بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Tuesday, 31 December 2013

Penawar hati

1.. Percaya kpd Allah

2. Pengetahuanku bhwa setiap kejadian itu sudah ditentukan...(Allah dh SET maaaa...)

3. Sabar adalah suatu hal yg paling baik dilakukan oleh org yg sdg ditimpa musibah

4. Jika diriku tdk sabar maka apa yg harus dilakukan agar diri ini tidak menjadi lemah

5. Barangkali aku melakukan kejelikan sehingga aku harus bertaubat.. ( mmg kena sentiasa minta ampun kan)

6. Aku selalu mengingatkan diriku bhwa suatu masa kemudahan pasti akan dtg...( jadi, relaks n be cool je)

Friday, 27 December 2013

Peringatan....

"Kita nak cari redha manusia..? Kita nak orang suka kat kita..? Kita nak jadi glamer..? Kirim salam la kalau buleh dapat semua tu. Manusia tak kan pernah nak redha sesama manusia..selagi dok memberhala kan diri..selagi bawak berhala diri kesana kesini. Berhala yg betui macam kat pyramid tu tak kacau orang, tak buleh bercakap, tak buleh mengumpat, tak boleh pukui orang. Tapi kita yang dok memberhala kan diri..asyik mengata orang, asyik bangga diri, asyik buat jahat kat orang. Soklannya..berhala mana yang lebih jahat? Berhala yg dok diam aje mcm kat pyrimid tu ka atau kita yg dok jadi berhala. Kita jadi berhala..sebab kita sembah diri kita yang kita dok perasan rasa hebat dll. Secara tak sedar..kita tajk bertuhankan Allah...tapi bertuhankan diri sendiri. Lagi hina..kalau kita mempertuhankan orang lain, atau duit, atau jawatan kita."


eeeuuuuwwww..... amat dahsyat!!!
~  :) Barakallah ~

Monday, 9 December 2013

Nasihat Untuk Diri

Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa ia pernah mendengar Nabi SAW bersabda “Pada hari kiamat kelak seseorang itu akan dicampakkan ke dalam neraka, maka keluarlah ususnya dan dia berputar-putar seperti seekor keldai mengelilingi batu kisaran. Para penghuni neraka lainnya pun menghampirinya dan bertanya:”Wahai saudara, mengapa ini semua terjadi? Bukankah saudara adalah orang yang pernah menyuruh kepada-perkara makruf (kebaikan) dan mencegah perkara-perkara yang mungkar (kejahatan)?” Maka ia menjawab:”Benar, akulah yang pernah menyuruh kamu berbuat makruf dan melarang kamu berbuat kemungkaran, tetapi aku sendiri yang melanggarnya.”


(Bukhari & Muslim)