بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 24 February 2012

Kematian itu dekat


   Kematian bukanlah ‘bencana’ yang harus dilupakan, melainkan pelajaran penting yang mengajarkan kepada manusia erti hidup yang sebenarnya. Dengan demikian, kematian seharusnya menjadi bahan pemikiran yang mendalam. Seorang muslim akan benar-benar merenungi kenyataan ini dengan kesungguhan dan kearifan.
   Mengapa manusia hidup pada masa tertentu dan kemudian mati? Semua makhluk hidup tidak kekal. Ini menunjukkan bahawa manusia tidak memiliki kekuatan dan tidak mampu menandingi kekuasaan Allah. Allah-lah satu-satunya Pemilik kehidupan ; semua makhluk hidup dengan kehendak Allah dan akan mati dengan kehendak-Nya juga.
    Setiap orang akan mati, namun tidak seorang pun dapat memperkirakan di mana dan bila kematian akan menghampiri. Tidak seorang pun dapat menjamin ia akan hidup pada saat berikutnya. Oleh kerana itu, seorang muslim harus bertindak seolah-olah mereka sebentar lagi akan didatangi kematian.
   Berfikir tentang kematian akan membantu seseorang meningkatkan keikhlasan dan rasa takut kepada Allah. Dan mereka akan selalu menyedari akan apa yang sedang menunggunya.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: