بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday 24 January 2013

Tanda-tanda Mencintai Rasulullah saw

• meneladani Baginda صلى الله عليه وآله وسلم samada dalam percakapan, perbuatan dan ahwal, zahir dan bathinnya

• mengamalkan sunnah-sunnah Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, mematuhi perintahnya dan menjauhi larangannya, berusaha beradab dengan adab Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, dalam semua keadaan, baik dikala susah, maupun senang, dikala cergas maupun malas
• mengutamakan apa yang telah disyariatkannya dan yang digalakkannya untuk dilakukan daripada mengikuti hawa nafsu dan syahwat.
• banyak menyebutnya yakni berselawat ke atas Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, sebab orang yang mencintai sesuatu, banyak atau sering menyebutnya dengan perasaan rindu kepada yang dicintainya, mengagungkannya, memuliakannya dan menzahirkan kekhusyukan dan rendah diri ketika mendengar nama Baginda صلى الله عليه وآله وسلم disebut.
• rindu untuk bertemu dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, kerana sesungguhnya setiap kekasih ingin bertemu dengan yang dikasihinya.
• mencintai mereka yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, iaitu yang punya hubungan dengan Baginda صلى الله عليه وآله وسلم seperti ahlulbait Baginda صلى الله عليه وآله وسلم, para shahabat Baginda صلى الله عليه وآله وسلم dari kalangan Muhajirin dan Anshar.
• membenci orang-orang yang dibenci oleh Allah dan RasulNya, memusuhi orang yang memusuhinya, menjauhi orang yang menyimpang dari sunnahnya serta berkeberatan terhadap orang yang menyimpang dari sunnahnya.
• mencintai al-Quran yang diturunkan kepada Baginda صلى الله عليه وآله وسلم. Mencintai al-Quran bererti membaca, memahami dan mengamalkan segala tuntutan-tuntutannya di dalam mengatur kehidupan kita dan seterusnya memperjuangkannya.
• mencintai sunnahnya serta memperhatikan dan memahami hukum-hakamnya. Sahal bin ‘Abdullah at-Tusturi berkata: Tanda-tanda mencintai Allah adalah mencintai al-Quran dan mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم. Tanda-tanda mencintai Nabi صلى الله عليه وآله وسلم adalah mencintai sunnahnya. Tanda-tanda mencintai sunnahnya adalah membenci dunia. Tanda-tanda membenci dunia adalah enggan mengambilnya melainkan untuk bekalan menuju kampung akhirat.
• belas kasihan (bersikap lemah lembut dan mengasihi) terhadap ummatnya, memberi nasihat kepada mereka tanpa jemu, berusaha memberi kemaslahatan dan menghindarkan mereka daripada marabahaya.

Moga kita menjadi umat yang benar-benar mencintai Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم dan Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga mencintai kita. InsyaAllah....Salam Maulidur Rasul......


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday 18 January 2013

Nikmat atau Musibah ?


Mengimbau peristiwa lepas…aduhai, betapa aku terlalu leka dan lalai sampaikan aku bagai terjatuh….mengapa demikian???? Emmmmm..

Niat di hati mau pendam kisah tu…tak nak share dgn kakak pon..sungguh…tp hari demi hari, aku lihat pelbagai status yg kakak naikkan….semuanya terkena pada diri…adakah ia kebetulan atau ditetapkan ?

Mengapa aku rase ditindas dizalimi ?

Pelbagai peringatan dari Allah yang kakak tunjukkan…namun aku tetap jua membisu…sehinggalah kakak naikkan doa :-
Bismillahi tawakkaltu 'alallah
Jgn aku d sesatkn@menyesatkn
Jgn aku dzalimi@mnzalimi
Jgn aku djatuhkn@mnjatuhkn
Jgn aku dbodohkn@mmbodohkn
Permudahkn ya rabb
Jgn dperpayahkn...

Doa nie menyentap diri n aku memberitahunya apa yg terjadi…… sehingga kakak keep repeating the same statements…”  Hati2 d lain kali Jgn persoalkn knpa n mngapa…Dr dulu sy ckp kita ni meniti atas takdir Allah, kita ni punyanya Allah...apapun trjd pandang Allah bkn selainnya….Klulh awK lalui apa yg pernah sy lalui.. ntah bagaimana...Ini baru sedikit awak dh marahkn Allah
benarlah maha bijaksana Allah…

Aku tak berniat nak salahkan Allah atas apa yg terjadi…menurut kakak “Allah uji ikut kemampuan kita nk terima . Tidak djadikn sesuatu tu sia2 awak kna ingat tu …Pasti ada hikmah tersembunyi..Xde satu mslh pun xbole dselesaikn …Ingat. HANYA ORG BERMASALAH YG BNYK MASALAH! ( kakak aku memang tegas dalam bab mendidik..kdg2 takut jg klo dia marah,dan yg bole buat adalah diam..).

Seterusnye…kakak cakap “Klu pandang awak sdg d tadbir...Klu pndng ada satu kuasa yg sdg uruskn awak...Klu pndng awak hanya hamba...Awak hnya akn ucap laa hawlawala quwatailla billah”.. adakah bermakna dah tibe masanya aku kena kenal diri..yg mana diri aku nie hanyalah hamba…tp apa maknanye seorang hamba ? kakak ckap lg “ Sy tetap yakin rasa kehambaan itu n rasa bertuhan akn srlesaikn semua masalah...in shaa Allah.” Kakak keep repeated tentang “KEHAMBAAN”….apa yg Allah mahu aku tahu ? sehingga aku baca surah yg ke-65…aku sedar bahwa Allah mahu aku tahu bahawa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu..

Kalau nak gandakan ganjaran mengapa pula dengan menyiksa ?Emmm…kisah tu hanyalah adalah satu bentuk ujian. Allah sedang menguji aku. Allah nak tengok, aku lulus atau tidak ujian itu. Jika aku sabar, tidak membalas dan tidak marah-marah, maknanya aku telah lulus dan pahala yang Allah berikan amat besar. Jika sebaliknya, aku gagal dan tiadalah pahala dari Allah. Lagi banyak Allah menguji, lagi banyak pahala diperolehi. Jika Allah tidak menguji, macam mana aku nak tahu yang aku ini hambaNya yang berkualiti atau tidak. Allah bukan hendak menyiksa, tetapi hendak memberi peluang kepada aku untuk menambah pahala. Jika aku redha, aku tidak akan berasa tersiksa.

Hari nie…aku baca tafsir surah al-baqarah…banyak pengajaran aku dapat iaitu :-
  • Allah nak aku tahu Dia Mahakuasa atas segala sesuatu
  • Allah memiliki kerajaan langit dan bumi
  • Tiada bagi kita penolong dan pelindung selain Allah
  • Allah menyuruh kita memaafkan dan berlapang dada
  • Laksanakan solat dan tunaikan zakat
  • segala kebaikan yg kita buat adalah untuk diri kita
  • Allah Maha Melihat apa yang kita buat
  • Berserah diri sepenuhnya kpd Allah
  • Berbuat baik dapat ganjaran pahala di sisi Allah
  • Orang beriman tak akan rasa takut dan tak juga bersedih hati...


    Nota : terdapat banyak nikmat yang tersembunyi dari kisah yang terjadi...salah satunya aku dapat belajar ilmu untuk handle bahagian motokar...selain itu, aku dapat cuti hari ahad dan bole ikut kakak p belajar agama...seperti kata lala, cuti hari ahad best..orang sibuk kerja, aku dapat rehat2 kat umah dan pergi rumah kenduri...hehe....lagi.emmm, dapat lihat juga Allah mudahkan urusan aku dan Allah masih izinkan kakak tersayang mendidik aku..ALHAMDULILLAH.

 ~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~