بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Showing posts with label Khazanah Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Khazanah Pengetahuan. Show all posts

Friday, 6 May 2016

hijrah tak pnh habis

Semua orang nak berubah. Semua orang nak berhijrah menjadi orang yang Allah redha, orang yang baik, menuju kesempurnaan.

Semua orang yang "hidup" hatinya pasti nak menjadi orang yang baik. Itulah fitrah hidup. Ya, fitrah.

Namun, kesilapan ramai orang ialah merasa PUAS dengan HIJRAH yang di lakukan. Merasa PUAS dengan perubahan yang di lakukan.

Bila dari pakai seksi kepada pakaian sopan, dia rasa puas dan berhenti takat itu.

Ada yang dari pakaian sopan kepada pakai tudung tapi bajut ketat, dia rasa puas.

Ada orang dari pakai tudung baju ketat keapda pakai tdung tapi baju longgar, dan dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung pendek ke tudung labuh, dia berhenti takat tu.

Ada orang dari tudung labuh dan jubah kepada purdah, dia berhenti takat tu.

Begitu juga solat. Ada yang rasa dah dapat solat 5 waktu, dia rasa dia dah baik. Dah solat jemaah 5 waktu kat masjid, dia rasa dah cukup. Dah dapat tahajud, dia rasa cukup.

Sedangkan, merasa cukup dan puas dengan amal itu adalah tipu daya syaitan.
KAWAN,

Teruslah mengejar syurga, mengejar redha Allah. Jangan sekali-kali merasa puas dengan hijrah dan perubahan yang telah kita lakukan. Jangan rasa diri dah sempurna dan dah cukup.

Teruskan berubah, sehingga kita mati.

Dari menutup aurat, usaha untuk jaga ikhtilat, usaha untuk tidak sombong, usaha untuk dakwah, usaha untuk jaga amal wajib dan banyakkan amalan sunat, banyakkan berdoa dan sebagainya.

Jangan pernah rasa cukup.

Kerana,

"Hijrah takkan pernah berhenti!!"

Sunday, 5 October 2014

7 tipu daya

****
Tipu daya syaitan terhadap manusia supaya meninggalkan ibadat kepada Allah ada tujuh perkara :

Pertama, syaitan melarang manusia taat kepada Allah. Sedangkan golongan yang dipelihara oleh Allah akan menolak ajakannya dan mengatakan : “Aku mengharapkan pahala dari Allah. Untuk itu, aku harus mempunyai bekalan di dunia ini demi akhirat yang kekal.”
Kedua, syaitan sentiasa memujuk manusia agar tidak mentaati Allah. Dia menghasut manusia dengan mengatakan : “Nanti sahajalah, kalau sudah tua nanti barulah, masa masih panjang dan kita masih muda atau sebagainya lagi.” Golongan yang terpelihara akan menolaknya dengan mengatakan : “Kematianku bukan berada di tanganmu. Jika aku menundakan amalanku hari ini untuk esok, sehingga amal hari esok perlu aku kerjakan. Sedangkan setiap hari aku mempunyai amal yang berlainan.”

Ketiga, syaitan sentiasa mendorong manusia untuk bersegera dalam melakukan amalan kebaikan. Kata syaitan : “Cepatlah beramal agar engkau dapat mengejar dan mengerjakan amalan-amalan lain.” Golongan yang selamat akan menolaknya dengan mengatakan : Amal yang sedikit tetapi sempurna lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi tidak sempurna.”

Kemudian, syaitan akan menyuruh manusia untuk menjalankan amalan yang baik secara sempurna agar tidak dicela oleh orang lain. Mereka yang dipelihara oleh Allah akan mengatakan : “Bagi saya, penilaian cukup hanya dari Allah taala dan tidak ada manfaatnya beramal kerana manusia (orang lain).

Setelah itu, syaitan membisikkan pujian kepada orang yang beramal : “Betapa tinggi darjatmu kerana dapat beramal soleh dan betapa cerdik dan sempurnanya dirimu.” Mendengar pujian ini, orang yang baik akan mengatakan bahawa :“Semua keagungan dan kesempurnaan itu hanyalah kepunyaan Allah dan bukan kekuatan atau kekuasaanku. Allah yang melimpahkan taufik kepadaku untuk beramal sehingga Dia meredhai dan memberikan pahala besar. Sekiranya tanpa kurniaanNya, apalah erti amalanku ini, jika dibandingkan dengan nikmat Allah yang telah diberikan kepadaku, di samping dosaku yang bertimbun pula.”

Dengan gagalnya jalan kelima, syaitan akan menerapkan cara yang keenam. Cara ini lebih berat jika dibandingkan dengan cara-cara yang terdahulu dan manusia tidak akan menyedarinya kecuali mereka yang yang cerdik dan berfikir. Syaitan berbisik dalam hati manusia : “Bersungguh-sungguhlah engkau beramal dengan sir (bisikan), jangan sampai diketahui oleh orang lain kerana Allah jualah yang akan memberitahu orang lain bahawa engkau adalah seorang hamba Allah yang ikhlas.” Begitulah syaitan mencampur-baurkan amalan seseorang dengan penipuannya yang sangat tersembunyi. Dengan ucapannya itu syaitan bermaksud untuk memasukkan sedikit perasaan riak. Orang-orang yang dipelihara Allah akan menolak ajakannya dengan mengatakan: “Hai malaun (yang dilaknat), engkau tidak henti-henti menggodaku dan merosakkan amalanku dengan pelbagai cara. Dan kini, kau berpura-pura seolah-olah akan memperbaiki amalanku, padahal engkau bermaksud merosakkannya. Aku adalah hamba Allah dan Allah yang menjadikanku. Jika berkehendak, Allah akan menjadikan aku mulia atau hina. Semuanya itu adalah urusan Allah. Aku tidak khuatir, amalanku diperlihatkan atau tidak kepada orang lain, sebab itu bukan urusan manusia.”

Gagal dengan cara itu, syaitan akan meneruskan godaannya dengan cara lain lagi. Dia mengatakan: “Hai manusia, janganlah engkau menyusahkan diri sendiri dengan beramal ibadat kerana jika Allah telah menetapkan kamu sebagai orang yang berbahagia pada hari azali kelak, maka meninggalkan ibadat pun tidak akan memberikan sebarang mudharat. Engkau tetap menjadi orang yang berbahagia dan sebaliknya jika Allah menetapkan kamu sebagai seorang yang celaka, maka tidak ada gunanya engkau beribadat kerana engkau tetap akan celaka.” Orang-orang yang dipelihara oleh Allah sudah pasti akan menolak godaan itu dengan mengatakan:

“Aku hanyalah hamba Allah. Wajib bagiku menuruti perintahNya. Allah Maha Mengetahui, menetapkan sesuatu dan berbuat apa sahaja sesuai dengan kehendakNya. Walau bagaimanapun keadaanku, amalanku tetap bermanfaat. Jika aku ditetapkan sebagai orang yang berbahagia, aku akan tetap beribadat untuk memperbanyakkan pahala. Sebaliknya, jika aku ditetapkan sebagai orang yang celaka, aku akan tetap meneruskan perbuatan ibadat agar tidak menjadi sebuah penyesalan bagiku. Sekiranya aku masuk neraka, padahal aku taat, itu adalah lebih aku sukai daripada aku masuk neraka kerana melakukan maksiat. Tetapi tidak akan demikian akibatnya kerana janji Allah pasti terbukti dan firmanNya pasti benar.”

Allah telah menjanjikan pahala kepada sesiapa sahaja yang taat kepadaNya. Barangsiapa mati dalam keadaan beriman dan taat kepada Allah, dia tidak akan dimasukkan ke dalam neraka, melainkan syurgalah tempatnya. Jadi, masuknya seseorang ke dalam syurga bukan kerana kekuatan amalan yang telah didirikan, tetapi kerana janji Allah yang suci murni dan pasti!!

Kelak, orang-orang yang berbahagia dan beruntung akan mengatakan:

“Segala puji bagi Allah yang membuktikan janjiNya dengan syurga.”

Semoga Allah melimpahkan rahmatNya kepada kita. Sesungguhnya dalam mentaati Allah, terlalu banyak godaan dan tipu daya syaitan yang perlu kita lalui. Bandingkan segala permasalahan dan perbuatan kepada keadaan tersebut dan pohonlah perlindungan Allah Ta’ala agar terlindung dan terpelihara dari kejahatan syaitan. Sesungguhnya segala sesuatu itu berada di bawah kekuasaan Allah dan kepadaNyalah kita mengharapkan taufik dan keredhaan.

“Tiada daya untuk meninggalkan maksiat dan tidak ada kekuatan untuk mengerjakan ketaatan kecuali dengan pertolongan Allah yang Maha Luhur dan Maha Agung.”

(Dipetik dari Kitab Minhajul Abidin karangan Imam  Ghazali

Sunday, 7 September 2014

InsyaAllah. .

Suatu hari Imam Ahmad bin Hanbali mendapat kabar bahwa salah seorang muridnya selalu bangun malam dan mengkhatamkan al-Qur`an secara sempurna hingga terbit fajar.
Kemudian dilanjutkan dengan sholat subuh. Imam Ahmad (A) pun ingin mengajarkannya cara mentadabburi al-Qur`an. Datanglah ia kepada muridnya itu, kemudian berkata: "Aku dengar kamu melakukan ini dan itu..?
Muridnya (M) menjawab: "Ya"
A: "Kalo gitu, coba nanti malam kamu lakukan seperti kemarin-kemarin, tapi saat membaca al-Qur`an, bayangkan kamu membacanya di hadapanku. Atau seakan-akan aku mengawasi bacaanmu.
Keesokan harinya, datanglah si murid, dan Imam Ahmad bertanya hasilnya.
Si murid menjawab: "Aku hanya bisa membaca 10 juz saja"
A: "Coba nanti malam baca al-Qur`an seakan-akan kamu membacanya di hadapan Rasulullah SAW"
Keesokan harinya si murid datang lagi dan berkata: "Ya imam, aku hanya sanggup membaca juz 'amma saja"
A: "Nah sekarang, cobalah nanti malam kamu baca al-Qur`an seakan-akan di hadapan Allah 'Azza wa Jalla"
Si murid pun kaget disuruh seperti ini. Keesokan harinya, si murid datang dengan mata bengkak akibat dari menangis.
Imam Ahmad pun bertanya: "Apa yg kamu lakukan anakku?"
Si murid menjawab sambil menangis: "Ya imam, demi Allah, sepanjang malam aku tidak bisa menyempurnakan bacaan surat al-Fatihah"
*****
Al-Qur`an adalah kalam Allah kepada kita.. Maka bacalah ia dengan hati, bukan hanya sekedar dengan lisan.
Semoga اَللّهُ سبحانه وتعالى mengumpulkan kita di hari kiamat kelak bersama golongan hamba2-Nya yang senantiasa memuliakan Al-Qur'an.
Amalan kamis sore,,
اللهم يا دائمَ الفضْلِ على البريَّة, يا باسِطَ اليَدَيْنِ بِالعَطِيّة, ياصاحب المَواهِبِ السَنِيِّة, صلِّ على سَيِّدِنا محمّدٍ خَيْرِ الوَرَى سَجِيَّة, واغْفِرْ لنا ياذَا الْعُلَى في هذِه العشية (عشرة مرات) 

Saturday, 30 August 2014

Kasih kpd Si lalat

Kisah Sufi: Cinta Al-Ghazali terhadap Lalat
“ Irhamu man fil ardli yarhamkum man
fis sama’"-- Sayangilah semua yang ada
di bumi, maka semua yang ada di langit
akan menyayangimu.” ---HR. Abu
Dawud dan Timidzi.
Imam al-Ghazali, atau yang memiliki
nama lengkap Abu Hamid Muhammad
bin Muhammad al Ghazali ath-Thusi
asy-Syafi’i ini dikenal dunia sebagai
seseorang yang alim dan taat
beragama. Namanya semakin besar,
ketika ia menciptakan berbagai karya
tulis yang banyak memberi sumbangan
bagi perkembangan kemajuan manusia.
Seperti Ihya Ulumuddin, Kimiya as-
Sa’adah (Kimia Kebahagiaan), Misykah
al-Anwar, Maqasid al-Falasifah, Tahafut
al-Falasifah; Al-Mushtasfa min `Ilm al-
Ushul, Mi`yar al-Ilm; al-Qistas al-
Mustaqim, Mihakk al-Nazar fi al-
Manthiq, dsb.
Berkat karya-karyanya ini pula, ia
mendapat kepercayaan sebagai seorang
cendekiawan muslim yang komplit.
Sebagai ulama besar, ahli filsafat, ahli
teolog, dan bahkan dikarenakan daya
ingatnya yang kuat dan bijak dalam
berhujjah, ia pun mendapat gelar
Hujjatul Islam. Ia sangat dihormati
karena keluasan ilmunya, hingga kini.
Namun di balik totalitas al-Ghazali
terhadap keilmuan dan Islam, terselip
satu kisah yang unik, menggelitik, dan
bermakna. Betapa tidak, dalam kisah
tersebut terungkap gambaran lain
seorang ahli tasawuf ini—yang konon
telah mengantarkannya ke Syurga.
Seorang imam besar yang terselematkan
dari panasnya api neraka dikarenakan
seekor lalat.
Dalam Nashaihul ‘Ibad, Syekh Nawawi
al-Bantani menuliskan kisah tersebut.
Konon pada suatu ketika ada seseorang
berjumpa dengan Imam al-Ghazali
dalam sebuah mimpi. Lantas ia pun
bertanya, “Bagaimana Allah
memperlakukanmu?.”
Imam al-Ghazali pun berkisah. Di
hadapan Allah ia ditanya mengenai
bekal apa yang hendak diserahkan
kepada-Nya. Al-Ghazali menjawab
dengan menyebut satu per satu seluruh
prestasi ibadah yang pernah ia jalani di
kehidupan dunia.
Namun, Allah menolak semua itu.
Kecuali, satu kebaikannya ketika
bertemu dengan seekor lalat. Dan,
karena lalat itu pula Imam al-Ghazali
diizinkan memasuki Syurga-Nya.
Dikisahkan pada suatu hari, Imam al-
Ghazali tengah sibuk menulis kitab. Hal
yang lazim dalam dunia kepenulisan
adalah dengan menggunakan tinta dan
sebatang pena. Pena itu harus
dicelupkan dulu ke dalam tinta baru
kemudian dipakai untuk menulis, jika
habis dicelup lagi dan menulis lagi.
Begitu seterusnya.
Di tengah kesibukan menulis itu, tiba-
tiba terbanglah seekor lalat dan hinggap
di mangkuk tinta Imam al-Ghazali. Sang
Imam yang merasa kasihan lantas
berhenti menulis untuk memberi
kesempatan si lalat melepas dahaga dari
tintanya itu.
Dari kisah tersebut, kita tahu bahwa
betapa luas kasih sayang Imam al-
Ghazali terhadap sesama makhluk,
termasuk lalat yang pada saat itu datang
“mengganggu” kenikmatannya dalam
kegiatan menulis.
Peristiwa ini menjadi pelajaran bagi
kita semua bahwa tidak ada hak bagi
manusia untuk menilai besar kecilnya
suatu ibadah. Apa yang kita anggap
kecil, belum tentu menjadi kecil pula di
hadapan Allah. Begitu pun sebaliknya,
apa yang dianggap sebagai nilai ibadah
besar dan bernilai tinggi, belum tentu
memiliki nilai besar di mata Allah.
Karena ternyata, penilaian ibadah
manusia sepenuhnya milik-Nya, bukan
milik manusia.
Hikmah lain dalam kisah ini adalah
mengenai kasih sayang yang tiada
batas. Kasih sayang manusia terhadap
makhluk lain, sekali pun itu hewan. Tak
menutup kemungkinan kasih sayang
yang dianggap sepele ini dapat
menghantarkan manusia menuju ke
Syurga-Nya.
Sejatinya, Imam al-Ghazali hanya
mempraktikkan apa yang diperintahkan
dan diteladankan Muhammad Saw,
“ Irhamu man fil ardli yarhamkum man
fis sama"-- Sayangilah semua yang ada di
bumi, maka semua yang ada di langit
akan menyayangimu.”
Pun begitu dengan balasan yang ia
peroleh akibat kebaikan yang ia
tanamkan, “Barangsiapa mengerjakan
kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya
dia akan melihat (balasan)nya. Dan
barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan sebesar dzarrah pun, niscaya
dia akan melihat (balasan)nya
pula” (QS. 99: 7-8), dan sungguh, “Tiada
balasan kebaikan selain kebaikan
pula.” (Qs. Ar-Rohman: 60) 

Saturday, 17 May 2014

Wirid.......

Dikatakan bahawa wirid salah satu amalan yg dituntut oleh Rasulullah saw...maka kita digalakkan untuk berwirid selepas solat....

Orang yg tak wirid lepas solat walau wirid yg ringkas, termasuk dlm golongan munafik...dan bg mereka yg memandang wirid atau doa satu amalan yg ringan, maka mereka bole dikatakan sbg org yg kurang baik n jahil.....

Bagi mereka yg tak sempat utk berwirid lepas solat..maka mereka digalakkan utk qada kan wiridnya pada masa yg mereka lapang...tu maknanya bila dh tertinggal wirid,  cari masa utk qada wirid itu...bukannya tinggalkan terus...buat le bila2 masa yg free.....hehe...

Nota : dgn kata lain...wirid le walau yg simple. ..patu try istiqamah sampai le kita meninggal dunia...jom usaha sama2. .

Sunday, 11 May 2014

Hambakah kita..

Pertanyaan yg sering membuat fikiran aku sempit and jem...mana taknya....sering kali ditimpa ujian, soalan yg bermain di minda aku " ye ke hamba "....jika benar aku hamba, mengapakah aku mudah terasa dgn ujian2 yg datang...lupakah aku tentang status aku sebagai hamba ?!

Quite complicated...but not so conflicts. ..hehehe....dulu ada orang ckp kt aku tentang 'hamba'..katanya jika rasa diri hamba, buat mcm hamba bukannya mcm TUAN...emmm..InsyaAllah aku akan cuba faham kata-katanya..

Hamba? Kena rasa diri lemah, dhaif, hina, kerdil, bodoh, serba serbi kekurangan dan senang cakap hamba ni TAK ADA APA2 di sisi Allah...hamba ni kena rasa bahawa dia tak buat apa2 pub kebaikan melainkan kebaikan atau amalan dia buat itu semuanya merupakan hidayah, qudrat dan iradat Allah semata-mata. ..belas kasih Allah kpd kita la yg buat kita bole buat kebajikan...so, kita kena bersyukur sbb apa? Mujur Allah bekehendak keatas kita, tu yg kita bole buat kebajikan, p menuntut ilmu, p masjid n sebagainya....

Hati kita nie kena rasa hamba pd Allah. ..kita kena benamkan sgla sifat ubudiyah...kena pulangkan 7 sifat maani semula...dan yg tinggal pd kita hanya 'hayat'....kesimpulannya, berkelakuanlah seperti hamba kpd TUAN....

Friday, 9 May 2014

Hijab

Di katakan terdapat 70 ribu hijab antara kita dgn Tuhan....mcm2 hijab yg ada....lebih2 lagi, bg orang yg beramal atau yg berjalan menuju Allah...mmg akan dilihat pelbagai hijab...

Antara hijabnya :-

1) hijab a'yan = iaitu dihijab oleh makhluk2..sgla makhluk adalah hijab pd kita dgn Tuhan.

2) hijab isim = iaitu kita dihijab oleh nama2 benda seperti sebut nasi,mengenyangkan..ubat, menyembuhkan. .sdkgkan yg mengenyangkan n menyembuhkan itu adalah Allah...

3) hijab huruf = iaitu dihijab oleh hukum hakam..banyak yg Allah perintah n larang yg kita buat n x buat....

4) hijab ilmu = iaitu dimana kita merasa mengetahui segala sesuatu. ..kita berasa diri kita pandai, ada ilmu dari orang lain..

5) hijab kejahilan = dimana kita dh mmg jahil n x tau sesuatu ilmu tapi tak mau belajar n cari ilmu jg..yg nie pon hijab...sbb apa...kita pakai redah je apa kita nk buat tanpa berlandaskan ilmu......huhu.....amal tanpa ilmu sia2..confirm Allah tak terima..sbb Allah akan terima amalan yg dibuat mengikut apa yg disuruh dan dilarangnya..

Nota : bila seseorang berkata pd aku, kita sendiri jg hijab..YA, hijab paling besar adalah diri kita sendiri...kita adalah hijab dgn Allah... berkira dalam beramal jg hijab...merasa diri buat kebaikan, berzikir, membaca al quran, solat....semua ini adalah HIJAB...kita tak ada apa2...disini kita berpegang pd la haula wala quwwata illah billah. ..kita tak ada daya nak buat kebaikan dan tak ada daya nak menolak kejahatan... jadi, kita kena kuat mujahadah memerangi hawa nafsu...zikrullah dan selawat adalah cara kita nak sampai kpd Allah...InsyaAllah ;)

Monday, 5 May 2014

Ambil Peluang....



Mengapa kita di jemput oleh Allah ke taman2 syurga(majlis2 ilmu,zikr)..?sedangkan ada yang lebih baik akhlaknya daripada kita tidak djemput..ini adalah kerana Allah telah memilih kita agar dapat memahami ilmu2 Allah yang ia sbg sebab yg beradat bg mendapat banyak kelebihan,barokah,rahmat dan kerdhaan dari Allah dunia dan akhirat.


Tersebut di dalam kitab nasihat agama dan wasiat iman."kejahilan tentang agama itu lebih dahsyat daripada kezaliman yang di lakukan oleh orang2 kafir terhadap muslim"..krn kejahilan agama itu akan membawa kepada terlucutnya iman dan islam.


Jd, gunakanlah kelebihan yang ada padamu selagi ia tidak menyalahi syariat untuk menarik umat ini kejalan2 Allah..kerana setiap kita ada tugasan dariNya..iaitu berdakwah berdasarkan ilmu yang dituntut...










Nota : sama2 kita bermula dari bawah....walau nak mendaki bukit itu banyak rintangannya.....

Monday, 14 April 2014

16 kewajiban isteri kepada suaminya

Wajib bagi si isteri :

1) sentiasa malu terhadap suaminya

2) menutup penglihatannyadi hadapan suami

3) mentaati perintah suaminya

4) diam ketika suaminya sdg berbicara

5) berdiri ketika suaminya datang n nk keluar

6) menyodorkan dirinya kod suami time nak tido

7) memakai wangi-wangian

8) memelihara mulutnya dgn wangi2an

9) sentiasa berhias dihadapn suaminya

10) tidak berhias time suami x ada

11) tak berkhianat kpd suaminya time tak ada di dlm tempat tido n di dlm hartanya

12 ) menghormati famili n para kerabat suaminya

13) merasa puas jika diberi sedikit by suaminya

14 ) tidak mencegah dirinya(jika diajak sanggama oleh suaminya)

15) tak bole puasa sunat tanpa izin suami

16) tak bole keluar rumah tanpa izin suami...

Wednesday, 9 April 2014

Peringatan....


Wahai saudaraku:
Mengapa mengantuk padahal kalian terjaga?
Mengapa ragu padahal kalian melihat?
Mengapa lalai padahal kalian telah bersaksi?
Mengapa keliru padahal kalian sedar?
Mengapa diam padahal kalian akan dituntut?
Mengapa menetap padahal kalian pasti meninggalkannya?
Bukankah sudah tiba waktunya bagi para penidur untuk bangun?
Bukankah telah tiba saatnya bagi para pelalai untuk mengambi
l pelajaran?

Saturday, 26 October 2013

99 Langkah Menuju Keimanan Sejati.

01. Bersyukur apabila mendapat nikmat;
02. Sabar apabila mendapat kesulitan;
03. Tawakal apabila mempunyai rencana/program;
04. Ikhlas dalam segala amal perbuatan;
05. Jangan membiarkan hati larut dalam kesedihan;
06. Jangan menyesal atas sesuatu kegagalan;
07. Jangan putus asa dalam menghadapi kesulitan;
08. Jangan usil dengan kekayaan orang;
09. Jangan hasad dan iri atas kesuksessan orang;
10. Jangan sombong kalau memperoleh kesuksessan;
11. Jangan tamak kepada harta;
12. Jangan terlalu ambitious akan sesuatu kedudukan;
13. Jangan hancur karena kezaliman;
14. Jangan goyah karena fitnah;
15. Jangan berkeinginan terlalu tinggi yang melebihi kemampuan diri.
16. Jangan campuri harta dengan harta yang haram;
17. Jangan sakiti ayah dan ibu;
18. Jangan usir orang yang meminta-minta;
19. Jangan sakiti anak yatim;
20. Jauhkan diri dari dosa-dosa yang besar;
21. Jangan membiasakan diri melakukan dosa-dosa kecil;
22. Banyak berkunjung ke rumah Allah (masjid);
23. Lakukan shalat dengan ikhlas dan khusyu;
24. Lakukan shalat fardhu di awal waktu, berjamaah di masjid;
25. Biasakan shalat malam;
26. Perbanyak dzikir dan do’a kepada Allah;
27. Lakukan puasa wajib dan puasa sunat;
28. Sayangi dan santuni fakir miskin;
29. Jangan ada rasa takut kecuali hanya kepada Allah;
30. Jangan marah berlebih-lebihan;
31. Cintailah seseorang dengan tidak berlebih-lebihan;
32. Bersatulah karena Allah dan berpisahlah karena Allah;
33. Berlatihlah konsentrasi pikiran;
34. Penuhi janji apabila telah diikrarkan dan mintalah maaf apabila karena sesuatu sebab tidak dapat dipenuhi;
35. Jangan mempunyai musuh, kecuali dengan iblis/syaitan;
36. Jangan percaya ramalan manusia;
37. Jangan terlampau takut miskin;
38. Hormatilah setiap orang;
39. Jangan terlampau takut kepada manusia;
40. Jangan sombong, takabur dan besar kepala;
41. Berlakulah adil dalam segala urusan;
42. Biasakan istighfar dan taubat kepada Allah;
43. Bersihkan rumah dari patung-patung berhala;
44. Hiasi rumah dengan bacaan Al-Quran;
45. Perbanyak silaturrahim;
46. Tutup aurat sesuai dengan petunjuk Islam;
47. Bicaralah secukupnya;
48. Beristeri/bersuami kalau sudah siap segala-galanya;
49. Hargai waktu, disiplin waktu dan manfaatkan waktu;
50. Biasakan hidup bersih, tertib dan teratur;
51. Jauhkan diri dari penyakit-penyakit bathin;
52. Sediakan waktu untuk santai dengan keluarga;
53. Makanlah secukupnya tidak kekurangan dan tidak berlebihan;
54. Hormatilah kepada guru dan ulama;
55. Sering-sering bershalawat kepada nabi;
56. Cintai keluarga Nabi saw;
57. Jangan terlalu banyak hutang;

58. Jangan terlampau mudah berjanji;
59. Selalu ingat akan saat kematian dan sedar bahawa kehidupan
dunia adalah kehidupan sementara;
60. Jauhkan diri dari perbuatan-perbuatan yang tidak bermanfaat
seperti mengobrol yang tidak berguna;
61. Bergaul lah dengan orang-orang soleh;
62. Sering bangun di penghujung malam, berdoa dan beristighfar;
63. Lakukan ibadah haji dan umrah apabila sudah mampu;
64. Maafkan orang lain yang berbuat salah kepada kita;
65. Jangan dendam dan jangan ada keinginan membalas kejahatan
dengan kejahatan lagi;
66. Jangan membenci seseorang karena pahaman dan pendiriannya;

67. Jangan benci kepada orang yang membenci kita;
68. Berlatih untuk berterus terang dalam menentukan sesuatu pilihan
69. Ringankan beban orang lain dan tolonglah mereka yang mendapatkan kesulitan.
70. Jangan melukai hati orang lain;
71. Jangan membiasakan berkata dusta;
72. Berlakulah adil, walaupun kita sendiri akan mendapatkan kerugian;
73. Jagalah amanah dengan penuh tanggung jawab;
74. Laksanakan segala tugas dengan penuh keikhlasan dan kesungguhan;
75. Hormati orang lain yang lebih tua dari kita
76. Jangan membuka aib orang lain;
77. Lihatlah orang yang lebih miskin daripada kita, lihat pula orang yang lebih berprestasi dari kita;
78. Ambilah pelajaran dari pengalaman orang-orang arif dan bijaksana;
79. Sediakan waktu untuk merenung apa-apa yang sudah dilakukan;
80. Jangan sedih karena miskin dan jangan sombong karena kaya;
81. Jadilah manusia yang selalu bermanfaat untuk agama,bangsa dan negara;
82. Kenali kekurangan diri dan kenali pula kelebihan orang lain;
83. Jangan membuat orang lain menderita dan sengsara;
84. Berkatalah yang baik-baik atau tidak berkata apa-apa;
85. Hargai prestasi dan pemberian orang;
86. Jangan habiskan waktu untuk sekedar hiburan dan kesenangan;
87. Akrablah dengan setiap orang, walaupun yang bersangkutan tidak menyenangkan.
88. Sediakan waktu untuk berolahraga yang sesuai dengan norma-norma agama dan kondisi diri kita;
89. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan fisikal atau mental kita menjadi terganggu;
90. Ikutilah nasihat orang-orang yang arif dan bijaksana;
91. Pandai-pandailah untuk melupakan kesalahan orang dan pandai-pandailah untuk melupakan jasa kita;
92. Jangan berbuat sesuatu yang menyebabkan orang lain terganggu dan jangan berkata sesuatu yang dapat menyebabkan orang lain terhina;
93. Jangan cepat percaya kepada berita jelek yang menyangkut teman kita sebelum dipastikan kebenarannya;
94. Jangan menunda-nunda pelaksanaan tugas dan kewajiban;
95. Sambutlah huluran tangan setiap orang dengan penuh keakraban dan keramahan dan tidak berlebihan;
96. Jangan memforsir diri untuk melakukan sesuatu yang diluar kemampuan diri;
97. Waspadalah akan setiap ujian, cobaan, godaan dan tentangan. Jangan lari dari kenyataan kehidupan;
98. Yakinlah bahwa setiap kebajikan akan melahirkan kebaikan dan setiap kejahatan akan melahirkan kerusakan;
99. Jangan sukses di atas penderitaan orang dan jangan kaya dengan memiskinkan orang

Monday, 22 October 2012

Tidak Ada Suatu Makhluk pun Melainkan Allah Menguasainya

Allah satu-satunya Pemilik kekuatan sempurna. Setiap keteraturan menjalani setiap saatnya dengan izin Allah. Allah menciptakan semua umat manusia serta menghidupkan dan mematikan benda-benda dan menjaga semuanya dalam kendali-Nya. Firman Allah " Kerana sesungguhnya aku telah berserah diri kepada Allah, Tuhanku dan Tuhan kamu! Tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di muka bumi melainkan Allah jualah yang menguasainya. Sesungguhnya Tuhanku tetap di atas jalan yang lurus."(Hud, 11:56).

semua peristiwa dari gerakan benda-benda langit yg jauhnya berjuta-juta tahun cahaya dari kita, sampai ke peristiwa yg terjadi di matahari dari sinar yg memasuki atmosfera bumi, semuanya berada dibawah pentadbiran Allah.

Allah Yang Maha Berkuasa menciptakan segala sesuatu dengan seketika, menggunakan Kebijaksanaan-Nya dan menempatkannya dalam aturan dengan cara yang paling sempurna dan Allah mampu menciptakan pelbagai hal yg tidak diketahui atau difahami manusia.

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday, 13 July 2012

Tenggelamnya Firaun

   Allah menerangkan kepada firaun dan para pembesarnya melalui Musa apa yang seharusnya mereka diperhatikan lalu memberi peringatan kepada mereka. Sebagai tanggapan, mereka menolak dan menuduh Musa berdusta. Allah mempersiapkan akhir yang menghinakan bagi mereka. Dia mengungkapkan kepada Musa apa yang akan terjadi (QS Asy-syu’ara,26: 52-61).
    Dalam keadaan saat bani israel merasa terjebak dan orang-orang Firaun mengira bahawa mereka akan segera menangkap bani israel, tanpa pernah kehilangan kepercayaan akan pertolongan Allah, Musa berkata “tanpa pernah kehilangan kepercayaan akan pertolongan Allah(QS Asy-Syu’ara,26:62).
    Pada masa itu, Allah menyelamatkan Musa dan bani israel dengan membelah lautan. Firaun dan orang-orangnya tenggelam di dalam air yang menutup di atas kepala mereka setelah bani israel menyeberang dengan selamat. (QS Asy-Syu’ara,26:63-68).
   Tongkat Musa mempunyai mukjizat. Allah mengubahnya menjadi ular dalam penyampaian wahyu yang pertama kepadanya, dan tongkat ini berubah menjadi ular yang menelan ular-ular jadian dari ahli sihir Firaun. Kemudian Musa membelah lautan dengan tongkat yang sama. Inilah mukjizat terbesar yang diberikan kepada Nabi Musa.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday, 14 June 2012

Syirik ( Menyembah selain Allah)

      Syirik bererti menganggap seseorang atau benda lain atau suatu konsep sebagai wujud yang setara atau lebih tinggi dari Allah. Anggapan seperti ini bisa dari segi penilaian, rasa lebih menyukai, atau keunggulan yang disertai dengan perbuatan-perbuatan yang menyokongnya. Hal seperti inilah yang disebut ‘mempersekutukan Allah dengan Tuhan yang lain’. Dengan kata lain, menanggap bahawa seseorang atau benda lain memiliki sifat-sifat Allah, sama ertinya mempersekutukan Allah.
     Dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa dosa syirik tidak akan diampuni. Allah tidak mengampuni dosa syirik, tetapi Dia mengampuni dosa selain itu bagi siapa yang dikehendakiNya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, sungguh ia telah berbuat dosa yang besar (QS An-Nisa, 4: 48).
   Di antara perbuatan syirik adalah memuja berhala. Menurut adat, kata ‘memuja berhala’ bererti menyembah benda atau wujud tertentu. Namun sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian tersebut. Pada setiap masa, selalu ada manusia yang mempersekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan menyembah pujaannya atau patung-patung. Memberhalakan sesuatu tidak selalu bererti bahwa pemujanya mengatakan ‘ini tuhan yang saya sembah’. Tidak juga bererti bahwa ia harus bersujud dihadapannya. Pada dasarnya, menyembah berhala diertikan rasa suka seseoranf terhadap sesuatu melebihi rasa sukanya kepada Allah. Misalnya, lebih menyukai redha seseorang dibandingkan redha Allah atau lebih takut kepada seseorang dibandingkan rasa takut kepada Allah, atau lebih mencintai seseorang dibandingkan cintanya kepada Allah.
     Di dalam Al-Quran, Allah menyatakan bahawa sesuatu yang dipersekutukan dengan Allah tidak akan dapat menolong orang yang mempersekutukannya. Sesungguhnya apa yang kamu sembah selain Allah adalah berhala. Kamu berbuat dusta. Sungguh, yang kamu sembah itu, tidak mampu memberikan rezeki kepadamu. Jadi, mintalah rezeki itu dari sisi Allah dan sembahlah Dia dan bersyukurlah kepada-Nya. Kepada-Nya engkau akan dikembalikan.(QS Al-Ankabut,29: 17).


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Wednesday, 4 April 2012

Jika Allah Tidak Lagi Ditakuti


    Dan bagaimana kamu (sampai) menjadi kafir, padahal ayat-ayat Allah dibacakan kepada kamu, dan rasul-Nya (Muhammad) pun berada di tengah-tengah kamu? Barang siapa yang berpegang teguh kepada (agama) Allah, maka sungguh, dia diberi petunjuk kepada jalan yang lurus. (QS Ali Imran , 3 : 101)
      Bayangkan ada dua orang. Salah satunya tahu betul bahwa ia akan bertemu dengan Allah dan menyedari bahwa setiap tindakannya ada pertangungjawaban. Satu lagi, sebaliknya, beranggapan ia tidak harus berhubung dengan orang lain. Tentu saja, terdapat berbezaan ketara bagaimana kedua orang ini mengondisikan dirinya.
   Seseorang yang tidak memiliki rasa takut kepada Allah hampir pasti menyukai perbuatan dosa dan mengabaikan tindakan yang tidak bermoral bila ia merasa senang melakukannnya. Misalnya, seseorang yang sanggup membunuh manusia tanpa alasan  jelas atau bukan untuk kepentingan kemanusiaan , melakukan hal itu kerana ia tidak takut kepada Allah . Jika ia memegang teguh keimanan kepada Allah dan hari akhir, ia tidak akan sanggup melakukan apa pun yang tidak bisa dipertanggungjawabkanya di hari akhir kelak .
     Dalam Al-Quran, sejarah putra-putra Nabi Adam as, diberikan sebagai contoh untuk menggugat perhatian kita tentang perbezaan ketara antara orang yang takut dan tidak kepada Allah. Lihat (QS Al-Ma’idah, 5 : 27-28)


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday, 22 March 2012

Gemerlap Dunia Tidak akan Mampu Mempengaruhi Orang Beriman


Orang beriman menyedari hal ini dan tidak ada pekerjaan yang akan mencegahnya dari mengingat nama Allah atau melakukan solat dia tidak akan mengabaikan atau menunda kewajiban agama apa pun demi meraih harta benda. Allah mengajak kita untuk memperhatikan ini dalam dalam sebuah ayat Al-Quran..
    “(36) (Cahaya itu) di rumah-rumah yang di sana telah diperintahkan Allah untuk memuliakan dan menyebut nama-Nya, di sana bertasbih (menyucikan) nama-Nya pada waktu pagi dan petang, (37) orang yang tidak dilalaikan oleh perdagangan dan jual beli dari mengingat Allah, melaksanakan solat, dan menunaikan zakat. Mereka takut kepada hari ketika hati dan penglihatan menjadi goncang (hari kiamat) (QS An-Nur, 24:36-37).
    Alasan di balik memberikan perhatian pada perniagaan dalam ayat ini adalah kerana keinginan yang besar dalam keuntungan materi merupakan salah satu kelemahan terbesar pada manusia. Sebahagian orang rela mengabaikan ajaran agama demi mendapatkan wang yang lebih banyak, memperoleh harta lebih banyak dan meraih kekuasaan lebih besar. Contohnya, mereka tidak melaksanakan solat atau menunaikan kewajiban lainnya. Mereka juga tidak menunjukkan watak terpuji walaupun mereka mampu melakukannya.


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Monday, 19 March 2012

Mewaspadai Kemusyrikan Terselubung

“Orang-orang yang beriman dan tidak mencampuradukkan iman mereka dengan syirik, mereka itulah orang-orang yang mendapat rasa aman dan mereka mendapat petunjuk’ (QS Al-An’am, 6: 82)
  Mempersekutukan Allah merupakan dosa yang tidak akan diampuni oleh Allah dan orang yang melakukannya akan dimasukkan ke dalam neraka. Bagaimanapun terdapat sebahagian besar manusia terlibat dalam ajaran-ajaran orang musyrik yang menyembah berhala. Manusia harus berwaspada terhadap “kemusyrikan yang tersembunyi”.
      Dalam bentuk kemusyrikan seperti ini, orang tersebut menyatakan beriman kepada Allah, mengakui Allah itu satu, Allah yang menciptakan, dan yang wajib ditaati. Namun, ia juga takut kepada makhluk selain Allah, menganggap persetujuan dan pendirian orang lain lebih penting, menganggap bahwa perdagangan, keluarga, dan anak cucu lebih penting daripada Allah dan berjuang di jalan-Nya. Sesungguhnya, semua ini merupakan bentuk kemusyrikan yang nyata. Keimanan yang benar sebagaimana yang dijelaskan dalam Al-Quran adalah memandang bahwa keredhaan Allah berada di atas segala-galanya. Mencintai makhluk lain selain Allah hanyalah sebagai alasan untuk mencari keredhaan-Nya.



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday, 11 March 2012

Bekal untuk Menghadapi Hari Akhirat Kelak

   “(Ingatlah) pada hari ketika Allah mengumpulkan para rasul, lalu Dia bertanya (kepada mereka), ‘Apa jawaban (kaummu) terhadap (seruan)mu?’. Mereka (para rasul) menjawab, ‘kami tidak tahu (tentang itu) sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mengetahui segala yang ghaib’ (QS Al-Maidah, 5: 109).
   Setiap perbuatan dan semua tindakan yang dilakukan seseorang hamba untuk mencari kurnia Allah merupakan sebuah amal soleh. Hal ini boleh jadi, contohnya perbuatan seperti menyampaikan perintah agama Allah kepada manusia atau berdakwah, memperingatkan seseorang yang tidak mahu bertawakal kepada Allah atas takdirnya, menjauhi seseorang dari mempergunjingkan orang lain, memelihara rumah dan badan agar tetap bersih baik diri sendiri mahupun keluarga, memperluas wawasan dengan membaca dan belajar terutama permasalahan-permasalahan agama, berbicara dengan sopan kepada orang tua, menyayangi orang yang umurnya lebih muda, mengingatkan orang tentang akhirat, merawat orang sakit, menunjukkan perasaan cinta dan kasih sayang tidak hanya kepada sesama manusia tapi juga kepada binatang, mencari nafkah dengan cara yang halal sehingga hasilnya dapat digunakan untuk kemanfaatan orang lain, membalas kejahatan dengan kebaikan dan kesabaran. Semua ini merupakan amal soleh jika dilakukan untuk mencari keredhaan Allah.
   Orang-orang yang menginginkan agar kesalahannya diampuni dan diganti dengan kebaikan di akhirat hendaklah selalu melakukan perbuatan yang sangat diredhai Allah. Untuk tujuan itu, hendaknya kita selalu ingat hari ketika semua amalan perbuatan akan diperhitungkan pada saatnya, iaitu ketika datangnya hari perhitungan dan pengadilan.



~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Wednesday, 7 March 2012

Hubungan Sesama Muslim dan Darjat Mereka di Sisi Allah Swt.

  Orang-orang yang beriman harus saling mencintai satu sama lain, berkorban dan mempererat kesetiakawanan dan kerjasama di antara mereka. Terutama pada saat-saat menghadapi kesulitan, mereka harus menyibukkan diri mengingat Allah, lebih bersabar dan saling membantu. Saling berdebat dapat mengurangi kekuatan, sedangkan kerjasama dapat meningkatkan kekuatan di antara orang-orang beriman. Allah telah mengungkapkan rahsia bahawa jika orang-orang beriman tidak menjadi teman dan pelindung satu sama lain, maka akan terjadi kekacauan dan kerosakan besar di muka bumi (QS Al-Anfal, 8:73).
       Orang muslim tidak boleh menganggap pertengkaran sesama muslim merupakan hal remeh kerana Allah telah memberitahu kepada kita iaitu setiap pertengkaran antara orang-orang muslim, bererti menghilangkan kekuatan orang-orang beriman. Hal ini bermakna, orang-orang muslim akan dimintai pertanggungjawaban oleh Allah. Itulah sebabnya Nabi kita tercinta Muhammad saw bersabda :” Takutlah kepada Allah, berdamailah sesama kamu agar Allah menciptakan perdamaian sesama muslim.”


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Monday, 5 March 2012

Mukjizat Berita Ghaib

      “Sungguh rugi orang-orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah; sehingga apabila kiamat datang kepada mereka secara tiba-tiba, mereka berkata, “Alangkah besarnya penyesalan kami terhadap kelalaian kami tentang kiamat itu,” sambil mereka memikul dosa-dosa di atas punggungnya. Alangkah buruknya apa yang mereka pikul itu.”
      Allah menolong Nabi Muhammad saw melalui mukjizat dengan Al-Quran dan dengan maklumat yang diberikan kepadanya mengenai pelbagai hal yang tidak diketahui. Rasulullah memberikan keterangan yang mendalam tentang apa yang akan terjadi dalam waktu dekat dan akan datang. Melihat hal ini benar-benar menjadi sarana penambah kegembiraan orang-orang beriman dan membuat panas hati orang-orang kafir atas Islam.
     Pelbagai peristiwa yang tidak mungkin terjadi pada masanya sendiri, dan tidak seorang pun bahkan dapat membayangkan, dan justeru terjadi saat ini satu per satu, merupakan bukti nyata bahawa Rasulullah saw telah menyampaikan sabda tentang pengetahuan yang khusus.
     Kita harus tegaskan bahawa mereka yang menolak untuk dituntun ke arah jalan yang benar akan menolak untuk beriman walaupun ada bukti yang jelas dan mukjizat Rasulullah saw dan Al-Quran.
     “ Dan mereka bersumpah dengan nama Allah dengan segala kesungguhan, bahwa jika datang suatu mukjizat kepada mereka, pastilah mereka akan beriman kepada-Nya. Katakanlah, “mukjizat-mukjizat itu hanya ada pada sisi Allah.” Dan tahukah kamu, bahwa apabila mukjizat (ayat-ayat) datang, mereka tidak juga akan beriman” (QS Al-An’am,6:109).


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~