بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday 21 February 2012

Al-Quran diturunkan dengan IlmuNya, mencakup segala hal

    Banyak orang yang tidak beriman kepada Al-Quran walaupun mereka mengaku sebagai orang yang beriman. Mereka menghabiskan hidup mereka dengan berpegang pada khayalan, dan kehidupan mereka menyalahi Al-quran, bahkan mereka menolak Al-quran sebagai pembimbing mereka.
     Padahal, hanya Al-quran yang memberikan pengetahuan yang benar dalam masa kehidupan ini kepasa setiap orang, dan Al-quran menjelaskan rahsia-rahsia penciptaan Allah dengan penjelasan paling benar dan paling murni.
     Informasi apa pun yang tidak berdasarkan pada Al-quran adalah informasi yang tidak benar, dengan demikian informasi tersebut merupakan tipuan dan khayalan. Dan mereka yang tidak berpegang pada Al-quran hidupnya dalam keadaan mengkhayal. Di akhirat, mereka akan dilaknat selama-lamanya.
     Dalam Al-Quran, ada juga solat, perintah, larangan dan akhlak yang baik. Allah menjelaskan pelbagai rahsia kepada umat manusia. Sesungguhnya semuanya ini merupakan rahsia penting dan mata yang mahu memperhatikan dapat menyaksikan rahsia-rahsia ini di dalam hidupnya. Ini kerana, Al-quran itu jelas, mudah dan cukup sederhana untuk difahami oleh setiap orang.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: