بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 14 November 2014

Kelebihan Bersuci

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ "SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN IA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SUCI BAERSIH,(BAIK DARI KOTORAN JASMANI ATAUPUN KOTORAN ROHANI)AL-BAQARAH 222
.
♥{Kelebihan Bersuci}
.
Tarikh:14~11~2014
Riwayat:  Muslim
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada  Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: ☞ “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1. ☞ Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.
.
●2. ☞ Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.
.
●3. ☞ Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.
.
●4. ☞ Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.
.
●5. ☞ Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.
.
●6. ☞ Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.
2405 bacaan
.
~Perkongsian Ilmu~

KELEBIHAN BERSUCI
;
"DIRIWAYATKAN DARIPADA ABI HURAIRAH,KATANYA;TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW;'APBILA MENGMBIL WUDHUK SEORANG HAMBA ALLAH YANG MUSLIM ATAU MU"MIN MAKA MEMBASUH IA AKAN MUKANYA NESCAYA KELUAR DARIPADAMUKANYA SEKALIAN KESALAHANNYA YANG MEMANDANG IA KEPADANYA DENGAN DUA MATANYA ITU DAN DIDENGAR DUA TELINGANYA DAN SEBAGAINYA,SERTA AIR ATAU SERTA AKHIR TITIK AIR(SYAK RAWI) ATAU SEUMPAMANYA
.
DALAM HUKUM ISLAM SOAL BERSUCI DAN SEGALA SELUK-BELUKNYA ADALAH TERMASUK BAHAGIAN ILMU DAN AMALAN YANG PENTING TERUTAMA KERANA DIANTARA SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG TELAH DITETAPKAN BAHAWA SESEORANG YANG AKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB SUCI DARI HADAS DAN SUCI PULA BADAN PAKAIAN DAN TEMPATNYA DARI NAJIS.
Tabarakallah

No comments: