Senyum, menangis, susah, senang, gembira, duka, benci, suka dan sebagainya, adalah antara sifat-sifat kemanusiaan manusia...jadi, persoalannya sekarang "kerana apa kita bersifat dengan sifat-sifat
tersebut?"
Jika kita melihat cara hidup Rasulullah, kita akan tahu bahawa
1) Rasulullah pernah tersenyum, namun senyuman Baginda kerana
Allah.
2) Rasulullah pernah menangis,
tetapi tangisan Baginda adalah penghayatan
keperluan diri kepada Allah
3) Rasulullah pernah bersedih, namun sedih Baginda dengan
penghayatan bahawa ianya menzahirkan kelemahan diri dihadapan Allah s.w.t..
4) Rasulullah pernah marah, namun marah Baginda kerana Allah s.w.t.
Sekarang kita lihat cara hidup kita yang bersifat seperti diatas...Adapun kita, gembira kita pun daripada kelalaian dan bukan kerana Allah, maka bagaimana sedih kita boleh lahir daripada penghayatan kebersamaan Allah dan kerana Allah ?
Nota : Redha dengan ketentuan Allah pun sampai kepada Allah dan yang memberontak terhadap Allah juga kembali kepada Allah. Masalahnya bukan pada sebab yang menyebabkan kita kembali kepada Allah, tapi bagaimana kita ketika kembali kepada Allah. Sebagai hamba atau sebagai pendusta? Kata mencari redha, tapi diri sendiri tidak mampu redha. Tanpa meredhai, bagaimana diredhai?
No comments:
Post a Comment