بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Monday 24 June 2013

Journey To The North


Pengalaman aku dalam perjalanan menuju ke utara dengan kakak n adik...memberi banyak ilmu...sejak dari awal perjalanan, aku perhatikan kakak sentiasa berzikir...setiap kali sampai simpang samada nak belok ke kiri atau kanan, kakak sentiasa mulakan dengan Bismillah....Bila tiba tempat persinggahan, kakak akan sentiasa mengucapkan Alhamdulillah.....masa makan malam, aku perhatikan kakak ni memang seorang yg peramah....mana taknye, orang yg tak kenal pon dia tegur...senyum dan bertanya....hehe....jadi aku tarik balik kenyataan aku yg kakak bukan seorang yg peramah...aku tertarik dgn sikap kakak iaitu menghadiahkan apa saja kepada orang yg dia jumpa....teringat aku, lepas makan, kami beli aiskrim....aiskrimnya, dia bagi pada seorang insan di situ....jadi, tahu la aku yg akak ni mengamalkan apa yg dia cakap iaitu 'rezeki Allah bagi bukan untuk kita saja, ada hak orang lain kat situ'....bila tibe tol, akak tak pernah lupa memberi salam, ucapkan Alhamdulillah dan jika ada balance beberapa posen, akak akan cakap ' saya hadiah'...Allah Allah Allah.....satu yg aku pelik, bila ada masa santai dgn kakak walau dlm keta, aku seperti tak ada apa2 nak bersembang dengannya...aku hanya memerhatikan gerak gerik dia je.....dr awal perjalanan sampailah kami selamat tiba di kampung Tunjang....hehe

Aku perhatikan, tibe je kat umah.... kakak berkali-kali mengucapkan Alhamdulillah....terserlah keceriaannya....saat memberi salam, kakak sempat lg bergurau....takkala pintu rumah terbuka...aku tengok, Wan adalah insan yg paling gembira bila melihat kakak....terasa hilang segala kepenatan bila tengok wajah Wan...Allahu Akhbar....dalam diam hati berbisik ' tak sia-sia balik kampung, Wan gembira sungguh melihat akak'...

Hari pertama aku di kampung, pagi2 aku dah santai dgn Wan...macam2 Wan citer...hehe...ada le pengajaran yg aku dapat..salah satunya adalah ' Nak buat apa pon na, kena ingat ia bole bawa kebaikan dak kt akhirat nti'.....Tok buka kedai, selalu kuar..Wan tak suka, Wan kata "kita dak payah cari duit, biarq duit cari kita"...tu yg Wan buatkan kedai untuk Tok '....bole kata, byk yg aku belajar dgn Wan ketika santai dengannya....

Bermulalah kami di sana dengan perasaan gembira...hari pertama, lepas santai dgn Wan, aku p duduk dekat akak plak....mcm2 soalan ditanya..hehe...apa2 pon, aku perhatikan Wan seorang yg peramah...sentiasa melayan tetamu dgn baik...patut le kakak pon mcmtu...tetamu dimuliakan....aku pon perasan yg Wan sentiasa berzikir....nak buat apa pon Wan mulakan dgn niat....Bismillah dan setelah dapat atau selesai sesuatu, Wan akan ucapkan Alhamdulillah....wah! bestnyer la ada Wan mcmni.....gerak gerinya mengingatkan aku pada Allah...


Paling penting dalam perjalanan kami....misi sebenar sudah dilaksanakan.....aku plak yg rase gembira bila lihat depa semua gembira.....n aku pon tak sangka yg aku ni manja juga rupanye dengan akak....baru le aku sedar.....adeyh!!!!....klo tak ikut balik kampung, memang aku nafikan yg aku ni manja dgn kakak....bila Allah buka jalan, duduk sana dgn kakak, jadi baru le aku sedar tentang kemanjaan aku itu....huhu

Hari terakhir disana, rase berat hati nak balik melaka.....bestnya la duduk kampung....pasai apa la akak nak balik awai sangat..... tak best....huhu....hakikatnya, aku demam saat2 akhir di sana.....tp hati mmg tak nak balik melaka lagi...sebabnya aku sendiri tak tau ntah bila lagi aku akan menjejakkan kaki kt kampung tu lagi...ntah bila aku dapat santai dgn Wan lagi.....ntah bila dapat makan bihun sup lagi...ntah bila aku dapat berebut telefon kakak dgn adik...ntah bila kami dapat berebut untuk main FACEBOOK...ntah bila laaaaaaa......

Apa-apa pon, perjalanan ke utara memang best.....saat misi sebenar terlaksana, aku lihat wajah ceria kakak....aku lihat wajah gembira Wan, aku lihat wajah gembira anak-anak buah kakak...Allahu Akhbar...takdak yg indah melainkan melihat senyuman mereka.....


Nota : Aku puji sikap kakak yg bersemangat, berani, tabah, cekal, sabar....akhirnya segala pengorbanan kakak terbalas dengan senyuman mereka semua.....itu yang paling PENTING.....aku ? hanya menumpang gembira saja....dan demi Allah, aku memang sayang kakak....aku sendiri tak tahu mcmna ada perasaan ini untuk dia....Alhamdulillah...



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday 14 June 2013

Cinta Hakiki

Jika ditanya tentang cinta….aku memang tak tau tentang cinta nie….org selalu kata cinta itu buta…tapi, betul ka cinta itu buta ? atau kita sendiri yg buta tentang cinta ? cinta ? apa itu cinta ? adakah ia bermakna kita sanggup buat apa sahaja demi org yg kita cinta ? adakah ia dikatakan cinta itu buta ? emmm…..

Kita sendiri yg buta tentang cinta sebab kita tak memahami makna CINTA itu sendiri….hala tuju cinta kita bukan kepada  Pencinta hakiki (Allah s.w.t.)….jadi, memang benarlah cinta itu buta….

Had cinta sesame makhluk terlalu terbatas sementara cinta Ilahi tak terbatas….tengok aje la pasangan bercinta…kalau kekasih "buat hal", banyak kali "pulak tu", mana tahan. "Last-last", minta putus cinta.

Tapi Allah tak mcmtu. Banyak manusia yang tidak balas cinta Allah, tapi makan pun Allah masih bagi, kesenangan pun Allah masih kurniakan…Nikmat mana lagi nak didustakan ? Allahu Rabbi….

Cinta sesame makhluk..apa kita dapat ?
Cinta kita:
...Kerana kita memerlukan siapa yang dicintai, untuk lempias nafsu kita.
Cinta kita:
...bermusim
Cinta kita:
...sentiasa meminta dari memberi.
Cinta kita:
...tidak kekal abadi.
Cinta kita:
...tidak sanggup untuk selalu mendengar keluhan dan masalah kekasih kita.

Tetapi...Cinta Ilahi…
Cinta Ilahi:
...tanpa berhajat kepada kita, bahkan kitalah berhajat kepada-Nya.
Cinta Ilahi:
...tidak bermusim, bahkan Dialah yang mencintai manusia, dan mencipta cinta dalam diri manusia
Cinta Ilahi:
...sentiasa memberi tanpa meminta, bahkan menyuruh kita untuk meminta dari-Nya
Cinta Ilahi:
...sentiasa sudi mendengar keluhan dan rintihan kita, bahkan sentiasa pula bersama-sama kita dan membantu menyelesaikan masalah kita.

Cinta mana yang lebih hebat.? Tapi, yang peliknya kita sendiri.

Dahlah Allah s.w.t. ciptakan kita...
Dahlah Allah s.w.t. cintakan kita...
Dahlah Allah s.w.t. ciptakan cinta dalam diri kita untuk mencintai-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa memberi tanpa meminta dari kita...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa mendengar rintihan kita...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa memberi peluang untuk kita membaiki kesilapan kita...
Dahlah Allah s.w.t. Maha Mengampuni kita takkala kita selalu menderhakai-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. terus memberi nikmat, walaupun kita selalu buat maksiat terhadap-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa menyembunyikan keaiban kita dari manusia...
Dahlah Allah s.w.t. menjanjikan syurga untuk ketaatan kita...
Dahlah Allah s.w.t. menjanjikan neraka untuk kederhakaan kita...

Pun begitu...

Kita sering leka, dan terus leka, dari mencintai-Nya, dengan mencintai selain-Nya. Siapa yang tidak memahami cinta, kalau bukan kita. Dahlah tidak faham cinta, namun tidak pula ingin menghargai cinta. Sekurang-kurangnya, kita yang tidak mampu membalas cinta Ilahi s.w.t. kepada kita, dengan cinta kita kepada-Nya sekalipun, cukuplah kita berusaha mencintai-Nya sebagai tanda kita menghargai cinta-Nya kepada kita.

Walaupun tidak mampu balas, apa salahnya kita menghargai cinta-Nya dengan mencintai-Nya sepenuh hati...Dunia, nafsu, syaitan dan makhluk...tidak menjanjikan cinta, tetapi mengorbankan kita atas dasar cinta...Sedangkan Allah s.w.t. menjanjikan cinta demi cinta, dari cinta kita, atas dasar cinta, kerana Dia ialah Tuhan CINTA yang sentiasa CINTA, maka fahamilah.


 Nota : Kini baru aku faham tentang cinta yg selalu kakak perkatakan.....makna cinta itu mendalam bukan sekadar ungkapan semata-mata....fahamlah aku tentang cinta kakak selama ini...sementara aku pula perlu belajar untuk bercinta....

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday 9 June 2013

Al-Fatihah

Hari ini, mendapat tahu bahawa bapak angkat aku telah kembali menemui Allah…terasa sedih dan serbak…aku tak sempat jumpa dengannya…sejak habis belajar, aku tak balik ke Sarawak pon lagi…rasa bersalah pon ada sebab dah berapa kali adik angkat aku ajak balik ke sana untuk menjenguk bapak yg ketika itu sedang dirawat di hospital kucing..huhuhu..air mata mula mengalir saat terkenang bapak..

Allahu Akhbar….walau hanya sebagai bapak angkat, bapak tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapak….selama aku berada di Sarawak, bapak sentiasa menjaga kebajikan aku…tentang solat jangan cakap lah…..bila di sound ‘ sik ikut gi surau ka solat jemaah?’ bila aku jawab ‘kelak kamek gerak, nunggu sorang gik’….dgn pantas bapak membalas ‘ solat pun mauk ngu org ka?’….jika lewat, bapak n mak akan pergi ke surau dulu….

Saat aku sakit, walau ditengah malam…bapak akan segera memaksa untuk pergi ke hospital…wlau aku katakan padanya tak perlu namun bapak tetap berkeras…disebabkan aku nie jenis susah nk p klinik time2 sakit, maka aku turut juga berkeras….teringat satu ketika masa aku demam selsema…wlau dah pukul 2 pagi, bapak memaksa aku ke klinik..ohh tidak!!!!....akhirnya, kakak angkat aku yg aku hormati dan sayangi iaitu safarina bujang (Along) akhirnya memujuk aku untuk minum susu…..dalam diam, along telah hancur2kan ubat dan masukkan ke dalam minuman itu…..ketika aku minum, rase pelik..namun along buat selamba dan suruh habiskan minuman itu…selesai habiskan minuman barulah along mengaku yg dia dah taruh ubat dalam air susu itu…..huhuhu….pada malam itu aku telah tido dgn lenanya…bila terkenang saat dipaksa makan ubat buat aku tersenyum sbb sehingga saat ini, aku akan makan ubat yg sudah siap dihancurkan…haha….

Saat aku ketandusan kewangan..ermm, bapak orang pertama yg akan menyuruh along hantar duit kepada aku…wlau dah malam, along tetap hantarnya atas arahan bapak…(betapa susahnya aku nak survive di Sarawak )..bukannya dekat dari unimas ke pasir pandak…mau amik masa 1jam setengah….datang ke unimas semata-mata untuk hantar aku duit belanja…Allahu Rabbi, jasamu aku tak terbalas bapak…

Di saat raya aidilfitri, aku turut mendapat duit raya..hehe….lucu tp itulah kenangan aku beraya bersama family angkat..selama di Sarawak, selama itulah aku menyambut semua raya kat sana….baik raya aidilfitri, raya aidiladha, krimas pon sambut juga….hehe…paling best bapak masak nasi beriyani dgn daging masak hitam (wah….sedapnya !, bapak lah tukang chef setiap kali raya n bila ada BBQ), kek lapis termasuk kegemaran aku terutama kek lapis horlick hasil air tangan along…sedap!

ketika di waktu senggang, aku paling suka ikut bapak pergi ke kebun limau, tebu dan macam2 la….semua bapak nak tanam….plg best, aku bawa balik ke Melaka 2 kotak besar buah limau…..hehe….tak termasuk kek lapis dan ikan terubuk lagi….Allahu Akhbar, banyak nikmat Allah bagi aku……hadiah paling berharga yg aku dapat bila bapak bagi aku tasbih kesukaannya…aku manfaatkannya sejak aku terimanya sehinggalah aku dapat tasbih dari kakak ( aku manfaatkannya secara gilir )….

Bila bapak mendapat tahu bahawa ada jejaka kampungnya suka aku dan melamar aku...bapak dgn lemah lembutnya meminta mak sampaikan kpd aku ' sikda orang lain ka? ramai gi orang....carilah yg lain..bapak sik setuju'..aku ? cuak..sebabnya, macammana bapak tau...ini semua mesti along yg cakap...dgn lembut aku katakan kpd bapak 'sikda kamek couple bah, kawan jak..kamek sik mauk kawen gik, lom habis belajar pun'....adeyh!

aku juga suka bila dengar bapak membaca khutbah….terutama khutbah hari jumaat dan hari raya……bapak akan praktis dirumah dan kami akan dengarnya dengan teliti….bapak benar2 menggunakan bahasa melayu baku saat membaca khutbah dan sometime buat kami ketawa kecik….kini, semua itu aku tak akan alaminya lagi…kembalinya bapak kepada Allah, meninggalkan mak untuk mengurus kebun, rumah, homestay, kedai…..Allah, mudah-mudahan mak dan keluarga yang lain tabah…..


- Al- fatihah untuk bapak  Hj Bujang bin hj Abu Bakar dan moga ditempatkan bersama org beriman dan semua amalannya di dunia diterima oleh Allah Swt.....amin.