بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Saturday 3 March 2012

La Haula Wa La Quwwata illa Billah


Dari Abu Musa r.a, dia berkata, “ketika kami sedang bersama Rasulullah saw. Dalam suatu perjalanan, mulailah orang-orang mengeraskan suara mereka dalam membaca takbir lalu bersabdalah beliau, ‘Wahai manusia, rendahkanlah suara kamu sekalian! Kerana kamu sekalian sesungguhnya tidak sedang memohon kepada yang tuli ataupun ghaib, bahkan kamu sekalian sedang memohon kepada Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Mahadekat yang  selalu bersama kamu sekalian.’ Aku pada saat itu berada di belakang beliau sambil mengucapkan La haula wa la quwwata illa billah”( Tidak ada daya dan kekuatan kecuali berkat bantuan Allah). Rasulullah saw berkata. ‘Wahai Abdullah bin Qais! Mahukah kamu aku tunjukkan kepada salah satu kekayaan syurga yang tersimpan?’ Aku menjawab,’Tentu, wahai Rasulullah.’ Beliau bersabda. ‘Iaitu ucapan,La haula wa la quwwata illa billah.” (HR Muslim )

 * Patutlah Sifu selalu pesan banyakan ucap kalimah  La haula wa la quwwata illa billah


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: