بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 31 January 2014

JOM SELAWAT

'AUUZU BILLAAHI MINASH SHAITOONIR RAJIM
BISMILLAA HIRRAHMAA NIRRAHIM

Inna fatahnaa laka fatham-mubiinaa # Liyaghfira lakallahu maa taqaddama min zanbuka wamaa ta'akhkhara wa yutimma ni'matahuu 'alaika wa yahdiyaka siraatam-mustaqiimaa # Wa yansurakallahu nasran 'aziizaa # Laqad jaa'akum rasuulum-min anfusikum 'aziizun 'alaihi maa 'anittum hariisum 'alaikum bil mukminiina ra'uufur rahiim # Fain tawallaw faqul hasbiyallaahu laa ilaaha illa huwa 'alaihi tawakkaltu wa huwa rabbul 'arshil 'aziim # Innallaaha wa malaa-ikatahuu yusolluuna 'alan nabiyyi yaa ayyuhal-laziina aamanuu solluu 'alaihi wa sallimuu tasliimaa #


ALLAHUMMA SOLLI WA SALLIM WA BAARIK 'ALAIHI WA 'ALAA AALIH


Terjemahan....

AKU BERLINDUNG DENGAN ALLAH DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH
LAGI MAHA PENGASIHANI

Sesunnguhnya Kami telah membukakan bagi perjuanganmu (wahai Muhammad sollallahu 'alaihi wa sallam) satu jalan kemenangan yang jelas dan nyata # Kemenangan yang disebabkannya Allah telah mengampunkan salah silapmu yang telah lalu dan yang terkemudian dan menyempurnakan nikmatNya kepadamu serta menambahkan hidayah ke jalan yang lurus # Dan dengan sebabnya Allah memberikan pertolongan (untuk mencapai kejayaan) dengan sepenuh-penuhnya dan sehandal-handal pertolongan (yang tiada tolok bandingannya) #(surah Al-Fath :1-3)
Seungguhnya telah datang kepada kalian seorang Rasul dari golongan kalian sendiri, berat terasa olehnya penderitaan kalian, yang amat belas kasihan lagi sangat penyayang terhadap orang-orang beriman #(Surah At Taubah: 128)
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat kepada Nabi. Wahai orang-orang beriman, berselawatlah kalian dan ucapkanlah salam penghormatan pula kepadanya. #( surah Al-Ahzab:56)


YA ALLAH, BERIKANLAH RAHMAT DAN KESEJAHTERAAN SERTA KEBERKATAN KEPADANYA DAN KELUARGANYA




~ (^_^) Barakallah ~

Friday 24 January 2014

ZIKIR

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH

YA LATIF, YA LATIF, YA LATIF...

YA ALLAH HU YA ALLAH.....

YA ALLAH, YA ALLAH...YA ALLAH, HU YA ALLAH..HU

YA RAHMAN, YA RAHMAN, YA RAHMAN

YA ALLAH, YA ALLAH, YA ALLAH...HU

YA RAHIM, YA RAHIM, YA RAHIM.....HU YA ALLAH

LAA ILAHA ILLALLAH 

LAA ILAHA ILLALLAH MALIKUL HAQQUL MUBIN MUHAMMAD RASULULLAH SYAHIDUL WADUL. AMIN


ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM 

ALLAHUMMA SALLI WA SALLIM WA BARIK ALA NABI MUHAMMAD WA ALI MUHAMMAD.

`Ilahi anta maksudi waredaka matlubi..' ( dibaca tiap kali selesai majlis zikir )



Nota: antara zikir harian yg diamal aliran Naqhs...

~ (^_^ ) Barakallah ~

Tuesday 21 January 2014

Tauhid

kenapa kena belajar ilmu TAUHID ? soal guru...guru cakap WAJIB belajar, ia fardhu ain...bila belajar Tauhid, kita bole menilai mana yg lebih utama samada Allah atau dunia. Melalui Tauhid juga akan mengajar kita agar tidak memiliki dan tidak dimiliki sesiapa pun kecuali Allah..Bukan tu je, kita juga akan rasa diri kita bukan kita punya tapi milik Allah..dengan Tauhid, ia akan mendidik hati agar lapang dada n takut hanya kpd Allah SWT...

semua bermula dari Tauhid...kalo Tauhid tak kuat, aqidah kita akan goncang... bisikan nafsu, makhluk n syaitan bole sesatkan kita( time nie aku t'fikir ttg aku yg suka membenarkan nafsu bak kata kakak aku ar )..


Tauhid dikenali jg sbg Usuluddin, Aqaidul Iman, ilmu makrifat...tujuannya adalah untuk mengEsakan Allah..guru ckp tak sah solat sebelum kenal Allah ( erk...fuh, tertunduk aku dgr ayat nie..)...kita tak akan kenal Allah melalui dzatNya...n guru juga ckp bila kita bersyahadah, kita telah masukkan 50 aqaidul iman kpd Allah...( sebelum nie aku tertanya2 gak apa itu 50 aqaidul iman, kini baru le aku tau...)



Nota : Paling penting,guru cakap " jika nak bersahabat dgnNya, bawalah DIA ke mana2 kita pergi...yg penting sentiasa ada di hati kita..."


~ (^_^ ) Barakallah ~

Tuesday 14 January 2014

Sollallahi 'alaa Muhammad
Sollallahu 'alaihi wa sallam

Rabbi waj'al mujtama 'naa
Ghoayatuh husnul khitaami

Wa'tinaa maa qad sa'alnaa
Min 'athoayaakal jisaami

Wakrimil arwaaha minaa
Biliqaa khairil anaami

Wablighil mukhtaara'annaa
Min solaatin wa salaami

ertinya:

Semoga Allah melimpahkan rahmat keatas Muhammad
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atasnya 

Wahai Tuhanku, jadikanlah perhimpunan kami ini,
Kemuncaknya adalah sebaik-baik kesudahan, nanti

Berikanlah kepada kami apa saja yang kami minta
daripada pemberian-pemberianMu yang sangat besar nilainya

Berikanlah kemuliaan kepada roh kami semua
Dengan bertemu sebaik-baik manusia

Sampaikanlah kepada Insan Pilihan-Mu itu daripada kami sekalian
Selawat dan Salam yang kami kumandangkan.


~ (^_^) Barakallah ~

Maulid


Ya Nabi salaamun 'alaika     Ya Rasul salaamun 'alaika
Ya Habib salaamun 'alaika   Solawaatullahi 'alaika

Ashraqal kaunub tihaajaa      Bi wujuudil mustof-Ahmad
Wa liahlil kauni unsun             Wa suruurun qad tajaddad

Fatrabuu yah lal mathaanii     Fahazaarul yumni garrad
Wastadhii'uu bijamaalin          Faaqa fil husni tafarrad

Wa lanal bushraa bi sa'din     Mustamirrin laisa yanfad
Haithu uutiinaa 'aatoa'an        Jama'al fakhral mu'abdad

Falirabbii kullu hamdin           Jalla an yahsurahul 'ad
Iz habaanaa bi wujuudil          Mustofal haadii Muhammad


ertinya

Wahai Nabi sejahtera atasmu      - Wahai Rasul sejahtera atasmu
Wahai kekasih sejahtera atasmu - Rahmat Allah atasmu

Alam semesta bergelimang cahaya riang gembira
dengan kelahiran Rasul Pilihan, Ahmad di mayapada
Seluruh penghuninya terasa bahagia
sambung menyambung tiada hentinya

Maka ikutlah bergembira, wahai penganut ajaran Al-Quran
kerana burung-burung kebertuahan telah berkicauan
Bersuluhlah dengan sinar keindahan
yang mengungguli semua keindahan tiada bandingan

Khabar gembira buat kita, dengan kebahagiaan abadi
yang berkekalan terus menerus tiada henti
Lantaran kita telah meraih anugerah Ilahi
yang merangkum segala kemegahan abadi

Maka bagi Tuhanku segala pujian untuk-Nya
yang tiada suatu bilangan pun mampu mencakupnya
Atas kurniaan-Nya kepada kita, dengan kelahiran
Rasul pilihan yang memberi petunjuk, Muhammad 





~  Barakallah ~

Saturday 11 January 2014

Pandanglah...

Pandanglah pandanganNYA bagi anda. Janganlah anda memandangNya dengan pandangan anda bagiNYA.


Guru cakap 'apa yang berlaku di dunia ini, kita kena memandang dgn pandanganNYA...jika kita pandang dgn cara kita, kita akan mentakwil dgn akal,pengetahuan n ilmu yg kita ada....maka, ia tak akan selesai sampai bila2 dan ia juga akan mewujudkan perbalahan, ketidaksefahaman,berpuak-puak.....otak manusia nie, apa yg dia nampak..itulah yg akan dia fikir dan tahu...sedangkan ilmu Allah meliputi segala sesuatu, tak ada sempadan bagi Allah..maknanya, kita kena lihat apa yg datang dr Allah itu melalui ainul basyirah dan kembalikan semuanya kpd Allah..Firman Allah"Ingatlah, segala perkara kembali kepada Allah.” (Asy-Syuro 53).

Dunia n segala yg muncul di dalamnya adalah kosong. Makhluk dgn segala masalahnya adalah kosong. Hati orang beriman kosong dr segala hal selain Allah Azza wa-Jalla, apalagi bila dia tdk terlibat dgn aktiviti dunia. Bila aktiviti dunia n keluarganya muncul, dia menolong mereka  menurut kadar keperluannya, maka hatinya dlm segala situasi n kondisi tetap kosong dari segalanya selain Allah Azza wa-Jalla. Ia sama sekali tak terpengaruh oleh apa pun. Tak pula menuntut perubahan n pergantian. Sbb dia tahu apa yg sudah ditentukan oleh Allah Azza wa-Jalla, tak akan berubah.


~ Credit to guru :) Barakallah ~

Friday 10 January 2014

Allah

Wahai Zat Yang Maha Agung, Engkaulah Zat Yang Maha Agung. Sungguh dukacita yg besar telah mendukacitakan kami...dan setiap dukacita yg mendukacitakan kami, akan menjadi ringan dgn menyebut namaMu, wahai Zat Yang Maha Agung...

Engkaulah Tuhan Yang Sedia Ada pada Azali
Engkaulah Zat Yang Maha Lemah-lembut, Yang Sentiasa Berlemah-lembut

Lenyapkanlah dari kami apa yg telah turun menimpa kami
Daripada musibah dan bencana yg sangat berat dan mencengkam jiwa

Engkaulah Zat Yang Maha Hidup Tanpa Roh, Zat Yang Sedia Ada, Tuhan Yang Maha Kaya
Yang Kekal Abadi, Yang Tidak Perlu Kepada sesiapa dan apa pun, Yang Maha Mulia....


~ :) Barakallah ~

Tuesday 7 January 2014

Guru....

Sejak 2 menjak nie...aku asyik diingatkan dan didatangkan tentang GURU......apa yg Allah nak sampaikan sebenarnya.....setiap tempat aku pergi, mesti perkataan GURU nie diucapkan oleh seseorang.....sebelum ini aku diingatkan tentang ' kena beradab dgn guru n tak bole memperlekehkan guru kita..nti x dak keberkatan"....sama la selari dgn apa yg dia ingatkan pd aku mula2 dulu...haaiiiii......

Kemudian aku didatangkan peringatan tentang "tak bole derhaka pada guru walau dari segi perkataan, perbuatan dan lintasan hati, x dak keberkatan "......fikiran aku melayang jauh ntah ke mana.....tersentap hati dgn ucapan ini.....huhuhu.....ayat nie buat aku tak pasal-pasal membuang air mata..... ("-")
ntah apa yg aku fikir pon aku tak pasti....

Teringat kata2nya bahawa GURU perlu bersikap GARANG....  GURU garang dan selalu marah akan muridnya sebab guru tue sayang muridnya...kalo tak sayang, guru akan abaikan je murid2 dia....erkk...pasai apa la time nie aku bole teringat pasai dia marah akan aku....haaaiiii......lagi berusaha nak lupa lagi giat plak diingatkan satu demi satu.....huhuhuhuhu.....



~ (^_^) Barakallah ~