♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Petang...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya perbuatan berbisik (dengan kejahatan) itu adalah daripada (hasutan) syaitan, untuk menjadikan orang beriman berduka cita; sedang bisikan itu tidak akan dapat membahayakan mereka sedikitpun melainkan dengan izin Allah; dan kepada Allah jugalah hendaknya orang beriman berserah diri." (Surah Al-Mujadalah, ayat 58)
.
♡{Menjauhi Sifat-sifat Tercela}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat: Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Kategori: Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
☞ Bukankah aku telah memberitahu kamu tentang ahli-ahli neraka? Mereka itu ialah orang-orang yang keras kepala, sombong, suka mengumpul harta tetapi tidak suka membelanjakannya untuk kebaikan�. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
{1. }☞ Keras kepala (degil) adalah sifat orang yang tidak mahu menerima kebenaran. Begitu juga orang yang tamak pada harta dan tidak suka membelanjakan harta untuk kebaikan kerana sombong, mereka ini tergolong sebagai ahli neraka.
.
{2. }☞ Harta merupakan amanah Allah kepada menusia oleh itu ia hendaklah dibelanjakan untuk diri, keluarga dan orang-orang yang di bawah tanggungan serta memberi bantuan kepada orang yang memerlukannya dengan cara yang diredhai oleh Allah.
.
{3. } ☞ Islam amat melarang umatnya bersifat dengan sifat-sifat yang tercela, seperti sombong, takbur, riak, keras kepala, suka tamak dan sebagainya kerana semua sifat-sifat ini boleh menyeret seseorang itu ke dalam neraka.
2552 bacaan
♥{ Pandangan AL-IMAM Al-Ghazali }
.
☞ bahawa iman yang sempurna adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan segala sifat terpuji. Hati yang bersih akan melahirkan perlakuan yang baik dan selamat pada landasan yang betul dalam amalan agama.
.
Orang berhati bersih akan turut menjaga mulut, lidah serta perlakuannya supaya tidak melampaui batas dibenarkan agama. Hati yang sihat dan bersih mengikut tapisan agama akan menampilkan akhlak terpuji sementara hati yang kotor melahirkan keperibadian buruk dan merosakkan.
Tabarakallah
بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Sunday, 9 November 2014
Menjauhi Sifat-sifat Tercela
Mukjizat Rasulullah saw
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Petang...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ surah Yunus ayat 57, yang bermaksud; "Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Qur'an yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan yang menjadi syifaa' (penawar / ubat) bagi penyakit-penyakit batin yang ada dalam dada kamu dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman."
.
♡{Mukjizat Rasulullah S.A.W}
.
Tarikh:9~11~2014
Riwayat: (al-Bukhari)
Kategori: Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Anas r.a katanya: ☞ Dibawakan kepada Nabi s.a.w sebuah bejana (bekas) waktu itu baginda di Zaura'. Lalu baginda letakkan tangan baginda di dalam bejana itu. Maka keluarlah air daripada anak-anak jari baginda. Lalu orang ramai pun berwudhuk. Qatadah pun berkata: ☞ Saya berkata kepada Anas : ☞ Berapa ramaikah kamu ketika itu? Jawab Anas: ☞ Tiga ratus atau lebih kurang tiga ratus. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
☞ Mukjizat yang dimiliki oleh Nabi s.a.w: ialah apa yang menjadikan para penentang baginda tidak mampu untuk melakukannya atau menandinginya ketika dicabar. Oleh yang demikian, mukjizat para nabi adalah perkara luar biasa yang tidak mampu ditandingi manusia dengan segala kebolehan dan keupayaannya sepertimana mukjizat yang telah dikurniakan kepada ☞ Nabi Musa a.s berupa tongkat yang dengannya baginda mengalahkan apa jua bentuk sihir, ☞ Nabi Isa a.s dengan usapannya yang dengan izin Allah, mengubat segala macam penyakit yang tidak mampu diubati oleh ilmu kedoktoran yang dibangga-banggakan pada zaman tersebut. Maka begitu jugalah mukjizat ☞ Nabi Muhammad s.a.w, yang di antaranya juga berupa Al-Qur'an yang ternyata hebat daripada berbagai sudut yang tidak mampu ditandingi manusia dari dahulu hingga kini.
2359 bacaan
.
soalan di dalam kubur
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Terangkanlah kepadaku tentang orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya"
(Surah Al-Furqan : 43)
.
♡{Soalan Di Dalam Kubur}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Akidah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Dari Asma' r.a katanya: ☞ Pada masa (hidup) Rasulullah s.a.w pernah terjadi gerhana matahari. Lalu aku pergi menemui ˜ ☞ Aisyah dan kudapati dia sedang solat. Aku bertanya kepadanya,Mengapakah orang banyak mengerjakan solat? ☞ Dia memberikan isyarat kepadaku dengan kepalanya (mendongak) ke langit. Aku bertanya, Ayat? ☞ (tanda kebesaran Allah?) Jawab ˜Aisyah, ☞ Ya! Tanda kebesaran Allah! ☞ Rasulullah s.a.w lama sekali berdiri (dalam solat), sehingga aku pusing (pening). Lalu aku mengambil air satu qirbah dan kubawa dekat denganku. Kemudian kubasahi kepala dan mukaku. ☞ Kata ˜Asma selanjutnya, ☞ Ketika Rasulullah s.a.w telah selesai solat dan matahari telah terang kembali, baginda berkhutbah di hadapan orang ramai. ☞ Mula-mula baginda memuji dan menyanjung Allah. Sesudah itu baginda bersabda, antara lain: ☞ Tidak ada sesuatu pun yang belum pernah kulihat melainkan telah kusaksikan dalam solatku sebentar tadi, ☞ syurga dan neraka. Sesungguhnya telah diwahyukan kepadaku bahawa ☞ kamu semua akan disoal di dalam kubur, atau seperti fitnah (bencana) dajjal. Masing-masing kamu akan didatangi lalu disoal,: ☞ Apa pengetahuanmu tentang orang (Muhammad) ini?Orang-orang yang beriman dengan yakin akan menjawab,: ☞ Dia adalah Muhammad, Rasulullah. Dia datang kepada kami membawa keterangan-keterangan dan petunjuk lalu kami terima dan kami patuhi. Pertanyaan itu berulang-ulang sampai tiga kali. Sesudah itu dia disuruh tidur. Katanya,: ☞ Kami sudah tahu bahawa kamu betul-betul beriman dengannya.Kerana itu tidurlah dengan nyenyak. Adapun orang-orang yang munafiq dan orang-orang yang ragu dalam kepercayaan mereka, maka jawab mereka,: ☞ Aku tidak tahu apa-apa. Aku dengar orang ramai mengatakan begitu dan begini, lalu kuucapkan pula.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●{Mengambil Iktibar}
.
● ☞ Allah s.w.t melayani manusia setimpal dengan amalnya. Bagi mukmin yang bertaqwa, mereka akan mendapat layanan yang sangat istimewa. Adapun terhadap yang fujjar dan kuffar, mereka akan ditimpa azab yang tidak dapat dibayangkan oleh fikiran manusia kerana azab ini tidak pernah disaksikan atau berlaku di atas muka bumi. Dalam keadaan menanggung azab yang pedih, tiba-tiba Allah s.w.t memerintahkan agar dibuka pintu yang menghala ke lorong yang menuju neraka. Segala bau busuk dan bahang neraka meresap masuk kee dalam kubur mereka. Malaikat akan datang membawa bunga rampai api neraka dan menaburkan ke atas kafir dan fujjar yang berbaring. Sebelum datang smeua ini, Allah s.w.t mendatangkan pula sepasang pakaian daripada minyak yang mendidih, dibalutkan pakaian tersebut kepada mereka.
5065 bacaan
.
{Sedikit iktibar Perkongsian}
.
☞ Kubur tempat roh menerima hukuman. Oleh itu, wajiblah seseorang itu beriman dengan perkara yang akan dirasai oleh roh. Roh seseorang akan senang dan riang apabila ditunjukkan segala amal perbuatannya yang soleh dan roh seseorang itu akan merasa dukacita dan bersedih hati apabila melihat amalannya yang jahat.
Tabarakallah