بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 31 March 2013

sifat-sifat kita

Senyum, menangis, susah, senang, gembira, duka, benci, suka dan sebagainya, adalah antara sifat-sifat kemanusiaan manusia...jadi, persoalannya sekarang "kerana apa kita bersifat dengan sifat-sifat tersebut?"

Jika kita melihat cara hidup Rasulullah, kita akan tahu bahawa 

1) Rasulullah  pernah tersenyum, namun senyuman Baginda  kerana Allah.
2) Rasulullah pernah menangis, tetapi tangisan Baginda  adalah penghayatan keperluan diri kepada Allah
3) Rasulullah pernah bersedih, namun sedih Baginda dengan penghayatan bahawa ianya menzahirkan kelemahan diri dihadapan Allah s.w.t.. 
4) Rasulullah pernah marah, namun marah Baginda kerana Allah s.w.t.


Sekarang kita lihat cara hidup kita yang bersifat seperti diatas...Adapun kita, gembira kita pun daripada kelalaian dan bukan kerana Allah, maka bagaimana sedih kita boleh lahir daripada penghayatan kebersamaan Allah dan kerana Allah ?

Nota : Redha dengan ketentuan Allah pun sampai kepada Allah dan yang memberontak terhadap Allah juga kembali kepada Allah. Masalahnya bukan pada sebab yang menyebabkan kita kembali kepada Allah, tapi bagaimana kita ketika kembali kepada Allah. Sebagai hamba atau sebagai pendusta? Kata mencari redha, tapi diri sendiri tidak mampu redha. Tanpa meredhai, bagaimana diredhai? 

Saturday 30 March 2013

Pandangan kaburku

Wahai guru ku….walau pelbagai manusia telah hadir dalam hidupku dan memberitahu kpd aku tentang jalanmu, namun ia tak pernah ubah pendirian aku..indeed !..kini aku lebih yakin akan jalanmu itu…. Aku melihat, kamu 

1) berfahaman bahawa seseorang wajib mengambil syariat zahir walaupun batinnya tidak menyerlah.

2) bagi kamu kalo orang yang memberi tumpuan kepada syariat zahir dan beramal dengannya, ditambah mujahadah, maka itu satu permulaan yang baik.

3) berpegang kuat syariat zahir tanpa batinnya boleh TAPI klo berpegang kepada syariat batin tanpa zahirnya adalah TIDAK

4) tak cenderung dengan pengalaman kerohanian yang bercanggah dengan kebenaran syariat walaupun sedikit.

5) bagi kamu, pembukaan itu hanyalah ujian
( bole jadi ia dapat mengheret  ke tempat azab secara perlahan-lahan)


Maka, bagi aku kamu adalah hamba Allah yang mendapat petunjuk dari Allah dan paling layak diikuti berbanding dengan yang lain-lain( aku sudi belajar denganmu.). kamu sebenarnya adalah hamba Allah yang telah diberi bimbingan dan petunjuk yang benar oleh Allah. Allah telah mudahkan serta membantu kamu dengan  kebenaran syariat dan Allah memberi kamu ganjaran kerana sedaya upaya mengamalkan peraturan syariat. Kamulah salah seorang golongan yang berbahagia……

Sunday 24 March 2013

Guru Yang Mursyid


Bila sebut tentang mursyid….ramai yg mahu ada mursyid sendiri tak terkecuali aku…yup, aku memang mencari mursyid…tapi sampai sekarang tak pernah jumpa2 lagi…hehe….

Sebelum tu, apa itu mursyid? Mursyid  adalah seseorang yg membimbing ke jalan rohani… firman Allah “ Barang siapa yang diberi petunjuk oleh Allah, dialah orang yang mendapat petunjuk dan siapa yang dibiarkan-Nya sesat, maka tidak ada seorang Pemimpin pun yang memberinya petunjuk (Al-Kahf : 17).

Pembimbing ni sebenarnya adalah sahabat rohani kita dan sentiasa bersama-sama dalam menuju ke hadrat Ilahi demi mencapai keredhaan-Nya…firman Allah
“Barang siapa mentaati Allah dan Rasul, maka mereka itu bersama-sama dalam deretan orang-orang yang diberikan ALLAH kurnia kepada mereka iaitu Nabi-Nabi, orang-orang yang benar, orang-orang syahid dan orang-orang yang soleh. Adalah sebaik-baiknya bersahabat dengan mereka(An-Nisa ayat 69).

Untuk aku yang nak cari guru, aku kena tengok juga kriterianya untuk menjadi guru aku….Antaranya :-

1) Kena pilih Guru yang Mursyid (dicerdikkan Allah SWT) bukan dicerdikkan oleh yang lain-lain dengan izin dan redha Allah kerana Allah.

2) Yang memberi bekas pengajarannya (kalo dia mengajar berbekas pada aku dan berubah kearah kebaikan) berbekas pengajarannya tue dengan izin Allah, Biiznillah. Sama macam ustaz kazim cakap… (^_^)

3) Bulat hatinya, kasih kepada Allah. dia giat bergelora dalam dunia, bekerja hebat dalam dunia, tapi bukan sebab kasih kepada dunia tapi sbb prestasinya itu adalah sebagai abdinya pada Allah SWT dalam hidupnya.

4) Mengambil ilmu dari “Polan” yang tertentu. Gurunya harus mempunyai tali yang nyata kepada Allah dan Rasul dengan Silsilah yang nyata.

5) Wajib seorang guru  itu ada  ilmu-ilmu syariat yg benar-benar kuat dan mendalam.

Firman Allah berkaitan dengan seorang mukmin/ mursyid :-

Dan Kami jadikan mereka menjadi ikutan untuk menunjuki manusia dari perintah Kami dengan sabar serta yakin dengan keterangan Kami. ( as-Sajadah, 24)

 Mereka itulah orang yang telah diberi Allah petunjuk, maka ikutlah Dia dengan petunjuk itu. ( an-Nam, 90)

Wahai kaum Kami ikutlah (kata-katanya) orang yang menyeru kamu kepada Allah, dan percayalah kepada-Nya, niscaya Allah mengampuni dosamu dan melepaskan kamu dari pada azab yang pedih. (al-Ahqaf, 31)

Ikutlah orang yang tiada meminta upah kepadamu itu, karena mereka mendapat pimpinan yang benar. (Yasin, 21 ).



Nota : Sekarang setelah aku senaraikan kriteria yg bole jadi guru aku…aku rasa aku dah temui guru itu secara sedar atau tak….dia sentiasa ingatkan aku berpegang teguh pada Al-quran dan sunnah. Banyak juga le dia dah ajar aku secara tak langsung sejak 2 tahun lepas…aku akui yg aku memang byk lalai…tapi persoalannya adalah dia ni ‘guru’ atau ‘kakak’ aku ???.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Monday 18 March 2013

Ya Rasulullah

Saat kita kelaparan ingatlah kekasihmu Rasulullah s.a.w mengikat dua batu ke perutnya dalam perang khandak

Apabila kita marah dan sedih, ingatlah Rasulullah s.a.w mengawal kemarahan dan kesedihannya di atas kesyahidan pakciknya yang tercinta HAMZAH

Apabila kita kehilangan gigimu ingatlah Rasulullah s.a.w yang kehilangan giginya ketika perang Uhud

Apabila darah mengalir dari mana-mana bahagian tubuh kita ingatlah badan kekasih Allah Muhammad s.a.w yang mengalirkan darahnya akibat dibaling batu oleh penduduk Thaif

Apabila kita kesunyian ingatlah pengasingan Rasulullah s.a.w di gua Hira`

Apabila kita berasa letih ketika solat ingatlah kaki Rasulullah kekasih Allah yang bengkak kakinya ketika solat Tahajjud

Apabila kita mengahadapi masalah dengan jiranmu.. ingatlah kisah seorang wanita tua yang sering membaling najis / sampah terhadap Rasulullah s.a.w namun baginda tetap sabar

Apabila kita kehilangan anakmu (meninggal dunia) ingatlah Rasulullah s.a.w yang kehilangan tiga orang puteranya ABDUL QOSIM, ABDULLAH and IBRAHIM.

Apabila kita memulakan perjalananmu yang jauh ingatlah perjalanan Rasulullah yang jauh ke MADINAH dalam HIJRAH

Apabila kita ingin membantah atau berpaling dari sunnahnya.. maka ingatlah cinta Rasulullah s.a.w padamu sebagai ummatnya sehingga nafasnya yang terakhir dia menyebut-nyebut namamu ummatku..ummatku..ummatku

Apabila kita mengalami kemiskinan ingatlah Rasulullah s.a.w yang juga hidup dalam kemiskinan
Apabila kau kehilangan ahli keluargamu maka ingatlah saat Rasulullah kehilangan orang yang tercinta iaitu Siti Khadijah dan bapa saudaranya abu muthalib

Saat kita menjadi yatim piatu.. ingatlah kehidupan nabi Muhammad s.a.w yang sukar sebagai yatim piatu dari kecil

Apabila kita kasih dan sayang kepada anak yatim ingatlah kasih sayang Rasulullah kepada ZAID IBN HARITHA

Whatever situations you may find yourself in, remember your role model, the best of creation: Prophet Muhammad (Peace be upon him) THE CHOSEN ONE. SUBHANALLAH

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبْدِكَ وَرَسُولِكَ النَّبِيِ الأُمِّيِّ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسلِّمْ

sekarang ketahuilah hikmah kejadian Muhammad s.a.w sebagai kekasih Allah Rasul Allah (^_^) ♥


Nota : bila jiwa kacau, terasa nk mati cepat2....Allahu Akhbar....dapatkah mata ini menatap wajah Baginda? terasa diri dh terlalu jauh....

~ Credit to 1001 sirah Nabi Muhammad saw Barakallah ~

Wednesday 6 March 2013

Mati sebelum mati ?

Ramai antara kita bole berkata "Kita adalah hamba-hamba Allah yang Maha Kuasa"...persoalannya adalah berapa orang yang sungguh-sungguh menghamba sebagaimana yang diinginkan Tuhan kita? Apakah yg menghalangi kita dari penghambaan yang sesungguhnya, kepatuhan sejati kepada Allah.? Itulah dia nafsu kita....

kita ibarat berada ditengah-tengah...sebelah sini menyeru kita untuk menyembah Allah..sebelah sana pula adalah nafsu kita yg memanggil..bila kita menjalankan ketaatan kepada-Nya, kita adalah sebagai hamba Allah...sementara, bila mendengar panggilan nafsu, kita adalah hamba nafsu sendiri..

mati sebelum mati ? mulanye aku fikir apakah maksud perkataan ini sebenarnya..kini baru le aku tahu yg perkataan itu adalah salah satu hadis Rasulullah saw untuk menyarankan kita menyelamatkan diri kita dari nafsu kita sendiri ( kiranya nafsu yg menghasut kita membuat maksiat la..)

setakat yg aku tau, bagi yg telah melalui proses mati sebelum mati....baginya tiada apa yg mereka mahukan lagi...bila Allah suka, dia pun suka..bole kata dia seperti mayat la..sebab orang yg sudah mati mana bole membahayakan atau menyakiti atau tersakiti dengan perbuatan atau ucapan....kan? ermm...klo dah jd mayat, bilamana orang menyakitinya, mana ada dia membalas perbuatan itu semula...kan ?

Nota : topik ini membuat aku berfikir tentang pesanan kakak aku bilamana aku terasa disakiti, ditindas, difitnah dan segala macam la hal2 -ve....kakak aku pesan "pandang af'al Allah..settle! "....kiranye, aku masih belum lg la melalui proses mati sebelum mati nie....banyak lg hal2 yg aku kena 'matikan'....termasuklah AKU....bru le aku faham apa yg akak nak didik aku...tu pasal la aku sayang kamu...hahahaha.... (^_^)

Saturday 2 March 2013

Keadaan Seseorang Ketika Dalam Kubur


Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan….., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab: "Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi: "Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: "Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: "Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya."