بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Thursday 8 November 2012

Nasihat Guru .. Sekadar Untuk Dikongsi Bersama..


Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam, Selawat dan Salam ke atas Rasulullah SAW, rahmat ke seluruh alam, Juga kepada ahli keluarga dan para sahabat r.a. yang telah bertebaran di merata alam.

Baru-baru nie aku ibarat menemui air setelah sekian lama berada dalam kehausan..bila terbaca tafsir al-quran, aku teringat akan pesanan guru aku tentang jangan tafsir sesuatu dgn aqal krn aqal akan mati..hati tak pernah mati…renung..cari..lihat..apa yg nyata apa yg tersembunyi “….otak aku bagaikan di rolling….kurenung dan kufikir…kemana mahunya aku ini…jika benar aku dalam perjalanan ubuddiyyah, maka aku memerlukan guru bagi membimbingku….

Sabda Rasulullah SAW: "Sesungguhnya ilmu hanya didapati dengan belajar". Tak dinamakan belajar, kalau tidak ada pengajar.

Nah! Hati VS Nafsu….hati mau berguru sementara nafsu tidak mahu dgn alasanakan menyusahkan guruku….sedangkan pesan guru  ‘ mujahadahlah, didik nafsu dengan cara buat yang disuruh, tinggal yang dilarang, buat apa yang perlu, beringat dengan yang kita suka… belajar cara nak urus nafsu... .buatlah sesuatu yang berlawanan dengan apa yang nafsu inginkan..” bila guru sebut tentang ‘merana di sana”…Allah, sungguh bergetar hati dibuatnya….Allahu Rabbi..

Guru juga pernah cakap “Jika semua kau lakukan kerana ALlah
untuk Allah bagi Allah, Andai pada 1 saat, 1 ketika
Hati tidak lagi tertahan
Jiwa tidak lagi tertanggung
Saat itu ALlah sendiri
yang akan membawamu pergi
Kebergantungan pada Allah tak pernah akan rugi,dik
Kerana Dia pasti sentiasa di sisi
Tak perlu kau banyak meminta jua
Dia pasti akan sentiasa memberi
Itupun.....
ANdai hubungan yang kau cipta 
Dengan Dia yang Esa
Yang tunggal tiada sekutu
Penuh keikhlasan
Dia pasti
Tak pernah akan biarkan meski seminit
Kau terseksa
Kau merana
Kau kecewa......


> semuanya milik ALLAH, maka untuk Allah jualah segalanya.. < >Aku sayangkan kamu wahai guruku >


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

6 comments:

Ku Azmiza said...

kutitipkan salam dari temanku yang bernama dia...dia yang mahu diimpin Dia..dia yg hidup matinya hanya utk Dia..yang yang lisannya tidak pernah bosan menyebut Dia...diayang segar jiwanya tatkala bersama Dia.

dia juga titipkan pesanan
dia bukanlah sesiapa
apatah lagu 'guru'
dia jauh dari gelaran itu
sedangdia hanya seorang cikgu
katanya dia malu
dihargai sebegitu
dia hanyalah mahu menjadi daie
yang sentiasa mengharapkan reda Allah
dia tak layak bergelar 'guru'mu
kerna dia sebnarnya dungu


fakerien said...

sampaikan salamku kpdnya...katakanlah kpdnya bahwa aku hanyalah hormati dan kasihinya sbg seorang guru...dia byk mengajar aku ttg kehidupan di dunia mahupun akhirat dan sangat teliti mengikut mazhab Imam Tercinta, Imam al-Shafie r.a. Dia juga sering menekankan pd aku agar berpegang teguh kpd Al-Quran dan Sunnah. Percakapan dia sering disulami dengan sentuhan fiqh, tasawwuf dan makrifat.

RAMAI ORANG YANG BERGURU DENGAN "SHEIKH INTERNET" (sama jualah dgn aku) dan SERING TERSALAH MEMILIH ILMU DAN GURU, DAN AKHIRNYA RAMAI JUGA YANG TERPERANGKAP DENGAN FAHAMAN TERPESONG..aku sendiri hampir2 MENELAN RACUN SEBELUM MENGENALI UBAT..

[Semoga Allah memelihara dia. Tidak pernah aku temui seorang guru seperti dia yg byk mendidik aku mendekati DIA].

Ku Azmiza said...

titipan berterusan daripada dia
dia hanyalah hamba
berjalan di alam maya
bersendirian tanpa teman
hanya ALlah dia punya
Mursyidnya telah tiada
hanya tinggalan Rasulullah dia bawa
tiada siapa mampu menggugat dia
kerana dia tetap dia
bersama dia ada Dia

lihat yang nyata
lihat yang tersembunyi
bersama nur makrifat ilahi
dia resah memikirkanmu
yang berjuang mencari tuhan
bimbang kau kelelahan
lalu mencari jalan pintas
buat mencari Dia

lidahnya telah kelu berbicara
jarinya telah berhenti berkata2....
dan dia hanya punya Dia
dia yang hidup bersama Dia

fakerien said...

katakanlah kepadanya.bukankah dia sering mengingatkan aku kpd Al-Quran? dan berpegang teguh kpd Kitab suci itu?..aku hargai resahnya...sungguh,jika aku ditakdirkan tiada guru, biarlah aku berjalan sepertimana aku berjalan sebelum aku kenalinya dan lain2...

biarpun pernah belajar seketika dgn beberapa hambaNya, namun mereka bukanlah guru yg aku cari...

hilang kata-kata buat seketika
lantas aku membawa diri
memikirkan kemana mahunya aku pergi
berjalan bermusafir melihat kebesaran Tuhannya yg diciptakan bg yg berfikir dan bersyukur diatas nikmat kurniaanNya

kurenung dan kufikir kemana arahnya
hikmah kembara yang membawa kpd satu tujuan untuk mencari keredahaanNya...Allahu Akhbar



Ku Azmiza said...

terakhirnya
guna akal meneliti
guna hati merasai

jangan dibiarkan selain Allah masuk ke hati
kerana Allah tak suka dikongsi

salam mahabbah
ikhlas dari hati
hamba yang tercari2
nur Ilahi

fakerien said...

InsyaAllah..Alhamdulillah...(^_^)