بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Friday, 6 May 2016

hijrah tak pnh habis

Semua orang nak berubah. Semua orang nak berhijrah menjadi orang yang Allah redha, orang yang baik, menuju kesempurnaan.

Semua orang yang "hidup" hatinya pasti nak menjadi orang yang baik. Itulah fitrah hidup. Ya, fitrah.

Namun, kesilapan ramai orang ialah merasa PUAS dengan HIJRAH yang di lakukan. Merasa PUAS dengan perubahan yang di lakukan.

Bila dari pakai seksi kepada pakaian sopan, dia rasa puas dan berhenti takat itu.

Ada yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tapi bajut ketat, dia rasa puas.

Ada orang dari pakai tudung baju ketat keapda pakai tdung tapi baju longgar, dan dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh, dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung labuh dan jubah kepada purdah, dia berhenti takat tu.

Begitu juga solat. Ada yang rasa dah dapat solat 5 waktu, dia rasa dia dah baik. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup. Dah dapat tahajud, dia rasa cukup.

Sedangkan, merasa cukup dan puas dengan amal itu adalah tipu daya syaitan.
KAWAN,

Teruslah mengejar syurga, mengejar redha Allah. Jangan sekali-kali merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan. Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.

Teruskan berubah, sehingga kita mati.

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amal wajib dan banyakkan amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya.

Jangan pernah rasa cukup.

Kerana,

"Hijrah takkan pernah berhenti!!"

Kita semua buat dosa

Kita semua buat dosa. Dan sentiasa akan buat dosa.

Semulia-mulia pendosa adalah mereka yang selalu BERTAUBAT dan TAK TANGGUH TAUBAT.

Sehina-hina pendosa adalah mereka yang EGO PERTAHANKAN dosa yang mereka buat, walaupun mereka tahu ia dosa dan salah.

Nabi Adam alayhi salam buat salah, baginda terus bertaubat. Jadilah dia semulia-mulia makhluk.

Iblis buat salah, tapi dia EGO tak nak taubat dan TAK NAK AKUI kesalahan, dan lebih hampeh dari tu adalah dia PERTAHANKAN dosa dia buat.

Maka jadilah dia sehina-hina makhluk.

--

Kita pula?

Dalam hidup ni, Allah bagi kita peluang dan ruang. Untuk jadi mulia, atau jadi hina.

Sebelum tidur, muhasabah dalam2. Bape kali kita pertahankan dosa kita kerana EGO.

Wednesday, 4 May 2016

Pilih kawan

hidup ni simple je....nk berkawan, kena pandai piluh kawan.....cari kawan yg bukan hanya utk di dunia saja tetapi cari kawan untuk akhirat jg...

berkawan semata-mata urusan dunia x kemana...

berkawan semata-mata urusan akhirat membosankan....

berkawan semata-mata urusan dunia akhirat memenatkan...

berkawan semata-mata kerana Allah itu membahagiakan, bukan hanya di dunia malah di akhirat nti....