بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday 14 June 2013

Cinta Hakiki

Jika ditanya tentang cinta….aku memang tak tau tentang cinta nie….org selalu kata cinta itu buta…tapi, betul ka cinta itu buta ? atau kita sendiri yg buta tentang cinta ? cinta ? apa itu cinta ? adakah ia bermakna kita sanggup buat apa sahaja demi org yg kita cinta ? adakah ia dikatakan cinta itu buta ? emmm…..

Kita sendiri yg buta tentang cinta sebab kita tak memahami makna CINTA itu sendiri….hala tuju cinta kita bukan kepada  Pencinta hakiki (Allah s.w.t.)….jadi, memang benarlah cinta itu buta….

Had cinta sesame makhluk terlalu terbatas sementara cinta Ilahi tak terbatas….tengok aje la pasangan bercinta…kalau kekasih "buat hal", banyak kali "pulak tu", mana tahan. "Last-last", minta putus cinta.

Tapi Allah tak mcmtu. Banyak manusia yang tidak balas cinta Allah, tapi makan pun Allah masih bagi, kesenangan pun Allah masih kurniakan…Nikmat mana lagi nak didustakan ? Allahu Rabbi….

Cinta sesame makhluk..apa kita dapat ?
Cinta kita:
...Kerana kita memerlukan siapa yang dicintai, untuk lempias nafsu kita.
Cinta kita:
...bermusim
Cinta kita:
...sentiasa meminta dari memberi.
Cinta kita:
...tidak kekal abadi.
Cinta kita:
...tidak sanggup untuk selalu mendengar keluhan dan masalah kekasih kita.

Tetapi...Cinta Ilahi…
Cinta Ilahi:
...tanpa berhajat kepada kita, bahkan kitalah berhajat kepada-Nya.
Cinta Ilahi:
...tidak bermusim, bahkan Dialah yang mencintai manusia, dan mencipta cinta dalam diri manusia
Cinta Ilahi:
...sentiasa memberi tanpa meminta, bahkan menyuruh kita untuk meminta dari-Nya
Cinta Ilahi:
...sentiasa sudi mendengar keluhan dan rintihan kita, bahkan sentiasa pula bersama-sama kita dan membantu menyelesaikan masalah kita.

Cinta mana yang lebih hebat.? Tapi, yang peliknya kita sendiri.

Dahlah Allah s.w.t. ciptakan kita...
Dahlah Allah s.w.t. cintakan kita...
Dahlah Allah s.w.t. ciptakan cinta dalam diri kita untuk mencintai-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa memberi tanpa meminta dari kita...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa mendengar rintihan kita...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa memberi peluang untuk kita membaiki kesilapan kita...
Dahlah Allah s.w.t. Maha Mengampuni kita takkala kita selalu menderhakai-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. terus memberi nikmat, walaupun kita selalu buat maksiat terhadap-Nya...
Dahlah Allah s.w.t. sentiasa menyembunyikan keaiban kita dari manusia...
Dahlah Allah s.w.t. menjanjikan syurga untuk ketaatan kita...
Dahlah Allah s.w.t. menjanjikan neraka untuk kederhakaan kita...

Pun begitu...

Kita sering leka, dan terus leka, dari mencintai-Nya, dengan mencintai selain-Nya. Siapa yang tidak memahami cinta, kalau bukan kita. Dahlah tidak faham cinta, namun tidak pula ingin menghargai cinta. Sekurang-kurangnya, kita yang tidak mampu membalas cinta Ilahi s.w.t. kepada kita, dengan cinta kita kepada-Nya sekalipun, cukuplah kita berusaha mencintai-Nya sebagai tanda kita menghargai cinta-Nya kepada kita.

Walaupun tidak mampu balas, apa salahnya kita menghargai cinta-Nya dengan mencintai-Nya sepenuh hati...Dunia, nafsu, syaitan dan makhluk...tidak menjanjikan cinta, tetapi mengorbankan kita atas dasar cinta...Sedangkan Allah s.w.t. menjanjikan cinta demi cinta, dari cinta kita, atas dasar cinta, kerana Dia ialah Tuhan CINTA yang sentiasa CINTA, maka fahamilah.


 Nota : Kini baru aku faham tentang cinta yg selalu kakak perkatakan.....makna cinta itu mendalam bukan sekadar ungkapan semata-mata....fahamlah aku tentang cinta kakak selama ini...sementara aku pula perlu belajar untuk bercinta....

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: