بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Wednesday 3 December 2014

At last...jumpa juga !

30 hb 11. 2014.....tarikh bermakna bg ku apabila aku bersama dgn bdk2 pondok ke majlis yg penuh barokah...dlm gembira ada jg sedeyhnya, agak sedeyh bila org yg didik aku x berada sama dgn aku dlm majlis ini.....bermula perjalanan  dr pondok barokatul qodiri, kami pergi destinasi pertama iaitu majlis habib umar di USJ 1...lama jg kami di sini, dr jam 10am hingga selesai solat zohor...saat indah dpt berjemaah n habib sbg imam......

Selesai zohor, kami bertolak ke ribat habib Abdullah  al jahaf di yayasan restu...Allahuakbar, di sini ada 2 majlis...pertama sekali, kami para muslimat ada majlis bersama isteri habib umar...Allah Allah...melihat wajahnya, sayu hati...mendengar nasihatnya....lembut hati ni kejap....hehe.....

Kemudian, kami sekali lg dlm majlis bersama habib umar...kata2 habib buat hati sayu n nangis x henti....Allahuakbar....saat ni berharap sgt dia ada bersama dok dlm majlis ini.....

Lastly, kami bergerak ke seksyen 10...ada 1 lg majlis....kali ni majlis dgn syeikh muadzam shah..syeikh  tarekat naqs....kata nenek " nenek x bole ikut cara zikirnya, lain...." hehe...mmg la lain nek, ini zikir cara naqs..nenek di pondok plak bawa zikir cara ahmadiah....

Apa2 pon, 30hb 11. 2014...hari plf penat  n best......

Friday 28 November 2014

Hanya Allah yang Maha Mengetahui

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan pada sisi Allah jualah anak kunci perbendaharaan segala yg ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dia sahaja." (Surah Al-An'am: 59)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya di sisi Allah jualah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seorang pun yang betul-betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorang pun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati, Sesungguhnya Allah Amat Mengetahui, Lagi Amat Meliputi Penegtahuannya." (Surah Luqman: 34)
.
♡{Hanya Allah Yang Maha Mengetahui}
.
Tarikh:28~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ Dari Aisyah r.a katanya: ☞ Sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad melihat ☞ Tuhannya, sesungguhnya orang itu dusta kerana Allah mengatakan:'Pemandangan tidak sampai kepada-Nya. Dan sesiapa yang menceritakan kepada engkau bahawa Muhammad mengetahui hal yang ghaib, sesungguhnya orang itu dusta kerana Tuhan mengatakan:Tiada mengetahui hal yang ghaib melainkan Allah. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●[ ☞ Sesungguhnya segala yang sabit wujudnya di alam maya ini adalah lebih luas daripada apa yang dapat dicapai dengan pancaindera mahupun peralatan canggih ciptaan manusia. Demikian fahaman akal manusia yang pendek dan terbatas. Dengan itu ternyata bahawa sebarang usaha untuk mengetahui perkara-perkara yang ghaib dengan jalan akal yang tenaganya terhad dengan batasan-batasan hidup di bumi ini semata-mata, adalah suatu usaha yang sia-sia, yang sudah tentu akan menemui kegagalan. Tenaga akal yang dikurniakan Allah kepada manusia sebenarnya ialah untuk menjalankan tugas mengatur kehidupan dalam alam ini dengan cara memerhati, mengkaji dan mengambil kesimpulan untuk mencapai kemakmuran dan kemakmuran hidup di dunia dan akhirat, bukan digunakan pada perkara-perkara yang tidak dapat dikuasainya yang akhirnya menyebabkan berlakunya kesesatan.]●
2387 bacaan
.
~Tinta Pena~
.
~~~> Sementara itu sebuah hadis daripada Umar r.a. bahawa Jibrail a.s. ketika merupakan dirinya sebagai seorang manusia yang berpakaian seperti orang Arab, datang menemui Rasulullah s.a.w. bertanyakan tentang Iman, Islam dan Ihsan, lalu Rasulullah s.a.w. memberitahu Jibrail a.s. bahawa ada lima perkara seseorang pun tidak mengetahuinya melainkan Allah. Lalu baginda s.a.w. membaca firman Allah yang bermaksud, "Sesungguhnya di sisi Allah ada pengetahuan tentang hari kiamat." (Surah Luqman: 34)."
.
Seterusnya Allah berfirman yang bermaksud, "Dan Dia Mengetahui apa yang ada di darat dan di laut." (Surah al-An'am: 59)
.
Yakni Maha Luas ilmu-Nya meliputi segala makhluk-Nya sama ada yang ada di darat dan di laut. Tidak ada apa pun yang boleh menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuannya walaupun sebesar zarah sekalipun sama ada ia berada di bumi atau di langit.
.
Seorang penyair menyebut: "Tidak tersembunyi dari-Nya meskipun sebesar zarah sama ada dapat dilihat oleh yang mempunyai penglihatan atau sebaliknya."
.
Firman Allah yang bermaksud, "Dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia mengetahuinya." (Surah al-An'am: 59)
.
Ertinya, Dia mengetahui gugurnya daun dari pokok termasuk jumlah, masa dan seumpamanya. Bahkan Dia juga mengetahui pergerakan makhluk lain termasuk jin dan manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud, "Allah Mengetahui pengkhianatan (keserongan dan ketiadaan jujur) pandangan mata seseorang, serta mengetahui akan apa tersembunyi di dalam hati." (Surah al-Mukmin: 19)
.
Dalam menjelaskan ayat 39, Surah al-An'am ini Ibnu Abbas katanya, "Tidak tumbuh sebatang pokok pun sama ada di daratan atau di lautan melainkan ada seorang malaikat yang menjaganya. Malaikat itu mencatat apa yang gugur daripadanya."
Tabarakallah

Thursday 27 November 2014

Asal usul Azan

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat 41:33)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
(At-Taubah 9:3)
♡{Asal Usul Azan}
.
Tarikh:27~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ Dari Abdullah bin Umar katanya: ☞ Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a: Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang? Bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●[ ☞ Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya. Al maklum setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka. Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.]●
2140 bacaan

Sunday 23 November 2014

Dialog syurga n neraka

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amalan-amalan yang baik, mereka diberi petunjuk oleh Tuhan mereka dengan sebab keimanan mereka itu, mengalirlah di bawah mereka itu beberapa sungai yaitu dalam syurga-syurga Na'im. Seruan mereka dalam syurga itu ialah: "Maha Suci Engkau, ya Allah," sedang salam penghormatan mereka di situ ialah: "Salam" dan akhir doa mereka ialah bahwa segenap puji-pujian itu adalah bagi Allah yang menguai alam semesta ini." (Yunus: 9-10)
.
♡{Dialog Syurga Dan Neraka}
.
Tarikh:23~11~2014
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Said al-Khudriy RA daripada Nabi SAW sabdanya, ☞ “Telah bertengkar syurga dan neraka, maka berkatalah neraka,● ☞ “Untukku orang orang-orang yang kejam dan sombong (yang tidak mempunyai belas kasihan)”. Kemudian berkata pula syurga, ● ☞ “Untukku golongan orang-orang yang lemah dan miskin”. Maka Allah memutuskan diantara kedua-duanya. Sesungguhnya engkau syurga tempat rahmatku, aku memberi rahmat denganmu kepada sesiapa yang aku kehendaki, dan sesungguhnya engkau neraka tempat siksaan aku menyiksa denganmu sesiapa yang aku kehendaki dan adalah menjadi tanggungjawab untuk memenuhkan kamu berdua (syurga dan neraka)”.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
1 ☞. Syurga dan neraka disediakan oleh Allah SWT sebagai tempat yang terakhir untuk pembalasan kepada makhluk mengikut amalan masing-masing.
.
2 ☞. Setiap orang yang beriman akan dimasukkan ke dalam syurga walaupun kebajikan sebesar zarrah. Begitu juga setiap perbuatan yang mungkar itu akan dibalas dengan balasan yang setimpal dengannya.
.
3 ☞. Orang beriman yang lemah dan miskin yang dipandang rendah oleh manusia dijanjikan dengan syurga selagi mereka tetap dengan keimanan dan kepatuhan kepada hukum serta bersabar atas apa yang telah ditentukan Allah bagi mereka, manakala orang yang takbur dan sombong dijanjikan untuk mereka neraka dan azab yang pedih.
2221 bacaan
.
~Ringkasan Perbandingan Syurga Dan Neraka~
Syurga:
.
وعَنْ أَبي هُريْرةَ رضِيَ اللَّه عنْهُ قَال : قال رسُولُ اللَّهِ صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّم : « أَوَّلُ زُمْرَةٍ يدْخُلُونَ الْجنَّةَ على صُورَةِ الْقَمرِ لَيْلَةَ الْبدْرِ . ثُمَّ الَّذِينَ يلُونَهُمْ علَى أَشَدِّ كَوْكَبٍ دُرِّيٍّ في السَّمَاءِ إِضَاءَةً : لاَ يُبولُونَ ولاَ يتَغَوَّطُونَ ، ولاَ يتْفُلُونَ ، ولاَ يمْتَخِطُون . أمْشاطُهُمُ الذَّهَبُ ، ورشْحهُمُ المِسْكُ ، ومجامِرُهُمُ الأُلُوَّةُ ­ عُودُ الطِّيبِ ­ أَزْواجُهُم الْحُورُ الْعِينُ ، علَى خَلْقِ رجُلٍ واحِد ، علَى صُورَةِ أَبِيهِمْ آدم سِتُّونَ ذِراعاً في السَّماءِ » متفقٌ عليه .
Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Pertama kali kelompok yang memasuki syurga itu adalah bagaikan rupa bulan purnama - yakni ketika tanggal empatbelas -kemudian orang-orang yang masuk di belakang mereka itu adalah sebagai bintang di langit yang terterang cahayanya. Mereka itu di dalam syurga tidak akan mengeluarkan kotoran, kecil atau besar juga tidak pernah berludah dan beringus. Sisirnya adalah terbuat dari emas sedang keringatnya adalah bagaikan minyak kasturi dan perapiannya adalah aluwwah yaitu kayu harum. Isteri-isteri mereka adalah bidadari-bidadari yang jelita matanya. Mereka itu dititahkan sebagai seorang lelaki yang sama, sebagaimana rupa ayah mereka yakni Nabi Adam, tingginya ada enampuluh hasta ke langit - yakni ke atasnya." (Muttafaq 'alaih)
.
Neraka:
Rasulullah SAW berkata :"Terangkan kepadaku tentang keadaan Neraka dan Jahannam'
Jawab Jibril : "Sesungguhnya Allah memerintahkan agar jahanam dinyalakan apinya selama 1000 tahun, sehingga berubah warnanya menjadi putih. Kemudian diperintahkan agar dinyalakan 1000 tahun lagi, lalu apinya menjadi merah. Setelah itu diperintahkan supaya dinyalakan selama 1000 tahun lagi, maka apinya menjadi hitam pekat dan tidak padam-padam. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya lubang neraka itu dibuka sebesar lubang jarum, maka terbakarlah bumi dan segala isinya kerana betapa panasnya. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, sekiranya salah seorang dari penjaga-penjaga neraka ini diutuskan ke bumi ini, nescaya matilah semua manusia kerana wajahnya hodoh dan baunya terlalu busuk. Demi Tuhan yang mengutusmu dengan kebenaran, jika satu lingkaran daripada rantai neraka diletakkan di atas sebuah gunung, maka tembuslah gunung itu hingga ke dasar bumi yang paling bawah sekali.
Rasulullah SAW berkata : "Nasib baik aku tidak mati kerana pecah jantung kerana mendengar keteranganmu ini"
Rasulullah SAW melihat Jibril menangis dan beliau turut menangis sambil berkata ; "Mengapa engkau menangis, sedangkan kedudukan engkau begitu rupa di sisi Allah SWT"
Jawab Jibril : "Bagaimana aku tidak menangis, malah akulah yang lebih berhak untuk menangis, kerana siapa yang tahu tentang keadaanku dalam ilmu Allah tidak seperti yang aku ketahui. Saya tidak tahu adakah saya akan mengalami cubaan seperti iblis, sedangkan iblis itu adalah golongan Malaikat. Dan aku tidak tahu apakah aku akan mengalami apa yang dialami oleh Malaikat Harut dan Marut"
Kemudian kedua-dua mereka terus menangis sehingga datanglah seruan dari langit yang berbunyi : "Wahai Jibril, wahai Muhammad, sesungguhnya Allah Azza Wajalla telah menjamin engkau berdua tidak akan derhaka".
Tabarakallah

Saturday 22 November 2014

Islam dan hukumnya

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ "Sesungguhnya agama(1) yang diredhai Allah ialah Islam(2) ..." (19, Ali Imran).
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ "Sesiapa yang menurut jalan yang lain dari apa yang disyariatkan Allah sebagai agamanya, maka tidak sekali-kali akan diterima daripadanya .." (85, Ali Imran).
.
♡{Islam Dan Hukumnya}
.
Tarikh:22~11~2014
Riwayat:  Riwayat Muslim
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Abu Hurairah r.a, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda ☞ Janganlah kamu berhasad dengki antara satu dengan yang lain, dan janganlah kamu (sebagai pembeli) pura-pura menurunkan harga yang tinggi dengan tujuan memperdaya orang lain supaya membelinya dengan harga yang lebih tinggi, dan janganlah kamu benci membenci atau bermusuhan dan janganlah kamu putuskan hubungan mesra dan pulau memulaukan sesama sendiri, dan janganlah kamu (sebagai penjual) memotong jalan penjual yang lain; (janganlah kamu melakukan perkara-perkara yang keji itu) tetapi hendaklah kamu menjadi hamba-hamba Allah yang bersaudara. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
1. ☞ Islam telah meletakkan hukum yang sesuai bagi kehidupan manusia.
.
2. ☞ Matlamat hidup manusia untuk mendapat redha Allah di dunia dan di akhirat
.
3. ☞ Keharmonian hidup dapat menjamin rahmat Allah berkekalan dan sebagai tanda betapa cantiknya Islam jika dihayati sepenuhnya
2227 bacaan
.
~Perkongsian Minda~
.
Pertama - Manusia dan Undang-undang yang diwajibkan mematuhinya:
Sebagaimana yang diketahui dan disaksikan bahawa segala jenis makhluk dalam alam kehidupan ini - untuk kesempurnaan keadaannya - tak dapat tidak mematuhi undang-undang yang dikhaskan baginya, maka manusia sebagai makhluk yang tersusun dari jasmani dan rohani sudah tentu wajib mematuhi satu undang-undang yang khas untuk rohaninya selain dari wajibnya mematuhi undang-undang jasmaninya.
Undang-undang itu ialah Islam (hukum-hukum syarak dan keterangan-keterangan yang disampaikan oleh utusan Tuhan).
.
Kedua - Kepatuhan yang sempurna dan balasannya:
Tiap-tiap amal meliputi kepercayaan,  tutur kata dan perbuatan - ada balasan yang sesuai dengannya, sama ada baik atau sebaliknya; dan segala kesenangan serta kebahagiaan di dunia dan di akhirat adalah hasil dari kepatuhan (Islam) yang sempurna dalam mengerjakan apa yang disuruh dan meninggalkan segala yang dilarang.
Oleh kerana kesenangan dan kebahagiaan sejati hanya terdapat di akhirat, maka balasan syurga dan segala nikmat di dalamnya hendaklah menjadi harapan yang utama kepada setiap orang dengan mematuhi ajaran Islam.
.
Tabarakallah

Friday 21 November 2014

Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)
.
♡{Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu}
.
Tarikh:21~11~2014
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada  Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
1 ☞. Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
.
2 ☞. Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
.
3 ☞. Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.
2255 bacaan
.
~Muhasabah Diri Yang Kerdil~
●Cara Melawan Hawa Nafsu●
.
{1. }Takut kepada azab Allah.
Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.
.
{2. }Mengingati mati.
Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.
.
{3. }Memohon hidayah daripada Allah.
.
{4. }Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.
.
{5.} Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.
.
{6.} Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.
.
{7. }Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.
.
{8.}Sabar dalam melawan hawa nafsu.
.
Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.
.
{1. }Mengetahui kesan2 buruk maksiat.
.
{2. }Malu kepada Allah.
.
{3. }Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.
.
{4.} Takut kepada Allah dan azab neraka.

{5.} Cinta Allah.
.
Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.
Tabarakallah

Thursday 20 November 2014

Sunat berjabat tangan

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ “Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya”. (QS. An Nisa’ {4} : 59)
.
♡{Sunat Berjabat Tangan}
.
Tarikh:20~11~2014
Riwayat:  Abu Daud dengan isnad yang sahih
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Anas RA katanya, orang-orang Yaman datang menemui Baginda lalu Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Orang-orang Yaman datang kepada kamu semua dan mereka adalah orang pertama melakukan berjabat tangan ketika bertemu.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
☞ Islam telah mensyariatkan berjabat tangan ketika bertemu dengan cara yang ditunjukkan oleh Nabi SAW
Penduduk negeri Yaman merupakan orang yang pertama sekali memperkenalkan berjabat tangan ketika bertemu
Setiap perkara yang baik itu hendaklah dicontohi dan diamalkan walaupun ia bukan menjadi adat setempat.
46 bacaan
.
~Perkongsian Ilmu~

وَإِذَا حُيِّيتُمْ بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوْهَا
“Dan apabila kalian diberi ucapan salam penghormatan maka jawablah dengan yang lebih baik darinya atau balaslah dengan yang semisalnya.” (An-Nisa`: 86)
.
BERIKUT BEBERAPA PENDAPAT DI KALANGAN ULAMA TENTANG JABAT TANGAN DENGAN LAWAN JENIS YANG BUKAN MAHROM :
☞ 1. Ulama Mazhab Hanafi.
Diperbolehkan melakukan jabat tangan dengan persyaratan aman dari munculnya syahwat dari kedua pihak orang yang berjabat tangan. Sehingga mereka membedakan antara yang tua dan yang masih muda. (berdasarkan kemungkinan munculnya syahwat)
.
☞ 2. Ulama Mazhab Maliki
Mazhab ini secara tegas melarang jabat tangan, dan tidak membedakan antara yang sudah tua maupun yang masih muda.
.
☞ 3. Ulama Mazhab Syafi’i
Sebagian syafi’iyah membolehkan jabat tangan dengan syarat adanya benda yang melapisi dan aman dari munculnya fitnah atau syahwat yang mengarah pada perzinaan. Sebagian yang lain melarang secara mutlak. DAN PENDAPAT KEDUA INI ADALAH PENDAPAT MAYORITAS SYAFI’IYAH. Di antaranya adalah An Nawawi dan Ibn Hajar al ‘Asqalani. Tetapi dibenarkan menyentuh perempuan bukan mahram ketika dalam keadaan darurat, seperti ketika pembedahan, seandainya ketika itu tidak ada perempuan yang bisa melakukannya.
.
☞ 4. Ulama Mazhab Hambali
Dalam mazhab ini ada dua pendapat. Pertama melarang secara mutlak tanpa membedakan antara yang muda, yang tua dan yang kedua memakruhkan jika dilakukan dengan yang sudah tua, dan dengan anak kecil dibolehkan dengan tujuan menyemai budi pekerti.
Tabarakallah

Tuesday 18 November 2014

Menghormati Orang Yang Sedang Sakit

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞
"(Ya Tuhanku), sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang di antara semua penyayang". - Surah Al-Anbiya’: 83
.
♡{Menghormati Orang Yang Sedang Sakit}
Tarikh:17~11~2014
Riwayat:  Ibn Abbas r.a
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Ibn Abbas r.a katanya: "Diantara adab peraturan yang ditetapkan oleh Nabi s.a.w ialah: Memendekkan masa duduk dan mengurangkan bising semasa melawat orang sakit." Ibn Abbas berkata lagi: "Rasulullah s.a.w bersabda ketika sahabat-sahabat banyak membuat bising dan berselisih pendapat (semasa mereka melawat Baginda yang sedang gering):"Bangunlah kamu semua tinggalkan daku!". █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
☞ Menjenguk orang sakit.
Menziarahi orang sakit sama ada di hospital atau rumah termasuk antara kunjungan diwajibkan. Mereka yang menziarahi orang sakit akan mendapat doa para malaikat dan pahala yang besar diberikan oleh Allah SWT.
Diriwayatkan Imam Ahmad: Saya mendengar Rasulullah SAW. bersabda : "Barang siapa mengunjungi orang sakit, tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan memintakan ampun kepadanya hingga petang. Baginya pahala satu tahun di syurga. Dan jika ia mengunjunginya pada malam hari, maka tujuh puluh ribu malaikat mengikutnya dan semua memintakan ampun untuknya hingga pagi. Dan baginya pahala satu tahun di syurga."
Daripada Anas bin Malik pula mengungkapkan bahawa Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berwuduk dengan sempurna lalu berkunjung kepada saudaranya yang sakit semata-mata mengharap reda Allah, ia akan dijauhkan daripada api neraka sejauh perjalanan 60 kharif (satu kharif bersamaan dengan satu tahun)."
Sementara Abu Hurairah menyatakan Rasulullah SAW. bersabda bermaksud: "Barang siapa berkunjung kepada saudaranya yang sakit, maka seseorang menyeru dari langit: Beruntunglah engkau, beruntunglah perjalananmu dan sungguh engkau sudah membangun rumah di syurga."
Mengunjungi muslim yang sedang sakit adalah suatu kewajiban ke atas muslim lain. Lebih-lebih lagi jika pesakit itu kaum kerabat dan saudara maranya sendiri. Mengunjungi orang sakit termasuk salah satu amal solih yang sangat afdhal. Rahmat Allah senantiasa menaungi diri pesakit dan orang yang mengunjunginya.
Orang yang datang berkunjung sebaiknya mendoakan untuk pesakit agar dia lekas sembuh dan menasihatinya supaya memperbanyak taubat dan berpesan dengan pesan-pesan penting lainnya. Pengunjung janganlah terlalu lama duduk dan berbual dengan pesakit kecuali dalam hal-hal tertentu. Bawalah buah tangan untuk mengembirakan hati pesakit atau hadiah untuk waris yang menjaga pesakit.
.
~Penawar Segala Penyakit~
PENUTUP
Sesungguhnya nikmat kesihatan yang kita perolehi pada ketika ini wajiblah kita syukuri. Seandainya ditimpa musibah penyakit maka mohonlah kesembuhan kepada-Nya. Perbanyakkan amal ibadah, dekatkan diri dengan Al-Quranul Kareem kerana di situ ada penawar kesembuhan dari segala macam penyakit dengan Izin Allah. Firman Allah SWT :
“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.” - {Surah Al-Isra’:82}
Tabarakallah

Monday 17 November 2014

Sifat Pemalu Rasulullah saw

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ أَلَمۡ يَعۡلَم بِأَنَّ ٱللَّهَ يَرَىٰ 

“Tidakkah dia mengetahui bahawa sesungguhnya Allah melihat (segala amal perbuatannya dan membalasnya)?” (Al-Alaq: 14)
.
♡{Sifat Pemalu Rasulullah SAW}
Tarikh:17~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Abu Said al-Khudri RA katanya : Rasulullah SAW adalah seorang yang sangat pemalu, lebih pemalu dari gadis pingitan. Apabila Baginda tidak menyenangi sesuatu, kami dapat mengetahuinya dari wajah Baginda. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
☞ Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : ☞ Iman itu mempunyai tujuh puluh cabang atau enam puluh cabang, maka yang paling utama ialah ucapan Laa ilaha illallah (Tidak ada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah SWT) dan yang paling rendah ialah membuang duri dari jalan dan sifat malu ialah satu cabang dari iman.(al- Baihaqi). Di dalam perjalanan manusia sebagai hamba untuk mendekatkan diri kepada-Nya, 'rasa malu' merupakan tangga yang pertama. Maka, masih sangat jauh sebenarnya kita daripada kewujudan rasa cinta kepada Allah SWT.
Rasulullah SAW sekalipun mempunyai rasa malu terhadap Allah SWT. Ia terserlah dalam kisah Mi'raj Baginda iaitu di saat Rasulullah SAW menerima perintah secara langsung agar umatnya mengerjakan solat. Di peringkat awalnya, Allah SWT memerintahkan solat sebanyak 50 kali dalam sehari. Baginda menyanggupinya, namun nabi dan Rasul lain yang ditemui dalam perjalanan mikraj tersebut menasihati bahawa tugas itu terlalu berat bagi umat Muhammad. Lantas Baginda meminta keringanan sehingga bilangan solat dikurangkan kepada lima kali sehari. Saat itu, Baginda diingatkan sekali lagi bahawa solat lima kali sehari pun masih terlampau berat. Namun, Baginda berasa amat malu untuk kembali meminta keringanan daripada Allah SWT. Inilah contoh sifat malu yang ada pada diri Baginda.
Malu untuk mengurangi nilai pengabdian seorang hamba terhadap Tuhannya. Namun kita selaku umatnya tidak pula mempunyai rasa malu mengabaikan perintah solat tersebut dan juga ibadah-ibadah yang lain? Begitulah manusia, lazimnya hanya merasa malu untuk urusan duniawi di hadapan manusia, bukan urusan keakhiratan di hadapan Tuhan. Kita tidak merasa malu dengan dosa yang berbukit yang pernah kita lakukan. Malah mungkin tidak pernah terdetik rasa enggan kita untuk bertemu Allah SWT lantaran merasa malu di atas segala kejahatan yang dilakukan yang tak pernah luput dari pernglihatan Nya
Sesungguhnya kita benar-benar tidak tahu malu. Abdullah Ibn Mas'ud r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Orang yang malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu adalah orang yang menjaga kepalanya dari isinya, menjaga perutnya dari segala rezeki tidak halal, selalu mengingati kematian, meninggalkan kemewahan dunia dan menjadikan perbuatan akhirat sebagai hal yang lebih utama. Sesiapa yang melakukan semua itu, maka ia telah malu kepada Allah SWT dengan sepenuh malu.

Saturday 15 November 2014

Jangan Menyakiti Hati Sesama Muslim

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ QS. Al Zaljalah : 7-8  “Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar dzarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan sebesar  dzarahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya juga“.
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ dan Allah tidak menyukai orang-orang yang zalim”. (QS Ali Imran [3] : 57).
.
♥{Jangan Menyakiti Hati Sesama Muslim}
.
Tarikh:15~11~2014
Riwayat:  Muslim
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Hubairah A’id bin Amru al-Muzanni dia adalah seorang daripada ☞ ahli Bai’ah ar-Ridhuan RA, bahawa ☞ Abu Sufian datang kepada Sulaiman, ☞ Suhaib, Bilal dan beberapa orang sahabat lagi lalu mereka berkata, ☞ ”Pedang-pedang Allah belum selesai tugasnya mengambil musuh-musuh Allah”. Berkata Abu Bakar RA, inikah yang kamu katakan terhadap seorang kenamaan Quraisy dan penghulunya?” Lalu beliau mengadap Rasulullah SAW dan memberitahunya, maka nabi bersabda, ☞ “Wahai Abu Bakar boleh jadi engkau telah menyebabkan kemarahan mereka. Jika engkau telah menyebabkan mereka marah sesungguhnya engkau telah menyebabkan kemarahan tuhan kamu”. Maka Abu Bakar menemui mereka tadi dan berkata, ☞ “Wahai saudara-saudaraku, adakah aku telah menyebabkan kemarahan kamu? ☞ ” Mereka berkata, “Tidak, semoga Allah mengampuni bagimu wahai saudaraku”.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Orang Islam disuruh lebih mengutamakan perhubungan sesama mereka dengan tidak bercakap sesuatu yang boleh menyinggung perasaan.
.
●2 ☞ Allah SWT tidak meredhai seseorang terhadap sesuatu perkataan atau perbuatan yang menyakitkan hati saudaranya sesama Islam.

●3 ☞ Islam menggalakkan umatnya menjalin hubungan yang baik antara mereka.
6020 bacaan
.
~Perkongsian Ilmu Sahabat~
♥Dari Abu Dzar Al-Ghifari ra dari Nabi SAW bersabda meriwayatkan firman Allah ‘azza wa jalla, berfirman, “Wahai hamba-hambaku, sesungguhnya Aku mengharamkan kezaliman atas diri-Ku dan Aku mengharamkannya pula atas kalian, maka janganlah kalian saling menzalimi. Wahai hamba-hambaKu, kalian semua tersesat, kecuali orang yang Aku beri hidayah, maka mintalah hidayah itu kepada-Ku, niscaya kuberikan hidayah itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian lapar, kecuali orang-orang yang aku beri makan, maka mintalah makan kepada-Ku, niscaya Aku berikan makanan itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian adalah orang-orang tidak berpakaian, kecuali orang-orang yang telah Kuberi pakaian, maka mintalah pakaian kepada-Ku, niscaya Aku berikan pakaian itu kepadamu. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian senantiasa berbuat dosa di malam dan siang hari sedangkan Aku akan mengampuni semua dosa, maka mintalah ampun kepada-Ku, niscaya Aku ampuni kalian semua. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian tidak dapat mendatangkan kemanfaatan bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian bermanfaat bagi-Ku. Wahai hamba-hambaKu, sesungguhnya kalian semua tidak akan dapat mendatangkan bahaya bagi-Ku sehingga tidak sedikit pun kalian dapat membahayakan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun jin, semuanya bertakwa dengan ketakwaan orang yang paling takwa di antara kalian, hal itu tidak menambah sedikit pun dalam Kerajaan-Ku. Wahai hamba-hambaKu, andaikan kalian semua dari yang awal sampai yang terakhir, baik dari bangsa manusia maupun bangsa jin, berdiri di atas satu dataran lalu meminta apa pun kepada-Ku, lalu aku penuhi semua permintaan mereka, hal itu sedikit pun tidak mengurangi kekayaan yang Aku miliki, hanya seperti berkurangnya air samudra ketika dimasuki sebatang jarum jahit (kemudian diangkat). Wahai hamba-hambaKu, semua itu perbuatan kalian yang Aku hitungkan untuk kalian, kemudian Aku membalasnya kepada kalian. Maka barang siapa mendapatkan kebaikan, hendaklah ia memuji Allah, dan barang siapa mendapatkan selain itu, hendaklah ia tidak mencela kecuali dirinya sendirinya.” (HR. Muslim)
Tabarakallah

Friday 14 November 2014

Cinta kpd Rasulullah saw

Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Umar Al - Khattab hampir2 hilang akal kerana Beliau tidak dapat menerima hakikat kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau mengancam untuk memenggal kepala sesiapa sahaja yang menyatakan Rasulullah SAW telah wafat,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Bilal Bin Rabah tidak dapat menahan perasaan rindunya untuk terus tinggal di Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau membawa diri ke Syam,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Uwais Al-Qarni sanggup mematahkan kesemua giginya dengan menggunakan batu kerana Beliau ingin merasai kesakitan yang dirasakan oleh Rasulullah SAW disaat Baginda SAW jatuh di dalam lubang sehingga menyebabkan gigi Baginda SAW patah semasa perang uhud,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Muaz dan Muawwiz dua org kanak2 yang berumur 10 tahun sanggup turun ke medan jihad semata2 untuk mencari orang yang selalu menyakitkan hati Rasulullah SAW iaitu Abu Jahal sehingga menyebabkan terbunuhnya Abu Jahal pada peperangan itu,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah menangis apabila Beliau melihat dihadapan rumahnya ada beberapa ekor kuda kepunyaan Beliau kerana Abu Ubaidah pernah berjanji untuk tidak mengambil dunia secara berlebihan tetapi setelah Rasulullah SAW wafat ada beberapa ekor kuda dihadapan Rumah yang telah dimiliki oleh Beliau..
Subhanallah..Sungguh banyak kisah2 cinta para sahabat terhadap Nabi SAW tidak mampu digambarkan betapa cintanya mereka kepada Rasulullah SAW....Mereka bukannya hanya pandai mengungkapkan kata2 cinta semata2 tetapi cinta mereka dibuktikan dengan ingin mengikuti secara keseluruhan sunnah Baginda Nabi SAW.. ~Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW..
          اَللّٰهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ          Allahumma sholli 'alaa sayyidinaa  Muhammaddin wa'alaa aali sayyidinaa Muhammad  ~

Kelebihan Bersuci

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ "SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN IA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SUCI BAERSIH,(BAIK DARI KOTORAN JASMANI ATAUPUN KOTORAN ROHANI)AL-BAQARAH 222
.
♥{Kelebihan Bersuci}
.
Tarikh:14~11~2014
Riwayat:  Muslim
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada  Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: ☞ “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1. ☞ Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.
.
●2. ☞ Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.
.
●3. ☞ Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.
.
●4. ☞ Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.
.
●5. ☞ Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.
.
●6. ☞ Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.
2405 bacaan
.
~Perkongsian Ilmu~

KELEBIHAN BERSUCI
;
"DIRIWAYATKAN DARIPADA ABI HURAIRAH,KATANYA;TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW;'APBILA MENGMBIL WUDHUK SEORANG HAMBA ALLAH YANG MUSLIM ATAU MU"MIN MAKA MEMBASUH IA AKAN MUKANYA NESCAYA KELUAR DARIPADAMUKANYA SEKALIAN KESALAHANNYA YANG MEMANDANG IA KEPADANYA DENGAN DUA MATANYA ITU DAN DIDENGAR DUA TELINGANYA DAN SEBAGAINYA,SERTA AIR ATAU SERTA AKHIR TITIK AIR(SYAK RAWI) ATAU SEUMPAMANYA
.
DALAM HUKUM ISLAM SOAL BERSUCI DAN SEGALA SELUK-BELUKNYA ADALAH TERMASUK BAHAGIAN ILMU DAN AMALAN YANG PENTING TERUTAMA KERANA DIANTARA SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG TELAH DITETAPKAN BAHAWA SESEORANG YANG AKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB SUCI DARI HADAS DAN SUCI PULA BADAN PAKAIAN DAN TEMPATNYA DARI NAJIS.
Tabarakallah

Thursday 13 November 2014

Kesabaran Ditakrif pada Insiden Pertama

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan untuk berkata kami beriman sedangkan mereka masih belum diuji (oleh Allah swt)? “(Surah al-‘Ankabut:2).
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).
.
♡{Kesabaran Ditakrif pada Insiden Pertama}
.
Tarikh:13~11~2014
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Kategori:  Akhlak
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Anas RA katanya, ☞ “Pada suatu hari Rasulullah melalui seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur lalu baginda bersabda : ☞ “Bertaqwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersabarlah.” Perempuan itu menjawab, ☞ “Pergilah, kerana engkau tidak menerima musibah sebagaimana yang aku alami sekarang.” ☞ Perempuan itu tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya itu ialah Rasulullah SAW. Kemudian perempuan itu diberitahu bahawa lelaki itu ialah Rasulullah SAW lantas dia segera pergi ke rumah Rasulullah dan didapati tiada penjaga pintu di situ, lalu dia berkata (kepada Rasulullah SAW), ☞ “Sesungguhnya tadi aku tidak mengenali engkau wahai Rasulullah.” Maka Nabi SAW bersabda, ☞ “Sesungguhnya kesabaran itu hanyalah pada insiden (pertembungan) pertama.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Nabi SAW sangat bertawaduk dan bersikap santun terhadap orang jahil.
.
●2 ☞ Kesabaran menghadapi musibah adalah bukti keimanan dan taqwa.
.
●3 ☞ Amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
.
●3 ☞ Harus bagi wanita menziarahi kubur, kerana Rasulullah tidak melarang wanita berkenaan daripada menziarahinya.
.
●4 ☞ Kesabaran itu dituntut dan dipuji perlakuannya pada mula-mula pertembungan dengan bala dan kesusahan, kerana dengan berlalunya masa musibah itu akan dilupakan dan perasaan akan ringan dengan sendiri.
.
●5 ☞ Sifat kesabaran itu juga hendaklah dilaksanakan tatkala kita menghadapi kebingungan (kebuntuan hidup) untuk menghindarkan diri daripada syaitan dan daripada termasuk ke dalam lubuk kehinaan.
1778 bacaan
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan ganjaran (oleh Allah swt) tanpa ada batasannya” (Surah al-Zumar:10).
.
♥{Perkongsian Tazkirah...}
.
Bersabar di atas ketentuan dan ujian daripada Allah swt. Apabila kita menyebut mengenai ujian maka akan tergambar dalam kotak pemahaman kita bahawa ujian itu adalah kesakitan, kesusahan dan kesedihan. Ujian itu juga dianggap khusus kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan. Namun perlulah kita tahu bahawa kekayaan dan pemberian zuriat juga merupakan ujian daripada Allah swt.
.
Firman Allah swt: “Sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu merupakan ujian dan pada Allah jualah pahala yang besar”.(Surah al-Taghabun:15). Bagaimanakah harta benda dan anak pinak mampu menjadi ujian? Ujian harta benda datang ketika mana hadirnya sifat bakhil dalam jiwa manusia manakala ujian anak-anak pula datang ketikamana mereka jauh daripada syariat Islam.
.
Oleh itu seseorang itu perlulah ada sifat sabar yang tinggi dalam menguruskan hartanya di jalan Allah swt dan juga sabar dalam mendidik anak-anaknya untuk mengenal Islam. Untuk menjadi hamba Allah swt yang beriman perlulah kita menyemai sifat sabar di dalam jiwa-jiwa kita. Kesabaran yang disemai ini akan menjadi motivasi di dalam jiwa. Oleh itu tidak akan ada istilah pasrah dan kecewa bagi sesiapa yang sentiasa tabah dan sabar dalam setiap ujian kehidupan yang dilaluinya.
Tabarakallah

Wednesday 12 November 2014

Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 78-79).
.
♡{Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan}
.
Tarikh:12~11~2014
Riwayat:  Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Bakar RA katanya, ☞ “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud ☞ “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. ☞ Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
.
●2 ☞ Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
.
●3☞ Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
.
●4☞ Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya, pasti akan selamat.
.
●5☞ Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri sedangkan dia mampu melarangnya. ₰
2485 bacaan
.
~Sedikit Perkongsian Kita~
Zalimi Orang Lain
●A☞ Perbuatan seperti zina, minum arak, berjudi dan yang sewaktu dengannya memang besar dosanya. Ia adalah dosa antara hamba dengan Allah. Hamba itu menzalimi dirinya sendiri. Ia juga perlu dibenteras. Namun, dosa membunuh, rasuah, mencuri harta rakyat, menyeleweng harta negara adalah dosa yang jauh lebih besar kerana membabitkan kezaliman atau penganiayaan terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Merosakkan imbangan dan keharmonian masyarakat secara menyeluruh. Dosa yang seperti ini patut dipandang lebih serius.
.
●B ☞ Biasanya, maksiat peribadi memusnah pelakunya sahaja, tetapi kezaliman akan memusnah dan merosakkan semua termasuk mereka yang tidak bersalah. Ia akan mengenai anggota masyakat; yang baik ataupun yang jahat, mukmin ataupun kafir. Allah dengan itu memberi amaran:
.
(maksudnya):
“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25). Dalam menafsirkan ayat ini Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam).
Tabarakallah

Tuesday 11 November 2014

Pengertian Kebajikan dan Dosa

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Wahai orang yang beriman, takutlah akan Allah. Dan katakanlah kata-kata yang betul nescaya Allah akan menjadikan amalmu baik. Dan akan diampuni-Nya dosa-dosa kamu.
(Surah al-Ahzab: 70-71)
.
♡{Pengertian Kebajikan Dan Dosa}
.
Tarikh:11~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Nawwas bin Sam'an al-Anshari r.a katanya.Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang erti kebajikan dan dosa. Sabda baginda: ☞ Kebajikan itu ialah budi pekerti yang indah. Sedangkan dosa adalah perbuatan atau tindakan yang menyesakkan dada, padahal engkau sendiri segan sekiranya perbuatanmu itu diketahui oleh orang lain. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1. Kebajikan adalah nilai luhur dari kehidupan sedangkan dosa bagaikan titik hitam yang merosakkan pandangan. Namun kadangkala disebabkan nafsu, iman menjadi buta sehingga seseorang itu cinta kepada dosa dan menganggap bahawa segala sesuatu itu adalah wajar belaka.
.
●2. Islam tidak memandang manusia bagaikan malaikat tanpa kesalahan dan dosa sebagaimana Islam tidak membiarkan manusia berputus asa dari memohon keampunan daripada Allah SWT, biar betapa besar pun dosa yang telah dilakukan itu. Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda yang maksudnya: "Setiap anak Adam pernah berbuat kesalahan/dosa dan sebaik-baik orang yang berbuat dosa adalah mereka yang bertaubat (dari kesalahan tersebut)."
.
●3. Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya menanggung dosa, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati sedangkan mati itu tidak mengenal ketika dan usia seseorang. Oleh itu kita dituntut supaya sentiasa beristighfar dan bersifat dengan sifat-sifat mahmudah serta malu untuk melakukan perbuatan-perbuatan yang dilarang sehingga mencemarkan maruah diri, keluarga, agama, bangsa dan negara.
2194 bacaan
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). Dan kalaulah Ahli Kitab (Yahudi dan Nasrani) itu beriman (sebagaimana yang semestinya), tentulah (iman) itu menjadi baik bagi mereka. (Tetapi) di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka orang yang fasik.
(Surah Ali-Imran : 110)
Tabarakallah

Monday 10 November 2014

Perihal jin

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞
.
♡{Perihal Jin}
.
Tarikh:10~11~2014
Riwayat:  Abu Zar r.a
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan bersabda: ☞ "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda s.a.w, dengan berkata: ☞ ☞ "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: ☞ "Ya! Benar!". █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
█ Pengajaran hadith █ : ↴
.
● i) ☞ Kita diseru agar memohon perlindungan Allah supaya dijauhkan dari godaan syaitan.
.
● ii) ☞ Sesiapa yang menjadikan syaitan sebagai teman hidupnya (mengikut hasutan) maka ia tergolong di kalangan mereka (sekutu syaitan) malah merekalah yang dikenali sebagai syaitan manusia.
.
●iii) ☞ Maka berwaspadalah dalam menjalinkan hubungan sesama manusia, janganlah sekali-kali terikut atau berkompromi dengan syaitan manusia ini kerana kesudahannya kita akan ditimpa malang (kemudharatan) akibat daripada kejahatan mereka.

Sunday 9 November 2014

Rasulullah saw Bersiwak

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ surah al-Baqarah ayat 222:
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”
.
♡{Rasulullah Bersiwak}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat:  (al-Bukhari)
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Diriwayatkan dari Abu Musa r.a : ☞ Aku menemui Nabi Muhammad SAW dan aku melihat Nabi SAW membawa siwak dalam genggaman tangannya kemudian menyikat giginya dan terdengar suara *"Uh!"Uh!* seakan Nabi SAW hendak muntah ketika siwak itu masih berada di dalam mulutnya. █

♥Huraian Hadith: ↴
.
█ ☞ Rasulullah SAW bersiwak setiap kali waktu solat, tetapi tidak memerintahkan sahabat untuk ikut bersiwak setiap kali hendak solat melainkan disuruh supaya berkumur-kumur ketika mengambil wudhu'. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Hukumnya adalah sunat tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca al-Quran dan ketika berubah bau mulut. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu sugi dan lain-lain. Dari Aisyah r.a. Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya:Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya .(al-Baihaqi ) █
2941 bacaan
.
♥{Kalam Renungan Bersama}
☞ ☞ Bayangkan, betapa indahnya jika kita memperolehi kasih sayang daripada Allah SWT ini hanya kerana kita menjaga kebersihan diri dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Inilah ciri-ciri orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Bukankah dengan bertaubat itu dapat membersihkan hati kita dari kekotoran dosa yang menyelubungi hati kita? Dan sememangnya hati yang bersih itu sangat mencintai kepada kebersihan. Inilah yang menjadi pemangkin kepada penjagaan jasmani kita dari sebarang kekotoran dan kekejian.
Tabarakallah

Menjauhi Sifat-sifat Tercela

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Petang...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri."  (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)
.
♡{Menjauhi Sifat-sifat Tercela}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat:  Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
☞ Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan�. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
{1. }☞ Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak pada harta dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.
.
{2. }☞ Harta merupakan amanah Allah kepada menusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.
.
{3. } ☞ Islam amat melarang umatnya bersifat dengan sifat-sifat yang tercela, seperti sombong, takbur, riak, keras kepala, suka tamak dan sebagainya kerana semua sifat-sifat ini boleh menyeret seseorang itu ke dalam neraka.
2552 bacaan
♥{ Pandangan AL-IMAM Al-Ghazali }
.
☞ bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.
.
Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.
Tabarakallah

Mukjizat Rasulullah saw

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Petang...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ surah Yunus ayat 57, yang bermaksud; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi syifaa' (penawar / ubat) bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
.
♡{Mukjizat Rasulullah S.A.W}
.
Tarikh:9~11~2014
Riwayat:  (al-Bukhari)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Anas r.a katanya: ☞ Dibawakan kepada Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura'. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata: ☞ Saya berkata kepada Anas : ☞ Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas: ☞ Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus. █

♥Huraian Hadith: ↴
.
☞ Mukjizat yang dimiliki oleh Nabi s.a.w: ialah apa yang menjadikan para penentang baginda tidak mampu untuk melakukannya atau menandinginya ketika dicabar. Oleh yang demikian, mukjizat para nabi adalah perkara luar biasa yang tidak mampu ditandingi manusia dengan segala kebolehan dan keupayaannya sepertimana mukjizat yang telah dikurniakan kepada ☞ Nabi Musa a.s berupa tongkat yang dengannya baginda mengalahkan apa jua bentuk sihir, ☞ Nabi Isa a.s dengan usapannya yang dengan izin Allah, mengubat segala macam penyakit yang tidak mampu diubati oleh ilmu kedoktoran yang dibangga-banggakan pada zaman tersebut. Maka begitu jugalah mukjizat ☞ Nabi Muhammad s.a.w, yang di antaranya juga berupa Al-Qur'an yang ternyata hebat daripada berbagai sudut yang tidak mampu ditandingi manusia dari dahulu hingga kini.
2359 bacaan
.

soalan di dalam kubur

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya"
(Surah Al-Furqan : 43)
.
♡{Soalan Di Dalam Kubur}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Asma' r.a katanya: ☞ Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜ ☞ Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? ☞  Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? ☞ (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, ☞ Ya! Tanda kebesaran Allah! ☞ Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. ☞ Kata ˜Asma selanjutnya, ☞ Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. ☞ Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: ☞ Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi,  ☞ syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa ☞ kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: ☞ Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: ☞ Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: ☞ Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: ☞ Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●{Mengambil Iktibar}
.
● ☞ Allah s.w.t melayani manusia setimpal dengan amalnya. Bagi mukmin yang bertaqwa, mereka akan mendapat layanan yang sangat istimewa. Adapun terhadap yang fujjar dan kuffar, mereka akan ditimpa azab yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia kerana azab ini tidak pernah disaksikan atau berlaku di atas muka bumi. Dalam keadaan menanggung azab yang pedih, tiba-tiba Allah s.w.t memerintahkan agar dibuka pintu yang menghala ke lorong yang menuju neraka. Segala bau busuk dan bahang neraka meresap masuk kee dalam kubur mereka. Malaikat akan datang membawa bunga rampai api neraka dan menaburkan ke atas kafir dan fujjar yang berbaring. Sebelum datang smeua ini, Allah s.w.t mendatangkan pula sepasang pakaian daripada minyak yang mendidih, dibalutkan pakaian tersebut kepada mereka.
5065 bacaan
.
{Sedikit iktibar Perkongsian}
.
☞ Kubur tempat roh menerima hukuman. Oleh itu, wajiblah seseorang itu beriman dengan perkara yang akan dirasai oleh roh. Roh seseorang akan senang dan riang apabila ditunjukkan segala amal perbuatannya yang soleh dan roh seseorang itu akan merasa dukacita dan bersedih hati apabila melihat amalannya yang jahat.
Tabarakallah

Friday 24 October 2014

1 muharram 1436

Setahun berlalu sudah...aku sendiri  tak tau apa yg aku lakukan selama 1 tahun ini....bila di fikirkan semula, banyak hal2 yg -ve daripada   yg +ve.....

Dalam masa 1 tahun ni jg mcm2 yg jadi....sikap malas, down, fed up dan sekutu dgnnya jgn cakap la....tak terkira banyaknya  spaikan pd tahap tak nak buat apa2...hanya nak tido je....eeuuuu...

Sekali lg, Allah bg peluang untuk bersama org2  baik walau aku mmg bukan seorang yg baik....Alhamdulillah, tahun lepas bersama kumpulan lain dan awal tahun baru ni aku bersama kumpulan lain plak...itulah perjalanan aku yg aku sendiri pon tak tau nak kata apa...nak tak nak, kena ikut je....

Dengar tazkirah  ustaz td, buat aku pk mcm2....nak tak nak, kena HIJRAH....sebenar benar hijrah....ustaz tak le bg apa2 pesanan tapi setiap kata2 dia adalah pesanan n peringatan..plg utama ustaz ckp " tugas kita kt dunia ni untuk beribadah n bertakwa  kpd Allah, apa je hal yg buruk n ganggu perjalanan kita, TINGGALKAN !...siapkan diri untuk menghadapi kematian, mati tu tak kira tua muda, sihat sakit, kaya miskin..mati itu dh tersurat  kt lauh mahfuz lg"...

Ayat yg wat aku terharu bila ustaz ckp " andai ustaz pergi dahulu, muridin2  jgn susah hati sbb ustaz n nenek akan tunggu di sana...klo muridin2  yg pergi dahulu, insyaAllah ustaz sendiri akan solatkan jenazah kamu semua n doakan kamu semua...kita tetap akan bersama di dunia n akhirat"......entah knp tazkirah ustaz   menyentuh qalbi aku....

Sunday 5 October 2014

7 tipu daya

****
Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara :

Pertama, syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan golongan yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan : “Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.”
Kedua, syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : “Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.” Golongan yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan : “Kematianku bukan berada di tanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan.”

Ketiga, syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan : “Cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.” Golongan yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan : Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.”

Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan : “Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah taala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).

Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal : “Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.” Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa :“Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, di samping dosaku yang bertimbun pula.”

Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali mereka yang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia : “Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (bisikan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas.” Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: “Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.”

Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.” Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan:

“Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar.”

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

“Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga.”

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta’ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

“Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.”

(Dipetik dari Kitab Minhajul Abidin karangan Imam  Ghazali

Friday 26 September 2014

Antara Insan yg penting....

Antara insan yg penting dlm kehidupan aku...yg mendidik aku, membimbing aku, menasihati aku n mengingatkn aku pd ALLAH...salah sorangnya adalah mursyid kerohanian aku n others adalah guru2 aku....dan SEGALA PUJIAN HANYA BAGI ALLAH kerana izinkan hamba belajar hingga temukan diri ni dgn seorang guru sekaligus menjadi mursyidku. ...dan terima kasih ustaz sbb sejak hari pertama aku bertandang ke rumah ustaz dgn hajat yg besar...ustaz sudi menerima sy hinggalah saat ini......sy yakin inilah jalan sy......

Sunday 7 September 2014

Temanku....

Teman,
Jika di antara kita ada tembok pemisah..
Ajaklah aku untuk meleraikan segera..
Jika aku bersedih tanpa kata..
Pujuklah aku dengan tarbiah Sang Pencipta..
Jika pernah hatimu terluka..
Luahkanlah semua agar aku dapat berubah..
Jika kekuranganku melebihi kebaikanku..
Maafkanlah aku..
Tegurilah aku..
Nasihatilah aku..
Aku ingin terus menjadi sahabatmu..
Di dunia dan juga di akhirat..

InsyaAllah. .

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbali mendapat kabar bahwa salah seorang muridnya selalu bangun malam dan mengkhatamkan al-Qur`an secara sempurna hingga terbit fajar.
Kemudian dilanjutkan dengan sholat subuh. Imam Ahmad (A) pun ingin mengajarkannya cara mentadabburi al-Qur`an. Datanglah ia kepada muridnya itu, kemudian berkata: "Aku dengar kamu melakukan ini dan itu..?
Muridnya (M) menjawab: "Ya"
A: "Kalo gitu, coba nanti malam kamu lakukan seperti kemarin-kemarin, tapi saat membaca al-Qur`an, bayangkan kamu membacanya di hadapanku. Atau seakan-akan aku mengawasi bacaanmu.
Keesokan harinya, datanglah si murid, dan Imam Ahmad bertanya hasilnya.
Si murid menjawab: "Aku hanya bisa membaca 10 juz saja"
A: "Coba nanti malam baca al-Qur`an seakan-akan kamu membacanya di hadapan Rasulullah SAW"
Keesokan harinya si murid datang lagi dan berkata: "Ya imam, aku hanya sanggup membaca juz 'amma saja"
A: "Nah sekarang, cobalah nanti malam kamu baca al-Qur`an seakan-akan di hadapan Allah 'Azza wa Jalla"
Si murid pun kaget disuruh seperti ini. Keesokan harinya, si murid datang dengan mata bengkak akibat dari menangis.
Imam Ahmad pun bertanya: "Apa yg kamu lakukan anakku?"
Si murid menjawab sambil menangis: "Ya imam, demi Allah, sepanjang malam aku tidak bisa menyempurnakan bacaan surat al-Fatihah"
*****
Al-Qur`an adalah kalam Allah kepada kita.. Maka bacalah ia dengan hati, bukan hanya sekedar dengan lisan.
Semoga اَللّهُ سبحانه وتعالى mengumpulkan kita di hari kiamat kelak bersama golongan hamba2-Nya yang senantiasa memuliakan Al-Qur'an.
Amalan kamis sore,,
اللهم يا دائمَ الفضْلِ على البريَّة, يا باسِطَ اليَدَيْنِ بِالعَطِيّة, ياصاحب المَواهِبِ السَنِيِّة, صلِّ على سَيِّدِنا محمّدٍ خَيْرِ الوَرَى سَجِيَّة, واغْفِرْ لنا ياذَا الْعُلَى في هذِه العشية (عشرة مرات)