بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Monday 29 April 2013

Betapa Beruntungnya Aku...


Betapa beruntungnya kami…aku suka dengar qasidah ni..yup, bertapa beruntungnya aku dalam kehidupan aku sehingga saat ini…aku ada Allah, iaitu  Tuhan ku di mana dari Dia aku datang dan kepada-Nya aku kembali….yang sentiasa ada bersama tanpa jemu dan Maha Melihat, Maha Mendengar, Mengawasi aku setiap nafas helaan aku nie…Banyak yang Dia telah bagi pada aku tapi sungguh sedikit sangat aku mensyukurinya…malahan aku ingkar kepada-Nya..

Betapa beruntungnya aku….aku mempunyai Nabi iaitu Muhammad saw..utusan Allah yang dihantar untuk memberi peringatan dan khabar gembira kepada seluruh manusia..Nabi saw yang memperjuangkan Islam agama Allah….sehingga wafat, Rasulullah saw tetap menyebut umati..umati..umati..betapa Baginda mencintai umatnya….bertapa beruntungnya aku kerana telah ditinggalkan 2 harta pusaka penting sebagai panduan hidupku iaitu Al-quran dan Sunnah…aku dilahirkan dalam Islam, menjalani kehidupan sebagai Islam dan aku berharap kelak kematianku juga dalam agama Islam berserta iman..

Betapa beruntungnya aku ada mak yang sentiasa memberi sokongan dan ada kalanya bila aku down sangat2, mak memberi nasihat, dorongan yang banyak buat aku terharu dan terasa diri lemah..mak orang yang banyak berkorban untuk aku….

Aku ada adik beradik yang membahagiakan aku dengan telatah mereka…kadang-kadang berkongsi suka duka bersama…walau berbeza rasa, namun hubungan kami masih mesra…

Allah bagi aku seorang kakak merangkap guru aku…tegas dalam mendidik dan berlembut bila perlu….aku kata kan bahawa ‘kakak @ guru aku ni ibarat burung yang terkurung’..namun dia kata dia bahagia…Yup, dia bahagia dengan kehidupannya dan dia benar-benar menikmatinya….ketegasan dalam mendidi aku kadang-kadang ada juga membuat aku merajuk walaupun sikap aku macam ini tak patut…ketegasannya sebab dia nak kebaikan untuk diri aku juga sebenarnya ( baru la betul seorang kakak dan guru )….segala dia lakukan demi Allah dan tak nak susahkan aku..betapa beruntungnya aku..

Aku ada kehidupan sosial aku sendiri…aku ada kerja yang agak…..entah la…sukar menjelaskannya dengan kata2 hanya mampu diam dan memerhatikan saja…Allah Maha Melihat, Mengetahui, Mengawasi…cukuplah Allah bagiku, Dia sebaik-baik Penolong dan Perlindung bagi ku didunia dan akhirat…(semoga aku tidak terjebak dengan fitnah Dajjal dan sekutu-sekutunya )…sesungguhnya aku berlindung kepada Allah dari syaitan Iblis dan syaitan manusia…

Allah sebagai Tuhanku, Muhammad saw Nabi ku, Islam agamaku….nikmat mana aku nak dustakan ??? tak dak!!!..aku ada Allah, Rasulullah saw, Mak, Kakak, Adik-adik, Guru…



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Saturday 27 April 2013

Ya Hanana ( Betapa Beuntungnya Kami )



.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

 .

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

خُصَّ بِالسَّبْعِ المَثَانِى   وَحَوَى لُطْفَ المَعَأنِى

Khus-sho  bis-sab-’il  ma-tsa-niy   wa ha-wa  luth-fal ma-’aa-niy

Diistimewakan dengan ayat-ayat tujuh (Al-Fatihah), Dan penghimpun rahsia setiap makna,

.

مَالَهُ فِى الخَلْقِ ثَانِى   وَعَلَيْهِ اَنْزَلَ الله

Ma-la-hu  fil  khol-qi  tsaa-niy   wa a’-lai-hi  an-za-laL-Lah…..

Tiada ternilai kemuliaannya, Dan Allah mewahyukannya ke atasnya (Muhammad SAW).

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.
.

ULANG KORUS

 .

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّـدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-ay-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-bi Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa, Dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa-naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan adanya Muhammad SAW, Itulah anugerah termulia dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

 .
.

 مِنْ مَكََّةٍ لَمَّا ظَهَرْ  لأَِجْلِهِ انْشَقَّ الْقَمَرْ

min mak-ka-til-lam-ma dzo-har   li-aj-li-hin syaq-qal qo-mar

Dari Makkah apa yang kelihatan, Atas permintaannya (Muhammad SAW) bulan terbelah,

 .

وَافْتَخَرَتْ  اۤلُ مُضَرْ  بِهِ عَلَى كُلِّ اْلأَنَامِ

Waf-ta-khor-rot aa-lu mu-dhor     bi-hi a’-la  kul-lil ‘a-naa-mi

Dan keturunan Kabilah Mudhar (Kabilah Muhammad SAW), Dibanggakan oleh seluruh manusia.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami

.

……………………………………….

.
.

أَطْيَبُ النَّاسِ خَلْقًا   وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقًا

Ath-ya-bun-naa-si khol-qon   wa a-jal-lun-naa-si khu-lu-qon

Bagindalah manusia yang terbaik ciptaanNya, Dan teragung akhlaknya,

.

ذِكْرُهُ غَرْبًا وَشَرْقًا   سَائِرٌ وَالحَمْدُ لِلَّه

Dzik-ru-hu ghor-ba wa syar-qon    saa-‘i-ruw wal-ham-du LiL-Lah

Semua mengingatinya di barat dan di timur. Segala puji hanya bagi Allah,

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

 .

صَلُّوا عَلَى خَيْرِ الاَنَامِ  اَلْمُصْطَفَى بَدْرِ التَّمَامِ

Shol-luu a’-la  khoi-ril a-na-mi   al-mus-tho-fa bad-rit-ta-maa-mi

Berselawatlah kepada sebaik-baik manusia, Yang terpilih bak Bulan Purnama,

 .

صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا   يَشْفَعْ لَنَا يَوْمَ الزِّحَامِ

Shol-luu  a’-laiy-hi wa-sal-liy-muu  yasy-fa’-la-naa  yau-maz-zi-haa-mi

Selawatlah dan salam disampaikan kepadanya, Semoga kita mendapat syafaatnya di hari kebangkitan.

 .

يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa naaa… (8X)

Betapa beruntungnya kami…

.
.
.

ULANG KORUS

.

ظَهَرَ الدِّيْنُ المُؤَيَّدْ   بِظُهُوْرِالنَّبِىْ اَحْمَدْ

Dzo-ha-rod-diy-nul  mu-aiy-yad    bi-dzhu-huu-rin Na-biy Ah-mad (2X)

Telah muncul agama yang dibawa dengan munculnya Nabi Ahmad (Muhammad SAW),

.

يَا هَنَانَـا بِمُحَمَّدْ  ذَلِكَ الفَضْلُ مِنَ الله

yaa ha-naa naa… bi-Mu-ham-mad   dza-li-kal  fadh-lu  mi-naL-Lah…..

Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad SAW, Itulah anugerah dari Allah.

.

 يَا هَنَانَـا

yaa ha-naa-naaa….. (16X)

Betapa beruntungnya kami………………..

Friday 26 April 2013

SHOLAATUN BISSALAAMIL MUBIN (MARI BERSHOLAWAT)





  • Sholatun bisalamil mubin…linugthotit ta’yii ni ya ghoroomii)6X
    Nabiyyuna kaana ashlattak wiini….min ngahdi kun fayakuunu yaa ghoroomii(2X) back to *(2X) Ayaman ja’ana khakkon nadhiiri…mughiitsan musbilan subularoshaadi(2X) back to *(2X) 
    Allah Ya Allah Ya Allah Ya Allah (4X) 
    Rosulullahiyaa dhowiil jabiini… wayaamanja’abil khakkil mubiin(2X) back to *(2X)
    Sholatulam tazal tutlaa ngalaika…kami’ thorin nasiim tuhdaa ilaika (2X) back to * (2X)


    • Shalawat serta salam ku persembahkan kepada mu wahai kekasih ku
      Sebagai bukti keteguhan ku,wahai Nabi saw (kekasih ku)
      Engkaulah sebenar2nya pemberi peringatan pada masa mu
      Wahai kekasih ku,wahai Rasulullah saw yang bercahaya wajahnya penunjuk jalan kebenaran
      Tak lekang sholawat tercurah pada mu wahai pembawa kebenaran,laksana hembusan angin
      yang kencang.

Monday 8 April 2013

Bila Memang Kita Bersalah

Tak perlu sibuk banyak alasan membela diri hanya kerana takut kemarahan makhluk atau takut jatuh kedudukan di sisi makhluk
  1. Akui saja dengan jujur,
  2. Segera mohon ampunan Allah,
  3. Minta maaflah dengan tulus ( ade jg aku minta maaf tp x dak perasaan sbbnye x tau mane silap aku)
  4. Jangan takut untuk memikul risiko sebagai tanggungjawab atas kesalahan
Lepas tu fokus tafakuri dengan sungguh-sungguh akan kesalahan serta gigihlah perbaiki diri, sebagai tebusannya...Agar benar-benar diterima Allah. Semuanya harus kerana-Nya, bukan untuk mencari simpati atau penilaian manusia.....Sesungguhnya Allah amat mencintai orang yang bertaubat, dan mencintai orang yang memperbaiki/mensucikan diri....


Nota : Aku rase aku banyak buat salah ketika dalam pengajianku...ada aje yg aku mahu bantah jika aku rasa itu bukan salah aku...tp sememangnya aku bersalah jua sebab tak dengar dan ingat akan nasihat yang telah dipesan.....betapa aku telah menzalimi diri dan dgn mudah aku hilangkan keberkatan ilmu yang dipelajari.....Allah Allah Allah....


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday 7 April 2013

Kisah Rasulullah sebagai pengajaran.


Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Baginda juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual. Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap dimasak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur.

Sayidatina 'Aisyah menceritakan "Kalau Nabi berada di rumah, baginda selalu membantu urusan rumahtangga. Jika mendengar azan, baginda cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang."

Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, "Belum ada sarapan ya Khumaira?" (Khumaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang bererti 'Wahai yang kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, "Belum ada apa-apa wahai Rasulullah."
Rasulullah lantas berkata, "Jika begitu aku puasa saja hari ini." tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.

Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, "Mengapa engkau memukul isterimu?" Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, "Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia."
"Aku tidak bertanya alasanmu," sahut Nabi s. a. w. "Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?"
Pernah baginda bersabda, "sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya."
Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.

Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, "Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?"
"Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar."
"Ya Rasulullah... mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit..." desak Umar penuh cemas.
Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda. "Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanana, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?"

Lalu baginda menjawab dengan lembut, "Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?" "Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak."

Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu. Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ketuanan. Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan. Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi.

Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, "Ya Rasulullah, bukankah engkau telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?" Jawab baginda dengan lunak, "Ya 'Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur."
Itulah kiranya sebaris cerita tetang seorang yang mulia kekasih ALLAH SWT pemimpin umat, sudilah kiranya kita sebagai umat beliau dapat mencontoh apa yang beliau lakukan hanya untuk mendapat cinta dan ridho ALLAH semata..sama-sama mari kita bertanya kedalam hati kita kapankah kita akan berlaku seperti yang baginda lakukan, dan semoga sebaris kalimat diatas dapat memacu hati kita untuk lebih mendekat kepada sang pencipta ALLAH SWT..


~ Credit to Tok Pake :) Barakallah ~