بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 25 November 2011

Cinta dan hak


Dalam hubungan-hubungan yang sifatnya duniawi orang-orang sentiasa memperhitungkan adanya kemungkinan berakhirnya persahabatan mereka. Dengan demikian, mereka pun menghindari untuk menunjukkan sifat ketulusan yang nantinya dapat membuat mereka merasa malu bila kelak keramah-tamahan ini telah berakhir.
Di lain pihak, bagi orang-orang beriman, mereka memiliki ketulusan dan tidak pernah bersikap pura-pura. Seseorang yang berniat untuk bersama-sama dengan orang lain untuk selama-lamanya adalah seorang yang telah memiliki komitmen untuk menunjukkan kesetiaan, cinta, dan persahabatan yang tiada putus-putusnya.
Karateristik istimewa mengenai cinta dan persahabatan dari orang-orang beriman ini, iaitu kesediaan untuk bersama-sama selama-lamanya, membuat mereka dapat memperoleh kebahagiaan yang besar dari kasih sayang yang mereka alami serta kegembiraan kerana punya harapan untuk berada bersama-sama dengan orang-orang yang dicintai di syurga nanti. Ini juga merupakan kesenangan kerana adanya kepastian sehingga mereka akan bersikap setia kepada orang-orang yang dicintai selama-lamanya.
~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

2 comments:

ku azmiza said...

TIDAKLAH AKAN BERTEMU SESEORANG ITU DENGAN SESEORANG YANG LAIN JIKA BUKAN KERANA ALLAH LANTARAN MEREKALAH HAMBA BERTAQWA

fakerien said...

sungguh beruntung seorang itu dpt pasangan yg sama2 beriman dan bertaqwa...