بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Saturday 14 January 2012

Rahsia Mengapa Allah Menghapuskan Perbuatan Buruk


     Orang-orang beriman bercita-cita memperoleh keredhaan, kasih sayang dan syurga Allah. Namun, manusia diciptakan dalam keadaan lemah dan lupa sehingga manusia melakukan banyak kesalahan dan memiliki banyak kelemahan.
   Allah yang Maha Mengetahui keadaan hamba-hamba-Nya dan Maha Pengasih dan Penyayang memberitahukan kita bahawa DIA akan menghapuskan perbuatan buruk dari hamba-Nya yang ikhlas dan memberikan kepada mereka pemeriksaan yang mudah (QS Al-Insyiqaq 84: 7-9).
     Tentu saja Allah tidak mengubah perbuatan butuk setiap orang menjadi kebaikan. Adapaun sifat orang beriman yang perbuatan buruknya dihapus Allah dan diampuni-Nya dinyatakan dalam surah QS An-Nisa, 4:31. “Jika kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya, Kami akan ampunkan kesalahan-kesalahan (dosa kecil) kamu, dan kami akan masukkan kamu ke tempat yang mulia (syurga)”.
   Orang-orang yang beriman yang mengetahui fakta ini berbuat dengan sangat hati-hati dengan memperhatikan batas-batas yang ditetapkan Allah dan mereka menghindari hal-hal yang dilarang. Jika mereka melakukan kesalahan kerana kelalaiannya, mereka segera berpaling kepada Allah, bertaubat dan memohon ampun.
      Allah memberitahu kita dalam Al-quran tentang hamba-hamba-Nya yang taubatnya akan diterima. Jika kita mengetahui perintah Allah, tetapi dengan sengaja kita melakukan dosa dan berkata “ tidak ada apa-apa,apa pun yang terjadi saya akan diampuni’. Perkataan ini benar-benar menunjukkan cara berfikir yang salah kerana Allah mengampuni perbuatan dosa hamba-hamba-Nya yang dilakukan kerana kealpaan dan ia segera bertaubat dan tidak berniat mengulanginya lagi QS An-Nisa, 4:17-18.
      Menjauhi perbuatan dosa dengan sungguh-sungguh sangatlah penting jika seseorang ingin perbuatan-perbuatan buruknya dihapuskan dan jika tidak menginginkan penyesalan pada hari pengadilan kelak. Dalam pada itu, seorang beriman yang melakukan suatu dosa, hendaknya secepatnya memohon ampun kepada Allah.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: