بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Wednesday 26 October 2011

Manusia sebagai khalifah dibumi


Salah satu pernyataan yang diajukan menyankut penciptaan evolusi adalah bahawa nabi adam as mungkin bukan manusia pertama bahkan mungkin bukan manusia . Ayat berikut diajukan sebagai bukti akan hal ini .
         “Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat ‘aku handak menjdikan khalifah dibumi’. Mereka berkata apakah Engkau hendak menjadikan orang yang merosak dan menumpahkan darah disana?, sedangkan kami bertasbih memuji-Mu dan menyucikan nama-Mu?. Dia berfirman sungguh, Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui (QS Al-Baqarah 2 : 30)
         Mereka yang mendukung pernyataan ini berkata bahawa kata kerja bahasa arab ja’ala dalam ungkapan (Aku akan menciptakan seorang khalifah) bermakna mengangkat. Dengan kata lain, mereka berpendapat bahawa Nabi Adam a.s bukanlah manusia pertama. Ia diangkat sebagai khalifah diantara banyak orang. Akan tetapi, dalam Al-Quran kata kerja ini memiliki erti menciptakan, menemukan, menerjemahkan, membuat, menempatkan, dan menjadikan.
         Beberapa contoh ayat Al-Quran saat ja’ala digunakan adalah QS Az-Zumar(39 : 6), Al-Mulk (67 : 23) Nuh (71 : 16 , 19).
         Sebagaimana terlihat pada ayat-ayat diatas, ja’ala memiliki banyak makna. Lebih lagi , sejumlah ayat menyatakan bahawa Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah/debu. Ayat-ayat ini menegaskan bahawa Nabi Adam bukanlah seorang manusia biasa diantara banyak orang melainkan bahawa ia memiliki penciptaan yang khusus dan berbeza.
         Al-quran mengungkapkan fakta penting lainnya tentang Nabi Adam as, yakni pemindahannya dari taman syurga. Hal ini diungkapkan dalam QS Al-Araf (7:27) dan Al-Baqarah (2:35-36).
            Pernyataan ayat-ayat diatas sungguh-sungguh terang. Allah menciptakan Nabi Adam a.s dari tanah/debu. Nabi Adam a.s adalah penciptaan khusus yang muncul, pertama kali dari keberadaannya di syurga dan lalu dari pemindahanny dari syurga . Namun kaum evolusi eyonis muslim mengabaikan kebenaran yang nyata ini dan besi keras bahawa syurga disini tidak tunjuk kepada syurga akhirat, tetapi suatu tampat indah dibumi sekalipun Al-Quran memerinci syurga yang didalamnya Nabi Adam a.s diciptakan.

~ V Al-fatihah to Ddeng Ku and me :) ~

No comments: