بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 21 November 2014

Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu

♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)
.
♡{Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu}
.
Tarikh:21~11~2014
Riwayat:  Bukhari dan Muslim
Kategori:  Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada  Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
1 ☞. Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
.
2 ☞. Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
.
3 ☞. Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.
2255 bacaan
.
~Muhasabah Diri Yang Kerdil~
●Cara Melawan Hawa Nafsu●
.
{1. }Takut kepada azab Allah.
Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.
.
{2. }Mengingati mati.
Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.
.
{3. }Memohon hidayah daripada Allah.
.
{4. }Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.
.
{5.} Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.
.
{6.} Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.
.
{7. }Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.
.
{8.}Sabar dalam melawan hawa nafsu.
.
Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.
.
{1. }Mengetahui kesan2 buruk maksiat.
.
{2. }Malu kepada Allah.
.
{3. }Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.
.
{4.} Takut kepada Allah dan azab neraka.

{5.} Cinta Allah.
.
Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.
Tabarakallah

No comments: