بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Wednesday 12 November 2014

Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 78-79).
.
♡{Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan}
.
Tarikh:12~11~2014
Riwayat:  Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Bakar RA katanya, ☞ “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud ☞ “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. ☞ Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
.
●2 ☞ Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
.
●3☞ Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
.
●4☞ Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya, pasti akan selamat.
.
●5☞ Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri sedangkan dia mampu melarangnya. ₰
2485 bacaan
.
~Sedikit Perkongsian Kita~
Zalimi Orang Lain
●A☞ Perbuatan seperti zina, minum arak, berjudi dan yang sewaktu dengannya memang besar dosanya. Ia adalah dosa antara hamba dengan Allah. Hamba itu menzalimi dirinya sendiri. Ia juga perlu dibenteras. Namun, dosa membunuh, rasuah, mencuri harta rakyat, menyeleweng harta negara adalah dosa yang jauh lebih besar kerana membabitkan kezaliman atau penganiayaan terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Merosakkan imbangan dan keharmonian masyarakat secara menyeluruh. Dosa yang seperti ini patut dipandang lebih serius.
.
●B ☞ Biasanya, maksiat peribadi memusnah pelakunya sahaja, tetapi kezaliman akan memusnah dan merosakkan semua termasuk mereka yang tidak bersalah. Ia akan mengenai anggota masyakat; yang baik ataupun yang jahat, mukmin ataupun kafir. Allah dengan itu memberi amaran:
.
(maksudnya):
“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25). Dalam menafsirkan ayat ini Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam).
Tabarakallah

No comments: