuan Allah...YE KE DAH SAMPAI? Jadi, jangan pandang hebat orang...pandang pada kehebatan ALlah. buat saja apa yang Allah suruh, tinggal yang Allah larang...masukkan diri dalam golongan bertaqwa...awak akan dapat semuanya nanti,InsyaAllah."

Amacam ? itu baru permulaannye……


Nota : ayat paling aku tersentap…bila guru kata "kalau Allah brkehendak tak sape mampu menahannya. biar wirid tak berijazah...kalau Allah kata wasil...wasil jdnya! berpaut kuat2 dgn pencipta bkn dgn yg dcipta… selagi kamu bergantung pd makhluk...selagi tu kamu bkn sapa2 d sisi Dia Dalam Diri……



Akan bersambung….insyaAllah



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

nasihat guru


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam..


"kita suluh diri kita hari2...sehingga kita kenal diri kita, untuk apa kita di datangkan ke dunia ni... lakukan tanpa berhenti... awak akan temui apa awak cari. Saya tak suka berpaut pada makhluk kerana makhluk banyak helahnya..asya berkumpul dengan makhluk untuk ilmunya..andai tiada sampai ke hati saya ilmu yang dinyata...fahamlah saya itu bukan mahunya Allah untuk saya..maka saya perlu terus menilik diri. Sehingga sampai satu masa, Allah akan kirimkan hamba yang ikhlas untuk kita..yang mahu kita sama RASA... bukan hanya untuk bersenda... RASA itu di qalbi.. sudah bersihkan qalbi kita adanya? itu mahu kita tanya. sudah, tak perlu fikirkan bagaimana bagaimana dan bagaimana... itu nanti membuang masa...lebih baik amik quran dan baca...tadabbur apa mahunya ALlah..apa akhlaknya Rasulullah, apa laluannya sgala nabi dan Rasul...dr situ ambillah ibrah.."


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday 29 December 2012

Iman dan Islam

Orang-orang " A'raab" berkata: " Kami telah beriman". Katakanlah (wahai Muhammad): "Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ` kami telah Islam '. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani". (Al-Hujuraat 49:14)


Ayat di atas buat aku bertanya….siapakah yg dikatakan telah beriman dan siapakah dikatakan telah Islam? Bagaimana pulak nak tahu tentang keimanan seseorang? Ada perbezaan antara iman dan Islam…..menurut Toki, “bila mengucap dua kalimah sahadah tu dan buat rukun islam mmg telah islam.. Bab iman mmg bab hati dan fikiran..”…..aku hanya fikir, adakah ia ada kaitan dengan Nafi Isbat ?

Friday 28 December 2012

Perjalanan Hamba

Amat kasihan jika diri kita diseliputi dgn perasaan takkabur sebabnya ia menunjukkan yg kita nie jahil dgn apa yg kita lakukan…dan hal nie jg bole mengheret kita kpd kesesatan…malahan Allah tidak akan melihat kpd amal kita yg disertai perasaan takkabur…ia ibarat, kita menyembah Allah tp hakikatnye kita menentang Allah..

Nama pun hamba kan ? jd, sbg hamba kita mmg tak ada apa-apa, semuanya hak Allah belake..so, kita tak payah la nk sombong dan takkabur..kan? sombong merupakan penyakit hati yg bahaya!...bila sifu aku tanye pasai apa bahaya? Aku jwb ‘sebab bole merosakkan amal’…tp jwpan sifu aku bg “sombong tu pakaian Allah”…nie bermakna sifat itu hanya layak bagi Allah, ia adalah milik Allah, siapa yang mengambilnya nescaya amat dimurkai Allah.

Kita ni pengemis di sisi Allah, kita mengemis belas kasihanNya..diri kita kotor..jd, kita jadikanlah amal-amal kita yg tak seberapa sbg temperung untuk mengisi belas kasihanNya..dan lakukanlah hanya Allah menjadi tujuan kita… Dengan ilmu, kefahaman dan jalan yg kita miliki, ia adalah amanah Allah SWT yang perlu disebarkan kpd manusia…sebabnya setiap amanah akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

Dah nama pon manusia kan, jd nafsu tu memang akan berusaha nak sesatkan kita….jd, kita kena lah belajar untuk rendahkan hati agar amal dan ilmu kita dpt memberi manfaat pd jiwa kita.. kita jg kena renungkan ‘adakah sudah tinggi khidmat kita lakukan jika hendak dibandingkan Allah yg memberi khidmat pd diri kita ?”( sifu aku selalu ckp ‘nikmat mana lg aku nk dustakan?...dalam surah ar-rahman ada bicara tentang nikmat Allah yg tak dpt didustakan)…jd, tak yah la nk hitung amal kita….

Bukankah Allah yg mengawasi, mentadbir, menciptakan kita? Maka, sudah tentu Dia Maha Mengetahui akan diri kita, apa yg kita nyatakan dan sembunyikan ? Allah sentiasa menjaga diri kita, perjalanan darah, kerdipan mata, denyutan jantung, nafas yg keluar masuk dan pelbagai lg nikmat yg tak terhitung…Allahu Akhbar…betapa Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang…Maha Segala…

Dgn masa yg kita ada, marilah sama-sama menghitung kehinaan diri kita, maksiat dan kelalaian kita( sungguh aku mmg lalai )…tak perlu risau kalo kurang amal untuk menghadap Allah SWT sebab merasa hina itulah sifat sejati seorang hamba yg hanya mengharap rahmat kasih sayang dari Tuhan. Kalo ditanya, " Apakah amal kamu yang kamu bawa pada-Ku?," Katakan, "Tiada apa-apa wahai Tuhanku, hanya sekeping hati yang cinta padamu, sekeping hati yang merasa hina di sisi-Mu dan sekeping hati yang sentiasa yakin dengan belas kasihan-Mu.” InsyaAllah..





~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Terpaksa Akur


Bila diberi nikmat, hati berasa bahagia sangat-sangat kan? Dan bila datang pulak ujian…Allahu Akhbar, benar2 menguji iman…mana taknya, bila ujian menimpa kita, kita nie ibarat mcm orang hilang akal…kdg-kdg sampai tak bole amik tindakan waras..nie belum lagi ucapan-ucapan yg dikeluarkan dr bibir kita….bg yg kuat imannya, mereka sentiasa melihatnya sbg didikan Allah untuk mengajar tentang kesabaran!..tp tak semua org ada iman yg jitu, jiwa yg kental..termasuklah aku yg lemah lg lalai nie…

Keadaan nie menandakan yg kita sebenarnya ada masalah jiwa! Dan akhirnya kita terpaksa jua mengakui bahawa segala kesakitan dan keperitan yang kita alami selama ini adalah sebenarnya kesan daripada kecintaan kita yang lebih kepada keduniaan….setuju tak?

Kebanyakkan dari kita tertumpu kpd mencintai makhluk lbh drpda Khaliqnya..berharap sgt kpd makhluk berbanding kpd Penciptanya….lbh percaya kpd hamba drpd mempercayai Pemiliknya…pendek kata, lebih banyak membelakangi Allah dalam segala hal yg kita lakukan…

Akibatnya, apabila yang berlaku tidak seperti yang ditunggu, apabila yang terjadi tidak seperti yang diimpi, dan apabila yang mendapat tidak seperti yang diharap, maka akan sengsara dan terseksalah jiwa, maka akan luka dan sakitlah hati, maka akan tersepit dan menderitalah diri….

Berlapang dadalah untuk menyoal diri kita yg jahil nie “cerdikkah mencintai yang fana? “ Sedangkan mencintai Allah lebih dari segala-galanya itu adalah sungguh nikmat, tidak perlu runsing akan derita kehilangan, tidak perlu resah akan derita dikecewakan, dan tidak perlu menghitung hari DIA akan pergi. Kerana DIA itu kekal, kerana DIA itu abadi, kerana cinta DIA terhadap kita, pasti!.


Nota : sifu pnh cakap kt aku bahawasanya "Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"...Orang-orang beriman tidak mudah berkeluh-kesah dalam keadaan bagaimanapun. Orang-orang ini adalah yang benar-benar mendirikan shalat dan tetap mengerjakan shalatnya". ( surah apa aku x pasti )

- muhasabah diri sebab mcmne aku nak mencintaiNya jika aku tak kenali diri aku sendiri.....apa itu cinta sebenarnya ????


 ~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Wednesday 26 December 2012

Sepi

Tiada apa untuk dibicarakan lagi...
kini berlalulah pergi....
Sukarnya memahami
Bahasa sepi.
Tanpa suara
Tanpa kata-kata
Tanpa tinta.

Sepi itu sepi
Sepi, sesepi-sepinya.

Sepi itu indah
Atau, gundah?

Wahai sepi
Usah kau sepi.
Wahai sepi
Mengapa sepi?

Dalam hati
Ada sepi.
Dalam sepi
Ada hati?

Sukarnya memahami
Bahasa sepi.
Sepikah bila menyepi?

Adios...........!




~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Monday 24 December 2012

Dialog 8 : sombong ke?



Dia : akak tau tak, td kat majlis, sy jumpa kwn-kwn sekolah… mcm sombong je…

Aku : Mane hg tau? Hg p tegur dia tak ?

Dia : Tak!

Aku : erkkk... macamne hg tau dia sombong, hg pon x p tegur dia…

Dia : Tak la, sy dgn kwn sy yg sekelas je berborak…yg lain2 tu tak bercakap sgt…

Aku : la, hg tegur dan senyum kt depa dulu…klo x dak respond…maybe betul dia sombong…TAPI, mungkin je…tak semestinya…hehehehe...


Nota : teringat kata-kata kakak aku yg dok kata aku sombong sebabnya aku seolah-olah menolak teguran dan nasihatnya….hehe….“Jangan mudah berkata “sombong” kepada seseorang yang kita sendiri tidak pernah berusaha untuk menegur atau memahami, atau sekurang-kurangnya senyum kepadanya….”

Firman Allah : Dan hamba Allah yang baik (yang diredhai-Nya); ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati dan apabila orang-orang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan (kesejahteraan)" (Surah Al Furqan:63)

Rasulullah S.A.W bersabda : "Sesungguhnya Allah telah mewahyukan kepadaku agar kamu bersifat tawaddhu' sehingga seorang tidak merasa megah terhadap seorang yang lain, dan juga tidak bersikap melampau di antara seseorang dengan seorang yang lain" (Riwayat Muslim dan Abi Daud)






~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday 23 December 2012

Dialog 7 : Taksub..!!!


Entah mcmne le ayat TAKSUB nie bole keluar dr bibirnya….aduhai jiwa, merana seketika n tersentap sungguh jiwa mendengarnya….terasa bagai dihiris-hiris jiwa aku nie dgn perkataan taksub!

Bila dia cakap “ hanya 1 saya nak pesan kat awak, jgn taksub dgn saya! Kalo ada perasaan itu, saya akan tinggalkan awak sepertimana saya tinggalkan adik-adik saya yg lain’…Aku berpeluh tubuh hingga bergetar jiwa, lemah sendi2 aku yg sememangnya lemah….serta merta aku teringat akan Tuhan n betapa akan celakanya aku kelak ketika menemuiNya jika taksub itu ada dalam diri aku… L

Allahu Akhbar…selesai solat taubat, ayat taksub tu menerjah sanubariku yg sememangnya lemah! Air mata lak mengalir dgn laju mcm break dh jem le plak..dalam sendu sedan aku minta dgn penuh harap dr Allah agar aku tak dak perasaan taksub pada dia….sebab apa? Aku berpegang teguh pd La illa ha illa Allah dan itu merupakan zikir utama aku..betapa celakanya kalo aku ada taksub pada dia sedangkan aku hanya mahu kembali kepadaNya, diterima sbg hambaNya dan umat Muhammad saw….dalam berdoa hati aku berkata “ tak perlu tinggalkan aku sebab jika taksub wujud, aku sendiri akan bawa diri dulu sptmana aku tinggalkan tutyrahiza demi kebaikan kami bersama..”

Berikutan kisah taksub nie..terjadi le dialog antara aku dgn dia setelah setahun... :

Aku : apa maksud taksub?

Dia : kita sukakan seseorang itu yg teramat…apa pon dia buat, semuanya baik je,  xdak salah cela pon…sanggup bermati untuk kita macam Abu Bakar r.a sanggup mati untuk Rasulullah saw…

Aku : (aku hnya fikir betapa akrabnya ukhwah Baginda dgn Abu Bakar..pd masa yg sama, aku x sanggup nk mati demi dia..hehe…), taksub tu macam gangnam style eh? Mcm k-pop yg org minat tu? jadi, kenapa tinggalkan dia?

Dia : a’ah.. sebab sy x bole tahan tgk dia…Nampak sy, dia nangis, x jpa nangis…cikit2 sy je..semua sy buat semua betul, x dak yg salah…

Aku : ( senyum aje….)  ‘ x perlu risau sebab sebelum apa2 jadi, saya sendiri akan bawa diri p jauh2….(ayat sengal..hahaha…tp itu aku akan lakukan..)


Nota : Taksub ini amat bahaya bagi aqidah kita sebenarnya…Allah pon dah larang kan?  Firman Allah: "Katakanlah, "Wahai Ahli Kitab! janganlah kamu melampau-lampau dalam agama kamu secara yang tidak benar, dan janganlah kamu menurut hawa nafsu suatu kaum telah sesat sebelum ini dan telah menyesatkan banyak manusia dan juga (sekarang) mereka telah tersesat (jauh) dari jalan yang betul". (Surah al-Ma'idah:77 )….

 Allah juga nak kita bersikap adil dan bersederhana kan ? Firman Allah : Dan demikianlah (sebagaimana kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu".(Surah al-Baqarah 143)




~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Dialog 6 : Sequdus Doa


Seusai magrib..aku terbaca suatu petikan. Ayatnye begini.. ‎" Mak masuk syurga, takdir anok ke neraka...mak sedih dop??? kan dalam syurga bukan tempat berduka cita...ulama2 menjawap ,diantaranya sheikh mutawali seorang ulama terkenal dari selatan mesir kabo dalam syurga x kan ade kesedihan..bahkan akan diberi lupa pada ahli kluarganya yang masuk neraka...kalu kita dlm syurga, kita akan lupa keadaan adik beradik kita dlm neraka..kerana dlm syurga bersih belaka..x dop sedih, x dop cemburu, x dop berduka...."

Susulan petikan diatas, aku tersentap (aku fikir maksudnya aku x akan jumpa org yg aku sayang nti di kiamat kelak klo mcmni)…terus aku menadah tangan minta pd Dia..agar aku, mak ayah, adik2, kakak dan ahli keluarganya dimasukkan ke dalam rahmatNya.(sambil air mataku yang bertali arus mengalir tanpaku minta)

Petikan diatas mengundang 1 dialog ringkas ketika  di opis…


Dia : mcmtu, tak dapat la nk jumpa suami nanti…



K.E : bukan ke lepas kita masuk neraka, kita akan masuk syurga ? jumpa la nanti..



Aku : betul ! tapi, akak rasa 1 hari kat neraka mcm 1 hari kt dunia ka? Klo mcmtu Alhamdulillah…tp 1 hari kat akhirat bersamaan 1000 thn kt dunia…tahan ka dgn azab neraka yg 1 hari kat akhirat? ( provokasi )

K.E : angguk-anggukan kepala shj…

Dia : sy nak masuk syurga dgn suami...tp kenapa Allah nak kita lupa kan ahli keluarga kita yg di neraka ?


Aku : hanya tersenyum kecil saja (soalan yg bagus! )

K.E : dalam syurga kan semuanya indah...

Aku : betul...kan Allah dah berfirman yg ahli2 syurga hidup girang, berpakaian indah, duduk berhadap-hadapan.. takdak kesedihan pon dalam syurga....mane nak ingat kat ahli neraka...mereka juga tidak akan terkena penyakit, tidak juga menjadi tua...

Dia : kita x bole ke minta pd Allah agar ahli keluarga kita kt neraka masuk syurga dgn kita ?

Aku : (soalan bagus jg )..sebab itu kita minta kat Allah kat dunia lg agar kita dan ahli keluarga kita di masukkan ke dalam rahmat-Nya...( sambil tersenyum kecil..)



Nota : Sabda Rasulullah s.a.w: “Apabila ahli syurga masuk ke dalam syurga maka berfirmanlah Allah azza wajalla: Kamu hendak sesuatu maka aku akan tambahkan kepada karnu?” Maka mereka berkata: “Apakah tidak putih (bercahaya) muka-muka kami? Apakah kami tidak masuk syurga? Apakah kami tidak berjaya (lepas) daripada neraka?” Dikatakan: “Maka bukalah (singkaplah) hijab, maka tidak suatu perkara yang diberikan paling disukai oleh mereka selain daripada memandang kepada Tuhan mereka, kemudian bacalah firman Allah s.w.t ini.

“Bagi orang-orang yang membuat baik ada pahala yang terbaik dan
tambahannya.” (Yunus: 26)...


Mereka duduk berbaring di atas pelamin-pelamin yang berderet; dan Kami jadikan kawan teman mereka bidadari-bidadari yang putih melepak, lagi luas cantik matanya.(At-Tuur 52:20) | Dan orang-orang yang beriman yang diturut oleh zuriat keturunannya dengan keadaan beriman, Kami hubungkan (himpunkan) zuriat keturunannya itu dengan mereka (di dalam Syurga); dan Kami (dengan itu) tidak mengurangi sedikitpun dari pahala amal-amal mereka; tiap-tiap seorang manusia terikat dengan amal yang dikerjakannya.
(At-Tuur 52:21)

So, sekarang bole bgtau mcmne ahli syurga nak ingat kat ahli keluarga di neraka? sebab melihat Allah SWT di dalam syurga adalah perkara yang paling kita sukai dan kita nanti-nantikan selama ni...kan? ( Aku cakap kt diri ler...nk jumpa Allah tp malas beramal, asyik nk ikut nafsu je..huhu)



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday 22 December 2012

Dialog 5 : Solat...


Satu hari aku ditanye tentang SOLAT…

Dia : kenapa awak solat..?

Aku : saya hamba…(pd masa yg sama aku hnya fikir yg aku solat atas perintah Allah…itu yg aku tahu… dan aku hnya nk jadi hamba Allah serta umat Muhammad saw).

Aku : ada beza ka jwpan dr aspek syariat, tareqat, hakikat, makrifat ? sy solat sbb nk jd hamba Allah, berharap diterima sbg hambaNya, nk kembali kpdNya…sy x nak lain2 melainkan diterima sbg hambaNya…

Dia : itu kena kait dengan Al-Quran..kenapa Allah suruh kita solat ?. semua ada dalam al-quran.

Aku : (hanya fikir solat itu bg mendisiplinkan diri aku dan atas perintah Allah sbb aku nie hamba…)

Dia : kita proses cuci diri dulu supaya suci..bila suci senang nurullah nak masuk..tak akan bertempat lain selain Allah..

Aku : istiqamah istigfar n solat sunat taubat..dh lbh 1 thn tapi tetap sama…(nada kesal cikit sebenarnye..)

Dia : solat kena betulkan..lalai dalam solat..solat tu Allah je tahu..terima atau tak..

Aku : maksudnya solat mcm mana? Bukan spt yg belajar di sekolah ? ( soalan simple sbb orang awam katakan…)

Dia : time solat fikiran merawang, kan ?

Aku : ada, tipu kalau tak dak…

Dia : patutnya...bila kita dh nafikn sifat ma'nawiyah sblm solat...kita dh serah diri pd Allah…angkat tgn surrender..itu penyerahan…Letak tgn atas pusat, tgn kanan atas tgn kiri, ibu jari kebwh, telunjuk di atas…itu tanda mati…mati maknanya xdak apa dah…
serah...fana…susah, kan? pelan2.

Aku : agak susah nak lakukan…

Dia : tak payah...minta Allah mudahkn….hayati setiap bacaan, mulut sebut hati tafsir
dan kita akan kusyuk….setiap prgerakn mesti dgn pengawasan….bila sebut Allah hu Akbar….nyatakn dgn sungguh2…Maha Besar Dia..

Aku : maksudnya kita x akan pk hal lain klo kita dpt hayati bacaan ?

Dia : dak...sebb kita sibuk dgn mnghayati…tp bca mesti pelan2..solat akn jd lma sket
hayati pd setiap gerak…rasakn kebesaran...d situ akn dtg dzauk…semua perlu latihan
pelan2...insyaAllah bole.

Aku : dr aspek syariat, bukan ka solat itu untuk mendisiplinkan kita ?

Dia : betul….tp kenapa Allah nak kita solat ?

Aku : agar kita jd baik dgn cara bersolat sbb nak solat, kita akan tgk masa, berwuduk dan lain2 ( dlm kepala dok pk pakai telekung, berdiri, kemudian angkat takbir, lepas tu baca fatihah, rukuk, bangun, sujud, duduk antara dua sujud, bangun, bla, bla, bla, dan seterusnya hingga salam…)..

Dia : adduhh….Allah pesan…dirikan solat untuk ingat AKU. Jd, Allah nk kita jgn lalai ingat Dia…solat tu alat je..untuk cas qalbu..makin byk solat, makin le ingat Allah…roh kita pun mikraj dekat dgn Allah..dlm solat ada zikir, kan? Kenapa zikir ? utk ingat Allah, kan ?


Nota : Ntah kenapa aku rasa mcm bab ni panjang lagi…dan sekali lagi nafi isbat diutarakan...




~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 20 December 2012

Dialog 4 :Perihal Istigfar


 Kali ini aku ditanya tentang wuduk bathin dan kaitannya dgn istigfar….tapi apa itu wuduk bathin?


Aku : kalo ikut pemahaman hatim..kita nie kena bersihkan hati...bkn zahir je yg kena suci...nk suci hati,kena la   bertaubat...buang rase nk marah, memaafkan org lain....pendek kata,kena tilik diri akan kesalahan yg dh dibuat

Dia : bila kesucian bathin ternida...tercela..bila kita tersedar,kita mesti menyesal..nangislh sb
        nnti kekotorn jiwa dcuci…pastu brtaubat sungguh…nmpk tak pntingnya TAUBAT?
        taubat tu dgn angkat tgn surrender je ke? tak... kita kan bole istighfar…..tu yg nk bg tau...pnting taubat dlm  
        kehdpn setiap masa...sbb kita brdosa setiap detik..dosa tu rosakkan roh.

Aku : sebab itu ajar sy pertama-tama kali adalah istighfar ?

Dia : benar!  kalimah laa ila ha illa Allah...itu kalimah besar…kalimah hebat…mana mungki bersatu dgn hati yg  
karat…istiqamah istigfar….istiqamah sunat taubat….alirkn zikir ke qalbi….bkn hanya d lisan sepi… dr situ zikir yg 
mngali akan naik ke roh….bertemu rahsia pd bhgian trsmbunyi….semua brgantung pd kemurahan Allah….bkn hak 
kita semuanya!

Aku : ajar sy untuk alir zikir ke qalbi

Dia : mula zikir lisan, guna tasbih,betul? zikir jgn lalai tp fokus…mulut mnyebut,hati mnjawab stlh jari sebati dgn 
tasbih...biasanya akn mula brgerak sendiri…tp perlu lg d lisan, tp zikir pd hati….lama kelamaan terbiasa,hati akn brbunyi send…Allah...Allah..mulut brbicara dgn mkhluk….hati sedang bersama Allah….tunggulh..apa anugerah Allah seterusnya! hu hu hu huwa….yg pnting skrg bersihkn hati….lawan nafsu kehaiwann…lawan sifat haiwan liar….buang ego kita yg mmbwa kpd sifat2 jahat…wallahu'alam.
 Aku : adakah ini yg dimaksudkan zikir berterusan? kita buat apa pon,hati tetap sentiasa
             sebut Allah....mcmne nk fokus dlm zikir?

Dia : sebut d lidah,hati tak lari sebut astaghfirullah d lidah….hati sebut ampunkn aku ya Allah bkn setakat sebut tnpa pnghayatan..


Nota : ilmu pertama yg sifu ajar aku adalah Istigfar…sekarang baru aku tahu bertapa pentingnya istigfar dalam perjalanan menuju DIA…menurut sifu, “istigfar untuk sucikan hati yg dh kotor dan dipenuhi karat…bagaimana nurullah nak masuk kalau wadahnya kotor ?! “


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Dialog 3 : LAPAR....



Di suatu petang, sedang leka menghadap lappy…tetibe anak buah aku berkata…


Adik : ibu, lapar la….

Dia : errr…..

Aku : ( terdengar je ayat LAPAR…) den dari tadi dah lapar….(menyampuk je..)

Aku : ( melihat ibunya…) bila lapar-lapar mcmni..baru tahu kenapa Allah nk kita puasa…kalo tak puasa, kita tak tau keadaan orang yg x dapat makan, org yg fakir miskin…kan kak?


Dia : betul…klo tak puasa, kita x dapat nk memahami dan menyelami penderitaan orang yg x dapat makan…



Nota : masa tu aku terfikir betapa laparnya hari ni…dan sungguh Allah nak aku tahu penderitaan orang yg x dapat makan..sedangkan aku tiap2 ari dpt makan..Allah nk didik hati agar menyayangi, menghormati dan membantu orang lain…Allah nk kita bersedekah n tidak menghina orang yg x mampu membeli makanan…takdak manusia pon yg nak fakir dan miskin sampai tak mampu untuk membeli makanan….


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday 9 December 2012

Sifat SAHABAT


1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Saturday 8 December 2012

Dialog 2 : Doa


Suasana opis yg busy…..aku ke sana ke sini..nk masukkan pelajar ke kelas la…nk layan cikgu2 yg nk hantar pelajar ke Pra-test la, booking JPJ la….tetibe……

Dia : ini ada beberapa doa..atok selalu tengok kau, rajin solat dhuha…solat tahjud (dlm hati ckp,bila lak atok tgk aku tahjud..blur jap )..ni kau amik la amal…

Aku : (capai kertas itu..n aku teliti n baca…) ni doa apa tok ? (spontan aku tnye)

Dia : (berpaling ke arah aku..) nie ada 3 doa…1 ni doa waktu ribut kencang (yg nie aku tau sbb dh tertulis atas kertas tu doa waktu ribut kencang..hehe..), 1 ni doa solat dhuha..1 lg doa solat tahjud….

Aku : (dgn nada spontan) nak bace bila nie tok? Sujud akhir atau lepas solat?

Dia : kau baca lepas solat pun tak pa…klo kau dh hafal, bole baca dlm sujud akhir…

Aku : ooo…(puas aku renung,teliti…tulisan jawi mcm x berbaris…) aku baca ayat pertama doa-doa tu…mcm doa iftita pon ada gak…

Dia : kau Photostat 10 copy…amik satu…

Aku : ( pandang intan) hg nak tak? Tersenyum kelat je budak tu…ishh

Dia : senyum je n berlalu…..



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday 7 December 2012

Dialog 1 : Apa itu SYAHADAH


Di suatu petang ketika sdg menunggu saat berbuka….

Dia : kita wujud ke ?

Aku : (blurr..) xtau...nampak ada tp mcm x ada....sebab Allah dh firman..semuanya bermula tiada,pastu ada n nanti tak ada kembali....yg ada dan kekal hnya Dia.

Dia :  sy nk tnya sket…apa trkandung dlm syahadah? jwb ikut awak tau..ikut ilmu awak…x nk buat rujukn…

Aku : (erkk..knp tetibe di aju soalan begini ?)… tiada tuhan yg berhak disembah selain Allah..n muhammad saw pesuruh Allah.... sy menolak segalnya kecuali Allah...Allah yg memiliki segalnya….

Dia : ok...itu syariat, yg kita faham ada 2 kat situ, (1) utk Allah (1) kalimah rasul..betul?

Aku : (tanpa was2 aku jwb.) betul....mengakui Allah itu 1..dan Muhammad saw adalah utusanNya..

·         perbualan tergendala….. (^_^)


Dia : apa yg kita nafi…apa yg kita isbat? Jgn rujuk eh…

Aku : (dlm otak aku pk…) nafikan yg lain2.....n kekalkan hnya Allah shj…
         (dgn sopan aku jwb) sy fhm yg sy nafikan segala sesuatu n hnya Allah shj yg berhak disembah

Dia : jd...sape yg wujud?

Aku : ALLAH

       Dia : jd kita nafikn wujud makhluk
              laa ila ha, so...makhluk x wujud…klu wujud pun 0.

       Aku : (yg aku tahu..) laa ila ha > menafikan segala sesuatu....hnya Allah yg wujud.

       Dia : hakikatnya...makhluk x wujud ,yg wujud Allah....hakiki….illa Allah
  
       Aku : ( perasaan penuh tanda tanya..)

       Dia : nafi isbat ni penting sbb nk nafikn pula sesuatu yg lain..

       Aku : ( blur..) maksudnya…?

      Dia : faham syahadah dulu…
)
  •  sungguh, bab ni belum habis di diskuskan lagi...hehe.....kemudian sambung ;)

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 6 December 2012

Munajat seorang hamba


Ya ALLAH
Kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu ?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran ?
Setiap hari aku Solat, membaca aL-Quran
tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan
Bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini ?
Adakah jiwa ini dapat Engkau terima ?

Ya ALLAH ! Janganlah Egkau tinggalkan aku
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan
apalah diri ini tanpa Mu
aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini..

Ya ALLAH !
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini
Aku sangat mengharapkan pimpinan-Mu
Aku sangat merindu belaian-Mu.
Bantulah aku, Ya ALLAH !
Bantulah aku Ya Rabbi !
Lemparlah cahaya-Mu ke dalam jiwaku...

Ya ALLAH !
Apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran-Mu
apalah gunanya potensiku
Yang aku miliki tanpa rahmat-Mu

Ya ALLAH ! Berikanlah petunjuk-Mu kepadaku
Aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar
Aku redha, Ya ALLAH. Engkau ambillah apa yang aku miliki
Tetapi campakkanlah Nur-Mu ke dalam jiwa ini...

Ya ALLAH !
Aku malu untuk berhadapan dengan-Mu
aku begitu kotor dan jijik
Riak, tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku
Jiwaku lemas, setiap kali  cuba mengingati-Mu
Setiap kali juga jiwaku menghalang
Fikiranku berkecamuk
Ya ALLAH ! dimanakah cahaya Mu ?

Ya ALLAH !
Hanya kepada Engkau tempatku mengadu
Hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku
yang kerdil ini
Maka bimbinglah aku Ya ALLAH
pimpinlah aku, pimpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu... Ya ALLAH !

Saturday 1 December 2012

.....

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada ubat
untuk jiwa yang ralat.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada darah
untuk perasaan yang parah.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada solusi
untuk hati yang mati.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada cat
untuk dada yang berkarat.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada cahaya
untuk minda yang tidak bermaya.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada lampu
untuk otak yang buntu.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada gendang
untuk kalbu yang gersang.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada tukul
untuk fikiran yang tumpul.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada makanan
untuk roh yang kelaparan.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada penyembuh
untuk semangat yang lumpuh.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada peta
untuk mata yang buta.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada penyuluh
untuk batin yang rapuh.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada penawar
untuk iman yang hambar.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada tongkat
untuk akal yang terencat.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada pedang
untuk akhlak yang tempang.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada peta jalan pulang
untuk diri yang termenyimpang.

Tarik tanganku
ke majlis ilmu
di sana ada tazkirah
untuk kita ke alam barzah!


Saturday 24 November 2012

Sakaratul maut


Bila seseorang itu sedang nazak, ia akan diajar untuk menyebut nama ALLAH. Ketika itu ia tidak lagi disuruh melakukan ibadah lain, melainkan supaya ingat kepada ALLAH. Mati dalam keadaan ingat kepada ALLAH adalah tanda mati dalam iman. Sesungguhnya saat kematian adalah saat yang sangat genting. Ketika itu syaitan menggoncang imannya dengan pelbagai cara, kerana syaitan tidak akan membiarkan seseorang hamba ALLAH mati dalam iman.

Mengucap syahadah atau ingat kepada ALLAH menjelang sakaratul maut tidak semudah seperti yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ia seorang yang banyak berbuat maksiat, cinta dunia dan tidak pernah membuat persiapan untuk menemui ALLAH. Dalam menghadapi sakaratul maut itu, kebimbangan dia banyak kpd mengenai hartanya, perniagaannya, anak isteri dan perkara-perkara dunia yang dikejarnya ketika hidup. Syaitan pulak mengaburkannya daripada hakikat kematian yang sebenarnya.


Firman ALLAH SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALLAH. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."  [aL-Munafiqun: 9]

Alangkah dahsyatnya keadaan ketika menghadapi kematian. Imam Ghazali pernah ditanya kenapa beliau selalu menangis sedang beliau seorang yang kuat beribadah, alim dan wara'. Beliau menjawab, :Sesungguhnya semua itu tidak menjamin apa-apa menjelang saat kematian nanti."

Berkata Abu Darda' (ra) :

"Sesiapa yang tidak merasa bimbang sama ada dia mati dalam iman atau kufur, maka dia mati dalam kufur."

Sufyan at-Thauri berkata:

"Aku tidak takut bertemu dengan ALLAH walaupun membawa dosa yang banyak. Tapi aku yang paling takut ialah bila ALLAH cabut imanku ketika mati."

Untuk menghadapi kematian yang tidak diketahui saat dan waktunya. Seseorang itu perlu banyak berzikrullah, ingat kepada ALLAH. Apabila sewaktu hidup hati telah dilatih ingat kepada ALLAH sehingga sebati dalam setiap denyut jantungnya, ketika itu kalau ajalnya telah tiba, insya ALLAH ia mati dalam keadaan ingat kepada ALLAH.

Marilah kita sama-sama lakukanlah apa sahaja amal yang boleh melatih kita untuk ingat kepada ALLAH, sama ada dengan berwirid, membaca aL-Quran, bertahajjud, memerhati kejadian alam dan sebagainya. Jomlah berlatih mengingati ALLAH mulai sekarang, demi keselamatan ketika menghadapi saat kematian, alam kubur dan di Padang Mahsyar...InsyaAllah.

Muaz bin Jabal (ra) meriwayatkan RasuluLlah SAW bersabda:
"Tiada seorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah."

Alangkah ruginya jika masa yang singkat ini disia-siakan daripada mengingati ALLAH kerana sesungguhnya ia berada dalam kesesatan
.

Fiman ALLAH SWT:

فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

"Maka kecelakaan besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati ALLAH. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
[az-Zumar : 22]


 > dedicated to my lovely sifu....kini baru aku mengerti mengapa kau selalu mengingatkan aku berzikrullah <

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 22 November 2012

Free Palestin


Bumi Palestin digemparkan lagi dengan peristiwa pembunuhan yang seolah-olah tidak akan sehabis-habisnya sehinggalah Yahudi melalui Israel Zionis menguasai setiap inci tanah Palestin. Namun yang perlu kita fikirkan adalah nasib saudara-saudara seIslam yang terkorban dan al Aqsa di bawah penguasaan Israel Zionis.


Apa hebatnya Palestin sehingga semua umat Islam perlu mengambil berat kepadanya?

Palestin dianggap tanah suci umat Islam berdasarkan firman ALlah yang bererti :

"Wahai kaumku! Masuklah kamu ke tanah suci yang telah ALlah subahanahu wa ta'ala telah perintahkan bagi kamu sekalian" (Surah al Maidah : Ayat 21)


Palestin adalah tanah yang diberkati ALlah. Firman ALlah yang bererti :

"Maha Suci ALlah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada satu malam dari Masjid al Haram ke Masjid al Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya. " (Surah al Isra' : Ayat 1)

Firman-Nya lagi yang bererti :

"Dan telah Kami tundukkan untuk Sulaiman angin yang sangat kencang tiupannya yang berhembus dengan perintah-Nya ke negeri yang Kami telah memberkatinya. Dan adalah Kami Maha Mengetahui segala sesuatu." (Surah al Anbia' : Ayat 80)

Di tanah itu terdapat Masjid al Aqsa yang merupakan kiblat umat Islam yang pertama sebelum ditukar ke Masjidil Haram menghadap Kaabah. RasuluLLah telah bersabda yang bererti :

"Tidak digalakkan mengambil berat dalam pengembaraan kecuali kepada 3 masjid; Masjid al Haram, masjid ini (Masjid Nabawi) dan Masjid al Aqsa. " (Riwayat Bukhari, Muslim, Ibnu Majah dan Abu Daud)


Di bumi ini, terdapat ramai pesuruh ALlah yang diutuskan antaranya adalah Nabi Ibrahim, Nabi Ismail, Nabi Ishak, Nabi Luth. Di sini juga adalah bumi Nabi Muhammad SAW di isra’kan.

Allahu Akhbar. ..

Sesungguhnya kita ini disatukan dengan kalimah La ila ha illaLLah.

Jangan lupa untuk mendoakan mereka di Palestin, juga umat Islam di seluruh dunia juga kepada pejuang-pejuang Islam yang sedang berjuang di negara masing-masing.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Tuesday 20 November 2012

Adakah Aku...?


Adakah aku benar-benar mengenali kamu..memahami tingkahmu, mengetahui perjalananmu…? Allah.. sungguh aku terdiam terpaku…

Apa yang aku ketahui ialah setiap langkahmu telah berada dalam pertolanganNya, maka kejayaan sebenar adalah jiwamu sentiasa dalam selubung kehambaan yang hakiki akibat berada dalam cahaya tajalli makrifatNya…

Rasulullah saw bersabda, “ Doa itu sendiri adalah ibadah."
Doa adalah jawapan bagi setiap keperluan. Doa adalah tempat beristirehat bagi mereka yang miskin, tempat berteduh bagi yang gundah, kelegaan bagi yang terbakar api hasrat.

“Wahai Yang Maha Penyayang, wahai Yang Maha Penyayang, wahai Pemilik Arasy yang Agung, wahai Dia yang dari-Nya segala sesuatu berasal dan kepada-Nya segala sesuatu kembali, wahai Dia yang Maha melakukan apa yang dikehendaki-Nya, aku memohon kepada-Mu dengan cahaya Wajah-Mu yang memenuhi segenap penjuru Arasy-Mu, aku memohon kepada-Mu dengan kekuasaan yang dengannya Engkau memerintah makhluk-Mu, dan dengan kasih-sayang-Mu, tidak ada Tuhan selain Engkau, wahai Maha Penolong, tolonglah diriku..”

Ya Allah,
sesungguhnya kekuatan itu kekuatanMu, maka kuatkanlah semangatnya demi perjuangan yg ditempuhinya…

Ya Allah,
Perlindungan itu jua PerlindunganMu, maka lindungilah dia dalam setiap gerak dan nafasnya..

Ya Allah,
Kurniaan dan rahmat itu milikMu, maka limpahkanlah rahmat dan kurniaanMu ke atasnya sebagaimana telah Engkau berikan kepada hamba-hamba Mu yang soleh, beriman dan bertaqwa…

Sungguh, Engkau Maha Pemberi, Engkau sebaik-baik Pelindung, sebaik-baik Penolong dan milik Engkau lah apa yg ada di kerajaan langit dan bumi…Allahu Akhbar..



Wherever you go
Whatever you do
I will be right here prayer for you
Whatever it takes 
Just be strong than yesterday…
[ just do what you have to do ]


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 15 November 2012

Mujahidahkah Kita ?


Diri ini masih belum layak digelar mujahidah,
Seorang mujahidah solehah tidak akan mengeluh saat dirinya ditimpa kesusahan.
Seorang mujahidah fi sabilillah tidak akan mengeluh tentang makanan yg diberikan ketika dia berjuang,
Krn baginya setitis air pun sudah mencukupi bagi meneruskan jihadnya.

Seorang mujahidah tidak akan mengeluh krn panas ketika tidur,
Krn dia sentiasa ingat yg panasnya azab di neraka itu lebih panas dr segala jenis api di dunia.

Mujahidah yg solehah menangis krn rindunya dia pada Rasulullah,
Dan betapa dia mengemis redha Ilahi,
Krn dia pasti,
Tangisan utk Ilahi itu lebih bernilai.
Seorang mujahidah yg berjuang demi redha Allah ialah seorang yg amanah,
Dia bukan seorang munafik,
Amanah yg ditanggung di bahunya akan dipikul,
Sehingga akhir hayatnya.

Seorang mujahidah ialah seorang yg wala' kpd pemimpin,
asalkan tak melanggar syariat.

Namun dlm ketaatannya kpd ketua,
Dia masih dapat menjaga ukhuwah fillah antara dia & sahabat seperjuangannya,
kerana dia tahu,
Ukhuwah fillah itu penting dlm membangkitkan ummah.

Seorang mujahidah pemburu syahid tak akan menyerahkan cintanya sewenang-wenangnya kpd seorang ajnabi,
Krn hatinya hanya utk dimuatkan dgn cinta Rabbul Izzati & cinta orang yg mencintaiNya...

Nabi Muhammad Saw pernah berdoa: “Ya Allah, anugerahkanlah aku (untuk) mencintai-Mu, mencintai orang yang mencintai-Mu dan mencintai apapun yang bisa mendekatkanku untuk mencintai-Mu. Jadikanlah kecintaanku pada-Mu menjadi (hal yang) lebih aku cintai daripada (kesukaanku pada) air yang dingin.”


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~ { Uhibbuki Fillah }

Monday 12 November 2012

Wahai Sang Burung....


Tidakkah kau ingat akan kekasaranku kepadamu…?
Masih ingatkah saat aku sakiti hatimu…?
Ingatkah dikau bilamana aku memintamu menjadi burung helang yang terbang bebas di angkasaraya…?
Sedangkan dikau menolaknya tanpa menanyakan kepadaku apa maksudku…

Wahai hamba Allah yg dikasihi…satu ketika dulu, bukanlah maksudku untuk engkau bebas terbang ke udara tanpa TUANnya…dikau masih lagi dipelihara olehNya…
Aku hanya mahu kau menggembangkan sayapmu dan terbang untuk menujuNya...hinggaplah di kediamanNya sehingga kau tidak mahu lagi terbang bebas semula...

Wahai diri yang aku kasihi, telah datang tamumu untuk menyambut tanganmu…berpautlah kepadanya dengan membulatkan tujuan hanya untuk Dia yang SATU… pergilah kepadaNya dengan melangkah, berjalan ataupun berlari…leraikanlah rindu disanubarimu…carilah rahsia hatimu kerna ia terkandung rahsia Kekasimu….Allah..


Sunday 11 November 2012

WAHAI DIRI

Wahai diri
Ingatlah setiap masa pada ALLAH
Hingga terasa manis kalimah itu
Apabila berdenyut di hati sanubarimu

Wahai diri
Janganlah engkau lupa
Setiap masa dan ketika
Dirimu akan dikembalikan
Ke hadrat Tuhanmu
Sama ada engkau redha
Atau engkau tidak bersedia
Perbetulkan akal dan hatimu
Kehidupan adalah persediaan
Untuk menuju kematian
Janganlah tertipu dengan dunia

Ya Tuhan ku
Akulah pengembara
Menuju Cinta-Mu
Tanpa ragu dan jemu
Akan ku ketuk pintu Rahsia-Mu
Agar tenggelam diriku di lautan
Wajah Mu Yang Maha Indah

Ya Tuhan ku
Akulah pengemis setiap masa
Berdiri dengan penuh harapan
Di pintu rahmat-Mu
Perjalanan yang panjang ini
Adalah suatu ujian padaku
Sama ada langkahku pincang
Atau langkahku terisi dengan
cinta Ilahi

Alangkah sukarnya dan berliku
Perjalanan mencari hakikat diri
Nafsu dan syaitan
Akan berhemah berjuang
Merosakkan dan melalaikan
Daripada sampai ke penghujung 
ܓ


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday 8 November 2012

Nasihat Guru .. Sekadar Untuk Dikongsi Bersama..


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam.

Baru-baru nie aku ibarat menemui air setelah sekian lama berada dalam kehausan..bila terbaca tafsir al-quran, aku teringat akan pesanan guru aku tentang jangan tafsir sesuatu dgn aqal krn aqal akan mati..hati tak pernah mati…renung..cari..lihat..apa yg nyata apa yg tersembunyi “….otak aku bagaikan di rolling….kurenung dan kufikir…kemana mahunya aku ini…jika benar aku dalam perjalanan ubuddiyyah, maka aku memerlukan guru bagi membimbingku….

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.

Nah! Hati VS Nafsu….hati mau berguru sementara nafsu tidak mahu dgn alasanakan menyusahkan guruku….sedangkan pesan guru  ‘ mujahadahlah, didik nafsu dengan cara buat yang disuruh, tinggal yang dilarang, buat apa yang perlu, beringat dengan yang kita suka… belajar cara nak urus nafsu... .buatlah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang nafsu inginkan..” bila guru sebut tentang ‘merana di sana”…Allah, sungguh bergetar hati dibuatnya….Allahu Rabbi..

Guru juga pernah cakap “Jika semua kau lakukan kerana ALlah
untuk Allah bagi Allah, Andai pada 1 saat, 1 ketika
Hati tidak lagi tertahan
Jiwa tidak lagi tertanggung
Saat itu ALlah sendiri
yang akan membawamu pergi
Kebergantungan pada Allah tak pernah akan rugi,dik
Kerana Dia pasti sentiasa di sisi
Tak perlu kau banyak meminta jua
Dia pasti akan sentiasa memberi
Itupun.....
ANdai hubungan yang kau cipta 
Dengan Dia yang Esa
Yang tunggal tiada sekutu
Penuh keikhlasan
Dia pasti
Tak pernah akan biarkan meski seminit
Kau terseksa
Kau merana
Kau kecewa......


> semuanya milik ALLAH, maka untuk Allah jualah segalanya.. < >Aku sayangkan kamu wahai guruku >


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Pokok rindu Nabi saw...KITA????

Semua makhluk selain manusia amat mencintai Rasulullah saw. Sedangkan kita, manusia yang selalu berasa hebat dan megah apabila diberi gelaran khalifah ini jauh sekali dari mengingati baginda.

Hadis daripada Anaz bin Malik ra:

“ Sesungguhnya Nabi saw berdiri pada hari Jumaat menyandarkan belakangnya kepada tunggul pohon kurma di MaSjid Nabi. Nabi saw berkhutbah kepada manusia. Selepas itu, seorang lelaki berasal dari Rum berkata “ Adakah kamu hendak aku buatkan mimbar yang boleh kamu duduk disitu dan ianya seumpama kamu berdiri?”

Lalu lelaki itu membuat mimbar yang ada dua anak tangga dan duduk ditingkat yang ketiga. Apabila Nabi saw duduk di atas mimbar, pokok menguak seperti lembu menguak sehingga bergema masjid. Suara ini kerana sedih Rasulullah saw meninggalkannya. Lalu Rasulullah saw turun mimbar dan memeluknya dalam keadaan pokok itu menguak. Ia pun diam setelah dipeluk oleh Nabi saw. Kemudian Nabi saw bersabda:

“Demi tuhan yang mana diri Muhammad berada dalam kekuasaannya, kalau aku tidak mendakapnya, nescaya ia akan berbunyi sebegini sehinggalah hari kiamat. Ini kerana kesedihannya terhadap Rasulullah saw.” ( HR Bukhari )

Kita,Apa Yang Kita Buat Sebenarnya?

Dalam hidup kita, yang kita asyik fikirkan adalah apa sebenarnya?

24 jam sehari kita ada,banyak mana kita khaskan masa kita untuk baginda?

Sejam? Dua jam? Atau kurang?

Agak-agak cukupkah kita hendak bersama baginda di akhirat nanti?

Mungkin nak lalui ujian di dunia sahaja kita dah gagal...Allahu Rabbi.


Allah Ta'ala berfirman: " Allah dan para malaikatNya berselawat kepada nabi,(yakni Nabi Muhammad s.a.w.). Wahai orang-orang yang beriman, ucapkanlah selawat dan salam dengan sebenar-benarnya salam kepada Nabi itu." (Al-Ahzab:56)


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

KATAK.....



Dengar je namanye..ramai akan rase geli dan takut…termasuk le den….hahaha…bila terbaca satu ayat tentang larangan membunuh katak….fuhh, serta merta den teringat zaman kanak-kanak den yg bermain dgn katak-katak…sehingga membuatkan den fobia dengan katak….huhu…mane taknye, den pernah bermimpi ada seekor katak yg besar memberi amaran pd den…dia ckp ‘kalo tak berhenti bermain dgn katak, aku akan gigit jari kamu’….sejak itulah den takut dah nak bermain dgn katak sehinggalah saat ini… (-_-)

Kisah katak nie rupanye terdapat hadis yg melarang membunuhnya…itu pun den baru tau….katak dikatakan sebagai pembela Nabi Ibrahim a.s ketika zaman raja Namruz…ketika itu raja zalim itu mengkehendaki Nabi Ibrahim a.s dibakar hidup-hidup. Saat api dinyalakan, tiada satu pon makhluk yg berani menolong kecuali seekor katak. Dia tertatih-tatih mendekati nyalaan api itu. Di temboloknya, sang katak menyimpan air yang tak seberapa. Tujuannya memercikan air agar api tersebut menjadi padam…  Dengan rasa cinta dan keinginan membela pada sang Nabi, katak dimuliakan Tuhan. Sejak saat itulah muncul larangan membunuh katak..

Telah mengabarkan kepada kami 'Ubaidullah bin Abdul Majid telah menceritakan kepada kamiIbnu Abu Dzi`b dari Sa'id bin Khalid Al Qarizhi dari Sa'id bin Al Musayyab dariAbdurrahman bin Utsman bahwa Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang untuk membunuh katak. (HR Ad-Darimi).


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday 27 October 2012

Ya Allah...


Wahai Allah
Ingin sekali aku berbicara dr jiwaku ini…
Jiwa yg sentiasa lalai dr mengingati-Mu
Jiwa yg masih kosong dr memenuhi cinta kpd-Mu
Jiwa yg masih menurut hawa nafsu
Jiwa yg dikotori dgn segala sesuatu
Namun masih berharap untuk berada di sisi-Mu

Ya Rabbku…
Telah jauh perjalanan hidupku
Dengan perlindungan, pertolongan dan rahmat kasih sayang-Mu
Aku masih hidup hingga kini
Dengan segala nikmat yg Engkau berikan
Aku masih lagi lalai dr mengingati-Mu
Dan masih kurang mensyukuri nikmat-Mu.

Ya Fatta
Aku bilang aku mencintai-Mu
Namun aku masih derhaka pada-Mu
Aku masih leka dgn urusanku
Yang aku sendiri tidak pasti
Samada Engkau redhainya ataupun Engkau murkainya

Ya Muhaimin
Aku berharap berada dalam pemeliharaan-Mu
Aku berharap menjadi hamba terbaik di sisi-Mu
Aku berharap untuk kembali kepada-Mu
Walau betapa banyak dosa aku lakukan
Aku yakin dan percaya bahawasanya
Engkau Maha Pengampun, Maha Penyayang, Maha Pemurah
Maha Mengetahui, Maha Segala

Ya Allah
Engkau Maha Mengetahui setiap isi  hatiku
Tiadalah yg tersembunyi dr pengetahuan-Mu
Melainkan Engkau Maha Meliputi segala sesuatu

Ya Rabbiku
Andai aku punya waktu
Ingin sekali aku memutarkan kembali kisah silamku
Ingin sekali aku hidup dalam tawa girang
Ingin sekali aku memerdekakan diriku
Ingin sekali aku mengenal-Mu
Ingin sekali aku pupuk kecintaan terhadap-Mu
Tanpa berbelah bahagi
Namun aku tak bisa lakukannya kerna
Aku hanyalah hamba-Mu
Yang berjalan atas takdir yg telah Engkau tetapkan bagiku
Barangkali aku fikir ia tidak baik bagiku
Sementara ia adalah baik dr pandangan-Mu
Aku redha jika ia adalah takdirku
Yang tertulis di lauh mahfuz
Aku berharap Engkau meredhai diriku
Memasukkan aku ke dalam rahmat-Mu
Samada didunia mahupun diakhirat