Bila tiba-tiba kakak sebut ‘ kalau sy khatam dulu, awak jangan jumpa dengan saya sampai akhir tahun’.. aku ? terkejut juga la…ni pasai apa le pulak..huhuhu….melayang kejap otak berfikir tentang ‘facebook’…..mane taknye, bole kata, aku banyak juga le habiskan masa dengannya….
Bila difikirkan semula, aku hanya faham yg akak nak aku lebihkan masa baca quran…tu pasai kakak mention macam tu kot…tp jauh dari itu, aku tahu “bukan sekadar khatam sahaja…”. Sesungguhnya Allah menguji kita di setiap masa, maka ulangkaji (membaca Quran) untuk menghadapinya juga harus dilakukan di setiap masa…
So, aku bertanya pada diri ‘yang mana sebenarnya matlamat hakiki kakak? Mahu aku khatam dan selesai, atau terus membaca, menghayati dan mengamalkan yang disuruh serta meninggalkan yang ditegah di dalamnya di sepanjang hidup kita selagi nyawa di kandung badan? kita di negeri abadi nanti tidak dinilai daripada berapa kerapkah kita khatam al Quran tetapi dihitung daripada berapa banyakkah amalan yang telah kita lakukan yang berlandaskan al Quran, kitab suci Tuhan..
Sebenarnya, bukan kakak yang suruh baca quran, tetapi Allah
yang suruh…kakak tu alat je nak sampaikan pesanan Allah…Allah suruh sebab Quran
sumber segala ilmu, maklumat dan rujukan umat Islam di sepanjang hayat. Kalau
kita tak membacanya macam mana kita nak tahu apa yg ditulis di dalamnya? Jika
kita tak tau apa yg ditulis di dalamnya macam mana kita nak hayati isinya? Macam
buku ceritalah, kalau kita tak baca macam mana kita nak tahu cerita di
dalamnya, kan ??
Hehehe…..
Kita kena membaca al Quran setiap hari kerana Allah menguji
kita semua setiap hari. Malah, setiap saat sebenarnya Allah menguji kita. Tak
ada walau sedetik pun waktu yang kita tak berada dalam keadaan diuji oleh Nya,
diperhati oleh Nya….
Nota : so, rajin-rajinlah
membaca Quran ya ! jangan sampai menolak segala hukum Allah…pasai tak tau apa
yang terkandung dalam Quran…al Quran adalah kitab untuk difahami dan dihayati,
sebagai panduan hidup di dunia dan bekal menuju negeri mati!
~~~ to my beloved sister, den tak akan mengalah dan den akan cuba khatamkannya dalam bulan ini juga, INSYAALLAH~~~
No comments:
Post a Comment