بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Saturday 23 February 2013

sifat orang yang membaca Al Quran

Dari Abu Musa Al Ansari r.a. katanya : 
Bersabda Rasulullah s.a.w. :
"Perumpamaan seorang mukmin yang membaca Al Quran seumpama utrujjah
(sejenis buah seperti limau) baunya harum dan rasanya enak.
dan perumpamaan seorang Mukmin yang tidak membaca Al Quran seumpama kurma
tidak berbau tetapi rasanya manis
Dan perumpamaan orang munafik yang membaca Al Quran seumpama kemangi
baunya wangi tetapi rasanya pahit
dan perumpamaan orang munafik yang tidak membaca Al Quran seumpama handzalah
(sejenis tumbuhan liar yang menjalar) tidak berbau dan rasanya pahit
Hadis sahih riwayat Muslim

lemah lembut

Diriwayatkan daripada Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya: 
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah itu Maha Lembut, Dia suka akan kelembutan. Allah akan memberikan balasan dari kelembutan yang tidak diberikan ke atas sikap keras dan kasar serta selainnya. [Bukhari & Muslim] 

"Hendaklah kamu berlaku lemah lembut. Janganlah berlaku kasar" [ QS Ali Imran: 159]
***
Hendaklah kamu berlemah lembut dan janganlah kamu kasar atau berkata keji (HR.Bukhari)

Wednesday 20 February 2013

Panas Yang Membara

Dari Abu Hurairah r.a, rasulullah s.a.w bersabda:”Apimu di dunia ini sepertujuh api neraka”. Ada seseorang berkata:”Keadaannya sudah mencukupi”. Baginda bersabda:’Ditambah lagi dengan enam puluh sembilan kali panasnya dari api neraka.”

(al-Bukhari)

Tuesday 19 February 2013

Al-quran Al-karim


Katanya: Ingatlah! Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: " Awaslah! Sesungguhnya akn berlaku kekacauan dan bala bencana yang besar". Aku bertanya: " Apakah caranya untuk menyelamatkan diri dari bencana itu, Ya Rasulullah?" Baginda menjawab: " (Caranya ialah berpegang teguh kepada ajaran) kitab Allah, ia mengandungi kisah-kisah perihal umat-umat yang terdahulu dari kamu, dan berita perkara-perkara yang akan datang sesudah kamu, serta hukum-hukum mengenai apa yang berlaku di antara kamu; (kitab Allah al-Quran) dialah yang menjadi pemutus (antara yang benar dengan yang salah), bukan keterangan yang olok-olok; sesiapa jua dari golongan yang sombong angkuh, meninggalkannya (dengan tidak menurut hukumnya): akan dibinasakan oleh Allah, dan sesiapa yang mencari pertunjuk dari yang lainnya - akan disesatkan oleh Allah; al-Quran ialah tali Allah yang teguh kukuh, dan dialah pengajaran yang menjadi ikutan, dan dialah juga As-Siratul Mustaqim (jalan yang lurus). Dialah kitab yang dengan sebab berpegang teguh kepada ajarannya, hawa nafsu seseorang tidak akan menyeleweng atau terpesong; dan dialah kitab yang kalimah-kalimahnya tidak akan bercampur aduk atau berkesamaran dengan kata-kata makhluk; dan alim ulama pula tidak merasa puas daripada mengkaji isi kandungannya; (demikian juga) keindahan, kemanisan dan kelazatan membacanya tidak akan susut atau hilang, meskipun ia dibaca dengan berulang-ulang; dan kandungannya yang menakjubkan, tidak berkesudahan. Dialah kitab yang menjadikan sekumpulan jin semasa mendengarnya tidak tertahan hati menerimanya sehingga mereka memujinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami mendengar bacaan al-Quran yang menakjubkan, yang memimpin ke jalan yang benar, lalu kami beriman kepadanya." (Demikian juga) sesiapa yang memperkatakannya; dan sesiapa yang beramal dengan ajarannya, diberikan pahala; dan sesiapa yang membuat keputusan berdasarkan hukum-hukumnya, adillah keputusannya; dan sesiapa yang berdakwah supaya orang ramai menurut ajaran-ajarannya, sudah tentu ia (dan mereka) beroleh hidayah pertunjuk ke jalan yang lurus."

Ali r.a


Oleh itu (berpegang teguhlah pada ajaran Islam yang sedang engkau amalkan, dan) janganlah engkau menurut kemahuan orang-orang yang mendustakan (agama Allah). (Al-Qalam 68:8

Hijrah Rasulullah saw. Bersama Abu Bakar

Dari Aisyah r.a katanya: Sungguh sedikit waktu (kesuntukan waktu) bagi nabi saw. pada hari-hari itu, namun amat perlu sekali bagi baginda datang juga ke rumah Abu Bakar pagi atau petang. Maka ketika telah diizinkan bagi baginda untuk pergi (hijrah) ke Madinah, kami tidak pernah terkejut melainkan ketika baginda datang ke rumah kami waktu Zohor, lalu kedatangan baginda itu dimaklumkan kepada Abu Bakar. Berkata Abu Bakar,:”Nabi saw. tidak akan datang pada waktu ini melainkan kerana ada urusan yang sangat penting.” Ketika Nabi saw. masuk ke tempat Abu Bakar, baginda bersabda kepadanya. “Suruhlah orang yang ada di sekelilingmu keluar.” Berkata Abu Bakar:”Ya Rasulullah! Hanya ada dua orang anakku, ‘Aisyah dan ‘Asma’.” Sabda Nabi saw. Tahukah engkau bahawa sesungguhnya aku telah diberi izin untuk keluar (hijrah)?” Berkata Abu Bakar,:”Anda perlu teman, ya Rasulullah!” Sabda Baginda,:”Ya, kawan.” Berkata Abu Bakar,:”Ya Rasulullah! Aku mempunyai dua ekor unta yang sengaja kusediakan untuk keluar (hijrah), ambillah seekor untuk anda.” Sabda Nabi,”Kuambil seekor dengan harganya.”

(Bukhari)

Monday 18 February 2013

Punca Segala Bencana



Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Kelak bumi akan memuntahkan jantung hatinya berupa tiang-tiang emas dan perak. Maka datanglah seorang pembunuh seraya berkata:”Kerana inilah aku jadi pembunuh. Kemudian datang pula si perompak, lalu berkata:”Kerana inilah aku putuskan hubungan silaturrahim. Kemudian datang pula si pencuri seraya berkata:”Kerana inilah tanganku dipotong” Sesudah itu mereka tinggalkan sahaja harta kekayaan itu, tiada mereka mengambilnya sedikitpun.”


(Muslim)

Bekas Ahli Neraka

Dari Anas bin Malik r.a, dari nabi s.a.w baginda bersabda:” Keluar satu kaum dari neraka sedangkan kulit mereka telah hitam kerananya. Mereka masuk ke dalam syurga, sedangkan isi syurga menamakan mereka ‘orang-orang dari jahannam’. “

(al-Bukhari)

Malaikat Pencatat Selawat

Nabi s.a.w bersabda: "Sesiapa yang melakukan dua atau lebih dari jenis-jenis amal kebajikan untuk mencapai keredhaan Allah, ia akan diseru oleh Malaikat dari pintu-pintu Syurga, katanya: "Wahai Hamba Allah! Pintu ini lebih baik bagimu memasukinya! Maka sesiapa yang membanyakkan jenis sembahyang: ia tetap diseru dari pintu sembahyang, dan sesiapa yang membanyakkan jenis perjuangan: ia tetap diseru dari pintu perjuangan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis puasa: ia tetap diseru dari pintu puasa yang bernama: Rayyan, dan sesiapa yang membanyakkan jenis sedekah: ia tetap diseru dari pintu sedekah." Mendengarkan yang demikian, Abu Bakar r.a berkata: "Ayah dan ibuku menjadi galang gantimu Ya Rasulullah (dalam saat kecemasan)! Tiadaklah menjadi sebarang kesusahan kepada orang yang dijemput masuk dari setiap pintu itu bahkan satu kemuliaan kepadanya, maka adakah sesiapa yang dijemput masuk dari semua pintu itu?" Nabi s.a.w menjawab: "Ia ada! Dan aku harap engkau seorang dari mereka yang berbahagia itu."

Abu Hurairah r.a

Sunday 17 February 2013

Pentingnya Menjaga Hati....


Rasulullah SAW bersabda :

"Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruhnya dan jika ia jahat, jahatlah seluruh anggotanya, ketahuilah ia adalah hati."[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Kenapa kena jaga hati ? setakat yg aku tahu, hati ni mcm sumber segala sesuatu..kalo ia baik, maka akan membawa kpd segala kebaikan yg dilakukannya…sebaliknya, kalo ia buruk, maka ia memberi keburukan juga kpd apa yg dilakukannya.. sebab itulah hati menjadi tempat yang akan dinilai Allah SWT di sebalik amal-amal kebaikan atau keburukan seseorang hamba.

Hati yang bersih, hati yang sentiasa merendah diri, hati yang ikhlas, hati yang gementar, hati yang cinta, hati yang sentiasa mengharap keampunan dan pengharapan ( Inilah antara hati yang dicintai Allah )..

Manusia menilai pd pada apa yang dilakukan, tetapi nilai Allah terletak pada apa yang tersembunyi dalam hatinya (sebab tu nak buat apa pon niat tu yg penting....pesan kakak aku la )

Ada orang beramal begitu hebat di sisi manusia. Ke mana pon dia pergi, nama dan amalnya atau kejayaannya sentiasa menjadi sebutan manusia. Tetapi di sisi Allah SWT, segalanya tiada nilai malah ia mungkin lebih hina dari binatang sebab tiada keikhlasan dalam amalnya. Ada manusia yang amalnya sedikit atau kecil, tiada manusia yang memandangnya tetapi nilainya tinggi di sisi Allah SWT disebabkan keikhlasannya.

Di akhirat nanti, kita manusia akan berhadap dengan ALLAH SWT, tak kiralah ia ulama, para syahid, para hafiz, para ahli ibadah, para ahli dermawan dan sebagainya untuk diperiksa hati mereka. Demi Allah, amat jahil dan butalah seseorang itu jika ia menganggap persoalan hati adalah perkara kecil, sedangkan di akhirat nanti ia adalah perkara yang utama yang menjadi nilaian Allah SWT.(Amat penting peranan hati nie)

Dlm hadis 40, Imam Nawawi telah meletakkan hadis berkaitan dengan niat sebagai hadis yang utama. Syirik atau menduakan Allah SWT dalam amal adalah melambangkan tiada adab ia dengan Allah SWT, melambangkan tiada bersih hatinya. Jadi, manusia yg tiada ilmu dalam perjalanan nafsunya amat mudah tertipu.

Ramai manusia yang beribadah tetapi ibadahnya itu menyebabkan ia jauh dari Allah apabila ibadahnya dimasuki penyakit ujub, takabur atau riak. Ramai yang menasihati manusia kepada kebaikan tetapi malangnya ia menjadi manusia yang amat dimurkai Allah (mudah-mudahan aku dijaukan dr termasuk dlm gol. ni ) kerana ia sendiri tidak melakukan apa yg dia cakapkan. Ramai orang yang diberi kekayaan dan menyangka ia adalah nikmat padahal ia adalah istidraj untuk memusnahkan dirinya apabila harta tadi melalaikan ia dengan Allah SWT. Banyaknya ibadah dan amal bukannya menjadi nilai lagi di sisi Allah, tetapi keikhlasan ukuran utamanya.



Nota : betapa pentingnye menjaga hati rupanye....perkara utama yg akan dinilai Allah....kalo tak jaga, confirm akan terus kotor + makin rosak la ianya...huhu...ini belum lagi ditambah dgn prasangka yg timbulnye dr hati juga....prasangka lak sebahagian dr dosa, maka mmg bertambah kotor la hati mcmni...Allahu Rabbi...nak bersihkan hati lak adalah melalui ISTIGHFAR n SUNAT TAUBAT....betapa hebatnye istighfar yg telah membongkar apa yg tersirat...

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Wednesday 6 February 2013

Dialog 9 : Kenapa Aku Disakiti ?


Terjadilah kisah pabila si lara bertandang…masa menyempitkan keadaan sehingga memaksa jiwa disakiti..

Aku : kenapa aku disakiti ?

Adik : ujian semua tu..sabar le, doa n istigfar banyak2..

Aku : aku taknak ikut jalan kiri tp org jalan kiri asyik tindas org jalan kanan

Adik : tak yah la ikut jalan kiri

Aku : aku x nak ikut jalan kiri tp bila x ikut, ditindas mcm skg nie 

Adik : Tu nmanya duniawi..phd tinggi..kna ler byk sbr...ko ingt pesan ckgu ku..?

Aku : aku x ingat apa2 pon pesan cg.ku

Adik : Kerja kerna Allah...jgn pk org..slagi blh sbr sbr..Allah maha adil..ade sbb smua ni jd...ade hikmahNYA


Aku : knp ayat ko mcm ayat cg.ku ?

Adik : Entah la long..da dpt mcm ckgu ku..skang pk lh sndri knapa..mgapa..law tkde sape2 Allah msih ade...

Aku : da dpt mcm cg ku? maksudnye? 

Adik : Dpt yg ok blh ajar..nsihat..share crita..ko p tolak die knapa..hrgai org long..(aku x hargai dia ka? )

Aku : sebab dia dh ckp dia 'letih'

Adik : Knapa die ckp mcm tu..cer fikir??

Aku : ada org cantas aku bila aku ckp aku diajar istigfar…aku x ngaku itu salah aku..sebab aku pertahankan apa dia ajar, tp dia pk sebaliknye…aku hnye nk beritahu dia apa yg toki n eicha cakap pd aku ttg istigfar bile mereka persoalkan aku amalkan istigfar…sebaliknye...dia pikir aku persoalkan amalan dia...aku diam jela.. 

Adik : Bia lah org tu..da tu..law rsa nk ikut ajaran die..minta maaf..trang2 bgtaw kt die ape sbnrnya..l

Aku : aku mmg amalkan apa dia ajar..x dak tolak pon (bkn bermaksud aku taksub ea )

Adik : Minta maaf la..jgn ler ego sgt...jgn sia2kn org mcn ckgu ku tu..mnyesal t...

Aku : aku minta maaf dah tanpa kerelaan hati...arini aku msg dia ckp mcm ade wat salah kt dia..dia jwb 'xdak wat salah apa lah'...aku jwb ‘bagus mcmtu'…..bermakna aku ada buat salah kt dia….bkn ego tp mmg aku x salah pon.. 

Adik : Bguslah tu..wlaupun ko tk slh..ko minta maaf kt die..doa smoga lembut hati die..law die ego ko tolak ansur lah ckit..knapa tknk minta maaf...law die mati sok die tk maafkn ko..agk2 ape jd??!!tolak ansur..m.maaf walaupn tk slh...hai ko ni...mcm mna ni..

Aku : dia dh maafkan semua org sblm tido

Adik : Die jgak yg bagus...

Aku : cg ku ? x pe la….aku cuba sedaya upaya jd seorang yg baik WALAU AKU BUKAN SEORANG YG BAIK..aku sedar aku ni miskin.




Nota : bukan la aku nk tunjuk yg aku ego tp aku x nak susahkan dia....jujurnye aku ingat apa yg dia ajar dan pesan dan aku amalkan apa yg dia ajar....cuma sekarang aku dah jarang beramal bila masa lbh banyak dihabiskan di opis...

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~