Rasulullah s.a.w bersabda: "Apabila si mati dikuburkan…..,
datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu
di antaranya disebut dengan nama "Munkar" dan yang satulagi disebut
dengan nama "Nakir", (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah
dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:"Apa
yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?" (dan pada
satu riwayat oleh Abu Daud: Mereka bertanya kepadanya: "Apa yang engkau
pernah sembah?" Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia
akan menjawab dengan berkata: "Aku menyembah Allah!" Kemudian ia
ditanya lagi: "Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?" (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka
menyoalnya dengan berkata: "Siapa Tuhanmu?" Ia menjawab:
"Tuhanku ialah Allah!" Mereka bertanya lagi: "Apa agama
mu?" Ia menjawab: "Agamaku ialah Islam!" Mereka bertanya lagi:
"Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?" Maka
kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata:
"Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui
serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan
Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan
RasulNya!" Mereka berkata kepadanya: "Kami sedia mengetahui bahawa
engkau mengakui yang demikian"; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud
bahawa Baginda s.a.w bersabda: "Lalu diseru oleh penyeru dari langit
katanya: "Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah
baginya sebuah pintu ke Syurga". "Rasulullah s.a.w bersabda lagi:
"Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya );
kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan
cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya:
"Tidurlah!" Lalu ia berkata: "Bolehkah aku balik kepada
keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?" Dua Malaikat itu
berkata kepadanya: "Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak
dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya
sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu
seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: "Aku
dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu
benarkah atau tidak". Lalu dua Malaikat itu berkata: "Memang kami
tahu engkau berkata demikian"; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud:
"Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: "Sesungguhnya orang
itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan
pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke
Neraka". Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: "Lalu datang kepadanya
sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi
supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang
rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah
bangkitkan dia dari kuburnya."
No comments:
Post a Comment