بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 27 November 2011

Esensi Solat


     Solat sangatlah penting kerana iaa merupakan pernyataan lahiriah seseorang menjadi muslim. Akan tetapi, Al-Quran menerangkan jenis solat yang tidak disukai iaitu yang tanpa keihklasan sebaimana diterangkan dalam QS Al-Ma’un , 107 : 4-6 .
     Hal ini menunjukan bahwa yang membuat solat kita menjadi sah bukanlah gerakannya, seperti rukuk dan sujud , melainkan tujuan serta apa yang difikirkan pada saat solat. Beberapa orang melakukan solat hanya untuk menunjukan kepada yang lain tentang “kemusliman” mereka, bukan untuk meraih keredhaan Allah. Sesungguhnya , mereka melakukan hal yang di luar batas .
    Yang membuat solat kita diterima adalah kesedaran kita bersujud di hadapan Allah hanya untuk menyatakan penyerahan diri kita kepada-Nya. Itulah sebabnya, Allah memerintahkan orang-orang beriman “berdirilah kerana Allah (dalam solatmu) dengan khusyuk .” (QS Al-Baqarah , 2 : 238).
    Ayat lain menggambarkan orang-orang beriman sebagai, “orang-orang yang khusyuk dalam solatnya ” (QS Al-Mu’minun , 23 : 2) . Kekhusyukan pada ayat ini bererti mengalami rasa takut disertai rasa hormat serta kekaguman yang mendalam .

~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

4 comments:

Ku Azmiza said...

solat mampu mengelakkan perbuatan keji dan mungkar...tapi kadangkala kita lihat ramai yang bersolat tetapi ramai jua yang bermaksiat. Lihat diri kita, jika begitu justeru kita harus faham... betapa teruknya solat kita...tiada khusyuk,tiada keikhlasan,tiada benar2 solat hanya sekadar melepaskan rasa bersalah!

fakerien said...

Allahu AKhbar....itu sepertilah solat org yg sia-sia...hanya penat yg dapat..betil kah kak? sy dh lupa ttg hadis bg mereka yg solat spt yg akak ckp kan ini...

Ku Azmiza said...

itu firman Allah yakni mengelakkan perbuatan keji dan mungkar

fakerien said...

sy dh lupa ia berkaitan dgn kisah apa...