بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 14 November 2014

Cinta kpd Rasulullah saw

Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Umar Al - Khattab hampir2 hilang akal kerana Beliau tidak dapat menerima hakikat kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau mengancam untuk memenggal kepala sesiapa sahaja yang menyatakan Rasulullah SAW telah wafat,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Bilal Bin Rabah tidak dapat menahan perasaan rindunya untuk terus tinggal di Madinah setelah kewafatan Rasulullah SAW sehingga Beliau membawa diri ke Syam,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Uwais Al-Qarni sanggup mematahkan kesemua giginya dengan menggunakan batu kerana Beliau ingin merasai kesakitan yang dirasakan oleh Rasulullah SAW disaat Baginda SAW jatuh di dalam lubang sehingga menyebabkan gigi Baginda SAW patah semasa perang uhud,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Muaz dan Muawwiz dua org kanak2 yang berumur 10 tahun sanggup turun ke medan jihad semata2 untuk mencari orang yang selalu menyakitkan hati Rasulullah SAW iaitu Abu Jahal sehingga menyebabkan terbunuhnya Abu Jahal pada peperangan itu,
Cinta kepada Rasulullah SAW telah membuatkan Saidina Abu Ubaidah Al-Jarrah menangis apabila Beliau melihat dihadapan rumahnya ada beberapa ekor kuda kepunyaan Beliau kerana Abu Ubaidah pernah berjanji untuk tidak mengambil dunia secara berlebihan tetapi setelah Rasulullah SAW wafat ada beberapa ekor kuda dihadapan Rumah yang telah dimiliki oleh Beliau..
Subhanallah..Sungguh banyak kisah2 cinta para sahabat terhadap Nabi SAW tidak mampu digambarkan betapa cintanya mereka kepada Rasulullah SAW....Mereka bukannya hanya pandai mengungkapkan kata2 cinta semata2 tetapi cinta mereka dibuktikan dengan ingin mengikuti secara keseluruhan sunnah Baginda Nabi SAW.. ~Selawat dan salam kepada junjungan kita Nabi Muhammad SAW..
          اَللّٰهُمّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ          Allahumma sholli 'alaa sayyidinaa  Muhammaddin wa'alaa aali sayyidinaa Muhammad  ~

No comments: