بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Monday 12 November 2012

Wahai Sang Burung....


Tidakkah kau ingat akan kekasaranku kepadamu…?
Masih ingatkah saat aku sakiti hatimu…?
Ingatkah dikau bilamana aku memintamu menjadi burung helang yang terbang bebas di angkasaraya…?
Sedangkan dikau menolaknya tanpa menanyakan kepadaku apa maksudku…

Wahai hamba Allah yg dikasihi…satu ketika dulu, bukanlah maksudku untuk engkau bebas terbang ke udara tanpa TUANnya…dikau masih lagi dipelihara olehNya…
Aku hanya mahu kau menggembangkan sayapmu dan terbang untuk menujuNya...hinggaplah di kediamanNya sehingga kau tidak mahu lagi terbang bebas semula...

Wahai diri yang aku kasihi, telah datang tamumu untuk menyambut tanganmu…berpautlah kepadanya dengan membulatkan tujuan hanya untuk Dia yang SATU… pergilah kepadaNya dengan melangkah, berjalan ataupun berlari…leraikanlah rindu disanubarimu…carilah rahsia hatimu kerna ia terkandung rahsia Kekasimu….Allah..


3 comments:

Ku Azmiza said...

aku enggan menjadi burung helang
kerana bebasnya dia
mendatangkan sifat memunya
sedang aku ini dipunya
aku melihat melalui mata halusku
tidak dengan bulat membesar kantaku

tiadalah aku terkilan
tiadalah aku rawan
pada setiap perkataan
kerana itu makhluklah jua
sedang yang kusembah tuanku semata
tiada sedikit aku terkesan
kerana hati sudah penuh terisi
hanya Dia dan Dia

tiada kupandang makhluk
melainkan hanya seperti habuk
diterbangkan angin
menghilanglah ia
kupandang yang satu
Dia segala
kerana aku ingin dipunya

Ku Azmiza said...

aku merasa Dia dengan qalbiku
alangkah malangnya aku
jika kumasukkan selainNya

tiada pernah aku disakiti
tiada kurasa merajuk di hati
diamku bukan benci
tapi diamku mencari
diamku meneliti
diamku memahami
diamku mengukuri
diamku menyendiri
lantas mensyukuri

kau takkan mengerti
betapa bagaimana aku berdiri
sehingga lenguh sendi2
namun tak jua aku mahu berlari

dengar adikku
andai kita terbang bebas
saat itu kita mendabik dada
kita tak mampu kenal tuan
kerana kita punya kehebatan
percaya kataku
terkurung itu lebih indah
kerana disitu lahir mahabbah
kau akan mengerti suatu saat
ketika kau merasakan Dia hanya Dia
bersemadi diqalbimu kau merasa

Aku dipimpin ALlah
aku dibimbing Rasulullah
tiada lari aku dari keduanya
sehingga aku menutup mata
datangkan padaku makhluk bercerita
tetap jua kulihat Allah
kutatap Rasulullah
andai dia jua bersama
aku pasti bersedia
bersamanya melayar bahtera
dilautan cinta
sehingga kami karam
dilautan kenikmatan

adikku
tiada aku berpaut pada makhluk
melainkan kebergantunganku pada yang satu
cemburulah adanya tuan ku
andai Dia aku sekutu

aku berjalan penuh adab
demi menuju Dia yang satu
dan Dia pasti berlari mendapatkanku
justeru Dia tahu aku merindu
tak pernah sekali Dia berdusta
andai aku berjalan menujuNya
Dia akan berlari mendapatkanku

maafkan aku...
keterlaluan aku di sini
dadaku telah sesak
jiwaku telah sempit
diriku telah kaku
hidupku seolah membeku
demi cinta dan rindu
aku telah serahkan diriku
untuk Dia tanpa sekutu

fakerien said...

Langkahkanlah kakimu…
Usah dipandang masa kelabu…
Istiqamah kan diri dalam jalanmu kerna Dia yang SATU…
Selama jantung berdetak, selama itulah kau berlari agar hidupmu bererti…
Jatuh bangkit, susah payah usah kau peduli..
Kerna hidupmu hanyalah sekali…

Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari agar bererti pada diri…
Jangan berhenti mengejar mimpi, tersenyumlah tanpa semua gundah menghantui hati…
Biarkan saja, takdir semua nyata…

Wahai Yang Maha Pengasih…
Bantulah hambaMu ini…
Kau terangilah jalannya menuju syurgaMu
Kau tunjukilah dengan hidayahMu…
Hanya padaMu dia hadapkan diri…
Mohon Rahmat dan RedhaMu…
Ya Rabbul Al’Amin…

Aku pohon kepada DIA
Agar kau dikuatkan iman
Moga diberkati hidupmu
Menuju bahagia yang kekal abadi
Harapanku moga kau dikurniakan
Manisnya iman berpanjangan
Dan moga lautan hilang gelora
Agar mudah kau belayar ke arah cintaNYA….