♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
(Fussilat 41:33)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan inilah perisytiharan dari Allah dan RasulNya kepada umat manusia, (diisytiharkan) pada Hari Raya Haji yang terbesar, bahawa sesungguhnya Allah dan RasulNya memutuskan tanggungjawab terhadap orang-orang musyrik; oleh itu jika kamu (wahai kaum musyrik) bertaubat (dari kufur) maka yang demikian adalah baik bagi kamu; dan jika kamu berpaling (ingkar), maka ketahuilah sesungguhnya kamu tidak akan dapat melepaskan diri dari (azab seksa) Allah. Dan khabarkanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang kafir (bahawa mereka akan ditimpakan) dengan azab yang tidak terperi sakitnya.
(At-Taubah 9:3)
♡{Asal Usul Azan}
.
Tarikh:27~11~2014
Riwayat: (Muslim)
Kategori: Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ Dari Abdullah bin Umar katanya: ☞ Adalah kaum muslimin ketika baru sampai di kota Madinah, berkumpul menunggu waktu sembahyang kerana belum ada cara untuk memberitahu. Pada suatu hari mereka itu bermesyuarat tentang cara pemberitahuan waktu; ada yang mengatakan supaya menggunakan loceng seperti Nasrani dan ada pula yang mengatakan supaya menggunakan trompet seperti Yahudi. Maka berkata Umar bin al-Khattab r.a: Bukankah lebih baik menyuruh seseorang meneriakkan atau memberitahukan waktu sembahyang? Bersabda Rasulullah s.a.w:Hai Bilal, pergilah dan ajaklah orang-orang bersembahyang.
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●[ ☞ Ketika orang-orang Islam masih sedikit jumlahnya, kesulitan tidak timbul untuk mereka berkumpul bersama-sama bagi menunaikan solat secara berjemaah. Namun semakin hari semakin banyak bilangan orang-orang Islam sehingga timbullah masalah untuk memanggil atau mengingatkan mereka untuk menunaikan solat pada waktunya. Al maklum setiap orang mempunyai potensi terhadap kealpaan ataupun kelalaian pada diri masing-masing disebabkan oleh berbagai-bagai urusan kehidupan yang dijalani mereka. Oleh sebab itu wujudlah mesyuarat yang membincangkan tentang keperluan bagaimana cara yang harus dilakukan untuk mengingat dan memanggil semua orang untuk solat tepat pada waktunya. Ada banyak cadangan yang diusulkan seperti yang diceritakan di dalam hadis. Salah satu daripada usul itu datang dari Umar r.a yang mencadangkan agar ditunjuk seseorang yang bertindak sebagai pemanggil kaum Muslim untuk solat pada setiap masuknya waktu solat. Saranan ini kebanyakannya dipersetujui oleh semua orang, termasuk Rasulullah s.a.w. memandangkan banyak cadangan-cadangan yang lain lebih mirip kepada kaum kafir. Namun yang menjadi persoalannya kini ialah bagaimana perlaksanaannya? Abu Dawud mengisahkan bahawa Abdullah bin Zaid r.a meriwayatkan :"Ketika cara memanggil kaum Muslimin untuk solat dimusyawarahkan, suatu malam dalam tidur aku bermimpi melihat ada seseorang sedang memegang sebuah loceng. Aku dekati orang itu dan bertanya kepadanya apakah ia ada maksud hendak menjual loceng itu. Jika memang begitu aku memintanya untuk menjual kepada aku saja. Orang tersebut malah bertanya," Untuk apa ? Aku menjawabnya, "Bahawa dengan membunyikan loceng itu, kami dapat memanggil kaum Muslimin untuk menunaikan solat." Orang itu berkata lagi, "Adakah kau mahu jika ku ajarkan cara yang lebih baik ?" Dan aku menjawab " Ya !"Lalu dia berkata lagi, dan kali ini dengan suara yang amat lantang , " Allahu Akbar, Allahu Akbar.." Ketika esoknya aku bangun, aku menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan perihal mimpi itu kepada baginda. Dan baginda bersabda: "Itu mimpi yang sebetulnya nyata. Berdirilah di samping Bilal dan ajarkan dia bagaimana mengucapkan kalimat itu. Dia harus mengumandangkan azan seperti itu dan dia memiliki suara yang amat lantang." Lalu aku pun melakukan hal itu bersama Bilal." Rupanya, mimpi yang serupa dialami pula oleh Umar r.a, beliau juga menceritakannya kepada Rasulullah s.a.w. Baginda s.a.w bersyukur kepada Allah SWT di atas semua petunjuk tersebut.]●
2140 bacaan
بِسْمِ-اللهِ-الرَّحْمنِ-الرَّحِيم
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ، اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ، إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
Thursday, 27 November 2014
Asal usul Azan
Friday, 21 November 2014
Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Sesungguhnya tiadalah kehidupan dunia itu melainkan mata benda yang menipu daya.” (Surah al-An’am 6: 32)
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri daripada nafsunya, maka sungguh syurgalah tempat tinggalnya” (Surah al-Naziat: 40-41)
.
♡{Ingat Mati Melemah Hawa Nafsu}
.
Tarikh:21~11~2014
Riwayat: Bukhari dan Muslim
Kategori: Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abdullah bin Abbas dan Anas bin Malik RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Andai kata seseorang anak Adam telah mempunyai satu lembah emas nescaya dia ingin pula hendak mempunyai dua lembah. Dia tidak akan puas dengan harta dunia sehingga akhir hayatnya (mulutnya dipenuhi tanah) dan Allah Taala menerima taubat hamba-Nya yang benar-benar bertaubat.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
1 ☞. Nafsu sentiasa mendorong manusia untuk menguasai harta tanpa batasan. Sifat ini dicela jika ia menyebabkan seseorang itu mengabaikan perintah Allah.
.
2 ☞. Mengingati mati menjadi pengajaran besar kepada manusia untuk mengawal nafsu.
.
3 ☞. Orang yang bersungguh-sungguh bertaubat, Allah Taala akan menerima taubatnya itu.
2255 bacaan
.
~Muhasabah Diri Yang Kerdil~
●Cara Melawan Hawa Nafsu●
.
{1. }Takut kepada azab Allah.
Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.
.
{2. }Mengingati mati.
Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.
.
{3. }Memohon hidayah daripada Allah.
.
{4. }Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.
.
{5.} Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.
.
{6.} Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.
.
{7. }Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.
.
{8.}Sabar dalam melawan hawa nafsu.
.
Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.
.
{1. }Mengetahui kesan2 buruk maksiat.
.
{2. }Malu kepada Allah.
.
{3. }Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.
.
{4.} Takut kepada Allah dan azab neraka.
{5.} Cinta Allah.
.
Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.
Tabarakallah
Friday, 14 November 2014
Kelebihan Bersuci
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ "SESUNGGUHNYA ALLAH MENCINTAI ORANG-ORANG YANG BERTAUBAT DAN IA MENCINTAI ORANG-ORANG YANG SUCI BAERSIH,(BAIK DARI KOTORAN JASMANI ATAUPUN KOTORAN ROHANI)AL-BAQARAH 222
.
♥{Kelebihan Bersuci}
.
Tarikh:14~11~2014
Riwayat: Muslim
Kategori: Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Malik al-Harith bin Asim RA katanya, telah bersabda Rasulullah SAW: ☞ “Bersuci itu separuh daripada iman, ucapan alhamdulillah memenuhi neraca, subhanallah serta alhamdulillah keduanya memenuhi di antara langit dan bumi, sembahyang adalah cahaya, sedekah pula adalah bukti iman, sabar itu sebagai sinaran, al-Quran itu sebagai bukti untukmu (penolongmu jika dilaksanakan perintah-Nya) atau atasmu (membinasakanmu jika diabaikan perintah-Nya) dan setiap manusia berpagi-pagi menjual dirinya sama ada membebaskannya daripada azab atau membinasakannya (dengan maksiat).
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1. ☞ Hadith ini menyentuh kelebihan bersuci yang merupakan syarat sah sembahyang dan sesetengah ibadat yang lain seperti tawaf, menyentuh mashaf, dan juga kelebihan zikrullah dan kelebihan sabar.
.
●2. ☞ Digalakkan memperbanyak sembahyang sunat di samping sembahyang fardu kerana sembahyang akan menerangi seseorang dalam kehidupan dunia dan akhirat nanti. Begitu juga sembahyang mencegah daripada perbuatan, perkataan dan niat yang keji dan mungkar.
.
●3. ☞ Sedekah yang ikhlas membuktikan ketulenan iman seseorang.
.
●4. ☞ Al-Quran adalah panduan utama umat Islam dan sumber hukum syarak yang pertama. Al-Quran juga sebagai rujukan di waktu berlakunya perselisihan pendapat atau perbalahan.
.
●5. ☞ Setiap insan hendaklah mengisi hidupnya atau umurnya dengan ibadat dan taat kepada Allah dan jangan disia-siakan umurnya dengan maksiat atau perbuatan tidak berfaedah kerana kebahagiaan atau kecelakaan terletak di tangan dirinya sendiri.
.
●6. ☞ Di dalam perjuangan kehidupan, manusia berhadapan dengan keuntungan, kerugian, kemuliaan atau kecelakaan. Ketika berhadapan dengan ujian yang sukar kita hendaklah menghadapi dengan penuh kesabaran kerana manusia telah dijanjikan bahawa Allah bersama orang yang sabar.
2405 bacaan
.
~Perkongsian Ilmu~
KELEBIHAN BERSUCI
;
"DIRIWAYATKAN DARIPADA ABI HURAIRAH,KATANYA;TELAH BERSABDA RASULULLAH SAW;'APBILA MENGMBIL WUDHUK SEORANG HAMBA ALLAH YANG MUSLIM ATAU MU"MIN MAKA MEMBASUH IA AKAN MUKANYA NESCAYA KELUAR DARIPADAMUKANYA SEKALIAN KESALAHANNYA YANG MEMANDANG IA KEPADANYA DENGAN DUA MATANYA ITU DAN DIDENGAR DUA TELINGANYA DAN SEBAGAINYA,SERTA AIR ATAU SERTA AKHIR TITIK AIR(SYAK RAWI) ATAU SEUMPAMANYA
.
DALAM HUKUM ISLAM SOAL BERSUCI DAN SEGALA SELUK-BELUKNYA ADALAH TERMASUK BAHAGIAN ILMU DAN AMALAN YANG PENTING TERUTAMA KERANA DIANTARA SYARAT-SYARAT SEMBAHYANG TELAH DITETAPKAN BAHAWA SESEORANG YANG AKAN MENGERJAKAN SEMBAHYANG WAJIB SUCI DARI HADAS DAN SUCI PULA BADAN PAKAIAN DAN TEMPATNYA DARI NAJIS.
Tabarakallah
Wednesday, 12 November 2014
Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ Telah dilaknat mereka yang kafir daripada Bani Israil melalui lidah Nabi Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah: 78-79).
.
♡{Mencegah Kezaliman dan Kemungkaran Suatu Kewajipan}
.
Tarikh:12~11~2014
Riwayat: Abu Daud, at-Tirmidzi dan An-Nasaie
Kategori: Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Daripada Abu Bakar RA katanya, ☞ “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya kamu membaca ayat ini yang bermaksud ☞ “Wahai orang-orang yang beriman jagalah sahaja diri kamu, (daripada melakukan sesuatu yang dilarang oleh Allah) orang-orang yang sesat tidak akan mendatangkan mudarat kepada kamu apabila kamu sendiri telah mendapat hidayah petunjuk (taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan larangannya)” al-Ma’idah : 105. ☞ Sesungguhnya aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda, ☞ “Sesungguhnya para manusia apabila melihat orang yang zalim tetapi tidak menegahnya nescaya dibimbangi Allah akan meratakan seksa ke atas mereka dengan azab.” █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
●1 ☞ Mencegah kezaliman dan kemungkaran adalah suatu kewajipan kepada setiap umat Islam.
.
●2 ☞ Allah SWT akan menurunkan bala secara menyeluruh sekiranya kezaliman itu tidak ditegah.
.
●3☞ Sesetengah manusia menyalah anggap dan menyalahtafsirkan sesetengah ayat al-Quran seperti ayat 105 dalam surah al-Ma’idah ini, mereka menganggap tidak menjadi kewajipannya menyuruh perkara makruf dan melarang yang mungkar, selama mereka mendapat hidayah mereka akan selamat walaupun manusia sekelilingnya bergelumang dengan maksiat.
.
●4☞ Umat Islam mesti bergabung tenaga, saling menasihati, saling pesan-memesan, mencari petunjuk Allah dan melaksanakan perintahnya, pasti akan selamat.
.
●5☞ Jika mendiamkan azab Allah menimpa ia merangkumi orang yang zalim kerana kezaliman dan orang yang tidak zalim kerana mendiamkan diri sedangkan dia mampu melarangnya. ₰
2485 bacaan
.
~Sedikit Perkongsian Kita~
Zalimi Orang Lain
●A☞ Perbuatan seperti zina, minum arak, berjudi dan yang sewaktu dengannya memang besar dosanya. Ia adalah dosa antara hamba dengan Allah. Hamba itu menzalimi dirinya sendiri. Ia juga perlu dibenteras. Namun, dosa membunuh, rasuah, mencuri harta rakyat, menyeleweng harta negara adalah dosa yang jauh lebih besar kerana membabitkan kezaliman atau penganiayaan terhadap hamba-hamba Allah yang lain. Merosakkan imbangan dan keharmonian masyarakat secara menyeluruh. Dosa yang seperti ini patut dipandang lebih serius.
.
●B ☞ Biasanya, maksiat peribadi memusnah pelakunya sahaja, tetapi kezaliman akan memusnah dan merosakkan semua termasuk mereka yang tidak bersalah. Ia akan mengenai anggota masyakat; yang baik ataupun yang jahat, mukmin ataupun kafir. Allah dengan itu memberi amaran:
.
(maksudnya):
“Dan jagalah diri kamu daripada fitnah (kemudaratan) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). Dan ketahuilah bahawa Allah Maha berat azab hukumanNya (Surah al-Anfal, ayat 25). Dalam menafsirkan ayat ini Ibn ‘Abbas berkata: “Allah memerintahkan orang mukmin agar tidak akur akan kemungkaran yang berlaku dalam kalangan mereka, nanti Allah akan mengenakan azab ke atas mereka keseluruhannya”.( Al-Tabari, Tafsir al-Tabari: Taqrib wa Tahdhib, 4/59, Damsyik: Dar al-Qalam).
Tabarakallah
Sunday, 9 November 2014
Rasulullah saw Bersiwak
♥ بِسْـــــــــــ-ـــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ♥
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَات
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
.
Selamat Pagi...Alhamdulillah Syukur Kehadrat Illahi..
.
♥Firman Allah S.W.T: ☞ surah al-Baqarah ayat 222:
إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٰبِينَ وَيُحِبُّ ٱلْمُتَطَهِّرِينَ
Maksudnya: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri”
.
♡{Rasulullah Bersiwak}
.
Tarikh:09~11~2014
Riwayat: (al-Bukhari)
Kategori: Ibadah
.
♥Hadith: ↴
.
█ ☞ Diriwayatkan dari Abu Musa r.a : ☞ Aku menemui Nabi Muhammad SAW dan aku melihat Nabi SAW membawa siwak dalam genggaman tangannya kemudian menyikat giginya dan terdengar suara *"Uh!"Uh!* seakan Nabi SAW hendak muntah ketika siwak itu masih berada di dalam mulutnya. █
.
♥Huraian Hadith: ↴
.
█ ☞ Rasulullah SAW bersiwak setiap kali waktu solat, tetapi tidak memerintahkan sahabat untuk ikut bersiwak setiap kali hendak solat melainkan disuruh supaya berkumur-kumur ketika mengambil wudhu'. Bersugi atau bersiwak adalah suatu perbuatan bagi membersihkan mulut dan gigi. Hukumnya adalah sunat tetapi masa yang paling dituntut ialah setelah bangun dari tidur, ketika hendak mendirikan sembahyang , ketika hendak membaca al-Quran dan ketika berubah bau mulut. Alat untuk bersugi ialah tiap-tiap sesuatu yang suci dan kesat seperti berus gigi , kayu sugi dan lain-lain. Dari Aisyah r.a. Nabi SAW telah bersabda yang maksudnya:Bersugi itu membersihkan mulut dan mendapat redha dari Tuhannya .(al-Baihaqi ) █
2941 bacaan
.
♥{Kalam Renungan Bersama}
☞ ☞ Bayangkan, betapa indahnya jika kita memperolehi kasih sayang daripada Allah SWT ini hanya kerana kita menjaga kebersihan diri dan sentiasa bertaubat kepadaNya. Inilah ciri-ciri orang yang bertakwa kepada Allah SWT. Bukankah dengan bertaubat itu dapat membersihkan hati kita dari kekotoran dosa yang menyelubungi hati kita? Dan sememangnya hati yang bersih itu sangat mencintai kepada kebersihan. Inilah yang menjadi pemangkin kepada penjagaan jasmani kita dari sebarang kekotoran dan kekejian.
Tabarakallah