بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Wednesday 2 November 2011

QS: Al Baqarah 2: 6-7

QS: Al Baqarah 2:6-7

2:6[6]
Sesungguhnya orang-orang kafir (yang tidak akan beriman), sama sahaja kepada mereka: sama ada engkau beri amaran kepadanya atau engkau tidak beri amaran, mereka tidak akan beriman.

2:7[7]
(Dengan sebab keingkaran mereka), Allah mematerikan atas hati mereka serta pendengaran mereka, dan pada penglihatan mereka ada penutupnya; dan bagi mereka pula disediakan azab seksa yang amat besar.
ASBABUNNUZUL
(QS AL-BAQARAH2:6-7)

Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir bahwa ayat 6 dan 7 ini turun sehubungan dengan kaum yahudi madinah yang diberi peringatan oleh Allah, tetapi mereka tetap ingkar. Allah mengunci mati  hati dan pendengaran mereka. Bagi mereka seksa yang pedih. Kedua ayat ini bercerita tentang perang Ahzab (Lubabun Nuqul:7).

Tafsir Ibnu Kasir
Dalam ayat ini Allah SWT. menegaskan bahawa hati orang kafir agar selalu tertutup akan kebenaran. Hal itu kerana sekali pun peringatan–peringatan allah swt telah datang rumah mereka tetap pada kekafirannya. Jadi, mereka tidak mengimani semua risalah Allah yang diturunkan melalui para Rasul-Nya.
            Pada ayat tersebut Allah menegaskan bahawa orang–orang yang  telah tenggelam dalam kesesatan kerana kekufurannya akan dibiarkan dalam kegelapan. Mereka tidak akan mendapatkan kebahagiaan dan Allah SWT akan menimpakan azab yang pedih untuk mereka kelak di akhirat. Allah SWT pun telah meminta kepada Rasulullah SAW agar tidak bersedih kerana kekufuran umat beliau. Hal itu bukanlah tanggungjawabnya. Beliau hanya berkewajiban menyampaikan risalah yang diamanatkan Allah SWT .
            Makna ayat (Sesungguhnya orang-orang kafir sama sahaja bagi mereka engkau (Muhammad) beri peringatan atau tidak engkau beri peringatan, mereka tidak akan beriman ) . Menurut riwayat, Ali bin Abu Thalhah dari Ibnu Abas bahawasanya Rasulullah SAW selalu berusaha seoptimal mungkin menjaga keimanan seseorang.
            Rasulullah SAW begitu sabar dalam menyampaikan dakwah, agar mereka mahu mengikuti ajaran yang beliau bawa. Beliau selalu menegaskan bahawa keimanan akan menuai kebahagiaan dan rahmat Allah SWT. Sebaliknya, kekufuran akan menuai kesesatan dan kemungkaran Allah SWT. (Al-Nisbah Al-Munir fi Tahzib Tafsir Ibnu Kasir, 1999:28-29).

No comments: