بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday 3 July 2012

Amal yang Bermakna


Apabila melihat ramai yang mengejar target, dan berebut-rebut menambah amalan mereka, telah membuatkan den rase mau cepat2 belajar ilmu yg mereka ada..kemudian den teringat akan pesanan sifu den. Sifu cakaphidup tenang2 je..jgn jd susah bila dengar amalan orang..kita nie orang awam..iman mcm yo yo..BERSUNGGUH pd yg wajib. Nak tambah buat yg sunat. Wirid, zikir, ngaji tadabbur ikut mampu…jgn nak ikut orang..last2 semua tak terbuat..” …den teringat akan satu hadis yg berbunyi “Rasulullah saw bersabda : Apa yg aku larang hendaklah kalian menghindarinya dan apa yg aku perintahkan maka hendaklah kalian laksanakan semampu kalian”..

Hadis dan kata2 sifu membuatkan den terfikir.. Bagaimana ingin menjadikan amal kita tetap bermakna di sisi Allah ?...den pon bukannya jenis banyak beramal tapi banyak lagho aje..huhuhu….kadang2 dapat dilihat dalam kehidupan masyarakat kini, amalnya hanyalah sementara waktu…sebagai contoh, ketika menjelang pernikahan, tiba-tiba aje ibadahnya jadi meningkat, solat wajib tepat waktu, tahajud nampak khusyuk, tapi anehnya lepas menikah, jangankan tahajud, solat subuh pun terlambat…contoh lain, ketika menjadi imam solat, bacaan Quran kita kadangkala digetar-getarkan atau sedih-sedihkan agar orang lain ikut sedih. Tapi sebaliknya bila solat sorang2, solat kita menjadi kilat, padat, dan cepat. Tapi kalau ada orang lain solat bersama, kita membuatkan solat kita kelihatan lebih bagus.

Kalau melihat amal-amal yg kita lakukan menjadi kurang bermutu ketika diberi kesenangan, maka itulah tanda bahwa kita kurang ikhlas dalam beramal….jadi, jawapan yg den dapat untukBagaimana ingin menjadikan amal kita tetap bermakna di sisi Allah ? “….adalah IKHLAS BERAMAL..

Bagi yg telah mencapai maqam ikhlas, ketika diberi kesusahan, dia akan segera  bersimpuh sujud merindukan pertolongan Allah swt. Sedangkan ketika diberi kesenangan yang lebih lagi, justru dia semakin bersimpuh dan bersyukur lagi atas nikmat-Nya ini. Amat beruntung bg orang-orang yg ikhlas beramal nie..KENAPA ? sebabnya, mereka yg ikhlas akan sentiasa dianugerahi pahala, bahkan bagi orang-orang ikhlas, amal-amal mubah pun pahalanya akan berubah jadi pahala amalan sunah atau wajib. Semuannya sebab niatnya yang bagus.

Mereka juga tidak akan melakukan sesuatu kecuali ia kemaskan niatnya lurus kepada Allah swt.. Kalau nak duduk di kerusi diucapkannya, "Bismilahirrahmanirrahiim, ya Allah.. semoga aktiviti duduk ini menjadi amal kebaikan". Lisannya yang bening sentiasa memuji Allah swt. atas nikmatnya berupa kurniaan dapat duduk sehingga ia dapat beristirehat menghilangkan kepenatan. Jadilah aktiviti duduk ini saranan taqarrub kepada Allah swt.

Bukan itu aje, mereka yg ikhlas beramal turut mendapat pahala amal, walaupun belum melaksanakan amalnnya. Inilah istimewanya amalan orang yang ikhlas. Suatu saat hati sudah berniat mau bangun malam untuk tahajud, "Ya Allah... saya ingin tahajud, bangunkan jam 3.30pg ya Allah ".. tidurlah dia dengan tekad bulat akan bangun tahajud. Sayangnya, ketika terjaga ternyata sudah azan subuh. Bagi hamba yang ikhlas, justru dia akan gembira bercampur sedih. Sedih sebab tidak dapat solat tahajud dan gembira sebab ia masih peroleh pahalanya. Bagi orang yang sudah berniat untuk tahajud dan tidak dibangunkan oleh Allah swt., maka kalau dia sudah bertekad, Allah swt. pasti akan memberikan pahalanya. Allah swt. lebih tahu hari-hari yang kita lalui  menggunakan banyak tenaga. Allah swt. Mahatahu apa yang akan terjadi, juga Mahatahu bahwa kita mungkin telah kekurangan energi kerana kesibukan kita. Hanya Allah swt-lah yang menidurkan kita dengan lena.

Sungguh apapun amal yang dilakukan seorang hamba yang ikhlas akan tetap bermakna, akan tetap bernilai, dan akan tetap mendapatkan balasan pahala yang setimpa. Allahu Robbi..


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

No comments: