بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Monday 31 October 2011

Kaum-kaum yang mengingkari janji terhadap Allah


Berita-berita tentang kaum terdahulu yang merupakan bahagian penting dalam Al-Quran, jelas-jelas merupakan hal yang patut kita renungkan. Sebahagian besar dari kaum ini mengingkari, bahkan memusuhi para Nabi yang diutus kepada mereka. Kelancangan mereka mengundang kemurkaan Allah dan mereka pun disapu bersih dari muka bumi.
 Al-Quran menjelaskan bahwa peristiwa-peritiwa menghancurkan ini hendaknya menjadi peringatan bagi generasi berikutnya. Sebagai contoh, Allah langsung menyampaikan firmanNya setelah pengambaran hukuman atas sekelompok yahudi yang menetang Allah.
    Maka kami jadikan (yang demikian) itu peringatan bagi orang-orang pada masa itu dan bagi mereka yang datang kemudian serta menjadi pelajaran bagi orang-orang yang bertakwa (QS-Al-Baqarah 2:66) .
   Dalam banyak sumber kita dapat menelaah masyarakat-masyarakat masa lampau yang telah dihancurkan kerana penentangan mereka terhadap Allah. Sorotan atas semua peristiwa tersebut, masing-masing merupakan comtoh bagi manusia pada masa itu dan kini sehingga semuannya dapat menjadi sebuah “peringatan” .
      Selain itu, penghancuran kaum-kaum tersebut adalah untuk menunjukkan bahwa apa yang diungkapkan Al-Quran benar-benar terjadi di dunia dan membuktikan keontingtikan cerita-cerita dalam Al-Quran. Di dalam Al-Quran, Allah menjamin bahwa ayat-ayat-Nya dapat diamati pada kontek dunia luar.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Ilmu Tauhid


Ilmu yang membicarakan tentang wujudnya Allah, sifat-sifat yang mesti ada pada-Nya, sifat-sifat yang tidak ada pada-Nya dan sifat-sifat yang mungkin ada pada-Nya. Ia juga membicarakan tentang Rasul-rasul Allah bagi menetapkan kerasulannya dan mengetahu sifat-sifat yang mesti ada padanya, sifat-sifat yang tidak mungkin ada padanya dan sifat-sifat yang mungkin terdapat padanya.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Jibril & 12,000 Malaikat menemui Rasulullah di Bukit Qubais

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ar-R'ad 13:11)

Pada zaman jahiliah di antara beberapa orang raja ada seorang raja yang bernama raja Habib lbnu Malik di kota Syam. Orang-orang arab menggelarnya “Raihanah Quraisyin.”

Ketika Raja Habib bersama angkatan tenteranya seramai 12,000 orang singgah di Abthah, iaitu suatu tempat dekat kota Makkah maka datanglah Abu Jahal beserta pengikut pengikutnya memberikan berbagai-bagai hadiah kepada raja Habib.

Setelah itu Abu Jahal dipersilakan duduk di sebelah kanan raja Habib. Berkata raja Habib: “Wahai Abu Jahal katakan kepadaku tentang Muhammad.”

Berkata Abu Jahal: “Tuan, silalah tuan tanya tentang Muhammad itu dari Bani Hasyim.”

Raja Habib pun bertanya kepada Bani Hasyim: “Wahai Bani Hasyim, katakan pada beta tentang Muhammad itu.”

Berkata Bani Hasyim: “Sebenarnya kami telah mengenal Muhammad itu sejak dia kecil lagi, orangnya sungguh amanah dan setiap katanya benar; dia tidak akan berkata selain dari yang benar. Apabila umur Muhammad meningkat pada 40 tahun dia telah mula mencela Tuhan kita dan dia membawa agama baru yang bukan datangnya dari nenek moyang kita.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar penjelasan dan Bani Hasyim maka dia pun berkata: “Bawa Muhammad mengadap dengan cara baik, kalau Muhammad degil maka gunakan kekerasan.

Setelah itu mereka pun mengutus salah seorang untuk menjemput Muhammad SAW. Setelah Rasulullah SAW menerima pesanan raja, baginda pun bersiap-siap untuk pergi, sementara itu Abu Bakar ra dan Siti Khadijah menangis kerana takut baginda dizalimi oleh raja tersebut.

Rasulullah SAW berkata: “Janganlah kamu berdua menangis, serahkanlah urusanku ini kepada Allah SWT.”

Kemudian Ahu Bakar ra pun mengaturkan pakaian untuk RasuIulIah SAW yang terdiri dari baju berwarna merah dan serban berwarna hitam.

Setelah Rasulullah SAW mengenakan pakaian tersebut maka baginda bersama Abu Bakar ra dan Khadijah ra pun pergi menghadap raja Habib. Setelah sampai di hadapan raja, Abu Bakar ra berdiri di sebelah kanan Rasulullah SAW sementara Siti Khadijah berdiri di belakang Rasulullah SAW.

Apabila raja Habib melihat baginda Rasulullah SAW berdiri dihadapannya maka raja Habib pun bangun memberi hormat mempersilakan Rasulullah SAW duduk di sebuah kerusi yang diperbuat dari emas. Sementara itu Siti Khadijah yang merasa cemas berdoa kepada Allah SWT: “Ya Allah, tolonglah Muhammad dan mudahkanlah dia menjawab sebarang pertanyaan.”

Sewaktu baginda duduk di hadapan raja Habib maka keluarlah cahaya memancar dari wajah baginda dan baginda duduk dengan tenang tanpa rasa takut.

Raja Habib memulakan pertanyaan: ‘Wahai Muhammad, kamu pun tahu bahawa setiap Nabi itu ada mukjizatnya, jadi apakah mukjizat kamu itu?”

Bersabda Rasulullah SAW: “Katakan apakah yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: Aku mahu matahari itu terbenam dan bulan pula hendaklah turun ke bumi dan kemudiannya bulan hendaklah terbelah menjadi dua, kemudian masuk di bawah baju kamu dan separuh keluar melalui lengan baju kamu yang kanan dan sebelah lagi hendaklah keluar melalui lengan baju kamu yang kiri. Setelah itu bulan itu hendaklah berkumpul menjadi satu di atas kepala kamu dan bersaksi atasmu, kemudian bulan itu hendaklah kembali ke langit dan mengeluarkan cahaya yang hersinar dan hendaklah bulan itu tenggelam. Sesudah itu hendaklah matahari yang tenggelam muncul semula dan berjalan ke tempatnya seperti mulanya.”

Setelah mendengar begitu banyak yang raja Habib kehendaki, maka baginda Rasulullah SAW pun bersabda:

Apakah kamu akan beriman kepadaku setelah aku melakukan segala apa yang kamu kehendaki?”

Berkata raja Habib: “Ya, aku akan beriman kepadamu setelah kamu dapat menyatakan segala isi hatiku.”

Abu Jahal yang sedang menyaksikan percakapan itu segera melompat ke hadapan sambil berkata: “Wahai tuanku, tuanku telah mengatakan yang cukup baik dan tepat.”

Rasulullah SAW pun keluar lalu pergi mendaki gunung Abi Qubais, kemudian baginda mengerjakan solat dua rakaat lalu berdoa kepada Allah SWT. Setelah berdoa maka turunlah malaikat Jibril as bersama dengan 12,000 malaikat dengan memegang panah di tangan mereka.

Malaikat Jibril as berkata: “Assalamu alaika yaa Rasulullah, sesungguhnya Allah telah bersalam kepadamu dan berfirman:

“Wahai kekasihku, janganlah kamu takut dan bersusah hati. Aku akan sentiasa bersamamu di mana sahaja engkau berada dan telah tetap dalam pengetahuanKu dan berjalan di dalam qada kepastianKu di zaman azali apa-apa yang diminta oleh raja Habib bin Malik pada hari ini; pergilah kamu kepada mereka dan berikan hujjahmu dengan tepat dan jelaskan keadaanmu dan keutusanmu. Ketahuilah sesungguhnya Allah SWT telah menundukkan matahari, bulan, malam dan siang. Sesungguhnya raja Habib itu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai kedua tangan, kedua kaki dan tidak mempunyai kedua mata. Dan katakan kepadanya bahawa Allah SWT telah mengembalikan kedua tangannya, kedua kakinya dan kedua matanya.”

Setelah itu Rasulullah SAW pun turun dari gunung Abi Qubais dengan rasa tenang dan rasa gembira. Malaikat Jibril as di angkasa dan para malaikat berbaris lurus dan Rasulullah SAW berdiri di maqam Ibrahim. Dan adalah saat itu matahari terbenam.

Matahari mulai seakan-akan berlari cepat, ertinya matahari cepat-cepat terbenam dan menjadi gelap gelita. Kemudian bulan terbit dengan terangnya, setelah bulan naik meninggi baginda Rasulullah SAW memberikan isyarat dengan dua jari-jarinya kepada bulan itu, dan bulan seakan-akan berlari turun ke bumi dan berdiri di hadapan baginda Rasulullah SAW. Kemudian bulan itu bergerak-gerak seperti awan lalu bulan itu terbelah menjadi 2 dan bulan itu masuk di bawah baju Rasulullah SAW separuhnya keluar melalui lengan sebelah kanan baju baginda sementara yang sebelah lagi keluar melalui lengan sebelah kiri baju baginda. Kemudian bulan kembali bercantum mengeluarkan cahaya dengan terang lalu berdiri di atas kepala Rasulullah SAW dengan berkata: “Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan Allah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu hamba Allah dan RasulNya sesungguhnya berbahagialah orang-orang yang membenarkan engkau Muhammad dan rugilah orang-orang yang menyalahi engkau.”

Setelah bulan berkata demikian maka bulan pun kembali ke langit menjadi terang dan menghilangkan dirinya. Sebaik sahaja bulan menghilangkan dirinya maka matahari pun timbul kembali. Oleh kerana raja Habib telah mengatakan bahawa Rasulullah SAW mesti memberitahu rasa hatinya maka diapun berkata: ‘Wahai Muhammad, kamu masih ada satu syarat lagi.”

Belum sempat Habib hendak berkata maka baginda Rasululah SAW bersabda: “Sesungguhnya kamu mempunyai seorang puteri yang tidak mempunyai dua tangan, tidak mempunyai dua kaki dan dia juga tidak mempunyai dua mata dan sesungguhnya ketahuilah olehmu Allah SWT telah mengembalikan kedua tangan, kedua kaki dan kedua matanya.”

Sebaik sahaja raja Habib mendengar dan meihat segala galanya maka dia pun berkata: “Wahai ahli Makkah, tidak ada kufur sesudah iman dan tidak ada keraguan sesudah yakin, oleh itu ketahuilah oleh kamu sekelian bahawa sesungguhnya aku bersaksi, Tidak ada Tuhan melainkan Allah yang satu dan tidak ada sekutu bagiNya, dan saya bersaksi bahawa sesungguhnya Muhammad itu hambaNya dan utusan-Nya.”

Raja Habib dan semua bala tenteranya masuk Islam. Kemarahan Abu Jahal meluap-luap dan dia berkata: “Wahai tuan raja, apakah tuan percaya kepada ahli syihir ini sehingga syihir itu telah mempersonakan tuan.”

Raja Habib tidak menghiraukan kata-kata Abu Jahal, sebaliknya raja Habib kembali ke negerinya Syam. Apabila raja Habib masuk ke dalam istananya dia disambut oleh anak perempuanya dengan mengucap: “Asyhadu alla ilaaha illallah wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa Rasuuluhu” (Saya bersaksi bahawa sesungguhnya tidak ada Tuhan melainkan AlIah dan saya bersaksi bahawa Muhammad itu adalah pesuruhNya dan utusanNya).

Raja Habib tercengang dengan kalimah yang diucapkan oleh anaknya maka dia pun berkata: “Wahai anakku, siapakah yang mengajarkan kepada kamu kalimah ini?”

Berkata anak raja Habib: “Sebenarnya sewaktu saya tidur, telah datang seorang lelaki lalu berkata kepada saya: “Sesunguhnya ayah kamu telah masuk Islam, kalau kamu mahu masuk Islam maka aku kembalikan segala anggota kamu dengan baik.” Setelah itu saya pun tidur dan pagi ini diri saya tidak ada yang

kurang seperti yang ayah lihat sekarang”

Kemudian raja Habib bersyukur sujud kepada Allah SWT agar nikmat iman dan bertambahlah keyakinan. Setelah itu raja Habib mengumpulkan emas, perak dan kain lalu dinaikkan atas lima ekor unta berserta dengan beberapa orang hamba

dikirimkan kepada Rasulullah SAW.

Ketika rombongan yang membawa segala hadiah dari raja Habib itu sampai dekat kota Makkah, tiba-tiba muncul Abu Jahal bersama kuncu-kuncunya lalu berkata: “Kamu semua milik siapa?”

Berkata rombongan itu: “Kami semua ini milik raja Habib bin Ibnu Malik dan kami hendak pergi pada Rasullulah SAW.”

Sebaik sahaja Abu Jahal mendengar jawapan dari rombongan itu maka dia cuba merampas semua barang-barang yang bawa oleh rombongan itu, oleh kerana rombongan itu enggan menyerahkan barang-barang tersebut maka berlakulah pergaduhan antara kedua belah pihak. Apabila berlaku peperangan diantara kedua belah pihak maka berkumpullah penduduk kota Makkah dan datang bersama mereka Rasulullah SAW.

Melihat akan kedatangan orang ramai maka berkata rombongan diraja itu: “Kesemua barang yang kami bawa ini adalah milik raja Habib, dan raja Habib berhajat untuk rnenghadiahkan kesemua barang ini kepada Rasulullah SAW.”

Abu Jahal berkata: “Raja Habib menghadiahkan kesemua harang ini kepada saya.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda: “Wahai penduduk Makkah, adakah kamu semua suka kalau aku mencadangkan sesuatu?”

Berkata penduduk Makkah: “Ya, kami setuju.”

Bersabda Rasulullah SAW: “Kita hendaklah memutuskan percakapan unta ini, untuk siapakah sebenarnya harta ini.

Berkata Abu Jahal: “Kita tentukan perkara ini esok pagi.”

Setelah mendapat persetujuan dari Rasulullah SAW untuk ditunda pada esok hari maka Abu Jahal pun balik dan terus pergi kepada berhala-berhala yang disembahnya, dia pun memberi beberapa korban kepada berhala-berhala mereka dan memohon pertolongan pada berhala mereka sehingga pagi.

Apabila waktu yang dijanji telah tiba maka ramailah penduduk kota Makkah datang untuk melihat keputusan pengadilan. Rasulullah SAW datang bersama bapa saudara baginda danAbu Jahal bersama kuncu-kuncunya. Sebaik sahaja Abu Jahal sampai maka dia pun terus mengelilingi unta itu dengan berkata: “Berkatalah unta-unta semua atas nama Lata, Uzza dan Manata.” Setelah Abu Jahal berkata demikian sekian lama sehingga matahari telah tinggi, namum unta-unta itu tidak berkata apa-apa.

Maka berkata penduduk kota Makkah: ‘Wahai Abu Jahal, cukuplah apa yang kamu buat itu, sekarang giliran Muhamad pula untuk melakukannya.”

Rasulullah SAW pun menghampiri unta-unta tersebut dengan berkata: ‘Wahai unta makhluk Allah, demi ciptaan Allah berkatalah kamu dengan kekuasaan Allah.”

Setelah Rasulullah SAW berkata demikian maka bangunlah salah satu dari lima ekor unta lalu berkata: “Wahai ahli kota Makkah, kami semua ini adalah hadiah raja Habib bin Ibnu Malik untuk dipersembahkan kepada Rasulullah SAW.”

Sebaik sahaja unta itu berkata demikian maka RasulullahSAW pun menarik unta-unta tersebut berserta dengan barang-barang yang dibawanya ke gunung Qubais, kemudian Rasulullah SAW mengeluarkan semua emas dan perak yang

ada di atas unta lalu dikumpulkan sehingga menjadi bukit lalu berkata: “Wahai emas dan perak, hendaklah kamu semua menjadi pasir.”

Kemudian dengan sekejap sahaja kesemua emas dan perak itu menjadi bukit sehingga sekarang.

~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :)Barakallah ~

Sunday 30 October 2011

Syaitan berusaha menghalangi manusia untuk menyedari dan berbuat kebaikan


Di dalam Al-Quran, Allah mengatakan bahwa syaitan sangatlah kufur dan suka melawan. Kita juga belajar dari Al-Quran bahwa syaitan akan mendekati manusia dari setiap arah  dan ia akan berusaha dengan segala cara untuk membawa manusia kepada kejahatan moral. Metode yang paling sering dilakukan syaitan dalam rencana jahatnya ialah menghalangi manusia dari melihat kebaikan dalam segala peristiwa yang menimpanya.
 Dengan cara demikian, ia juga berusaha menyesatkan manusia kepada pemberontakan dan kekufuran. Orang yang tidak mampu memahami keindahan akhlak Al-Quran akan jauh dari ajaran  Islam. Mereka yang menghabiskan hidup mereka untuk mengejar kesia-siaan dan melupakan akhirat akan mudah jatuh ke dalam perangkap syaitan.
  Seseorang harus melatih kesabarannya supaya ia dapat berusaha melihat kebaikan dalam semua peristiwa, untuk menunjukan ketundukan dan kepercayaannya kepada Allah. Ketidakmampuan untuk melatih kesedaran seseorang hanya akan membawa kepada sikap yang salah (lihat QS Al-Baqarah, 2: 268, Al-A’araf, 7: 200-201).
      Syaitan menjanjikan (menakut-nakuti) kemiskinan kepadamu dan menyuruh kamu membuat keji (kikir), sedangkan Allah menjanjikan ampunan dan kurnia-Nya kepadamu. Dan Allah Mahaluas, Maha Mengetahui.“ (QS Al-Baqarah, 2: 268). ( Melihat Kebaikan di Segala Hal, 2004)

~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :)Barakallah ~

Malaikat Suka Duduk dalam Majlis Zikir

Dari Abu Hurairah ra berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: "Allah Tabaraka wa Taala mempunyai para malaikat yang ditugaskan mencari majlis zikir, sebaik saja mereka menjumpai majlis zikir, maka mereka akan duduk bersama orang-orang yang sedang berzikir serta memanggil malaikat-malaikat yang lain. Mereka akan datang berkerumun mengelilingi orang-orang yang sedang berzikir itu dengan sayap-sayap mereka sehingga memenuhi ruang antara mereka dengan langit dunia.

Apabila majlis berzikir itu tamat, maka para malaikat akan naik kembali ke langit. Lalu Allah SWT bertanya mereka: "Wahai para malaikatKu, dari manakah kamu semua?" Berkata para Malaikat: "Ya Tuhan kami, kami baru saja pulang dari memeriksa hamba-hambaMu di bumi, mereka bertasbih, takbir, talil dan tahmid serta memohon kepadaMu." Sebenarnya Allah SWT lebih mengetahui tentang perbuatan mereka dan semua makhluk ciptaannya. Setelah Allah SWT mendengar kata-kata para malaikatNya, maka Allah SWT pun berfiman: "Wahai para malaikatku, apakah yang mereka minta kepadaKu?" Berkata para malaikat: "Hamba-hambamu itu memohon syurga dariMu." Allah SWT bertanya lagi: "Pemahkah mereka melihat akan syurga itu?" Berkata para malaikat lagi: "Mereka tidak pernah melihat syurga itu."

Berfiman Allah SWT: "Hamba-hambaKu memohon syurga padahal mereka tidak melihatnya dan apalagi kalau mereka melihat syurga itu." Berkata para malaikat: "Mereka juga memohon kebebasan." Allah SWT bertanya: "Mohon bebas dari apa?" Berkata para malaikat: "HambaMu itu memohon kepadaMu supaya mereka itu dibebaskan dari neraka jahanam." Allah SWT bertanya para malaikat lagi: "Pernahkah hamba-hambaKu melihatkan nerakaKu itu?" Berkata para malaikat: "Tidak ya Allah." Allah SWT berfirman: "Hamba-hambaKu itu tidak pemah melihat neraka jahanam, tapi mereka memohon supaya dibebaskan darinya, apalagi kalau mereka melihatnya."

Kemudian para malaikat berkata lagi: "Ya Allah, hambaMu itu memohon ampun kepadaMu," Allah SWT berfiman: "Dengarlah wahai para malaikatKu, Aku mengampuni mereka itu dan aku akan memberi apa yang mereka minta serta membebaskan mereka dari api neraka yang mereka takut itu." Berkata malaikat lagi: "Ya Allah, di antara mereka itu terdapat seorang hamba yang penuh dengan dosa, dia melalui majlis itu lalu duduk bersama mereka yang sedang berzikir." Allah SWT berkata: "Orang itu pun Ku ampuni, begitu juga dengan setiap orang yang terlibat dalam majlis zikir itu, tidak ada yang celaka." 

~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~


dibaca pada waktu pagi dan petang 100x in 1 sitting

Friday 28 October 2011

Kecintaan kepada dunia adalah bentuk kekafiran


Sebahagian besar manusia menyingkirkan pegangan agama demi tarikan harta benda, kekayaan, emas dan perak, wang, barang mewah, pakaian, mobil terkini, ringkasnya segala bentuk kemewahan yang dimiliki atau berusaha untuk dimiliki dan hanya mementingkan kenikmatan duniawi serta mengabaikan akhirat.
         Mereka telah tertipu dengan “kecantikan dan keindahan” wajah kehidupan duniawi sehingga gagal untuk menunaikan solat, bersedekah kepada fakir miskin, atau mengerjakan kebaikan yang menambahkan amal baik pada hari akhirat. Sebaliknya, terkadang jawapan mereka, “ada perkerjaan lain yang harus saya selesaikan, saya sibuk, saya tidak mempunyai cukup waktu, saya ada perkara lain yang perlu diselaikan”. Mereka meluangkan seluruh hidup mereka hanya untuk kenikmatan dunia. (Harun Yahya, jihad menentang agama batil, 2006) .



~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :)Barakallah ~

Thursday 27 October 2011

Yahudi Menumbuhsuburkan Paganisme melalui Freemasonry


“Banyak di antara Ahli Kitab menginginkan sekiranya mereka dapat mengembalikan kamu setelah kamu beriman, menjadi kafir kembali, kerana rasa dengki dalam diri mereka setelah kebenaran jelas bagi mereka. Maka maafkanlah dan berlapang dadalah sampai Allah memberikan perintah-Nya. Sungguh, Allah Mahakuasa atas segala sesuatu.” (QS Al-Baqarah, 2:109)
Pada sebagian kitab Perjanjian Lama(misalnya, Yosua) berbagai perintah diberikan untuk melakukan kekejaman terhadap orang-orang non-Yahudi. Pembunuhan massal diperintahkan, tanpa memandang wanita, anak-anak, orang tua. Kekejaman tanpa belas kasihan ini sepenuhnya bertentangan dengan keadilan Tuhan, dan mengingatkan kepada kebiadaban budaya pagan, yang menyembah dewa-dewa perang yang mistis.
Berbagai pemikiran pagan yang disusupkan ke dalam Taurat ini tentu mempunyai asal-muasal. Pastilah ada orang yahudi yang mengambil, menghormati, dan menghargai suatu tradisi yang mereka ikuti.
Asal-usul tradisi ini merentang jauh hingga ke para pendeta Mesir kuno (para ahli sihir rezim Fir’aun). Tidak lain, Kabbalah adalah yang dibawa dari sana oleh sejumlah orang Yahudi. Kabbalah mempunyai bentuk yang memungkinkan Mesir Kuno dan doktrin pagan lainnya menyelusup ke dalam agama Yahudi dan berkembang di dalamnya( Harun Yahya, Ancaman Global Freemansory, 2005).


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :)Barakallah ~

Wednesday 26 October 2011

Zikrullah

سُبْحَانَ اللهِ
Subhanallah 
Maha Suci Allah.


اَلْحَمْدُللهِ
Alhamdulillah
Kepujian itu bagi Allah.

لَا اِلَهَ اِلَّا اللهُ
Laa ilaha illallah
Tiada Tuhan melainkan Allah.

اللهُ اَكْبَرُ
Allahu akbar 
Allah Maha Besar.

سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ وَبِحَمْدِهِ
Subhanallahil 'azhiimi wabihamdih 
Maha Suci Allah Yang Maha Besar dan dengan Kepujiannya.

wirid-wirid diatas blh diamalkan sebanyak ( 3x, 33x atau 100x) lebih pun tak apa...
 

~ credit to Ku Azmiza  :) ~

Manusia sebagai khalifah dibumi


Salah satu pernyataan yang diajukan menyankut penciptaan evolusi adalah bahawa nabi adam as mungkin bukan manusia pertama bahkan mungkin bukan manusia . Ayat berikut diajukan sebagai bukti akan hal ini .
         “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ‘aku handak menjdikan khalifah dibumi’. Mereka berkata apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana?, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?. Dia berfirman sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (QS Al-Baqarah 2 : 30)
         Mereka yang mendukung pernyataan ini berkata bahawa kata kerja bahasa arab ja’ala dalam ungkapan (Aku akan menciptakan seorang khalifah) bermakna mengangkat. Dengan kata lain, mereka berpendapat bahawa Nabi Adam a.s bukanlah manusia pertama. Ia diangkat sebagai khalifah diantara banyak orang. Akan tetapi, dalam Al-Quran kata kerja ini memiliki erti menciptakan, menemukan, menerjemahkan, membuat, menempatkan, dan menjadikan.
         Beberapa contoh ayat Al-Quran saat ja’ala digunakan adalah QS Az-Zumar(39 : 6), Al-Mulk (67 : 23) Nuh (71 : 16 , 19).
         Sebagaimana terlihat pada ayat-ayat diatas, ja’ala memiliki banyak makna. Lebih lagi , sejumlah ayat menyatakan bahawa Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah/debu. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa Nabi Adam bukanlah seorang manusia biasa diantara banyak orang melainkan bahawa ia memiliki penciptaan yang khusus dan berbeza.
         Al-quran mengungkapkan fakta penting lainnya tentang Nabi Adam as, yakni pemindahannya dari taman syurga. Hal ini diungkapkan dalam QS Al-Araf (7:27) dan Al-Baqarah (2:35-36).
            Pernyataan ayat-ayat diatas sungguh-sungguh terang. Allah menciptakan Nabi Adam a.s dari tanah/debu. Nabi Adam a.s adalah penciptaan khusus yang muncul, pertama kali dari keberadaannya di syurga dan lalu dari pemindahanny dari syurga . Namun kaum evolusi eyonis muslim mengabaikan kebenaran yang nyata ini dan besi keras bahawa syurga disini tidak tunjuk kepada syurga akhirat, tetapi suatu tampat indah dibumi sekalipun Al-Quran memerinci syurga yang didalamnya Nabi Adam a.s diciptakan.

~ V Al-fatihah to Ddeng Ku and me :) ~

Rahmat Allah

1. Orang yang belas kasihan akan dikasihi Ar Rahman (Yang Maha Pengasih), kerana itu kasih sayangilah yang di muka bumi, niscaya kamu dikasih-sayangi mereka yang di langit. (HR. Bukhari)

2. Allah Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "RahmatKu mendahului murkaKu." (HR. Muslim)

3. Tiada dicabut rahmat kecuali dari (hati) seorang pendurhaka. (HR. Abu Dawud)

4. Barangsiapa tidak mengasihi dan menyayangi manusia maka dia tidak dikasihi dan tidak disayangi Allah. (HR. Bukhari)

5. Barangsiapa memaafkan saat dia mampu membalas maka Allah akan memberinya maaf pada hari kesulitan. (HR. Ath-Thabrani)
 6. Pengampunan Allah lebih besar dari dosamu. (HR. Ath-Thabrani dan Al-Baihaqi)
 
7. Allah Azza Wajalla merahsiakan dosa hambanya di dunia dan merahasiakannya pula di akhirat. (HR. Muslim).
 8. Seorang masuk syurga bukan karena amalnya tetapi karena rahmat Allah Ta'ala. Karena itu bertindaklah yang lurus (baik dan benar). (HR. Muslim)


~ V Al-fatihah to Ddeng Ku and me :) ~

Tuesday 25 October 2011

Peristiwa 11 haribulan 2011


~ jgn fikirkan orang kerana orang takkan pernah berhenti berkata meski kita di di hazrat Allah.. biarkan sj. jgn ambik dunia sampai abaikan akhirat. buat apa ada keje tapi tak ada keberkatan.. buat penat je. ( 11.3.2011)

~  pesanan jgn TAKSUB.....wat den nangis wooo...takut den ayat TAKSUB nie...(-_-)! (11.5.2011).

~ perintah berkurung + jumpa akak kt klinik sbb ayahandanya kena strok.......1 minggu jg le den berkurung..hahahaha.... (11.7.2011)

~ santai2 je dgn akak, byk yg dibincangkan termasuk hasrat akak x nak berFB, bdk2 dok kenen nk ngorat adik(anak buah den)...( 11.8.2011 )

~ berbicara dgn akak ttg “lalang”....byk ilmu den dpt smpai kata-kata akak “maka tanya Allah, nikmat apa yg kau ingin dustakan?”...Allahu Rabbi, tersentap jiwa den....muhasabah diri....
( 11.9.2011)

~ kak mesej minta den p sekolahnya....rupanya akak nak hadiahkan den sebuah kitab “Miracle The Reference”....nak tak nak, den amik jua la sbb akak ckp ‘"Baca...faham...amal... Semoga mndpt keberkatan... Itu sj yg dpt sy tinggalkn utk awk pun.... Pasti n yakin...sy xakn sesatkn awak hehehe..." lama jg lepak dgn akak + byk jg ilmu den dpt...hehehe (itu yg best klo bicara dgn sifu,hahaha....) (11.10.2011 )



~ V Al-fatihah to Ddeng Ku and me :) ~

zikir

RABBI YASSIR, WALA TU'ASSIR, YA KARIM.

bacalah sebanyak 7 kali setiap kali pas solat..lebih pun tidak salah..

~ V Al-fatihah to Ku  Azmiza and me :) ~

Monday 24 October 2011

Niat, pikiran, bicara, dan perilaku orang beriman

Orang yang beriman mengatur seluruh hidupnya sesuai dengan Al-Quran dan berjuang untuk melaksanakan dengan berhati-hati setiap hari apa yang telah dibaca dan dipelajarinya dari ayat-ayat Al-Quran. Dalam segala perbuatanya sejak bangun pada pagi hari sampai tidur pada malam hari, dia berniat untuk berfikir, berbicara, dan bertindak berdasarkan ajaran Al-Quran (QS Al-An’aam, 6:162) .
         Bagi orang yang beriman, tidak ada sesuatu pun yang lebih dirindukan daripada memperoleh keridhaan Allah dan dicintai olehnya. Orang yang beriman berusaha mencari cara untuk mendekatkan diri kepada Allah dalam hidupnya (Qs Al-Maaidah, 5:35) .
            Sebagai sebuah rahsia dan berita gembira bagi orang-orang beriman, Allah mengungkapkan dalam Al-Quran bahwa apa yang dibelanjakan akan menjadi cara untuk mencapai kedekatan dengannya. Dengan demikian, bagi orang yang beriman, memberikan apa yang dicintai dan yang melebihi keperluannya kepada orang-orang miskin tidaklah sulit, tetapi merupakan kesempatan berharga untuk membuktikan bahwa ia adalah orang yang taat dan cinta kepada Allah (QS At-Taubah, 9:99)
~V  Al-fatihah to my sifu Ddeng Ku~

Istighfar


Maksudnya:

"Aku memohon keampunanMu Ya Allah".
(3x, 33x, 100x)
Dari Abu Malik Al-Hariths bin Ashim Al-Ashya'ri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ' Suci itu sebahagian daripada iman, dan Alhamdullilah memenuhi timbangan, dan Subhanallah Wal-Hamdullilah pula akan memenuhi ruang antara langit dan bumi. Dan sembahyang itu cahaya, dan sedekah itu bukti, dan sabar itu sinaran dan Al-Quran itu dalil bagimu atau atasmu. Setiap manusia berusaha, ada yang menjual dirinya, ada yang memeliharanya dan ada yang membinasakannya. '

Selawat Badariyah

Solatullah salamullah a'la thoha rasulillah, Solatullah salamullah a'la yaasin habiibillah

1. Tawassalnaa bibismillah, wa bilhaadii rasulillah, wa kulli mujaahidilillah bi ahlil badariyaa Allah - (a)

2. illahiisallimi ummah, minal aaafaatiwanniqomah, wa min hammiw wa min ghommah bi ahlil badariyaa Allah
- (a)

3. ilaahii najjinaawakshif, jamiia'adhiyatiw wausorif, makaa idal i'daa walthuf
bi ahlil badariyaa Allah - (a)

4. ilaahii naffisil kurbaa, minal aa'siinawal a'thobaa, wa kulli baliiyatiw wawabaa
bi ahlil badariyaa Allah - (a)

Terjemahan:

Selawat serta salam kesejahteraan Allah sentiasa tercurahkan kepada Thaha utusan Allah,
Selawat serta salam kesejahteraan Allah sentiasa tercurahkan kepada Ya Siin kekasih Allah

Kami bertawassul dengan Nama Mu Ya Allah
Dengan kemuliaan Al Hadi utusan Allah
Demi kemuliaan para pejuang di jalan Allah
Dengan berkat Ahli Badri kami pohonkan Ya Allah

Tuhanku, selamatkanlah umat ini
Dari kejahatan dan keburukan
Dari keresahan dan kekecewaaan
Dengan berkat Ahli Badri kami pohonkan Ya Allah

Tuhanku, selamatkan dan singkirkan dari kami
Segala gangguan yang menyakitkan
Hindarkan diri kami dari kelicikan musuh
Kami mohon kelembutan belaian-Mu
Dengan berkat Ahli Badri kami pohonkan Ya Allah

Tuhanku, jauhkan diri kami dari kejahatan
orang yang berbuat dosa dan durhaka
Jauhkan kami dari segala wabak dan bencana
Dengan berkat Ahli Badri kami pohonkan Ya Allah
Selawat serta salam kesejahteraan Allah sentiasa tercurahkan kepada Thaha utusan Allah, Selawat serta salam kesejahteraan Allah sentiasa tercurahkan kepada Ya Siin kekasih Allah

Sunday 23 October 2011

SAYYIDUL ISTIGHFAR (PENGHULU ISTIGHFAR)


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

اَللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّى لاَ اِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ خَلَقْتَنِى وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ ، أَعُوذُبِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ بِذَنْبِى فَاغْفِرْ لِى فَإِنَّهُ لاَ يَغفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتََ

"Ya Allah, Engkaulah Tuhanku. Tiada Tuhan melainkan Engkau yang telah menciptakanku. dan aku adalah hamba Mu. dan aku atas ketentuanMu. dan (atas) perjanjianMu yang termampu aku lakukan. aku memohon perlindunganMu dari kejahatan yang aku telah lakukan. aku mengakui padaMu akan kenikmatan yang telah Engkau kurniakan kepadaku. dan aku mengakui akan dosaku, maka ampunkanlah aku. sesungguhnya tiada yang memberi pengampunan dosa-dosa melainkan Engkau."

Selawat bagi menghilangkan lupa

اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى مَوْلاَنَامُحَمَّدٍالنُّوْرِ الْمُذْهِبِ لِلنِّسْيَانِ بِنُوْرِهِ, وَعَلَى  آلِهِ فِي كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَمَاوَسِعَهُ عِلْمُ اللهِ

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan serta keberkatan ke atas penghulu kami, Muhammad; cahaya penghapus kelupaan dengan cahayanya, dan juga ke atas keluarganya pada setiap kelipan mata dan hembusan nafas sebanyak bilangan keluasan ilmu Allah."


Baca sebanyak 100 kali selepas subuh atau pada bila2 masa.

Selawat TAFRIJIYAH atau dipanggil Selawat NARIYAH

اللهم صل صلاة كاملة وسلم سلاما تاما على سيدنا محمد الذي تنحل به العقد و تنفرج به الكرب و تقضى به الحوائج و تنال به الرغائب و حسن الخواتم ويستسغى الغمام بوجهه الكريم و على آله و صحبه في كل لمحة و نفس بعدد كل معلوم لك

"Ya Allah! Limpahkanlah rahmat yang sempurna dan berilah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW yang menjadi sebab terlepasnya sesuatu yang masih mengalami jalan buntu dan terbukanya kesempitan serta didatanginya semua hajat dan diperoleh semua pemberian serta Husnul Khatimah (sempurna akhir hayatnya) dan diturunkan siraman mendung hujan lantaran keagungan baginda. (Dan limpahkanlah rahmat dan salam) kepada keluarga baginda dan sahabat di dalam setiap kerlipan mata dan nafas dengan bilangan semua yang diketahui oleh-Mu, wahai Zat yang menguasai seluruh alam".

Selawat Nariyah disebut juga selawat "Tafrijiyyah" yang ertinya terbuka sehingga menjadi lapang. Selawat ini jika diamalkan dapat menghilangkan kesempitan dengan izin Allah SWT. Bagi seseorang yang menginginkan agar kehidupan sehariannya berjalan lancar, jauh dari gangguan dan persaingan sebaiknyalah ia mengamalkan selawat Nariyah dengan membacanya selepas solat fardhu sebanyak yang ia mampu.

Bagi orang yang menghadapi kesempitan atau kebuntuan dalam menyelesaikan apa-apa masalah baik dalam bidang perdagangan atau di dalam menghadapi orang yang berniat jahat maka selawat ini bolehlah dibaca sehingga 4,444 kali.

Kata Imam Addainuri Rahimahullah sesiapa yang membaca selawat ini setiap selepas solat fardhu sebanyak 11 kali yang dijadikan wirid nescaya tidak putus rezekinya dan ia akan mencapai ke derajat yang tinggi. Kata Al_Qurtubi pula sesiapa yang membaca selawat ini setiap hari sebanyak 44 kali nescaya Allah SWT hilangkan dukacitanya dan diluaskan rezekinya dan dibukakan segala peluang berkebajikan dan dikasihi oleh orang ramai.

1. Menurut Imam Ad-Dainuri, barangsiapa membaca selawat ini 11 KALI setiap hari setiap lepas sembahyang lima waktu, REZEKInya tidak putus-putus dan mendapat kedudukan yang tinggi.

2. Menurut Imam Al-Qurtubi, barangsiapa membaca selawat ini 41 KALI atau 100 KALI, ALLAH akan menghilangkan segala dukacita dan dimudahkan segala urusan kehidupan.

3. Barangsiapa membaca selawat ini 313 KALI setiap hari, nescaya akan terbuka beberapa rahsia ghaib.4. Barangsiapa membaca selawat ini 4444 KALI akan tercapai segala cita-cita dan hajat dunia dan akhirat.

Muhammad Rasulullah Saw

1. Rasulullah Saw bersabda: "Aku kesayangan Allah (dan tidak congkak). Aku membawa panji "PUJIAN" pada hari kiamat, di bawahnya Adam dan yang sesudahnya (dan tidak congkak). Aku yang pertama pemberi syafa'at dan yang diterima syafaatnya pada hari kiamat (dan tidak congkak). Aku yang pertama menggerakkan pintu surga dan Allah membukanya untukku dan aku dimasukkanNya bersama-sama orang-orang beriman yang fakir (dan tidak congkak). Dan Aku lah paling mulia dari kalangan terdahulu dan terbelakang di sisi Allah (dan tidak congkak)." (HR. Tirmidzi)

2. Ketika Aisyah Ra ditanya tentang akhlak Rasulullah Saw, maka dia menjawab, "Akhlaknya adalah Al Qur'an." (HR. Abu Dawud dan Muslim)

3. Aku penutup para nabi. Tidak ada nabi lagi sesudah aku. (HR. Ahmad dan Al Hakim)

4. Aku diberi (oleh Allah) hikmah-hikmah yang banyak dalam ucapan-ucapan yang sedikit. (Maksudnya, ucapan-ucapan beliau singkat tetapi mengandung makna yang luas dan dalam). (HR. Ahmad)

5. Kepada Rasulullah Saw disarankan agar mengutuk orang-orang musyrik. Tetapi beliau menjawab: "Aku tidak diutus untuk (melontarkan) kutukan, tetapi sesungguhnya aku diutus sebagai (pembawa) rahmat." (HR. Bukhari dan Muslim)

6. Anas Ra, pembantu rumah tangga Nabi Saw berkata, "Aku membantu rumah tangga Nabi Saw sepuluh tahun lamanya, dan belum pernah beliau mengeluh "Ah" terhadapku dan belum pernah beliau menegur, "kenapa kamu lakukan ini atau kenapa tidak kau lakukan ini." (HR. Ahmad)

7. Rasulullah Saw melakukan shalat malam sehingga kedua kakinya bengkak. Beliau juga tidak senang bila ada orang berjalan di belakangnya. (Artinya, tidak sejajar dan berjalan di belakangnya dengan maksud untuk menghormati beliau.) (HR. Bukhari dan Muslim)

8. Anas Ra berkata, "Rasulullah Saw adalah orang yang paling baik, paling dermawan (murah tangan), dan paling berani". (HR. Ahmad)

9. Tiada seorang beriman hingga aku lebih dicintai dari ayahnya, anaknya, dan seluruh manusia. (HR. Bukhari)

10. Aku Muhammad dan Ahmad (terpuji), yang dihormati, yang menghimpun manusia, nabi (penyeru) taubat, dan nabi (penyebar) rahmat. (HR. Muslim)

Saturday 22 October 2011

Seruan dan Peringatan Allah Ta'ala


1. Rasulullah Saw bersabda bahwa Allah 'Azza wajalla berfirman, "Anak Adam mendustakan Aku padahal tidak seharusnya dia berbuat demikian. Dia mencaci Aku padahal tidak seharusnya demikian. Adapun mendustakan Aku adalah dengan ucapannya bahwa "Allah tidak akan menghidupkan aku kembali sebagaimana menciptakan aku pada permulaan". Ketahuilah bahwa tiada ciptaan (makhluk) pertama lebih mudah bagiku daripada mengulangi ciptaan. Adapun caci-makinya terhadap Aku ialah dengan berkata, "Allah mempunyai anak". Padahal Aku Maha Esa yang bergantung kepada-Ku segala sesuatu. Aku tiada beranak dan tiada pula diperanakkan dan tidak ada seorangpun setara dengan Aku." (HR. Bukhari)

