بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 4 December 2011

QS: Al Baqarah 2: 30


2:30
[30]
Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): “Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?”. Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya”.


( QS AL-BAQARAH 2:30 )
   Tafsir Ibnu Kasir

   Setelah menyempurnakan penciptaan langit dan bumi, Allah SWT kemudian mengamanati manusia menjadi khalifah dimuka bumi.
   Menurut Qurthubi, penyataan malaikat diatas semata kerana mereka tahu karekter manusia yang suka berbuat kerosakkan, kezaliman, dan perbuatan dosa sehingga mengakibatkan pertumpahan darah di antara sesama manusia.
    Pernyataan malaikat itu bukanlah protes kepada Allah, bukan pula expresi iri dan dengki atas kepercayaan Allah SWT  kepada manusia. Pernyataan itu semata-mata sekadar bahan pertimbangan dari malaikat yang disampaikan kepada Allah SWT. Pernyataan tersebut lebih bermakna pertanyaan atas keputusan Allah SWT, bukan penolakan. Dengan kata lain malaikat hendak mengatakan “Ya Tuhan kami, apa hikmah dibalik keputusanmu menjadikan manusia sebagai kalifah dimuka bumi ini, sementara mereka suka membuat kerosakan dan kezaliman?” malaikat hendak bertanya, kalau pilihan itu disebabkan penghambaan manusia kepada Allah SWT, bukankah malaikat lebih baik daripada manusia dalam penghambaan?. Hal itu kerana malaikat selalu membaca tasbih dan tahmid kepada-Nya siang dan malam.
    Allah menegaskan kepada malaikat, Dia maha mengetahui atas semua keputusan yang diambil-Nya. Allah SWT lebih mengetahui keadaan manusia yang telah banyak melakukan kerosakan. Allah SWT menjadikan di antara mereka para Nabi dan Rasul. Selain itu , diantara manusia banyak sekali orang jujur, soleh, zuhud, khusyuk, dekat dengan Allah SWT dan mengikuti semua petunjuk Rasulullah SAW.(Al-Nisbah Al-Munir fi Tahzib Tafsir Ibnu Kasir,1999:40-41)


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

No comments: