بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم

Berkongsi segala ilmu dengan harapan agar dapat bersama memperjuangkan cita-cita murni sebagai masyarakat yang bermaruah dan beretika selaras dengan ajaran ISLAM.

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Showing posts with label Penawar dan Penyucian Jiwa. Show all posts
Showing posts with label Penawar dan Penyucian Jiwa. Show all posts

Friday, 6 May 2016

macamne hati kita saat buat dosa

Jom kita ambil masa untuk muhasabah diri kita...

Time tengah buat dosa, time kita tak sempat bertaubat, time kita tunda-tundakan taubat, time kita dah rasa manis dengan maksiat..

Macam mana keadaan hati kita masa tu?

Hitam.. Hitam pekat hati kita..

Sehinggakan kita tak nak dengar kebaikan langsung!

Tengah dalam keadaan macam tu, tiba-tiba Allah tarik nyawa kita!

Kita meninggal dunia dalam keadaan derhaka pada Allah.

Dalam kubur terasa sempit sangat! Habis hancur jasad kita dalam tanah. Berkecai tulang belulang dihimpit tanah!

Tak lama lepas tu, muncul ular hitam yang besar sangat! Ular tu belit tubuh kita. Allah! Sakit sangat! Tak cukup dengan itu, kala jengking datang merayap ke tubuh kita. Jasad kita kena sengat dengan kala jengking!

Terseksalah kita dalam kubur hingga hari kiamat!

Tiba hari kiamat, kita dihidupkan kembali di padang mahsyar. Dalam lautan manusia. Kita rasa dahaga sangat! Lama sangat tunggu giliran kita untuk dibicarakan.

Hinggalah nama kita dipanggil untuk dihadapkan di hadapan Allah. Seluruh umat manusia melihat kita dibicara. Mulut terkunci. Setiap inci perbuatan kita masa kat dunia disoal.

Mata yang memandang perkara haram, kaki yang melangkah ke tempat maksiat, tangan yang melakukan perkara haram, semuanya disoal seadil-adilnya!

Cuba korang bayangkan dosa yang korang buat dan dosa tersebut diadili di akhirat.

Satu per satu dosa kita diumum di khalayak ramai. Orang yang kita aniaya, diambil pahala kita. Lepas dah habis pahala, kita dapat pula dosa mereka. Allahuakbar!

Bayangkan betapa dasyatnya hari akhirat kelak!

Selepas dihitung, ternyata dosa lebih berat dari pahala.

Terbuka gambaran neraka depan mata! Itulah tempat kita kembali! Api hitam menyala-nyala panasnya! Terdengar suara raungan manusia diseksa! Kita nampak ada sungai bernanah yang menggelegak. Minuman yang bakal menghancurkan perut kita! Kita nampak pula pohon-pohon berduri yang buahnya jadi makanan kita.

Itulah balasan yang setimpal atas dosa yang pernah kita lakukan atas dunia!

Ada yang potong lidah sendiri. Ada yang rambut bertukar jadi ular. Ada yang muka terseret kat bara api. Ada yang hangus kulitnya. Dan macam-macam lagi bentuk seksaan yang ada.

Kita diperlihatkan gambaran neraka. Malaikat-malaikat yang ada, dengan suara yang garau suruh kita berjalan ke depan untuk lintas titian sirat! Kita tak nampak kat mana titiannya.

Akhirnya kita dihumban ke dalam neraka!

Seburuk-buruk tempat kembali!

Takut tak?

Rasa berharap dengan rahmat Allah tak?

Sekiranya ya, jom kita sama-sama muhasabah kembali diri dan bertaubat padaNya! Moga Allah sediakan syurga untuk kita!

Saturday, 9 November 2013

Elaika.....( best liriknya.. )

إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan nikmat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

Thursday, 7 November 2013

Petanda nilai kerohanian telah rosak...

Zunun Al-Masri berkata :


1- Malas melakukan perkara kebajikan.


2- Menurut nasihat syaitan.


3- Tidak berpendapat bahawa kematian sentiasa menunggu kita.


4- Berhenti berusaha untuk mencari keredhaan Allah SWT dengan maksud untuk mencari keredhaan makhluk.


5- Tidak menghindarkan diri daripada terjatuh kpd perangkap hawa nafsu tetapi menghindarkan diri dari keluar dari jalan orang-orang yang soleh dan tidak hidup secara nabi dan para sahabat.


6- Menyatakan kesalahan awliya dengan niat untuk menurut jalan yg sesat n tidak menyebut amal soleh para awliya.



Rujukan :
Kitab Tazkirah Awliya. m/s : 58.



- AM I ???

Sunday, 17 February 2013

Pentingnya Menjaga Hati....


Rasulullah SAW bersabda :

"Dalam diri anak Adam ada seketul daging, jika ia baik, baiklah seluruhnya dan jika ia jahat, jahatlah seluruh anggotanya, ketahuilah ia adalah hati."[Riwayat Bukhari dan Muslim]


Kenapa kena jaga hati ? setakat yg aku tahu, hati ni mcm sumber segala sesuatu..kalo ia baik, maka akan membawa kpd segala kebaikan yg dilakukannya…sebaliknya, kalo ia buruk, maka ia memberi keburukan juga kpd apa yg dilakukannya.. sebab itulah hati menjadi tempat yang akan dinilai Allah SWT di sebalik amal-amal kebaikan atau keburukan seseorang hamba.

Hati yang bersih, hati yang sentiasa merendah diri, hati yang ikhlas, hati yang gementar, hati yang cinta, hati yang sentiasa mengharap keampunan dan pengharapan ( Inilah antara hati yang dicintai Allah )..

Manusia menilai pd pada apa yang dilakukan, tetapi nilai Allah terletak pada apa yang tersembunyi dalam hatinya (sebab tu nak buat apa pon niat tu yg penting....pesan kakak aku la )

Ada orang beramal begitu hebat di sisi manusia. Ke mana pon dia pergi, nama dan amalnya atau kejayaannya sentiasa menjadi sebutan manusia. Tetapi di sisi Allah SWT, segalanya tiada nilai malah ia mungkin lebih hina dari binatang sebab tiada keikhlasan dalam amalnya. Ada manusia yang amalnya sedikit atau kecil, tiada manusia yang memandangnya tetapi nilainya tinggi di sisi Allah SWT disebabkan keikhlasannya.

Di akhirat nanti, kita manusia akan berhadap dengan ALLAH SWT, tak kiralah ia ulama, para syahid, para hafiz, para ahli ibadah, para ahli dermawan dan sebagainya untuk diperiksa hati mereka. Demi Allah, amat jahil dan butalah seseorang itu jika ia menganggap persoalan hati adalah perkara kecil, sedangkan di akhirat nanti ia adalah perkara yang utama yang menjadi nilaian Allah SWT.(Amat penting peranan hati nie)

Dlm hadis 40, Imam Nawawi telah meletakkan hadis berkaitan dengan niat sebagai hadis yang utama. Syirik atau menduakan Allah SWT dalam amal adalah melambangkan tiada adab ia dengan Allah SWT, melambangkan tiada bersih hatinya. Jadi, manusia yg tiada ilmu dalam perjalanan nafsunya amat mudah tertipu.

Ramai manusia yang beribadah tetapi ibadahnya itu menyebabkan ia jauh dari Allah apabila ibadahnya dimasuki penyakit ujub, takabur atau riak. Ramai yang menasihati manusia kepada kebaikan tetapi malangnya ia menjadi manusia yang amat dimurkai Allah (mudah-mudahan aku dijaukan dr termasuk dlm gol. ni ) kerana ia sendiri tidak melakukan apa yg dia cakapkan. Ramai orang yang diberi kekayaan dan menyangka ia adalah nikmat padahal ia adalah istidraj untuk memusnahkan dirinya apabila harta tadi melalaikan ia dengan Allah SWT. Banyaknya ibadah dan amal bukannya menjadi nilai lagi di sisi Allah, tetapi keikhlasan ukuran utamanya.



Nota : betapa pentingnye menjaga hati rupanye....perkara utama yg akan dinilai Allah....kalo tak jaga, confirm akan terus kotor + makin rosak la ianya...huhu...ini belum lagi ditambah dgn prasangka yg timbulnye dr hati juga....prasangka lak sebahagian dr dosa, maka mmg bertambah kotor la hati mcmni...Allahu Rabbi...nak bersihkan hati lak adalah melalui ISTIGHFAR n SUNAT TAUBAT....betapa hebatnye istighfar yg telah membongkar apa yg tersirat...

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Friday, 28 December 2012

Perjalanan Hamba

Amat kasihan jika diri kita diseliputi dgn perasaan takkabur sebabnya ia menunjukkan yg kita nie jahil dgn apa yg kita lakukan…dan hal nie jg bole mengheret kita kpd kesesatan…malahan Allah tidak akan melihat kpd amal kita yg disertai perasaan takkabur…ia ibarat, kita menyembah Allah tp hakikatnye kita menentang Allah..

Nama pun hamba kan ? jd, sbg hamba kita mmg tak ada apa-apa, semuanya hak Allah belake..so, kita tak payah la nk sombong dan takkabur..kan? sombong merupakan penyakit hati yg bahaya!...bila sifu aku tanye pasai apa bahaya? Aku jwb ‘sebab bole merosakkan amal’…tp jwpan sifu aku bg “sombong tu pakaian Allah”…nie bermakna sifat itu hanya layak bagi Allah, ia adalah milik Allah, siapa yang mengambilnya nescaya amat dimurkai Allah.

Kita ni pengemis di sisi Allah, kita mengemis belas kasihanNya..diri kita kotor..jd, kita jadikanlah amal-amal kita yg tak seberapa sbg temperung untuk mengisi belas kasihanNya..dan lakukanlah hanya Allah menjadi tujuan kita… Dengan ilmu, kefahaman dan jalan yg kita miliki, ia adalah amanah Allah SWT yang perlu disebarkan kpd manusia…sebabnya setiap amanah akan dipersoalkan oleh Allah kelak.

Dah nama pon manusia kan, jd nafsu tu memang akan berusaha nak sesatkan kita….jd, kita kena lah belajar untuk rendahkan hati agar amal dan ilmu kita dpt memberi manfaat pd jiwa kita.. kita jg kena renungkan ‘adakah sudah tinggi khidmat kita lakukan jika hendak dibandingkan Allah yg memberi khidmat pd diri kita ?”( sifu aku selalu ckp ‘nikmat mana lg aku nk dustakan?...dalam surah ar-rahman ada bicara tentang nikmat Allah yg tak dpt didustakan)…jd, tak yah la nk hitung amal kita….

Bukankah Allah yg mengawasi, mentadbir, menciptakan kita? Maka, sudah tentu Dia Maha Mengetahui akan diri kita, apa yg kita nyatakan dan sembunyikan ? Allah sentiasa menjaga diri kita, perjalanan darah, kerdipan mata, denyutan jantung, nafas yg keluar masuk dan pelbagai lg nikmat yg tak terhitung…Allahu Akhbar…betapa Allah Maha Pemurah, Maha Penyayang…Maha Segala…

Dgn masa yg kita ada, marilah sama-sama menghitung kehinaan diri kita, maksiat dan kelalaian kita( sungguh aku mmg lalai )…tak perlu risau kalo kurang amal untuk menghadap Allah SWT sebab merasa hina itulah sifat sejati seorang hamba yg hanya mengharap rahmat kasih sayang dari Tuhan. Kalo ditanya, " Apakah amal kamu yang kamu bawa pada-Ku?," Katakan, "Tiada apa-apa wahai Tuhanku, hanya sekeping hati yang cinta padamu, sekeping hati yang merasa hina di sisi-Mu dan sekeping hati yang sentiasa yakin dengan belas kasihan-Mu.” InsyaAllah..





~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Thursday, 6 December 2012

Munajat seorang hamba


Ya ALLAH
Kenapakah hati ini begitu keras untuk mengingati-Mu ?
Mungkinkah jiwaku sudah penuh dengan kekotoran ?
Setiap hari aku Solat, membaca aL-Quran
tetapi aku tidak dapat merasai kenikmatan
Bagaimanakah akan aku tempuhi hidup ini ?
Adakah jiwa ini dapat Engkau terima ?

Ya ALLAH ! Janganlah Egkau tinggalkan aku
Janganlah Engkau biarkan jiwa ini ternoda dengan kemaksiatan
apalah diri ini tanpa Mu
aku begitu lemah untuk mengharungi gelombang dunia ini..

Ya ALLAH !
Kasihanilah jiwaku yang kerdil ini
Aku sangat mengharapkan pimpinan-Mu
Aku sangat merindu belaian-Mu.
Bantulah aku, Ya ALLAH !
Bantulah aku Ya Rabbi !
Lemparlah cahaya-Mu ke dalam jiwaku...

Ya ALLAH !
Apalah erti kehidupan ini tanpa kehadiran-Mu
apalah gunanya potensiku
Yang aku miliki tanpa rahmat-Mu

Ya ALLAH ! Berikanlah petunjuk-Mu kepadaku
Aku tahu bahawa petunjuk-Mu adalah mahal dan perluku bayar
Aku redha, Ya ALLAH. Engkau ambillah apa yang aku miliki
Tetapi campakkanlah Nur-Mu ke dalam jiwa ini...

Ya ALLAH !
Aku malu untuk berhadapan dengan-Mu
aku begitu kotor dan jijik
Riak, tamak, sombong, dengki telah membelenggu hidupku
Jiwaku lemas, setiap kali  cuba mengingati-Mu
Setiap kali juga jiwaku menghalang
Fikiranku berkecamuk
Ya ALLAH ! dimanakah cahaya Mu ?

Ya ALLAH !
Hanya kepada Engkau tempatku mengadu
Hanya kepada-Mu tempat aku mencurahkan perasaanku
Kerana aku tahu hanya Engkau yang dapat membimbing jiwaku
yang kerdil ini
Maka bimbinglah aku Ya ALLAH
pimpinlah aku, pimpinlah aku,
Pimpinlah akuuuu... Ya ALLAH !

Saturday, 24 November 2012

Sakaratul maut


Bila seseorang itu sedang nazak, ia akan diajar untuk menyebut nama ALLAH. Ketika itu ia tidak lagi disuruh melakukan ibadah lain, melainkan supaya ingat kepada ALLAH. Mati dalam keadaan ingat kepada ALLAH adalah tanda mati dalam iman. Sesungguhnya saat kematian adalah saat yang sangat genting. Ketika itu syaitan menggoncang imannya dengan pelbagai cara, kerana syaitan tidak akan membiarkan seseorang hamba ALLAH mati dalam iman.

Mengucap syahadah atau ingat kepada ALLAH menjelang sakaratul maut tidak semudah seperti yang disangka. Lebih-lebih lagi kalau ia seorang yang banyak berbuat maksiat, cinta dunia dan tidak pernah membuat persiapan untuk menemui ALLAH. Dalam menghadapi sakaratul maut itu, kebimbangan dia banyak kpd mengenai hartanya, perniagaannya, anak isteri dan perkara-perkara dunia yang dikejarnya ketika hidup. Syaitan pulak mengaburkannya daripada hakikat kematian yang sebenarnya.


Firman ALLAH SWT :

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تُلْهِكُمْ أَمْوَالُكُمْ وَلَا أَوْلَادُكُمْ عَن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ وَمَن يَفْعَلْ ذَٰلِكَ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْخَاسِرُونَ

"Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingati ALLAH. Barangsiapa yang berbuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi."  [aL-Munafiqun: 9]

Alangkah dahsyatnya keadaan ketika menghadapi kematian. Imam Ghazali pernah ditanya kenapa beliau selalu menangis sedang beliau seorang yang kuat beribadah, alim dan wara'. Beliau menjawab, :Sesungguhnya semua itu tidak menjamin apa-apa menjelang saat kematian nanti."

Berkata Abu Darda' (ra) :

"Sesiapa yang tidak merasa bimbang sama ada dia mati dalam iman atau kufur, maka dia mati dalam kufur."

Sufyan at-Thauri berkata:

"Aku tidak takut bertemu dengan ALLAH walaupun membawa dosa yang banyak. Tapi aku yang paling takut ialah bila ALLAH cabut imanku ketika mati."

Untuk menghadapi kematian yang tidak diketahui saat dan waktunya. Seseorang itu perlu banyak berzikrullah, ingat kepada ALLAH. Apabila sewaktu hidup hati telah dilatih ingat kepada ALLAH sehingga sebati dalam setiap denyut jantungnya, ketika itu kalau ajalnya telah tiba, insya ALLAH ia mati dalam keadaan ingat kepada ALLAH.

Marilah kita sama-sama lakukanlah apa sahaja amal yang boleh melatih kita untuk ingat kepada ALLAH, sama ada dengan berwirid, membaca aL-Quran, bertahajjud, memerhati kejadian alam dan sebagainya. Jomlah berlatih mengingati ALLAH mulai sekarang, demi keselamatan ketika menghadapi saat kematian, alam kubur dan di Padang Mahsyar...InsyaAllah.

Muaz bin Jabal (ra) meriwayatkan RasuluLlah SAW bersabda:
"Tiada seorang yang mengerjakan sesuatu amalan yang lebih selamat baginya dari siksa kubur daripada zikrullah."

Alangkah ruginya jika masa yang singkat ini disia-siakan daripada mengingati ALLAH kerana sesungguhnya ia berada dalam kesesatan
.

Fiman ALLAH SWT:

فَوَيْلٌ لِّلْقَاسِيَةِ قُلُوبُهُم مِّن ذِكْرِ اللَّهِ ۚ أُولَٰئِكَ فِي ضَلَالٍ مُّبِينٍ

"Maka kecelakaan besarlah bagi mereka yang telah membatu hatinya untuk mengingati ALLAH. Mereka itu adalah dalam kesesatan yang nyata."
[az-Zumar : 22]


 > dedicated to my lovely sifu....kini baru aku mengerti mengapa kau selalu mengingatkan aku berzikrullah <

~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Sunday, 11 November 2012

WAHAI DIRI

Wahai diri
Ingatlah setiap masa pada ALLAH
Hingga terasa manis kalimah itu
Apabila berdenyut di hati sanubarimu

Wahai diri
Janganlah engkau lupa
Setiap masa dan ketika
Dirimu akan dikembalikan
Ke hadrat Tuhanmu
Sama ada engkau redha
Atau engkau tidak bersedia
Perbetulkan akal dan hatimu
Kehidupan adalah persediaan
Untuk menuju kematian
Janganlah tertipu dengan dunia

Ya Tuhan ku
Akulah pengembara
Menuju Cinta-Mu
Tanpa ragu dan jemu
Akan ku ketuk pintu Rahsia-Mu
Agar tenggelam diriku di lautan
Wajah Mu Yang Maha Indah

Ya Tuhan ku
Akulah pengemis setiap masa
Berdiri dengan penuh harapan
Di pintu rahmat-Mu
Perjalanan yang panjang ini
Adalah suatu ujian padaku
Sama ada langkahku pincang
Atau langkahku terisi dengan
cinta Ilahi

Alangkah sukarnya dan berliku
Perjalanan mencari hakikat diri
Nafsu dan syaitan
Akan berhemah berjuang
Merosakkan dan melalaikan
Daripada sampai ke penghujung 
✿ܓ♥


~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Tuesday, 16 October 2012

Damba Kasih


Semakin jauh ku dari-Mu
Semakin dekat pula Kau menghampiri daku
Oh, Tuhan Yang Maha Pengasih
Siapalah diriku di pandangan-Mu

Semakin cuba ku dekati
Semakin kuat pula Kau mendugai aku
Oh, Tuhan Yang Maha Sempurna
Kerdilnya diriku di hadapan-Mu

Bagaimanakah nantinya tika berhadapan dengan-Mu
Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini
Ya Allah Kau Maha Pengampun


Di bayangan mentari aku kealpaan
Dusta dunia penuh kepura-puraan
Di kala dini hari aku kepasrahan
Mendamba jernih embun kasih sayang-Mu Oh Tuhan

Andainya dihitung amalanku
Belum pasti dapat ku hampiri gerbang syurga-Mu
Oh Tuhan Yang Maha Pemurah
Hindari diriku dari siksa-Mu… Oh Tuhan

Kasih sayang-Mu Tuhan
 
Itu yang ku dambakan
 

Dengan rahmat-Mu ampunilah diriku..





~ Credit to Ku Azmiza :) Barakallah ~

Tuesday, 1 November 2011

Qiyamullail

~~  Rasulullah bersabda : Solat yg paling utama setelah solat wajib ialah qiyamullail (solat di tengah malam) [Muttafaq ‘Alaih].
            Hasan al- Bashri telah ditanya, “Mengapa org2 yg suka bertahajjud itu wajahnya paling bercahaya di antara yg lain? Ia menjawab, “kerana mereka suka berduaan bersama Allah Yang Maha Rahman; maka Allah menyelimuti mereka dgn cahayaNya”. Ia juga berkata, sesungguhnya org yg tlh melakukan dosa, akan terhalang dr qiyamullail.
            Seseorang bertanya kpd orang soleh: “saya tdk dpt bangun untuk qiyamullail, maka beritahukanlah apa yg harus sya lakukan?”. Orang soleh itu berkata: Jangan engkau bermaksiat kpd-Nya pd waktu siang, nescaya DIA akan membangunkanmu untuk beribadat kpdNya di waktu mlm..Suatu riwayat, Sufyan ats-Tsauri menyatakan “ Aku terhalang untuk melakukan qiyamullail selama 5 bulan akibat dr 1 dosa yg aku lakukan”.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Berselawat kpd Nabi SAW

5. Berselawat ke atas Nabi SAW
~~ Berselawat untuk Nabi SAW adlh termasuk kebaikan yg tinggi, maka sesuai dgn pernyataan dlm Al-Quran, Allah akan memberikan 10 darjat di syurga bg mereka yg berselawat kpd Nabi SAW. Baginda bersabda :” Barangsiapa yg berselawat kpdku 1 kali, maka Allah berselawat kpdnya 10 kali, menghapuskan darinya 10 kesalahan, meninggikannya sampai 10 darjat” (HR An-Nasa’i). “Barangsiapa yg jika diriku disebut di hadapannya, maka berselawatlah kpdku.Orang yg paling aku utamakan nanti di hari kiamat ialah orang yg paling banyak berselawat kepadaku” (HR Tirmidzi).
            Ucapan berselawat kpd Nabi SAW antaranya “Allahumma shalli ‘alan Muhammad wa ‘ali Muhammad Kamaa shallaita ‘alaa Ali Ibrahim Baarik ‘alaa Ali Ibrahim fil ‘Alamiin innaka Hamiidun Majiid”.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Banyak Berdoa

4. Banyak Berdoa
~~ Allah berfirman: “Sesungguhnya orang-orang yg menyombongkan diri dr menyembah Aku (dgn berdoa kpd-Ku) akan masuk neraka jahanam dlm keadaan yg menghinakan”( Al-Mu’min:60). Allah memerintahkan kpd umat manusia supaya meminta kpd-Nya, dan Allah akan mencela org yg mengabaikan doa. Rasulullah bersabda; “Doa adalah ibadat” (HR Tirmidzi). Setiap doa pasti akan dikabulkan oleh Allah, jika doa itu benar2 tlh memenuhi syarat2 doa yg makbul. Umar bin Khathab r.a : Barangsiapa yg memperoleh ilham untuk berdoa, maka jelas perkenan Allah akan bersamanya”.
            Rasulullah bersabda; Jarak yg paling dekat antara hamba dgn Tuhannya iaitu ketika ia sdgn bersujud maka perbanyaklah doa di dalamnya”(HR Muslim). Maka kita ketika berdoa sepatutnya yakin akan terkabulnya doa kita. Orang yg berdoa hendaklah bersabar dan tdk berputus asa dr apa yg dimintanya sampai dikabulkan oleh Allah SWT. Ini menunjukan sikap kita yg tunduk, tawadhu dan benar2 mengharapkan pertolongan dr Allah SWT.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Beristighfar

3. Beristighfar
~~ kedudukan istighfar adalah dgn berdoa, jika Allah berkehendak, maka Dia menerima dan mengampuni dosa-dosa hambaNya. Istighfar adalah untuk memohon keampunan disebabkan oleh dosa-dosa. Luqman al-Hakim berkata : Wahai puteraku, biasakanlah lisanmu mengucap, “Ya Allah, ampunilah aku, sesungguhnya bg Allah itu ada beberapa saat yg di dlmnya DIA tdk akan menolak siapa shj yg bermunajat kpd-Nya”. Qatadah berkata: “sesungguhnya Al-quran ini memberi petunjuk kpdmu ttg penyakitmu dan ubat penawarnya, Adapun penyakitmu adlh dosa-dosa, sdgkan ubatnya adalah istighfar”. Ali berkata :” Allah tdk memberi ilham kpd seorang hambaNya untuk memohon keampunan,sdgkan Dia hendak memberi azab kpdnya”.


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Tilawatil (membaca Al-quran).

2. Tilawatil (membaca Al-quran).
~~ Al-quran digunakan sbg penyembuh hati dr semua penyakit kegelisahan, syahwat. Penyakit hati terdiri dr penyakit syubhat dan syahwat, maka penawar bg penyakit ini adlh Al-quran. Hal ini kerana di dlmnya tdpt keterangan dan alasan menjelaskan yg hak dr yg batil. Ia juga sbg penghapus setiap penyakit keraguan yg dpt menerangkan ilmu hakiki, pemahaman ttg islam. Selain itu, Al-quran juga mengandungi hikmah danpetunjuk yg baik dgn mengajak berzuhud di dunia dan memberi motivasi untuk akhirat.
            Al-Quran juga sbg alat dlm mendekatkan diri kpd Allah SWT. Ibnu Mas’ud berkata: Barangsiapa mencintai Al-quran, maka ia pun tlh mencintai Allah dan RasulNya”. Allah berfirman : “Ingatlah, bahawa hanya selalu mengingat Allah, hati menjadi tenteram” (Ar-Ra’ad;28).


~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~

Zikrullah

  1. Zikrullah 
~~ Al-Imam Syamsuddin menyatakan “sesungguhnya zikir adlh makanan asas bg hati dan roh, apabila hamba Allah gersang dr siraman zikir, maka jadilah ia bagaikan tubuh yg terhalang tuk memperoleh makanan asasnya.
            Faedah zikrullah ini antaranya adlh mematahkan dan mengusir pengaruh syaitan. Menghilangkan kesedihan dlm hati, memberi ketenteraman dan kebahagian. Menjadikan hati bercahaya dan terpancar seri pd wajah, memberi kpd org yg berzikir rasa manis dan segar imannya. Sentiasa bertaqwa dan bertaubat kpd-Nya. Allah berfirman : Ingatlah kamu kpd-Ku, nescaya Aku pun ingat kpdmu (Al-Baqarah;152).
            Zikir ini sebagai ubat bg kekerasan hati. Makhul berkata : “menyebut dan mengingat Allah(zikrullah) adlh ubat dan mengingat-ingat manusia adlah penyakit”. Rasulullah bersabda: Perumpamaan bg org yg selalu mengingat Tuhannya dgn org yg tdk mahu mengingat Tuhannya adlh spt org hidup dan org mati”. Baginda bersabda : Hendaknya lisanmu selalu basah dgn zikir kpd Allah SWT” (HR Tirmidzi). Dgn selalu berzikir akan membuatkan seorang hamba memperoleh peluang untuk melihat Allah di kiamat kelak. Oleh itu, barangsiapa yg terbuka baginya pintu zikir, maka terbuka pula baginya pintu masuk ke hadrat Allah SWT.
            Pelbagai cara zikrullah. Antaranya ialah dgn menyebut Asma, sifat2 atau memuji kebesaran-Nya spt Subhanallah, Alhamdulillah,Laa ilaaha illa Allah. Ada juga berupa penjelasan ttg hukum “Asma” dan sifatnya spt “Allah SWT selalu mendengar bisikan hati para hamba-Nya dan melihat setiap gerak-geriknya”.



~ V Al-fatihah to Ku Azmiza and me :) Barakallah ~