2. Dalam hadits Qudsi dijelaskan bahwa Allah Ta'ala berfirman: "Hai anak Adam, kamu tidak adil terhadap-Ku. Aku mengasihimu dengan kenikmatan-kenikmatan tetapi kamu membenciKu dengan berbuat maksiat-maksiat. Kebajikan kuturunkan kepadamu dan kejahatan-kejahatanmu naik kepada-Ku. Selamanya malaikat yang mulia datang melapor tentang kamu tiap siang dan malam dengan amal-amalmu yang buruk. Tetapi hai anak Adam, jika kamu mendengar perilakumu dari orang lain dan kamu tidak tahu siapa yang disifatkan pasti kamu akan cepat membencinya." (Ar-Rafii dan Ar-Rabii').

3. Anak Adam mengganggu Aku, mencaci-maki jaman (masa), dan Akulah jaman. Aku yang menggilirkan malam dan siang. (HR. Bukhari dan Muslim)

4. Allah Ta'ala berfirman (dalam hadits Qudsi) : "Kebesaran (kesombongan atau kecongkakan) pakaianKu dan keagungan adalah sarungKu. Barangsiapa merampas salah satu (dari keduanya) Aku lempar dia ke neraka (jahanam)." (HR. Abu Dawud)
 
5. Berbaik sangka terhadap Allah termasuk ibadah yang baik. (HR. Abu Dawud)

6. Allah memiliki sembilan puluh sembilan nama, seratus kurang satu. Barangsiapa memperhitungkannya dia masuk surga. (Artinya, mengenalnya dan melaksanakan hak-hak nama-nama itu). ( HR. Bukhari)

7. Allah 'Azza wajalla berfirman (hadits Qudsi): "Hai anak Adam, Aku menyuruhmu tetapi kamu berpaling, dan Aku melarangmu tetapi kamu tidak mengindahkan, dan Aku menutup-nutupi (kesalahan-kesalahan)mu tetapi kamu tambah berani, dan Aku membiarkanmu dan kamu tidak mempedulikan Aku. Wahai orang yang esok hari bila diseru oleh manusia akan menyambutnya, dan bila diseru oleh Yang Maha Besar (Allah) dia berpaling dan mengesampingkan, ketahuilah, apabila kamu minta Aku memberimu, jika kamu berdoa kepada-Ku Aku kabulkan, dan apabila kamu sakit Aku sembuhkan, dan jika kamu berserah diri Aku memberimu rezeki, dan jika kamu mendatangiKu Aku menerimamu, dan bila kamu bertaubat Aku ampuni (dosa-dosa)mu, dan Aku Maha Penerima Taubat dan Maha Pengasih." (HR. Tirmidzi dan Al Hakim)

Sistem pernafasan khusus pada serangga

“Sesungguhnya Allah tidak segan membuat perumpamaan seekor nyamuk atau yang lebih kecil dari itu. Ada pun orang-orang yang beriman, mereka tahu bahawa itu kebenaran dari Tuhan. Tetapi mereka yang kafir berkata “apa maksud Allah dengan perumpamaan ini? Dengan perumpamaan itu banyak orang yang dibiarkannya sesat, dan dengan itu banyak pula orang yang diberi-Nya petunjuk. Tetapi tidak ada yang Dia sesatkan dengan perumpamaan itu selain orang-orang fasik (QS Al Baqarah 2:26)
         Lalat terbang pada kecepatan yang sangat tinggi jika dibandingkan dengan ukuran tubuhnya . Capung dapat mengembara dengan kecepatan 25 mil per jam (40km / jam) bah kan, serangga yang lebih kecil dapat mencapai kecepatan hingga 31 mil per jam (50km / jam).
         Kecepatan ini sebanding dengan manusia yang melakukan perjalanan dengan kecepatan ribuan mil per jam. Manusia hanya dapat mencapai kecepatan ini bila menggunakan pesawat jet. Padahal, jika kita mengingat ukuran pesawat jet jika dibandingkan dengan lalat , jelas bahawa lalat-lalat ini sebenarnya terbang lebih cepat daripada pesawat terbang .
         Pesawat jet menggunakan bahan bakar khusus untuk mengerakan mesen kecepatan tingginya. Daya terbang lalat pun memerlukan tingkat tenaga yang tinggi . Juga diperlukan sejumlah besar oksigen untuk membakar energy tersebut. Keperluan oksigen dalam jumlah besar ini dipenuhi oleh sistem penafasan yang luar biasa yang terletak didalam tubuh lalat dan serangga lainnya.

Menahan diri dari kemunafikan


Seseorang yang memiliki sifat munafik adalah orang yang bermuka dua dan orang yang sombong. Dengan kehendak Allah, mukmin sejati akan mampu mengetahui tabiat seperti itu. Kenyataan menjelaskan bahawa para Rasul Allah diberi pengetahuan yang ditanamkan dalam diri mereka oleh Allah. Mereka mampu mengenali dan mengetahui orang-orang munafik yang menyembunyikan apa yang sebenarnya difikirkan dengan bersikap munafik serta menampilkan jati diri yang berbeza dari yang sebenarnya .
     Orang-orang munafik menunjukkan kemampuan bicara dan penampilannya. Meskipun orang-orang seperti ini tidak dapat dikenali oleh mukmin sejati, Allah mengetahui kepura-puraan dan ketidak tulusannya. Dia Maha Mendengar setiap ucapan dan kata-kata dan Dia Maha Melihat setiap tingkah lakunya. Allah menjelaskan lebih lanjut tentang pengentahuannya ini dalam firmannya .
   Oleh kerana itulah seseorang seharusnya tidak mendengarkan hasutan nafsunya. Ia seharusnya menyucikan diri dari segala macam sifat dan pemikiran yang mengarah pada kemunafikan untuk memperoleh keikhlasan ( Harun Yahya, Keikhlasan dalam Telaah Al-Quran 2003).