بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 18 November 2011

JIHAD

Wajiblah bagi orang yg menjalani tariket sufiah selain daripada amalan wirid, melancarkan jihad dari empat penjuru dengan cara ihad yang paling berkesan iaitu:

1.Jihad Badan
2.Jihad Nafsu
3.Jihad Syaitan
4. Jihad dari Pengaulan Manusia.

Jihad Badan
Jihad badan ialah dengan memutuskan barang-barang keperluan badan iaitu dengan mensedikitkan makan minum, pakaian dan tidur. Kalau semua keperluan2 itu diberi melebihi atau diberi sepuas-puasnya tentulah akan mendatangkan gelap pekat atau zulmat kepada hati (ruh) orang itu. Janganlah mengambil makan minum melainkan sekadar menguatkan badan untuk beribadat dan taatkan Allah. Janganlah memakai pakaian melainkan sekadar menutup aurat dan memelihara keburukan badan. Janganlah tidur melainkan sekadar memulangkan kecergasan supaya dapat beribadat dan mentaati Allah. Demikianlah juga kaki tidak akan melangkah berjalan melainkan sekira-kira boleh menolong pada jalan Allah dan tidak mengikut orang melainkan kepada orang yang boleh menolong mencapai cita-citanya (sampai kepada Allah). Pendek kata, segala gerak-geri badan tidak bekerja melainkan kerana Allah untuk Allah bukan kerana hendak memberi kepuasan kepada tuntutan hawa- nafsu.


Jihad Nafsu
Jihad nafsu ialah dengan memutuskan kebiasaan2 adat nafsu berahi dan segala keinginannya. Dan jalan yang paling berkesan untk mencegah nafsu ini ialah dengan mengerjakan segala apa2 yg dibenci oleh nafsu dan menjauhkan segala perkara kesukaan nafsu. Misalnya, kalau nafsu benci kepada ibadat hendaklah menguatkan ibadat kuat-kuat, kalau nafsu sukakan pakaian yang lawa-lawa hendaklah memakai yang buruk-buruk dan bertampung-tampung, kalau nafsu malu untuk meminta sedekah hendaklah pergi meminta sedekah di khalayak ramai. Demikianlah kiaslah lain-lain misal lagi supaya tabiat-tabiat nafsu itu terlukah sendiri. Dan sebesar-besar perkara kesukaan nafsu ialah kasih kepada kemegahan, kekayaan, dunia dan gadis cantik lawa.


Jihan Syaitan


Jihad syaitan ialah dengan memasyghulkan atau membimbingkan hati mengingati Allah dan mengikiskan segala godaan syaitan dari lubuk hati dengan memperbanyakkan zikir, sama ada zikir lidah atau zikir hati dalam setiap detik jantung. Syaitan itu musuh yang melupakan hati kepada Allah dan penawar yang paling mujarab untuk menghapus musuh itu ialah zikir mengingati Allah. Firman Allah S.W.T:
Maksudnya, sesungguhnya syaitan itu musuh kamu maka hendaklah kamu jadikan dia perseteruan ( jangan buat kawan), iaitu dengan memperbanyakkan zikir mengingati Allah. Allah laksana gembala bagi syaitan manakala syaitan pula laksana anjing Allah, kiranya orang tidak mengenal gembala dan ia lalai pula daripada meminta pertolongan gembala maka sudah tentu keselamatannya akan terancam oleh anjing Allah itu tetapi kalau ia sudah berkenal baik dengan gembala itu dan selalu ia meminta pertolongan sudah tentu ia akan aman daripada bahaya ancaman anjing Allah itu.


Jihad dari Pengaulan Manusia
Pengaulan dengan orang ramai atau bermasygul dan membimbing dengan manusia banyak adalah sebesar-besar batu penghalang untuk mencapai makrifat dengan Allah S.W.T. Ini adalah permulaan bagi orang yang hendak menjalani suluk atau bagi orang-orang yang mula-mula hendak memasuki tariket sufiah dan belum lagi ia sampai kepada maqam yang sempurna. Demikianlah halnya biasa berlaku bagi orang-orang awam sufi yang sedang melatih diri untuk berjihad melawan nafsu dan godaan syaitan (mujahadah).
Adapun orang yang sudah matang dengan kesucian nafsunya dan sudah mencapai maqam “ al- kamil” maka tiada halangan kepadanya mencebur diri dalam pengaulan sosial dengan orang banyak malah adalah menjadi kewajiban kepadanya menerjunkan diri dalam pengaulan sosial untuk membimbing masyarakat kearah jalan benar.
      Lihatlah sahabat-sahabat Nabi umpama Abu Bakar, Umar, Usman, dan Ali dan pula iman-iman besar umpama Al-Syafii, Al-Ghazali, Al Syaikh Abdur Kadir Al-Jailani dan lain-lain lagi semuanya adalah orang-orang wali yang mempunyai sifat -sifat peribadi sufiah yang tetap tinggi belaka dan mereka semuanya adalah manusia kamil dan pekerjaan mereka semuanya adalah untuk masyarakat jalan yang diredai Allah.
Demikian juga halnya sekalian Nabi, Nabi Muhammad, Sulaiman, Musa, Ibrahim, dan lain-lain lagi adalah manusia kamil dan tak menjadi halangan kepada mereka bahkan tak mencacatkan mereka masuk dalam gelanggang pengaulan sosial dan mereka menyampaikan seruan ugama sebagai tugas waiib mereka untuk membentuk masyarakat ke jalan luhur.
(Petikan dari Kitab “MENGENAL DIRI DAN WALI ALLAH, karangan Al-Ustaz Mustapha Mohamed Al-Jiasi Al-Ahmadi, halaman 96-98).


~ Barakallah ~

No comments: