بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday 13 November 2014

Kesabaran Ditakrif pada Insiden Pertama

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Adakah manusia menyangka mereka akan dibiarkan untuk berkata kami beriman sedangkan mereka masih belum diuji (oleh Allah swt)? “(Surah al-‘Ankabut:2).
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Bersabarlah kamu sepertimana bersabarnya rasul-rasul Ulul Azmi (sebelum kamu).”(Surah al-Ahqaf:35).
.
♡{Kesabaran Ditakrif pada Insiden Pertama}
.
Tarikh:13~11~2014
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Kategori:  Akhlak
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Anas RA katanya, ☞ “Pada suatu hari Rasulullah melalui seorang wanita yang sedang menangis di tepi kubur lalu baginda bersabda : ☞ “Bertaqwalah kamu kepada Allah Azza wa Jalla dan bersabarlah.” Perempuan itu menjawab, ☞ “Pergilah, kerana engkau tidak menerima musibah sebagaimana yang aku alami sekarang.” ☞ Perempuan itu tidak mengetahui bahawa yang di hadapannya itu ialah Rasulullah SAW. Kemudian perempuan itu diberitahu bahawa lelaki itu ialah Rasulullah SAW lantas dia segera pergi ke rumah Rasulullah dan didapati tiada penjaga pintu di situ, lalu dia berkata (kepada Rasulullah SAW), ☞ “Sesungguhnya tadi aku tidak mengenali engkau wahai Rasulullah.” Maka Nabi SAW bersabda, ☞ “Sesungguhnya kesabaran itu hanyalah pada insiden (pertembungan) pertama.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Nabi SAW sangat bertawaduk dan bersikap santun terhadap orang jahil.
.
●2 ☞ Kesabaran menghadapi musibah adalah bukti keimanan dan taqwa.
.
●3 ☞ Amar makruf nahi mungkar wajib dilaksanakan pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
.
●3 ☞ Harus bagi wanita menziarahi kubur, kerana Rasulullah tidak melarang wanita berkenaan daripada menziarahinya.
.
●4 ☞ Kesabaran itu dituntut dan dipuji perlakuannya pada mula-mula pertembungan dengan bala dan kesusahan, kerana dengan berlalunya masa musibah itu akan dilupakan dan perasaan akan ringan dengan sendiri.
.
●5 ☞ Sifat kesabaran itu juga hendaklah dilaksanakan tatkala kita menghadapi kebingungan (kebuntuan hidup) untuk menghindarkan diri daripada syaitan dan daripada termasuk ke dalam lubuk kehinaan.
1778 bacaan
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya orang yang bersabar akan diberikan ganjaran (oleh Allah swt) tanpa ada batasannya” (Surah al-Zumar:10).
.
♥{Perkongsian Tazkirah...}
.
Bersabar di atas ketentuan dan ujian daripada Allah swt. Apabila kita menyebut mengenai ujian maka akan tergambar dalam kotak pemahaman kita bahawa ujian itu adalah kesakitan, kesusahan dan kesedihan. Ujian itu juga dianggap khusus kepada mereka yang hidup dalam kemiskinan. Namun perlulah kita tahu bahawa kekayaan dan pemberian zuriat juga merupakan ujian daripada Allah swt.
.
Firman Allah swt: “Sesungguhnya harta benda dan anak-anak kamu merupakan ujian dan pada Allah jualah pahala yang besar”.(Surah al-Taghabun:15). Bagaimanakah harta benda dan anak pinak mampu menjadi ujian? Ujian harta benda datang ketika mana hadirnya sifat bakhil dalam jiwa manusia manakala ujian anak-anak pula datang ketikamana mereka jauh daripada syariat Islam.
.
Oleh itu seseorang itu perlulah ada sifat sabar yang tinggi dalam menguruskan hartanya di jalan Allah swt dan juga sabar dalam mendidik anak-anaknya untuk mengenal Islam. Untuk menjadi hamba Allah swt yang beriman perlulah kita menyemai sifat sabar di dalam jiwa-jiwa kita. Kesabaran yang disemai ini akan menjadi motivasi di dalam jiwa. Oleh itu tidak akan ada istilah pasrah dan kecewa bagi sesiapa yang sentiasa tabah dan sabar dalam setiap ujian kehidupan yang dilaluinya.
Tabarakallah

No comments: