بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Sunday 9 June 2013

Al-Fatihah

Hari ini, mendapat tahu bahawa bapak angkat aku telah kembali menemui Allah…terasa sedih dan serbak…aku tak sempat jumpa dengannya…sejak habis belajar, aku tak balik ke Sarawak pon lagi…rasa bersalah pon ada sebab dah berapa kali adik angkat aku ajak balik ke sana untuk menjenguk bapak yg ketika itu sedang dirawat di hospital kucing..huhuhu..air mata mula mengalir saat terkenang bapak..

Allahu Akhbar….walau hanya sebagai bapak angkat, bapak tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bapak….selama aku berada di Sarawak, bapak sentiasa menjaga kebajikan aku…tentang solat jangan cakap lah…..bila di sound ‘ sik ikut gi surau ka solat jemaah?’ bila aku jawab ‘kelak kamek gerak, nunggu sorang gik’….dgn pantas bapak membalas ‘ solat pun mauk ngu org ka?’….jika lewat, bapak n mak akan pergi ke surau dulu….

Saat aku sakit, walau ditengah malam…bapak akan segera memaksa untuk pergi ke hospital…wlau aku katakan padanya tak perlu namun bapak tetap berkeras…disebabkan aku nie jenis susah nk p klinik time2 sakit, maka aku turut juga berkeras….teringat satu ketika masa aku demam selsema…wlau dah pukul 2 pagi, bapak memaksa aku ke klinik..ohh tidak!!!!....akhirnya, kakak angkat aku yg aku hormati dan sayangi iaitu safarina bujang (Along) akhirnya memujuk aku untuk minum susu…..dalam diam, along telah hancur2kan ubat dan masukkan ke dalam minuman itu…..ketika aku minum, rase pelik..namun along buat selamba dan suruh habiskan minuman itu…selesai habiskan minuman barulah along mengaku yg dia dah taruh ubat dalam air susu itu…..huhuhu….pada malam itu aku telah tido dgn lenanya…bila terkenang saat dipaksa makan ubat buat aku tersenyum sbb sehingga saat ini, aku akan makan ubat yg sudah siap dihancurkan…haha….

Saat aku ketandusan kewangan..ermm, bapak orang pertama yg akan menyuruh along hantar duit kepada aku…wlau dah malam, along tetap hantarnya atas arahan bapak…(betapa susahnya aku nak survive di Sarawak )..bukannya dekat dari unimas ke pasir pandak…mau amik masa 1jam setengah….datang ke unimas semata-mata untuk hantar aku duit belanja…Allahu Rabbi, jasamu aku tak terbalas bapak…

Di saat raya aidilfitri, aku turut mendapat duit raya..hehe….lucu tp itulah kenangan aku beraya bersama family angkat..selama di Sarawak, selama itulah aku menyambut semua raya kat sana….baik raya aidilfitri, raya aidiladha, krimas pon sambut juga….hehe…paling best bapak masak nasi beriyani dgn daging masak hitam (wah….sedapnya !, bapak lah tukang chef setiap kali raya n bila ada BBQ), kek lapis termasuk kegemaran aku terutama kek lapis horlick hasil air tangan along…sedap!

ketika di waktu senggang, aku paling suka ikut bapak pergi ke kebun limau, tebu dan macam2 la….semua bapak nak tanam….plg best, aku bawa balik ke Melaka 2 kotak besar buah limau…..hehe….tak termasuk kek lapis dan ikan terubuk lagi….Allahu Akhbar, banyak nikmat Allah bagi aku……hadiah paling berharga yg aku dapat bila bapak bagi aku tasbih kesukaannya…aku manfaatkannya sejak aku terimanya sehinggalah aku dapat tasbih dari kakak ( aku manfaatkannya secara gilir )….

Bila bapak mendapat tahu bahawa ada jejaka kampungnya suka aku dan melamar aku...bapak dgn lemah lembutnya meminta mak sampaikan kpd aku ' sikda orang lain ka? ramai gi orang....carilah yg lain..bapak sik setuju'..aku ? cuak..sebabnya, macammana bapak tau...ini semua mesti along yg cakap...dgn lembut aku katakan kpd bapak 'sikda kamek couple bah, kawan jak..kamek sik mauk kawen gik, lom habis belajar pun'....adeyh!

aku juga suka bila dengar bapak membaca khutbah….terutama khutbah hari jumaat dan hari raya……bapak akan praktis dirumah dan kami akan dengarnya dengan teliti….bapak benar2 menggunakan bahasa melayu baku saat membaca khutbah dan sometime buat kami ketawa kecik….kini, semua itu aku tak akan alaminya lagi…kembalinya bapak kepada Allah, meninggalkan mak untuk mengurus kebun, rumah, homestay, kedai…..Allah, mudah-mudahan mak dan keluarga yang lain tabah…..


- Al- fatihah untuk bapak  Hj Bujang bin hj Abu Bakar dan moga ditempatkan bersama org beriman dan semua amalannya di dunia diterima oleh Allah Swt.....amin.



No comments: