Mereka yang cari ridha Allah pada masa-masa susah lebih utama dan unggul daripada mereka yang tidak berupaya apa pun. Pegangan erat kepada agama mereka dalam masa-masa susah seperti itu menyingkapkan kebesaran iman mereka. Sukar menilai ketulusan seseorang yang berkorban di masa-masa mudah. Menempatkan manusia ke dalam cubaan melalui kesukaran adalah cara Allah membezakan antara mereka yang bersunggguh-sungguh dan mereka yang pendusta.
Cubaan Allah pada mukmin dengan kesukaran-kesukaran memiliki maksud lain. Telah mengalami kesukaran membuat seseorang menghargai lebih baik nilai sebuah nikmat dan membuatnya merasa lebih bersyukur. Ini kerana, kesukaran dan kesakitan mendewasakan jiwa manusia. Kesukaran-kesukaran di dunia ini membuat manusia mampu membuat perbandingan antara yang baik dan yang buruk, kelebihan dan kekurangan, kenyamanan dan keresahan.
Hanya melalui pembandingan-pembandingan ini seorang manusia menghargai nilai nikmat lahiriah dan batiniah yang dirasakannya. Lebih penting lagi, kesukaran-kesukaran ini membuatnya mampu sungguh-sungguh mengerti bagaimana ia memerlukan Allah dan memahami kelemahannya di hadapan-Nya.
~ V Al-fatihah to Ku Azmiza :) Barakallah ~
No comments:
Post a Comment