بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday 10 June 2014

Wahai burung

Teringat saat dahulu bilamana engkau enggan terbang bebas....entah mengapa hati ini sayu dan amat2 merinduimu wahai burung....

Saat engkau enggan terbang bebas, aku menyuruhmu terbang semahumu......disaat engkau bersedia untuk terbang, aku pula menghalangmu....entah mengapa hati ini sayu teramat mengenangkan dirimu....

Apabila datangnya tamu mu yg ingin mengambilmu, engkau enggan berpaut kepadanya......dan aku mula memaksamu terbang pergi kepadanya hanya semata-mata aku mahu melihat engkau menggapai apa mahumu..

Dikemudian hari, saat engkau dibuka pintu hati untuk terbang, dibukakan jalan, engkau mahu dibawa untuk terbang di angkasa, aku pula tidak membenarkan....dimanakah silapnya? Tidaklah aku cemburu akan dikau, sama sekali mahu mencantas perjalananmu... Wahai burung, aku tak bermaksud mahu engkau terus terkurung, apatah lagi mematahkan sayapmu....aku hanya mahu engkau terbang bebas, capai impianmu... terbang hingga berada di hadratul Quds....

Aku benar2 merindui mu wahai burung...engkau tak pernah sekali pun berkasar kepadaku...hinggalah saat aku bersalah sgt2 kpd mu....peristiwa itu benar2 mencengkam sanubariku....hingga aku tak mampu nak bersua denganmu lagi.....walau hati meronta mahu melihat engkau, mendakap engkau...aku sedaya upaya untuk menahan diriku.....

Setiap perbuatan, siulanmu wahai burung....bermain di mindaku...disaat aku keliru akan sesuatu...pasti tergiang di telingaku akan siualanmu yg sentiasa mengingatkan aku.....siualanmu sentiasa menyuruhku mengikut kpd TUHAN yg ESA....

Aku tak berniat untuk melukakan hatimu
Apatah lagi mengasarimu
Bahkan tidak sama sekali mahu berkisah tentang mu...
Aku hanya mahu engkau terbang tanpa ada kesilapan dlm perjalananmu....maka aku mencari yg lebih tahu untuk mengetahui   perjalanan itu.....kerna aku sayang engkau yg mahu berada di AHADIAH....

Maafkan aku wahai burung...
Terbanglah engkau....
Tinggalkan lah sangkarmu...
Kerna aku akan sentiasa menantimu....
Engkaulah satu2nya burung yg banyak mengajar aku tentang kehidupan...

No comments: