بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Monday 20 February 2012

Hawa Nafsu dan Nurani


      Banyak manusia menekan dan tidak menghiraukan suara nurani mereka dan membiarkan dirinya dikuasai oleh nafsunya. Terdapat perbezaan yang amat besar antara manusia yang dikuasai oleh nafsunya dan yang diperintah oleh hati nuraninya.
  Seseorang yang mendengarkan suara hati nuraninya,tidak bersikap berlebihan dan mengendalikan amarahnya ketika dihadapkan pada keadaan sulit dan akan penuh belas kasih, tenggang rasa, sabar, dan mahu mengorbankan dirinya. 
    Sebaliknya, mereka yang mengikut nafsunya, ia terbawa oleh amarahnya dan bertindak dengan perasaan benci dan dendam. Begitu pula, jika seseorang yang mengalami ketidakadilan mendengar suara nuraninya, dia tahu bahawa dia harus menjawab ketidakadilan dengan kejujuran dan keadilan, bukan dengan ketidakadilan yang lebih besar lagi.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: