بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday 1 November 2011

Zikrullah

  1. Zikrullah 
~~ Al-Imam Syamsuddin menyatakan “sesungguhnya zikir adlh makanan asas bg hati dan roh, apabila hamba Allah gersang dr siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yg terhalang tuk memperoleh makanan asasnya.
            Faedah zikrullah ini antaranya adlh mematahkan dan mengusir pengaruh syaitan. Menghilangkan kesedihan dlm hati, memberi ketenteraman dan kebahagian. Menjadikan hati bercahaya dan terpancar seri pd wajah, memberi kpd org yg berzikir rasa manis dan segar imannya. Sentiasa bertaqwa dan bertaubat kpd-Nya. Allah berfirman : Ingatlah kamu kpd-Ku, nescaya Aku pun ingat kpdmu (Al-Baqarah;152).
            Zikir ini sebagai ubat bg kekerasan hati. Makhul berkata : “menyebut dan mengingat Allah(zikrullah) adlh ubat dan mengingat-ingat manusia adlah penyakit”. Rasulullah bersabda: Perumpamaan bg org yg selalu mengingat Tuhannya dgn org yg tdk mahu mengingat Tuhannya adlh spt org hidup dan org mati”. Baginda bersabda : Hendaknya lisanmu selalu basah dgn zikir kpd Allah SWT” (HR Tirmidzi). Dgn selalu berzikir akan membuatkan seorang hamba memperoleh peluang untuk melihat Allah di kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yg terbuka baginya pintu zikir, maka terbuka pula baginya pintu masuk ke hadrat Allah SWT.
            Pelbagai cara zikrullah. Antaranya ialah dgn menyebut Asma, sifat2 atau memuji kebesaran-Nya spt Subhanallah, Alhamdulillah,Laa ilaaha illa Allah. Ada juga berupa penjelasan ttg hukum “Asma” dan sifatnya spt “Allah SWT selalu mendengar bisikan hati para hamba-Nya dan melihat setiap gerak-geriknya”.



~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

No comments: