Bila diberi
nikmat, hati berasa bahagia sangat-sangat kan ? Dan bila datang pulak ujian…Allahu
Akhbar, benar2 menguji iman…mana taknya, bila ujian menimpa kita, kita nie
ibarat mcm orang hilang akal…kdg-kdg sampai tak bole amik tindakan waras..nie
belum lagi ucapan-ucapan yg dikeluarkan dr bibir kita….bg yg kuat imannya,
mereka sentiasa melihatnya sbg didikan Allah untuk mengajar tentang
kesabaran!..tp tak semua org ada iman yg jitu, jiwa yg kental..termasuklah aku
yg lemah lg lalai nie…
Keadaan nie menandakan
yg kita sebenarnya ada masalah jiwa! Dan akhirnya kita terpaksa jua mengakui
bahawa segala kesakitan dan keperitan yang kita alami selama ini adalah
sebenarnya kesan daripada kecintaan kita yang lebih kepada keduniaan….setuju
tak?
Kebanyakkan dari
kita tertumpu kpd mencintai makhluk lbh drpda Khaliqnya..berharap sgt kpd
makhluk berbanding kpd Penciptanya….lbh percaya kpd hamba drpd mempercayai
Pemiliknya…pendek kata, lebih banyak membelakangi Allah dalam segala hal yg
kita lakukan…
Akibatnya,
apabila yang berlaku tidak seperti yang ditunggu, apabila yang terjadi
tidak seperti yang diimpi, dan apabila yang mendapat tidak seperti yang
diharap, maka akan sengsara dan terseksalah jiwa, maka akan luka dan
sakitlah hati, maka akan tersepit dan menderitalah diri….
Berlapang dadalah
untuk menyoal diri kita yg jahil nie “cerdikkah mencintai yang fana? “
Sedangkan mencintai Allah lebih dari segala-galanya itu adalah sungguh
nikmat, tidak perlu runsing akan derita kehilangan, tidak perlu resah akan
derita dikecewakan, dan tidak perlu menghitung hari DIA akan pergi. Kerana
DIA itu kekal, kerana DIA itu abadi, kerana cinta DIA terhadap kita,
pasti!.
Nota : sifu pnh cakap kt aku bahawasanya "Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta"...Orang-orang beriman tidak mudah berkeluh-kesah dalam keadaan bagaimanapun. Orang-orang ini adalah yang benar-benar mendirikan shalat dan tetap mengerjakan shalatnya". ( surah apa aku x pasti )
- muhasabah diri sebab mcmne aku nak mencintaiNya jika aku tak kenali diri aku sendiri.....apa itu cinta sebenarnya ????
~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~
No comments:
Post a Comment