بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 9 November 2014

soalan di dalam kubur

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya"
(Surah Al-Furqan : 43)
.
♡{Soalan Di Dalam Kubur}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat:  (Muslim)
Kategori:  Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Asma' r.a katanya: ☞ Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜ ☞ Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? ☞  Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? ☞ (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, ☞ Ya! Tanda kebesaran Allah! ☞ Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. ☞ Kata ˜Asma selanjutnya, ☞ Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. ☞ Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: ☞ Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi,  ☞ syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa ☞ kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: ☞ Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: ☞ Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: ☞ Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: ☞ Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●{Mengambil Iktibar}
.
● ☞ Allah s.w.t melayani manusia setimpal dengan amalnya. Bagi mukmin yang bertaqwa, mereka akan mendapat layanan yang sangat istimewa. Adapun terhadap yang fujjar dan kuffar, mereka akan ditimpa azab yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia kerana azab ini tidak pernah disaksikan atau berlaku di atas muka bumi. Dalam keadaan menanggung azab yang pedih, tiba-tiba Allah s.w.t memerintahkan agar dibuka pintu yang menghala ke lorong yang menuju neraka. Segala bau busuk dan bahang neraka meresap masuk kee dalam kubur mereka. Malaikat akan datang membawa bunga rampai api neraka dan menaburkan ke atas kafir dan fujjar yang berbaring. Sebelum datang smeua ini, Allah s.w.t mendatangkan pula sepasang pakaian daripada minyak yang mendidih, dibalutkan pakaian tersebut kepada mereka.
5065 bacaan
.
{Sedikit iktibar Perkongsian}
.
☞ Kubur tempat roh menerima hukuman. Oleh itu, wajiblah seseorang itu beriman dengan perkara yang akan dirasai oleh roh. Roh seseorang akan senang dan riang apabila ditunjukkan segala amal perbuatannya yang soleh dan roh seseorang itu akan merasa dukacita dan bersedih hati apabila melihat amalannya yang jahat.
Tabarakallah

No comments: