kenapa kena belajar ilmu TAUHID ? soal guru...guru cakap WAJIB belajar, ia fardhu ain...bila belajar Tauhid, kita bole menilai mana yg lebih utama samada Allah atau dunia. Melalui Tauhid juga akan mengajar kita agar tidak memiliki dan tidak dimiliki sesiapa pun kecuali Allah..Bukan tu je, kita juga akan rasa diri kita bukan kita punya tapi milik Allah..dengan Tauhid, ia akan mendidik hati agar lapang dada n takut hanya kpd Allah SWT...
semua bermula dari Tauhid...kalo Tauhid tak kuat, aqidah kita akan goncang... bisikan nafsu, makhluk n syaitan bole sesatkan kita( time nie aku t'fikir ttg aku yg suka membenarkan nafsu bak kata kakak aku ar )..
Tauhid dikenali jg sbg Usuluddin, Aqaidul Iman, ilmu makrifat...tujuannya adalah untuk mengEsakan Allah..guru ckp tak sah solat sebelum kenal Allah ( erk...fuh, tertunduk aku dgr ayat nie..)...kita tak akan kenal Allah melalui dzatNya...n guru juga ckp bila kita bersyahadah, kita telah masukkan 50 aqaidul iman kpd Allah...( sebelum nie aku tertanya2 gak apa itu 50 aqaidul iman, kini baru le aku tau...)
Nota : Paling penting,guru cakap " jika nak bersahabat dgnNya, bawalah DIA ke mana2 kita pergi...yg penting sentiasa ada di hati kita..."
~ (^_^ ) Barakallah ~
بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Tuesday, 21 January 2014
Tuesday, 14 January 2014
Sollallahi 'alaa Muhammad
Sollallahu 'alaihi wa sallam
Rabbi waj'al mujtama 'naa
Ghoayatuh husnul khitaami
Wa'tinaa maa qad sa'alnaa
Min 'athoayaakal jisaami
Wakrimil arwaaha minaa
Biliqaa khairil anaami
Wablighil mukhtaara'annaa
Min solaatin wa salaami
ertinya:
Semoga Allah melimpahkan rahmat keatas Muhammad
Semoga Allah mencurahkan rahmat dan kesejahteraan ke atasnya
Wahai Tuhanku, jadikanlah perhimpunan kami ini,
Kemuncaknya adalah sebaik-baik kesudahan, nanti
Berikanlah kepada kami apa saja yang kami minta
daripada pemberian-pemberianMu yang sangat besar nilainya
Berikanlah kemuliaan kepada roh kami semua
Dengan bertemu sebaik-baik manusia
Sampaikanlah kepada Insan Pilihan-Mu itu daripada kami sekalian
Selawat dan Salam yang kami kumandangkan.
~ (^_^) Barakallah ~
Maulid
Ya Nabi salaamun 'alaika Ya Rasul salaamun 'alaika
Ya Habib salaamun 'alaika Solawaatullahi 'alaika
Ashraqal kaunub tihaajaa Bi wujuudil mustof-Ahmad
Wa liahlil kauni unsun Wa suruurun qad tajaddad
Fatrabuu yah lal mathaanii Fahazaarul yumni garrad
Wastadhii'uu bijamaalin Faaqa fil husni tafarrad
Wa lanal bushraa bi sa'din Mustamirrin laisa yanfad
Haithu uutiinaa 'aatoa'an Jama'al fakhral mu'abdad
Falirabbii kullu hamdin Jalla an yahsurahul 'ad
Iz habaanaa bi wujuudil Mustofal haadii Muhammad
ertinya
Wahai Nabi sejahtera atasmu - Wahai Rasul sejahtera atasmu
Wahai kekasih sejahtera atasmu - Rahmat Allah atasmu
Alam semesta bergelimang cahaya riang gembira
dengan kelahiran Rasul Pilihan, Ahmad di mayapada
Seluruh penghuninya terasa bahagia
sambung menyambung tiada hentinya
Maka ikutlah bergembira, wahai penganut ajaran Al-Quran
kerana burung-burung kebertuahan telah berkicauan
Bersuluhlah dengan sinar keindahan
yang mengungguli semua keindahan tiada bandingan
Khabar gembira buat kita, dengan kebahagiaan abadi
yang berkekalan terus menerus tiada henti
Lantaran kita telah meraih anugerah Ilahi
yang merangkum segala kemegahan abadi
Maka bagi Tuhanku segala pujian untuk-Nya
yang tiada suatu bilangan pun mampu mencakupnya
Atas kurniaan-Nya kepada kita, dengan kelahiran
Rasul pilihan yang memberi petunjuk, Muhammad
~ Barakallah ~
Subscribe to:
Posts (Atom)